Thursday, 22 October 2015

Betong Bike Week yang tidak dijangka

Pada 28 Ogos yang lalu tanpa ada perancangan aku terus menghidupkan motorsikal aku sebaik saja pulang dari kerja terus menuju ke utara tanah air tanpa sebarang perancangan yang teliti. Memandangkan sempadan Malaysia - Thailand tutup sekitar jam 8 malam waktu Malaysia(7 malam waktu Thailand) aku pun menjangkakan untuk menginap di Perak memandangkan masih belum membuat keputusan sempadan mana yang aku akan lalui nanti.

Seawal 7 pagi aku telah menghidupkan motorsikal aku dan mengambil keputusan untuk mencuba route gerik - pengkalan hulu -yala dan seterusnya menuju ke hatyai memandangkan laluan bukit kayu hitam - ban dan nok - hatyai telah aku lalui tempoh hari.Dari Ipoh aku mengambil exit kuala kangsar menuju ke Lenggong di mana 1st stop aku adalah Muzium Arkeologi Lenggong yang merupakan salah satu site Unesco di Malaysia.



Perjalanan dari Kuala Kangsar ke Lenggong mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga1 jam perjalanan termasuk aku berhenti di tasik Raban bagi menikmati  pemandangan tasik semulajadi yang memukau mata. Pada asalnya laluan jalan lama dari Kuala Kangsar ke Lenggong terutama sekali di hentian yang terletak di pinggir tasik raban dan terdapat restoran tasik raban yang menjual makanan yang segar namun kini ianya lengang sejak lebuh raya di buka. Namun begitu kawasan ini kini didiami oleh pelbagai fauna terutama sekali burung2.

Selepas itu aku bergerak menuju ke muzium seperti yang dirancang. Muzium Arkeologi Lenggong ini merupakan salah satu tapak bersejarah dimana di salah satu gua terletak berhampiran muzium ini dijumpai rangka manusia yang dipercayai telah mati pada zaman Paleolitik lagi yang dikenali sebagai Perakman. Ditemui juga pelbagai barang2 lain seperti alatan memburu dan pelbagai barangan lain menunjukkan terdapatnya penempatan awal di sekitar kawasan kota tampan.













Aku kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke sempadan namun aku menukar laluan dari gerik menuju ke Banding untuk melawat diantara kawasan yang telah lama aku tidak lawati iaitu tasik banding. Di kawasan persekitaran tasik banding ini terdapatnya hutan hujan tropika yang sangat tua iaitu Hutan Belum. Belum ini dipercayai berumur berjuta tahun dan dipercayai juga berusia lebih lama dari hutan amazon. Di tasik banding ini juga dikhabarkan banyak mitos seperti ikan toman sebesar tong dram dan ikan piranha di lubuk2 tertentu.

Setelah lebih kurang 4 jam lebih menunggang motorsikal aku bercadang untuk menikmati sanatapan tengahari atau sekurang2 nya minum minuman bergas ataupun kopi di cafe di Belum forest resort di royal belum. Namun begitu cafe nampaknya masih belum dibuka pada jam 11 pagi. Tercongok jugak aku dikaunter sambil meleleh air luir melihat botol2 coke di dalam peti ais di belakang kaunter tp pekerja cafe tersebut nampaknya tidak mengendahkan kehadiran aku.





Orang beli depa tak hingin, so aku tanpa berpikir panjang meneruskan perjalanan ke pengkalan hulu. Tiba di pengkalan hulu aku mencari2 kelibat money changer. Seperti jalan menuju ke pekan danok, terdapat kegiatan pengurup wang sejak dari pekan Changlun lagi, namun setelah puas aku carik masih belum bersua muka lagi. Akhirnya aku berhenti di sebuah medan selera di tepi jalan menuju ke betong memandangkan bunyi perut semakin kuat kedengaran minta diisi dengan nasik.

Keadaan pekan pengkalan hulu yg lengang tidak seperti selalu menjadi tanda tanya. (Aku pernah ke pengkalan hulu kira2 7 ke 8 tahun yang lalu dan ianya havoc..havoc..kan gua dah cakap gua havocc...Jesteru itu, setelah mengisi perut, aku mengisi pula perut motorku dengan sekenyang2 nya. Minyak di negara jiran bukan sahaja mahal tapi berkualiti rendah dan cepat habis.

