Satu short trip antara aku dan kawan-kawan sekitar Malaysia memandangkan budget untuk travel ke luar masih lagi tiada.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Medang mengambil masa dalam 4 ke 5 jam menaiki kenderaan persendirian. Dengan jarak lebih kurang 50 km di tengah-tengah bandar Kuala Lipis dan Raub, ia juga terletak di persimpangan jalan alternatif menghubungkan Kuala Lumpur ke Gua Musang, Kelantan. Selain dari itu, terdapat juga jalan baru menuju ke Cameron Highland dari kampung ini.
Kampung Kuala Medang ini adalah salah satu produk perlancongan berasaskan pertanian dan kebudayaan. Memandangkan ia terletak agak terpinggir dari kota besar maka ia agak bergantung kepada hasil kampung semata-mata.
Homestay
Konsep homestay yang diperkenalkan di kampung ini terbahagi kepada 2 iaitu homestay asal yang menginap bersama-sama tuan rumah dan juga terdapat juga kabin-kabin yang baru sahaja siap dibina. Terdapat lebih dari 10 unit kabin yang dibina termasuk yang berada berhampiran sungai Jelai.
Keadaan dalam kabin yang disediakan adalah sangat selesa seperti hotel budget namun begitu keadaannya bersih dengan 1 buah katil jenis queen, almari pakaian dan set meja solek. Apa yang kurang cuma televisyen saja. Bayaran bagi penginapan se malam adalah RM80 sahaja...mengikut kata pengurus kabin tersebut.
Macam-macam buah-buahan kampung terdapat di kampung ini. Dalam masa 2 hari 1 malam kami hanya berkesempatan melawat ke kebun durian dan dan buah salak. Musim buah-buahan adalah masa yang sesuai bagi mengunjungi kampung ini. Menurut salah ketua kampung sebelah, banyaknya buah-buahan pada musim buah ceritanya; bergelimpangan buah-buahan yang tak dimakan busuk begitu sahaja meskipun setiap hari ada sahaja lori dari luar mengambil stok dari situ.
Memancing ikan
Terdapat sebuah operator kolam memancing di tengah-tengah kampung ini. Ia sama seperti kolam memancing yang terdapat di tempat-tempat lain namun begitu apa yang menariknya ialah ia menawarkan hadiah berupa jackpot berupa wang tunai sehingga ke RM2000. Ikan-ikan yang berjaya ditangkap oleh pengunjung semasa memang berat dan besar-besar belaka.
Sambal hitam Pahang diperbuat dari belimbing
Madu kelulut
Ladang madu kelulut
Entah..aku lupa nama makanan ni..macam sambal tp macam acar jugak
Ikan patin sungai yang dimasak dengan tempoyak
ulam-ulaman yg terdapat di Kampung Kuala Medang
Ladang rusa juga boleh dilawati disini
Mandi bersama ikan
Aktiviti ini aku tak buat masa mengunjung ke Kampung Kuala Medang ini disebabkan kesuntukan masa dan juga air sungai agak dalam dan keruh dek hujan yang turun agak lebat dan berterusan pada malam sebelumnya. Namun begitu memang banyak ikan di kawasan tersebut terutama sekali dari jenis lampam yang dibiar bebas di Sungai Jelai.
Menaiki sampan dan berakit menyusuri Sungai Jelai
Menaiki sampan dari Kg Kuala Medang menuju ke kg angkat mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit menyusuri Sungai Jelai. Apa yang boleh diperhatikan disini adalah pemandangan hutan dan juga kawasan pesisir kg di sepanjang sungai Jelai ini.
Main gasing
Ini bukan gasing yang biasa aku main masa kecik-kecik dulu. Ia merupakan gasing yang agak besar, tidak sebesar gasing Terengganu atau Kelantan Namun cara permainan nya agak berbeza dari apa yg pernah aku main semasa kecil2 dahulu.
Emping beras
Emping beras ini baru pertama kali aku rasa dan aku sangat suka dengan hidangan ini. Rasanya macam emping jagung tapi campuran bahan-bahan lain dapat aku mengumpamakan nya sebagai putu mayam tapi putu tuh diganti dengan emping. Highly recommended!! (cuma nak buat emping nih memang leceh dan memenatkan)
Tarian tradisional
Kami bernasib baik kerana kebetulan semasa kehadiran kami, terdapat kem pakaian seragam pelajar sekolah menengah. Jadi menjelang malam terakhir mereka disana antara aktiviti yang telah mereka rancang adalah malam kebudayaan. Kami dihidangkan dengan banyak persembahan dan sketsa oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut. Antara persembahan yang dinanti-nanti adalah dari pelajar-pelajar tempatan yang mempersembahkan oleh pelajar tempatan iaitu tarian joget Pahang dan tarian sewang masyarakat orang asli.
Berkhemah di tebing Sungai Jelai
Itu adalah sebahagian dari aktiviti-aktivi yang boleh dilakukan di sini. Ada juga desas desus yang aku dengari terdapat aktiviti white water rafting kat sini tapi memandangkan aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri jadi aku taklah dapat untuk kompomkan.
Selain dari itu banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di homestay Kuala Medang ini misalnya melawat ladang rusa, mencuba madu kelulut, merasa masakan tradisional orang Pahang seperti pais lampam, ikan patin masak tempoyak, ulam-ulaman dan lain2 lagi. Di kampung Kuala Medang ini juga terdapat hasil kgnya tersendiri seperti pembuatan mee kuning dan juga sambal hitam yang sangat terkenal di negeri Pahang.
Kena try baru tahu.
No comments:
Post a Comment