Thursday, 10 November 2016

Melihat Kehidupan di Manila...

Ini merupakan percubaan ke 2 untuk aku ke Filipina yang mana perjalanan terdahulu terpaksa aku lepaskan dek kerana komitmen yang terlampau dan tidak berbelah bagi lagi. Kali ini aku berjaya untuk dapatkan tiket pergi balik dengan menukar big points aku beserta bayaran RM90 untuk airport tax.

Orang kata tempat ini (Manila) penuh dengan scam terutama sekali bila melibatkan perempuan. Pandangan aku ini adalah disebabkan pelancong cuba mengambil kesempatan maka penduduk tetap mengambil balik kesempatan tersebut.





  

Pengangkutan yang aku gunakan untuk ke Makati adalah sebuah shuttle bus yang akan membawa penumpang betul-betul ke bandar. Bayaran tambangnya pula dalam sekitar 25-30 ringgit Malaysia meskipun perjalanan hanya berkisar kira-kira 7km sahaja. 

Majis betul...bas yang aku naiki ke Makati akhirnya memberhentikan aku di tepi jalan berhampiran Glorietta Mall di Ayala Centre;sambil pemandu bas berseloroh menunjukkan jalan yang nampak begitu mudah untuk menuju ke hotel aku. Nasib baik aku sempat mengambil sim card di lapangan terbang sebelum bertolak ke sini. Kurang asam punya driver, 3 km terpaksa aku menapak ke area Bel Air di Makati tersebut.


Hostel

Kali ini aku cuba untuk menginap di sebuah hostel di sekitar area Makati. Pertama kali aku menginap di hostel (bilik berkongsi beramai-ramai) aku pilih The Good Shepard hostel sebagai penginapan. Harganya tidaklah begitu murah sangat namun ratingnya agak tinggi maka itu alasan sebenar untuk mencuba. Salah satu sebab juga aku menginap di sini adalah kerana hostel The Good Shepard ini biasa menganjurkan lawatan sekitar Manila secara percuma dan ke Tagatay dengan bayaran yang agak berpatutan. Yang perlu dibiaya adalah transport dan perbelanjaan tour guide yang rata-ratanya adalah pekerja di guest house tersebut bagi lawatan sekitar Manila.





Malang bagi aku disebabkan aku seorang sahaja tetamu yang ingin ke Tagaytay sepanjang 2 hari menginap di sana maka tarpaksalah aku cancel sebab kos keseluruhan trip akan dibiayai oleh aku seorang sahaja. Bertambah malang lagi aku pada hari tersebut, seorang mamat Mexico yang sepatutnya bersama-sama aku untuk ke Rizal Park telah menghilangkan diri tanpa ditemui. Maka tinggal aku seorang sahaja yang akan mengikuti tour Manila dan ianya menyebabkan tour Manila juga cancel.

Termenung juga aku sekejap memandangkan kesemua program yang aku telah congak-congak tidak menjadi. Setelah menghabiskan sebatang rokok aku terus mengambil selipar dan turun dari guest house. Aku merancang untuk meneruskan perjalanan ke Rizal park berjalan kaki sejauh yang aku mampu. Bila dah tak mampu nanti barulah aku naik tren.



Lebih kurang 7 km aku menapak di bumi Manila yang panasnya berbahang ini barulah aku berhenti; di hadapan Zoo Manila. Sambil mengira-ngira siling dikocek aku mencongak2 sama ada mahu masuk atau tidak. Memandangkan matahari semakin mengufuk ke arah barat, maka terpaksa aku tepis sisa-sisa keinginan untuk mengunjungi zoo Manila memandangkan tujuan utama masih belum kelihatan.




Aku meneruskan sisa-sisa perjalanan menuju ke Rizal Park sambil menikmati panorama sisir pantai Manila Baywalk. Pemandangan matahari yang semakin melabuhkan diri menandakan hari semakin menuju ke penghujungnya.


Diantara perkara-perkara yang korang patut ambil tahu semasa di Manila adalah:

Rizal Park
Rizal Park ini merupakan sebuah taman peringatan kepada nasionalis tanah filipina iaitu Jose Rizal. Jose Rizal ini merupakan diantara tokoh yang paling penting dalam perjuangan kemerdekaan Filipina dari Sepanyol dalam penjajahan selama lebih 300 tahun. 

Melalui tulisan tokoh ini berjaya untuk membangkitkan semangat nasionalisme dikalangan rakyat Filipina dan akhirnya beliau dibunuh melalui pasukan penembak askar Sepanyol ketika berusia 35 tahun.














Intramuros

Maksud Intramuros dalam bahasa Sepanyolnya adalah "di dalam pagar" atau juga dikenali dengan bandar berdinding di mana dinding tersebut pada asalnya dibina sebagai dinding menahan serangan musuh dan kesudahan nya berakhir menjadi dinding memisahkan golongan elit Sepanyol dan penduduk miskin Filipina. 

