Wednesday, 25 February 2015

Eurotrip : Chamonix dan mendaki Mont Blanc


Chamonix adalah kawasan pergunungan yang terletak di bahagian tenggara Perancis. Selalunya kalau sebut Chamonix (sebut sha-mo-ney) memang tak ramai yang tahu tapi kalau sebut Mont Blanc mesti ramai yang pernah dengar jenama jam yang famous tu dan kenal puncak tertinggi di banjaran Alps yang ada dalam buku geografi tingkatan 4.

Hari ke 4 aku kat europe tapi masih tiada tanda-tanda salji akan turun tapi suhu masih juga di bawah paras beku. Perjalanan hari ini akan mengambil masa dalam 1 jam meliputi 85km dengan memandu dalam kelajuan yang ditetapkan. Seawal 8.30 pagi yang masih gelap kami memulakan perjalanan menuju ke Harley Davidson bagi mendapatkan keperluan cenderahati untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Harley Davidson Geneva berada di jalan susur ke lebuh raya menuju ke Perancis kira-kira 10 km dan cuma 20minit perjalanan dari rumah kawan aku.


Harley Davidson Geneva yg tutup...oh aku kechiwa..

Kami tiba di Harley Davidson cawangan Geneva kira-kira jam 10.30 pagi namun malangnya kedai motorsikal berkuasa besar tersebut masih lagi tutup dek cuti Krismas yang disambut semalamnya. Dalam keadaan yang separuh kecewa kami meneruskan perjalanan setelah mengambil beberapa keping gambar selfie di hadapan kedai motor itu. Walaupun kecewa perjalanan tetap diteruskan dengan tujuan dapat mendaki puncak Alps setelah Eiffel tower berjaya ditakluki.

Dibalik awan itu ada satu puncak batu yang tinggi...serius aku tak tipu

Bayar tol kat Perancis..kat swiss x kena tol

Dalam perjalanan kami singgah beberapa kali di R&R yang terdapat di sepanjang jalan. Tujuannya adalah untuk melihat pemandangan yang menarik sepanjang jalan. Pihak Perancis juga meletakkan beberapa perhentian di spot2 terbaik untuk melihat pemandangan Mont Blanc dari jarak jauh.

Perjalanan menuju ke Chamonix dijamu dengan pemandangan yang memukau mata

Kami sampai di Chamonix agak lewat dari apa yang dijangka. Mungkin sebab kami banyak berhenti untuk coffee break sebab walaupun perjalanan agak dekat tapi kami hanya bersarapankan biskut-biskut dan nasi goreng yang dimasak baki dari makan malam semalam. Di Chamonix, kereta tidak dibenarkan untuk parkir sesuka hati. Terdapat parkir-parkir yang berhampiran dengan kadar-kadar tertentu. Sebelum kami meneruskan perjalanan menaiki Mont Blanc terlebih dahulu kami makan tengahari bagi mengelakkan kelaparan sebab cuaca pada ketika itu amat sejuk sekali iaitu kira-kira minus (-) 6 darjah celcius di Pekan Chamonix. Ini cuma langkah-langkah pencegahan kekurangan glukos dalam darah supaya tak pengsan semasa perjalanan.


Mercure hotel Chamonix

Chamonix nih adalah pekan kecil dimana berlangsungnya olimpik musim sejuk yang pertama iaitu pada tahun 1924. Di pekan inilah terletaknya Aiguille du Midi iaitu salah satu dari gugusan Alps Perancis. Di Aiguille du Midi ini terdapat kereta kabel menuju ke puncak bagi menyaksikan Mont Blanc selaku puncak tertinggi Alps. Chamonix ini juga merupakan salah satu bandar atau pekan bermain ski yang terkenal di dunia.

Pemandangan pekan / bandar Chamonix

Setelah berjalan selama 10 minit menuju ke kereta kabel kami terpaksa berpatah balik. Telinga aku rasa kebas dan teramat sakit akibat tidak memakai topi salji atau penutup telinga. Kami terpaksa berpatah balik ke kereta kerana tidak mungkin aku dapat bertahan dengan cuaca sejuk sebegini tanpa penutup telinga apatah lagi di puncak nanti.

Menunggu giliran untuk menaiki kereta kabel ke puncak Alps.

Setelah bersiap sedia dengan peralatan dan pakaian yang bersesuaian kami pun beratur di depan pintu bagi membeli tiket menaiki kereta kabel. Harga tiket bagi dewasa untuk perjalan pergi dan balik adalah 57 euro seorang. Jika tidak silap tiket kami itu adalah bagi annual pass. Sila rujuk disini. Perjalanan menuju ke Aiguille du Midi mengambil masa kira-kira 20 minit dengan 2 perhentian.


First platform

Perhentian pertama dengan ketinggian 2317m dari paras laut. Di paras ini kita akan bertukar kereta menuju ke puncak. Bagi sesiapa yang tidak membeli tiket ke puncak, boleh bermain salji atau mendaki ke puncak secara manual.

Kesemua penumpang akan turun di aras satu. Bagi yang membeli tiket sehingga ke puncak anda akan disemak tiket sekali lagi manakala yang lain bebas untuk menikmati pemandangan sehingga di aras satu ini.

Gigih betul brader nih naik secara manual

Perjalanan seterusnya agak mencabar lagi. Kereta kabel bergerak semakin laju dan adakalanya pengunjung akan menjerit ketakutan apabila kereta bergoyang setelah bertemu dengan penyambung kabel yang diikat berdekatan dengan tiang. Apa yang paling mengkagumkan adalah apabila kereta berhenti berhadapan dengan batu puncak yang besar dan perlahan-lahan menuruti batu tersebut hingga ke puncak.


cuba teka gambar apa nih...cuba sengetkan kepala ke kanan...


Secantik mana gambar cantik lagi pemandangan sebenar

Kalau di aras satu lanskapnya lebih kepada permukaan salji yang luas namun di  puncak terdapat banyak dek yang diperbuat dari kayu digunakan sebagai penghubung antara puncak. Terdapat juga terowong dan juga muzium yang ditempatkan di dalam terowong-terowong tersebut. Suhu di puncak memang sangat sejuk. Kalau di bawah sudah minus 6 degree apatah lagi di puncak. Kami hampir tidak dapat bertahan dek angin yang kuat yang melanda puncak Aiguille du Midi. Meskipun kami cuba untuk berlindung dalam terowong yang ada tapi kedinginan masih lagi mencengkam.


Platform di second layer...

Di puncak Aiguille du Midi terdapat sebuah cafe yang menjual makanan ringan namun begitu ia sentiasa penuh dek pelawat yang ramai terutama ketika musim cuti. Tapi kalau dapat kopi panas cicah biskut lutut memang terbaik. Setelah lebih kurang sejam kami berada di puncak Aiguille du Midi kami pun mudik ke bawah semula dengan tujuan dapat sampai semula di Geneva sebelum matahari terbenam.

Untuk makluman semua perjalanan terakhir kereta kabel ke puncak Aiguille du Midi adalah pada jam 3.30 petang tapi sebaik-baiknya awal sikit sebab boleh ambil sedikit masa di puncak. Ketika dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Tesco untuk membeli sedikit kelengkapan dapur, terdengar cakap-cakap 2 orang pelancong di belakang kami yang menyatakan krismas tahun ini adalah 'disaster' sebab tiada salji. Memang iya, 26 Disember 2015 tiada salji di salah sebuah resort ski terkenal di dunia.

bersambung...

No comments:

Post a Comment