Monday 28 March 2016

Ke Korea ke kita? Petit France

Selepas selesai lawatan sambil belajar di Namiseom atau pulau Nami, aku seterusnya menuju ke Patite France yang berada tidak jauh dari Pulau Nami ini. Petite France ini tak ada dalam itinerary aku tapi sehari sebelum ke Nami aku ternampak brochure pasal Petite France nih dan ianya berada berhampiran dengan Nami maka apa salahnya kalau ke Petite France, bak kata orang alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal betis.

Aku berada di Nami dalam 3-4 jam dan bertolak keluar pulau tuh dalam jam 1 tengahari. Untuk ke Petite France aku terpaksa mengambil shuttle bus memandangkan aku tak tahu jalan ke sana. (jangan lupa, yg aku tak amik sebarang sim card or data) Shuttle bus ini bayarannya dalam 8000 won dan ianya boleh dibayar kepada drebar bas semasa menaiki bas ini. Kalau lah aku tahu Petite France nih kena naik bas, awal-awal lagi aku dah naik shuttle bus nih. Jadilah macam Rasyid, Rasyid bijak. Dia naik shuttle bus dari Gapyeong ke pulau Nami.


Shuttle bus nih kalau time tengah hari memang penuh sikit. Nyaris-nyaris juga aku tak dapat berdiri di dalam bas nih, tapi jangan risau sebab kalau bas nih penuh ada lagi bas yang lain dan kalau bas yang lain penuh ada lagi bas yang lain-lain, cuma kenalah menunggu didalam cuaca sejuk tuh.

Perjalanan ke Petite France dari Nami Island dalam lebih kurang 10km melalui laluan tebing tasik berhampiran empangan Cheongpyeong. Panoramanya memang mengujakan namun begitu keadaan dalam bas yang betul-betul sesak membuatkan aku tak dapat keluarkan kamera untuk mengambil gambar, tambahan pula komposisi yang tak menarik membuatkan gambar-gambar tersebut jadi tak menarik juga. Perjalanan ke Petite France ini tak kurang mendebarkan dengan menaiki bas di Nagarkot, Nepal dahulu dimana pemandu bas siap bercakap dalam telefon ketika mengambil jalan yang penuh dengan liku-liku tersebut. Perjalanan kira-kira 30 minit akhirnya aku sampai di pintu gerbang taman tema tersebut setelah bas berhenti di 2 hentian sebelumnya.













Apakah dia Petite France ini?
Petite France ini adalah taman tema kebudayaan Perancis yang menyajikan pemandangan seperti berada di sebuah kampung di pedalaman Perancis sekitar pinggiran banjaran Alps. Selain dari taman tema, mengikut apa yang aku baca ia juga menyediakan kemudahan seperti youth training centre dan juga penginapan bagi sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman tinggal di perkampungan, menikmatan makanan dan cara hidup perancis.







 

 Konsep taman tema perkampungan Perancis ini adalah 'flowers, stars, and little prices". Di sini terdapat bangunan-bangunan yang berciri rekabentuk Perancis, terdapat musicbox yang dihimpun dari pelbagai negara eropah, pelbagai dewan exhibit dan lain-lain acara seperti puppet dancing, art exibition dan macam-macam ada. Bayaran masuk bagi orang dewasa adalah sebanyak 8000 won. (aku tak tahu kenapa tapi semuanya 8000...tambang bas 8000, entrace pulau Nami pun 8000...maybe coincident kut)









Petite France ini sebenarnya agak terkenal bagi pengunjung tempatan. Ianya merupakan lokasi penggambaran beberapa buah K-drama terkenal bak Secret Garden, Beethoven Virus dan My Love from the Star yang sebenarnya satu pun xpernah aku tengok atau dengar tajuknya..Selain itu ia juga menjadi pilihan lokasi penggambaran bagi siri femes the running man. (tak tahu isu berapa). Bagi aku tempat ini ok jugak la tapi bukan feberet aku memandangkan aku lebih prefer tempat-tempat yang mempunyai pemandangan semulajadi.



Aku tak stay lama di sini disebabkan hari sudah semakin menuju ke hujungnya. Almaklumlah, musim winter ni siangnya pendek. Malas aku nak balik lewat ke hostel sebab aku nak mencari makanan lagi. Dari sini mudah sahaja, memandangkan dah beli shuttle bas tadi aku terus beratur di luar Petite France ini bagi ke stesen keretapi yang berhampiran iaitu Cheongpyeong. Setelah menunggu beberapa ketika aku pun menaiki tren ke Seoul...



Bersambung...


2 comments:

  1. last yr tambang bas tu br 6000 won. a year b4 5000 won. cepat nau naik harga.

    ReplyDelete
  2. oh..baru tau..tq 4 the info

    ReplyDelete