Tidur kat hotel mahal memang sangat selesa. Pukul 7.30 pagi kami brekfest sambil check out dari hotel. Supir kami dah menunggu di luar hotel dengan sebuah avanza warna hitam.Hotel Jethra melambai2 pemergian kami.Pak Jefri adalah supir dari kompeni yang kami booking tour melalui hotel malam tadi. Awal2 pagi kul 6 brader reception tu talipon bilik kami cakap yang tour kami dah naik harga oleh disebabkan musim liburan. Dari 500k menjadi 550k utk tour selama 10 jam dan 50k tambahan untuk setiap jam yang terlebih dari 10 jam tuh. Kira overtime utk pak Jefri sejam 50k.
Hotel Jenthra Jalan Dagen merupakan hotel mahal hari ini.
Candi Mendut
Candi2 kecik dalam perjalanan ke satu taman di area ini. (tapi malangnya ia tutup)
So dalam 9.30 pagi kami sampai di kawasan Borobudur tp sebelum tuh kami melawat dulu candi Mendut yg terletak dekat2 sebelum sampai persimpangan kawasan masuk Borobudur. candi nih salah satu candi yg kecik so tiket masuknya hanya 3k. Masa kami pergi memang xramai org kat sini cuma dalam 10 org. Lepas dalam 15 minit kami kat sini kami teruskan perjalanan ke Borobudur. Perjalanan dalam 10 hingga 15 minit je. Tiket masuk kami kautim ngan pak Jefri. Dia jual dalam 198k tiket bagi seorang. Dia cakap tu harga pakej tour so murah dan x yah beratur panjang nak beli tiket. (Padahal aku balik Malaysia check website baru 190k...hamjadah kena ketuk lagi.) Tiket utk warga indonesia cuma 30k...giler beza ah. Kami sampai tgk parking penuh sepenuhnya. Keramaian pengunjung memang x dapat dibendung lagi. Dari parking kereta ada ramai penjual2 jalanan yg akan menggoda korang utk beli barang2 jualan mereka. Advice aku adalah jgn sekali sekala korang cakap nanti balik baru beli kalau x nnti balik diorang carik korang nanti. Just senyum dan cakap tq or terima kasih je.
Tiket spesel Borobudur
Pintu masuk warga Indonesia dengan warga asing adalah berlainan sebab takrifnya pun lain. Kat sini ada air kopi free utk diminum dan boleh refill berapa byk kali yg disukai. Jgn abiskan satu fluss tuh dah la. Pengunjung asing akan diberikan kain batik utk dipakai ala2 mcm samping or kain sarung. So penjual kat dalam akan tau korang pelancong asing dan akan menjual kat korang dgn lebih gigih lagi. Aku kena ngan seorang mamat ni dan agak annoyed sampai hilang mood nak amik gambar kawasan sekitar Borobudur nih. Perjalanan dari gate ke candi agak jauh dalam 200-300 meter dan cuaca agak panas. Boleh je nak naik kuda or tren ke depan candi tp kami x naik lah sebab mcm mahal je.
So kami pun berjalan lah di tengahari buta tuh. Candi Borobudur nih ada 5 tingkat dan setiap tingkat kena naik tangga dan xde cara lain. (escalator or lif memang jangan harap lah) Sudah naik tu kalau sampai kat atas tingkat 5 tuh baru berjumpa ngan stupa2 berbentuk loceng sebanyak 3 lapis barulah bertemu stupa yang paling besar. Maknanya 5 tingkat + 3 tingkat stupa...haa... Kami dibari masa sejam setengah je kat sini sebabnya perjalanan ke tempat2 lain mengambil masa agak panjang so...lepas mendaki ke puncak borobudur yg penuh org dan mengambil gambar beberapa keping kami turun dan menuju ke kereta.
Pengamen bagi melariskan jualan cenderamata di jalan keluar
Perjalanan ke dua adalah Gunung Berapi Merapi yang meletus x lama dahulu. Dari Borobudur ke Merapi mengambil masa lebih kurang sejam menysuri sawah2 padi. Sepanjang perjalanan ke merapi juga terdapat banyak chalet2 atau motel2 budget kat sana tp x berapa sesuai sebab jauh sangat ngan bandar...kut2 nak makan nasik gudeg susah pulak nanti. Gunung berapi merapi ni adalah gunung berapi aktif, yakni antara yg paling aktif di indonesia. Jadi oleh itu gunung di x boleh didaki sampai ke puncak. (Lgpun nampak cam tinggi je) Antara tempat2 or aktiviti yang boleh dibuat disini adalah seperti melawat rumah Mbah Maridjan dan menaiki jeep di sekitar Merapi. Mbah Maridjan nih adalah juru kunci (penjaga) gunung berapi Merapi nih. Beliau tewas dalam kejadian merapi meletus pada tahun 2010 dahulu. Memandangkan kami dah x cukup bajet so kami lupakan je nak amik supir kat sini. Ya...tour nih x termasuk dalam tour yg kami dah book td tuh. Kiranya tour di dalam tour. Lagipun hari dah lewat dalam pukul 1 dan perut dah keroncong so kami teruskan je perjalanan selepas amik 3-4 keping gambar kat sini.
