Wednesday 23 March 2016

Ke Korea Ke Kita? Pulau Nami

Orang kata kalau tak ke Jeju tak sah lawatan korang ke Korea Selatan. Meh aku tambah satu lagi...Kalau tak ke Nami tak sah juga lawatan korang ke Korea Selatan. Pulau Nami terletak tidak jauh dari Seoul iaitu kira-kira 80 km dari ibu negara Korea Selatan tersebut. Banyak ejen-ejen tourist yang menawarkan pengangkutan serta pakej ke sini namun begitu aku langsung tak pernah nak tengok pakej-pakej nih disebabkan harganya yang tak berapa munasabah bagi aku yang membawa wang cukup-cukup sahaja ke Korea.

Selain dari itu juga terdapat shuttle bus yang bergerak ke Nami dari Seoul. Tambangnya adalah sebanyak 7500won sehala dan 15000 won bagi trip pergi balik. Kalau nak pakej sekali tiket masuk ke pulau Nami korang kena bayar 23000won sahaja. Kalau nak mudah tanpa sebarang hustle boleh lah cuba pengangkutan ini. Caranya adalah internet booking atau dapatkan di tiket booth di Insadong atau call operator dan bank transfer duit tuh dan cara terakhir adalah beli secara cash dari driver bas sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bas berjalan.

Bagi yang bayar secara online atau beli tiket di booth, korang kena beli sekurang-kurangnya sehari awal bagi mendapat tempat dalam bas. Untuk bayar cash pula kena hati-hati sebab kalau fully booked maka korang akan kempunan.

Aku ke Pulau Nami dengan menaiki tren sahaja. Cuba untuk menikmati keindahan menjadi seorang local di Korea Selatan maka aku bertekad untuk mengalami cariapelancong tempatan sejati mengembara di tanah air mereka sendiri. Sebenarnya menaiki tren lebih murah tambangnya dari menaiki bas. Itu sebenarnya alasan sebenar aku menaiki tren ni. Muka gelap bak orang arab ada hati nak jadi Korean.

Baik. Kalau korang nak ke Nami dari Seoul dengan tren, korang kena ambil perhatian mengenai apa yg aku cuba terangkan ini. (Sebenarnya senang je...pejam-pejam mata pun boleh)

Seoul - Nami Island

1. Dari Dongdaemun History & Cultural station naik tren Line 2 ke Sindang station dan berhenti di Wangsimi.

2.Bila sampai di Wangsimi, tukar ke Jungang Line dan menuju ke Cheong-nyangni station. Kat sini ada pilihan tapi aku berhenti di Mangu station. (time balik nanti aku balik dari Cheong-nyangni station; tapi ada la sebabnya..sila teruskan membaca)

3. Sampai di Mangu station sila tukar ke Kyeongchun Line menuju ke Galmae dan berhenti di Gapyeong Station.



Setelah sampai di stesen Gapyeong, korang keluar dari stesen tu dan di kanan terdapat sebuah bas stop. Di sana korang boleh dapatkan bas shuttle yang boleh membawa korang ke Nami island. Bukan itu sahaja, korang boleh sahaja ke mana-mana destinasi yang ada dalam senarai selagi mampu dalam hari yang berkenaan sahaja. Bayaran yang dikenakan hanyalah 8000won.Selain dari itu korang juga boleh menaiki teksi dari stesen Gapyeong ke jeti Pulau Nami dalam bayaran lebih kurang 1500 ke 2000won.



Namun begitu, aku berjalan kaki je dari Gapyeong ke jeti Pulau Nami untuk menikmati pemandangan perjalanan kawasan persekitaran. Lagipun jaraknya sangat dekat cuma 1.5 km sahaja di dalam cuaca sejuk nyaman dan ada sedikit salji.




Bayaran masuk ke Pulau Nami adalah 10000won bagi setiap orang. Namun begitu semasa aku pergi terdapat diskaun 2000won maka tiket masuk bagi dewasa adalah sebanyak 8000won sahaja. Ini adalah termasuk feri ke Pulau Nami yang tempoh perjalanannya dalam 10 ke 15 minit sahaja.






Pulau Nami ini merupakan sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Han dan bentuknya berupa separa bulan yang muncul akibat dari pembinaan empangan Cheongpyeong dan merupakan tempat perkuburan seorang janeral yang terkenal iaitu jeneral Nami. 


Sebenarnya jeneral Nami ini sepatutnya dikuburkan di pulau ini namun mayat beliau tidak dapat ditemui maka hanya tempat / lokasi kubur beliau saja disediakan yang berada di sini. Dari itulah Ia diberi nama.




Apa yang terdapat di Pulau Nami ini sehingga ramai yang gila untuk ke tempat ini? Jawapannya adalah...macam-macam ada...dari Pulau tema yang diadaptasi dari drama terkenal 'Winter Sonata', pemandangan sekeliling yang menawan, lanskap dan persekitaran yang sangat scenic, shopping (tidak terlampau sangat..ada beberapa kedai sahaja), 






UNICEF children friendly park, belajar sejarah Korea dan banyak lagi. Kalau bawak anak anda berjalan disini pasti diorang akan melompat kegembiraan. Ada banyak juga pusat pembelajaran dan galeri di sini dan ianya adalah salah satu lokasi romantik bagi pasangan kekasih dan yang baru berumah tangga.









Di Pulau Nami ini juga terdapat musola dan juga ada kedai menjual makanan halal yang terletak di salah sebuah bangunan di tengah-tengah pulau ini bagi muslim. Jadi tak perlu bimbang akan bab makanan.





Apa yang perlu dibimbangkan adalah masa kerana bagi aku kalau betul-betul menikmati Pulau Nami, 1 hari memang tak cukup berada di sini. Aku tak mahu cerita apa lagi yang menarik di sini. Tak adil rasanya, macam cerita kisah filem yang masih dalam tayangan yang korang rancang nak pergi tengok.Apa yang perlu korang buat adalah...simpan duit banyak-banyak, pastu beli tiket ke Korea Selatan dan kemudian ke Nami Island..




P.s:
Sebenarnya aku tak minat cerita k drama Korea ni dan tak pernah pun menonton sebarang episod 'winter Sonata' tapi aku dah berjaya sampai dan korang pun patut buat lebih-lebih lagi yg kaki k-drama dan k-pop.

2 comments:

  1. tu dia salji sana sinun, baru kena dgn tema winter sonata..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salji baru nak berjinak-jinak keluar...tapi agak nasib baik sebab cuaca 2 minggu selepas tu mencecah -20 degree

      Delete