Di dalam kawasan Intramuros ini kita dapati pelbagai peninggalan-peninggalan bersejarah dari zaman pemerintahan Sepanyol hingga ke masa Jepun mengambil alih pemerintahan. Kota ini sebenarnya musnah teruk ketika Perang Dunia ke 2 dan selepas tamat perang, kota ini kemudiannya mengalami proses restorasi dan reconstruction sehingga kembali seperti sekarang.

















Makati

Makati adalah tempat yang paling femes di Manila. Ia lebih terkenal lagi di kalangan kaki hiburan lebih-lebih lelaki. Tapi disebalik kawasan hiburan ia juga berfungsi sebagai hub perniagaan dan juga salah satu bandar paling moden dan hebat di Filipina. Kawasan elit Filipina ini meskipun mewah namun begitu tak semuanya hidup senang disini. Bak kata orang Jakarta, "Sekejam-kejam ibu tiri, kejam lagi ibu negeri"...







Makanan

Sekiranya korang tinggal di Makati, hampir tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal. Terdapat banyak kedai makan terutama sekali makanan india dan arab di Makati terutama sekali di kawasan Bel-Air. 

Apa yang menjadi masalah adalah harganya yang tidak sesuai untuk yang ber budget kecil macam aku. Seperti biasa , aku bawa makanan dari Malaysia berupa roti dan biskut yang sangat berguna pada waktu kecemasan. Disamping itu hostel penginapan aku juga menyediakan free breakfast dan ini adalah satu langkah penjimatan semasa menghadapi keadaan ekonomi yang tidak stabil ini.








Pengangkutan



Terdapat banyak jenis pengangkutan yang boleh korang cuba ketika berada di Manila. Kalau korang mahukan keselesaan dan tak kisah dengan budget aku cadangkan korang naik saja teksi. Namun begitu ada dua orang penghuni hostel yg sama dengan aku dari Indonesia menyatakan yang diorang kena harga yang mahal masa datang dari airport ke hostel. Nak kata scam pun boleh tapi rasanya dimana-mana pun perkara ini terjadi. Di Malaysia pun ada spesis yang macam ini pastu marah kat uber. 

Selain dari itu, ada juga bas tapi yang ini pun aku tak rekomen sangat lah. Meskipun dalam televisyen menunjukkan orang Filipina ini cakap omputehnya macam air dengan tebing tapi realitinya tidaklah seindah kabar. Sebagai contohnya, aku pernah dihalau dari bas sebab tersilap naik bas di airport. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan LRT dan satu lagi pengangkutan spesel di Manila adalah Jeepney. Aku rasa korang dah tau sangat apa itu jeepney dari pembacaan korang dari blog-blog lain.

Cuma apa yang aku nak highligt disini adalah cara-cara menaiki jeepney. Selalunya jeepney akan melalui jalan-jalan tertentu sahaja. Maka dengan itu korang kena juga pandai atau tahu hala tuju yang hendak korang pergi. Misalnya kalau jarak itu agak jauh, korang kena tahu connecting jeepney seterusnya sebelum ambil keputusan meneruskan perjalanan. Satu lagi yang korang harus paham dan hadam adalah cara pembayaran. 

Biasanya tambang jeepney ini adalah 7 peso satu perjalanan dan orang yang berada di bahagian belakang akan pass duit tambang kepada orang depan supaya dapat diedarkan kepada pemandu. Jangan jadi seperti aku, ada seorang mamat rocker hulur duit kat aku dan aku ucapkan thank you sebab ingat di nak payung aku. Kan kemaluan besar disitu.

Cara nak berhenti pula sangat mudah. Korang cuma perlu ketuk duit siling yang ada kat dinding jeepney dan ianya akan berhenti. Kalau tak ada duit siling? Hentuk kepala pada dinding jeepney.(yg ini gurau-gurau je...jgn buat lak)


Perbelanjaan

Perbelanjaan di Manila ini tidak banyak kalau gunakan kaedah seperti aku. Aku bawa bekalan wang dalam RM400 yang aku tukar di Malaysia dan aku hanya gunakan tidak sampai RM200 sepanjang perjalanan 4 hari 3 malam di Manila. Ini tidak termasuk bayaran sewa hotel yang telah aku buat melalui Agoda. Perbelanjaan aku banyak berkisar kepada makan dan tambang perjalanan. Shuttle bas dan teksi untuk ke airport saja dah dekat separuh dari perbelanjaan di Manila. 

Lain-lain sama je macam negara lain termasuk meal halal yang harganya starting dalam RM10 ke RM20 sekali makan. Banyak lagi aku nak cerita kat sini tapi posting ni jadi novel lak nanti dan mungkin akan diadaptasikan dalam slot pukul 7 menggantikan suri hati mr pilot, so aku stop disini dulu. Nasihat aku, pergilah tengok kehidupan di Filipina, barulah korang tahu apa itu erti syukur.

Bai, selamat mencuba...

1 comment:

  1. Blog yang bagus... semoga terus berkembang... Saya ingin berbagi artikel tentang Pertunjukan Liu Sanjie di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2017/12/teater-liu-sanjie-di-yangshuo.html
    Lihatlah juga videonya di Youtube https://youtu.be/LGSdvSa0tg0

    ReplyDelete