Pemandangan merapi
Kat area nih kalau nak amik pakej naik jeep
Keadaan persekitaran merapi
Dalam perjalanan kami singgah makan dulu. Awal2 kami dah bagitau Pak Jefri supaya kami dah hampir kehabisan ongkosnya so bawalah kami ke kedai makan yang paling bajet yang boleh dijumpai sepanjang perjalanan.So Pak Jep bawa kami ke satu kedai makan...kalau x silap nama dia Rumah Makan Padang Meriah. Makan untuk 3 orang (Aku ngan member aku amik nasi putih + ayam bakar + sayur manakala pak Jefri amik nasik putih ngan telur + teh es manis 3) cuma 30k je...maknanya 3 orang makan cuma lebih kurang rm 10. Abis makan kami teruskan perjalanan ke Prambanan pulak. Jam dah 2.30 ptg so sebelum jam 5 kami kena balik kalau x kena cas over time.(Bukanlah kedekut tp bajet dah x berapa nak ada.) Tiket Prambanan pulak kami dah beli skali ngan tiket Borobudur tadi. (Kena con jugak) 210k beb.hmm..layan kan je la..apa nak buat...40k tuh boleh pekena skali lagi nasik padang tadi..
Tiket spesel Prambanan
Jalan Masuk ke Candi
Sampai je parking macam biasa memang penuh dengan bas2 dan kereta. Memang peak season sangat nih tp abg supir kami cakap kalau datang 31 Disember sampai 2 hari lepas tahun baru lagi lah ramai. Prambanan ni sebenarnya adalah kuil hindu yang dibina pada kurun ke 9 dan juga dikenali dengan nama Candi Rara Jonggrang. Kalau Borobudur adalah kuil Buddha ini pula kuil Hindu. Borobudur tinggi dan perlu dipanjat manakala Prambanan nih adalah satu candi yang terletak di tanah tetapi binaan tersebut sangat tinggi iaitu lebih kurang 50 meter. Aktiviti di Prambanan nih adalah mengambil gambar dan melawat ke dalam salah satu candi yang dibenarkan. (Itu pun kena berbaris untuk ambil topi keselamatan) Berbaris pun x lama walaupun ramai dalam 15-20 minit je sebab topi keselamatan agak terhad. Lepas ambil beberapa helai gambar kami pun berangkat pulang ke kenderaan kami.
Inilah barisan kita
Pandangan dari pintu keluar
Lepas ke kedai baju pak jep offer kami utk ke kedai batik pulak. Memandangkan duit tinggal utk airport tax ngan makan je (camtu la aku temberang pak jep) kami cancel je la rancangan menarik tuh. So pak jep turunkan kami kat area Pasar Kembang (Kat Yogya nih pon ada gak tempat nama Pasar Kembang) bersebelahan dengan Jalan Malioboro. So baru kami bayar servis pak Jep...Lupa lak nak bagitau yang lepas jalan2 shopping baju kami sampai Pasar Kembang dalam jam 6.00 ptg. So pak Jep pun mintak 600k (kami bagi 550k seperti yang dijanjikan tp pak Jep mintak lg 50k utk overtime) Oleh sebab kami malas nak bergaduh2 di rantau org kami hulur je lah. Pastu dia mintak lagi tips...haha...pak Jep nih ikut aku nak kena cepuk gak rasanya.Lepas kena pau ngan pak jep kami berbuih pulak nak mencari hotel area nih. Penuh penuh dan penuh...Dah x larat berjalan kami naik beca pulak...brader beca tuh baru je tolak2 beca x sempat kayuh pun terus dia berenti kat satu hotel nih. Kami turun tanya diorang cakap ada bilik kosong. Last room 450k. Terus sambar memandangkan lutut dah longgar nak berjalan. Jgn lupakan brader beca tadi cas kami 20k utk perjalanan 15 meter. Super haram jadah btul perangai...(tetiba aku jd amarah sambil menaip nih)
Pandangan Merapi dari airport
Maka tammat lah kes TrasJava kali nih...
Budget:
pakej jalan2 + tips - 325 kkarcis masuk Borobudur - 198k
karcis masuk Mendut - 5k
pajak masuk Merapi - 20k
Lunch - 30k
Karcis masuk Prambanan - 210k
Hotel - 225k
T shirt - 170k
souvenir - 50k
Dinner - 30k
Beca - 20k
Lunch esoknya - 25k
Teksi ke airport - 60k
Airport tax - 100k
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.