Friday 9 December 2016

Lombok: Pulau Seribu Masjid part 1

Agak lama aku mengembara seorang diri sehingga aku lupa rasanya macamana mengembara beramai-ramai. Salah seorang member aku menganjurkan satu trip bagi mendaki Gunung Rinjani dan setelah sebulan promosi maka dapatlah lebih kurang 10 orang peserta yang kebanyakannya aku langsung tak kenal. Takpe..orang tua cakap tak kenal maka tak cinta...



Perjalanan yang dirancang adalah selama selama 8 hari namun begitu hanya 6 hari sahaja waktu perjalanan sebenar memandangkan 2 hari lagi dikategorikan sebagai hari perjalanan. 6 hari nampaknya macam suatu sela masa yang panjang namun sebenarnya ianya tidak seperti yang dijangka.

Setelah perbincangan secara massive dilakukan kami membahagikan keseluruhan perjalanan kepada 4 bahagian kerana pulau Lombok ini sebenarnya agak besar juga dan menggunakan pengangkutan yang kami ambil juga mengambil masa yang agak lama untuk bergerak dari satu ke satu tempat yang lain.

Rancangan asalnya adalah untuk mendaki gunung Rinjani namun setelah diselidik baru aku dapati bahawa ada sebilangan kecil ahli rombongan yang kurang dari segi kewangan (sama macam aku) dan juga tak berapa fit untuk mendaki. Maka dengan itu, separuh dari kami teruskan mendaki manakala separuh lagi...enjoy Lombok!! Bak kata Nora...kita enjoiiii...




Pejalanan ke Lombok mengambil masa dalam 3 jam 30 minit. Memandangkan kami ambil penerbangan petang (lebih murah) maka kami tiba di Lombok International Airport kira-kira jam 8 malam dari KLIA dengan menaiki pesawai Airasia. Harga tiketnya agak mahal namun masih lagi dalam bajet perbelanjaan.



Senggigi

Banyak hotel atau hostel letaknya di Senggigi dan harganya agak berpatutan. Senggigi terletak di antara tepi cliff manakala bahagian yang bertentangan pula terletaknya laut. Ia adalah tempat yang menarik untuk melihat sunrise tanpa perlu menaiki kenderaan berjam-jam lamanya. Kami hanya bermalam semalaman sahaja di Senggigi atas persetujuan ramai, maka dengan itu aku tak dapat nak mengeksplore Senggigi ini dek kerana kesempitan masa. (Cuma dapat makan ayam taliwang dan berkaraoke sampai lewat pagi sahaja di sini)





Mataram

Mataram adalah pusat bandar bagi kepulauan Lombok ini. Di sini lah terdapat satu-satunya shopping mall yang agak besar di sini. Kalau nak membeli belah atau mencari ole-ole untuk pakwe makwe atau untuk membodek bakal mak mertua, di sinilah tempatnya. Di Lombok ini terdapat beberapa buah kedai cenderahati yang besar dan beberapa darinya terdapat di Mataram.




Kuta

Kuta adalah salah satu tempat menarik untuk dilawati di kepulauan Lombok ini. Yup...namanya sama dengan Kuta di Bali tetapi ianya lebih kampung dan tenang berbanding keadaan serta havoc di Bali. Kuta terletak di bahagian selatan Lombok dan merupakan kawasan tumpuan penginapan di bahagian selatan Lombok. Pantai Kuta ini tempatnya agak sunyi berbanding Kuta di Bali tapi jangan pula dipandang enteng berkenaan hiburan di sini. Terdapat beberapa karaoke dan live band di sini disamping menjadi tempat full moon party. Caranya mudah sahaja, beli sahaja minuman keras dan anda akan masuk percuma menyertai parti. Aku sebagai muslim yang tidak minum benda memabukkan so aku skip party-party ni jadi tak dapatlah aku ceritakan secara detail. Cuma apa yang aku dapat katakan, terdapat banyak tempat-tempat menarik berhampiran dengan Kuta maka Kuta ini boleh dijadikan satu tempat transit yang menarik.















Gili Trawangan

Gili Trawangan ini bukannya terletak di Lombok. Ianya merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Lombok dengan menaiki bot laju. Tambang bot pula terbahagi kepada dua iaitu bot ekspress dan bot biasa yang mengambil masa 2-3 kali ganda lebih lambat dari bot ekspress. Apa yang dapat dibuat di Gili Trawangan adalah...lepak..lepak dan lepak sambil menikmati pemandangan laut dan gunung. 










Pulau yang penuh dengan chalet ini tidak mempunyai kenderaan bermotor dan kebanyakkan pengunjung atau penduduk tempatan hanya berbasikal, berjalan kaki dan kalau mahu yang lebih menarik, korang boleh lah menaiki kereta kuda dengan bayaran yang tertentu. Di sini juga terdapat pelbagai pakej-pakej yang melibatkan air seperti snorkeling dan diving di beberapa dive spot di sekeliling pulau.


Tanjung Aan



Tanjung Aan adalah salah satu pantai yang cantik di Lombok. Di sini ombaknya nampak agak kuat namun takde kelibat surfers meniti ombak di sini. Kalau korang nak bergambar secara hipster selain dari Ombak Sunset, di sini juga terdapat buaian yang berada di gigi air cuma pemandangannya tidaklah sehebat di Gili Trawangan yang berlatar belakangkan gunung Agung.



Pink Beach

Pink beach ini terletak di bahagian selatan Lombok dan boleh di akses melalui 2 cara iaitu dengan jalan darat dan jalan laut. Yup...jalan udara juga akseseble tetapi penggunaan helikopter bukanlah jalan yang sesuai dengan budget aku. Perjalanan menggunakan jalan darat ternyata mengambil masa dalam 3 jam dari airport manakala jalan laut pula dalam 2 jam tetapi terpaksa menyewa bot untuk ke sana. Aku cadangkan penggunaan jalan laut sebabnya terdapat beberapa tempat lain yang boleh dilawati sekiranya menaiki bot. Pink beach ini diambil namanya sempena pantainya yang berwarna seakan akan merah lembut atau pink yang berlaku ketika cahaya menerangi keseluruhan pantai dan bertindak balas dengan mikro organisma yang berada dipantai tersebut, maka warna seakan-akan pink terhasil..








Senaru

Senaru merupakan salah satu dari pintu masuk ke gunung Rinjani. Ia mempunyai banyak rumah penduduk tempatan yang dijadikan homestay dan bilik sewa bagi pengunjung yang bertujuan untuk mendaki Rinjani. Perjalanan menuju ke Senaru dari Kuta mengambil masa dalam 2 ke 3 jam menaiki kereta. Apakah yang menarik sehingga kami mengambil keputusan untuk ke Senaru? Yaa...di Senaru ini terdapatnya air terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep yang antara paling femes di tanah Lombok ini.








Bukit Meresek

Bagi yang inginkan pemandangan sunrise dan sunset, disini adalah tempat yang agak menarik bagi merakam moment indah tersebut. Ini adalah kerana kedudukannya yang tinggi dan dikelilingi oleh laut. Bukit ini terletak bersebelahan dengan tanjung Aan dan boleh diakses kira-kira 20-30 minit berkereta dari Kuta. Keadaan jalan agak sukar bagi kenderaan besar jesteru itu perjalanan mengambil masa yang agak panjang sedikit.











bersambung

No comments:

Post a Comment