Dari pengkalan hulu menuju ke sempadan kira2 10km perjalanan yang dikiri kanannya terdapat hutan2 simpan. Sampai sahaja di check point sempadan, alangkah terkejut beruknya aku melihat keadaan kaunter imigrasen. Barisan kaunter didapati bukan setakat penuh namun telah melebihi kawasan bangunan imigresen tersebut. Didapti banyak motor2 berkuasa tinggi terletak di parkir kenderaan. Oh...bala apakah yg menimpa diriku ini,?




1 jam kemudian aku berjaya menguruskan perihal imigresen, kini tiba hal kastam pula. Untuk makluman semua kalau masuk dari Betong x perlu beli insurans macam di Danok. Aku x tau kenapa ada prosedur yang berbeza2 tapi layankan aje la. Make sure korang x langgar org siam time di Thailand nanti.

Semasa aku ingin bertanya di mana tempat untuk kemuka dokumen bagi urusan membawa motorsikal ke negara jiran. Pegawai kastam yang sedang duduk di kaki lima tersebut pun menyatakan xperlu untuk kemuka dokumen memandangkan motor aku bawa cuma motorcup dengan syarat jangan keluar dari Betong. Memandangkan barisan yang perlu aku tunggu tuh agak menguji kesabaran, aku pun meneruskan perjalanan tanpa mengesahkan dokumen motor aku.

Jarak dari pintu sempadan ke pekan Betong adalah kira-kira 5km. Disepanjang jalan menuju ke pekan Betong perjalanan akan melalui kampung-kampung yang rata-rata penduduknya beragama Islam dari cara pemakaian yang jelas seperti jubah dan serban. Sebaik saja melintas sempadan, awan bertukar dari cerah kepada gelap. Kalau x disegerakan nih tragedi Hatyai menimpa kembali.

Sampai di pekan Betong satu lagi masalah menimpa. Kebanyakan hotel telah dipenuhi oleh pengunjung yang rata-ratanya bikers. Ada 2 perkara yang membebankan aku. No 1, hotel penuh dan no 2 kalau ada yang kosong ianya tidak memenuhi budget aku. Hotel di Thailand kadar biasanya bawah dari RM100 untuk bilik biasasudah menjadi lebih dari 30% tinggi.






Dari jam 1 petang aku sampai sampai ke 3 petang aku masih mencari tempat penginapan. Hujan pun dah turun renyai2. Jadi nak tak nak terpaksalah aku belasah saja mana2 hotel yang ada. So aku pun pilih satu hotel dekat dengan kedai makan muslim di tengah pekan Betong tuh. Namanya Kongka Hotel memandangkan aku terlihat signage yang ada tulis rate bilik Rm50 saja. Namun begitu masa nak check in ratenya telah bertukar kepada Rm 119 untuk katil queen. So xde choice aku pun redah saja. Untuk makluman, pekan Betong ini masih boleh guna Rm sebagai matawang. Maknanya untuk kesini tak perlu tukar kepada thai bath terlebih dahulu.

Selesai je check in aku terus keluar bersiar berjalan kaki di kawasan sekitar bagi mencari kudap2 sambil2 melihat2 apa tempat menarik di pekan Betong ini. Disebabkan hujan yang turun bukanlah renyai2 lagi maka bilik menjadi port paling sesuai bersantai sambil menonton cerita siam yang x dipahami satu apa pun. Salah satu lagi masalah bila nak makan malam. Memang banyak kedai makan muslim di pekan Betong, namun begitu ia x dapat nak menampung jumlah pengunjung yang ada di sana pada masa itu. Cuba bayangkan untuk menikmati sepinggan kuehtiau goreng dengan segelas chai yen mengambil masa 1 jam setengah untuk dihidangkan.



















Nightlife aku malam tu adalah menonton konsert di stadium saja. Dah x tau nak buat apa sebab malam di Betong tak ada apa tempat atau aktiviti menarik selain dari bersukaria di kelab malam dan masaj. Aku pun x tahu apa band yang main malam tuh tapi lagu2 rock diorang agak catchy la jugak. Rasa2nya mcm band femes je. By the time aku balik ke bilik, konsert masih lagi berjalan lebih kurang 12 malam macam tuh la..Aku memang dah x lalu dah sebab letih badan masih lagi terasa...







Bersambung.



No comments:

Post a Comment