Friday 13 January 2017

Short trip Kansai

Short autumn getaway ke Kansai, itu yang aku lakukan kira-kira 2 bulan lepas. (semasa aku mula menaip post ini..waktu siap aku tak pasti berapa bulan dah) Setelah melakukan aktiviti travelling secara berjemaah, kini aku kembali semula dengan tabiat lama aku iaitu travel secara solo. 


 Nak pergi negara matahari terbit..sebelum matahari terbit lagi aku dah terpacak kat airport

Seperti biasa aku mula recce tiket murah seawal tahun sebelumnya. Semasa 0 fare airasia aku berjaya dapatkan sekeping tiket pergi balik ke Kansai dengan harga lebih kurang RM850. Entah mana yang 0 fare aku pun tak tahu tapi harga tiket yang aku dapati tu kira masih ok dari yang biasanya boleh mencecah sehingga RM1500.


Baru sampai kek Kansai Airport..yahuu


Airport Kansai integrated dengan pengangkutan tren Nankai Line dan JR Line

Impian asal aku adalah nak ke ibu negara matahari terbit iaitu Tokyo sambil melencong menyaksikan pemandangan dekat gunung Fujiyama yang dah lama aku mengidam nak pergi. Namun begitu setelah dicongak-congak ternyata aku tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menyusuri Tokyo. Maka second choice aku ke Kansai.

Perjalanan dari KLIA menuju ke Kansai Airport ini mengambil masa lebih kurang dalam 6 jam 30 minit. Perjalanan aku dari KLIA bertolak jam 8 pagi dan tiba di Kansai lebih kurang 3.45 petang. Tiba di Kansai Airport kemudiannya tibalah urusan di kaunter imigresen. Kaunter imigresen semasa ketibaan aku memanglah penuh namun urusan dimudahkan dek kaunter yang banyak dibuka dan efisen. Syukur juga bagi warga Malaysia visa tidak diperlukan bagi memasuki negara matahari terbit ini.



So aku akan berada di Jepun selama 8 hari dan setelah 2 hari ditolak hari perjalanan maka aku punyai 6 hari full berpeleseran di bahagian tengah Jepun. Diantara perkara yang penting aku perlu selesaikan terlebih dahulu sebelum meninggalkan lapangan terbang adalah menyelesaikan perihal pengangkutan.


920 yen korang kali lah dengan 4.2 rate masa itu...

Setelah selesai urusan pengangkutan, aku kemudiannya bertolak dari Kansai Airport ke Osaka dengan menaiki Nankai Line tren. Untuk pengetahuan semua, jarak Kansai Airport dari Osaka adalah sejauh 50km, maka dengan menaiki tren biasa perjalanan ke pusat bandar Osaka mengambil masa 1 jam perjalanan dengan menggunakan rapid biasa (bukan ekspress). Ada perbezaan harga diantara rapid biasa dan ekspress dengan menaiki Nankai line.(Kalau ekspress naik Jr train rasanya) Memandangkan hari pertama ini tiada sebarang itinerary maka waktu malam terluang aku hanya berjalan-jalan di bandar Osaka sahaja. Maksud aku betul-betul berjalan kaki dari hotel ke bandar Osaka yang kira-kira perjalanannya 2.5km sehala. Tujuannya adalah no 1 penjimatan...no 2..belajar sisi gelap Osaka sebenarnya.


Posto box di hujung Dotonbori


Main station Nankai Line yang ada di tengah-tengah Osaka

Secara jujurnya, berjalan seorang diri pada waktu malam tambahan pula di tempat orang yang baru pertama kali korang lawati adalah sangat tidak wajar sekali. Tambah menakutkan lagi berjalan di lorong gelap yang sunyi sambil terdapat gelandangan-gelandangan tidur di kaki-kaki jalan namun begitu ia adalah rutin aku biasanya. Satu-satunya tempat yang aku pernah kena pau adalah di Kuala Lumpur..Kalau korang nak tahu Kuala Lumpur memang dark..


Mamat ni memang serius terer giler 

Bersambung...

No comments:

Post a Comment