Monday 3 February 2014

TRANS JAVA : BANDUNG

Okeh...jadi entry TransJava akan bersambung semula...kat mana arituh...oh bangun kul 4 pagi dan terus ke Stasiun Gambir. Jam 4 pagi kami bergerak dari hotel menaiki bajaj. Tambang dalam 30k rupiah.(maybe cam kat KL gak kalau naik teksi awal pagi mesti kena pau punya.) Tapi apa yang best nya kul 4 pagi Jalan Mangga Besar dah mula sibuk.(Giler ke apa, x tido ke diorang nih)
 Tren kami ke Bandung sebenarnya bergerak jam 5.45 pagi tapi di advice oleh ejen tiket semalam kena ada kat stasiun sekurang2nya 30 minit sebelum (ala cam biasa la tu). So sebelum gerak brekfes dulu (ntah apa nama restoran cam ala-ala Meri brown pon ada) terus naik tren. (tren xde la sharp sangat, lewat la jugak dalam 15 minit) Tren kami nih adalah kelas eksekutif yakni kelas terbaik dalam kelasnya. Seatnya memang selesa lebih selesa dari seat Air Asia dan MAS. Kaki lunjur x jejak seat depan siut.

Pemandangan Stasiun Gambir 

Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa dalam 3 jam. Tapi perjalanan memang x membosankan. View yang boleh korang dapati amatlah stunning sekali. View sawah padi berlatar belakangkan gunung2 seperti pemandangan gunung kinabalu dari Kota Belud. Kalau korang menaiki tren ni dalam perjalanan sila tunggu announcement dari peramugari tren. Rasanya ada 2 tempat menarik sepanjang perjalanan nih. Kedua2 nya akan di announce sepanjang perjalanan. 1 bila tren melalui jambatan dan nampak view2 lembah yang sgt cantik manakala 1 lagi bila dah start melalui terowong yg agak panjang.(aku cakap je sebenarnya aku tido je sepanjang perjalanan...tp aku terjaga dgr announcement tuh..)

Seat tren eksekutif class

 Antara pemandangan yang boleh dilihat (Ini bukan pemandangan yang aku cakap tuh)

 
 Welkam to Bandung

Tiba kat stasiun Bandung lebih kurang jam 9 pagi. Tgh2 blank nak pegi mana kami didekati oleh brader2 yang offer diri utk bawak kami jenjalan. Last2 kami dapat offer yg mcm ok.600k utk perjalanan ke Tangkuban Perahu, Lembang Waterfront ngan Ciater Hot Spring beserta jalan2 shopping sampai malam. Memandangkan member aku x berapa berkenan ngan harga so kami amik pakej  yg lagi murah yakni 500k utk Tangkuban Perahu ngan Lembang Waterfront plus 
hantar ke hotel kat Jln Cihampelas.
 Pemandangan Stasiun Bandung

Supir kami ni namanya pak Yus, org Lembang kerja freelance supir. So kami mulakan perjalanan ke Tangkuban Perahu. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Stasiun Bandung melalui jalan2 berliku mcm Genting or Cameron Highland. Lupa lak nak bgtau, 500k tuh perjalanan dgn keter avanza, tol (kalau ada), dan minyak. Ini x termasuk tiket masuk ke kawasan wisata dan parking. So perjalanan sepatutnya sejam jadi sejam setengah sebab banyak kenderaan dalam perjalanan. 

Pemandangan Kawah Utama Tangkuban Perahu

Sampai di pintu masuk Tangkuban Perahu pak yus suruh jgn cakap or sembang apa2 dalam keter. (Aku buat2 tido)So berjaya lah kami dalam taktik penyamaran. Dapat la tiket harga warga tempatan. (Kalau masuk harga lokal adalah 11k manakala warga asing 35k...xde la byk sangat pun kurangnya) Dari gate kena drive lg dalam 4-5 km baru sampai. Pak Yus tanya samada nak menyusuri keseluruhan kawasan atau x. Memandangkan time singkat kami cakap x payah dan terus ke tempat2 menarik utk amik gambar. Time kami tiba tuh punya la ramai manusia kat sana. Beribu2 lemon tp bagus juga sebab penjual2 jalanan x berapa amik perhatian sangat ngan kami. Mengikut cerita2 yg penah aku dengar,penjual2 jalanan kat sini agak mengannoyingkan tp time kami datang x berapa mendesak lah so boleh jalan tanpa apa2 yg membimbangkan sgt.

Pemandangan kawasan sekitar terdapat kedai2 cenderahati.

 Kedai-kedai cenderahati yang terdapat di sekitar Tangkuban Perahu

Kami stay di Tangkuban Perahu dalam sejam sebabnya hari dah agak lewat. (Kami sampai lambat) kami pun bergerak keluar dari Tangkuban Perahu menuju ke Floating Market Lembang. Sebelum tuh pak Yus bawak kami ke kedai cenderahati yg berdekatan. (Rasanya dia dpt persen dari tokey kedai nih tp xkisah la.) So perjalanan ke Floating Market Lembang sepatutnya amik masa dalam 30-45 minit jadi nightmare bila jalan ke sana macet giler. Gerak dari Tangkuban jam 12 tgh, kami sampai di tempat yg dituju dekat2 kul 2 petang.

Floating Market Lembang

 
Tempat permainan dan kolam angsa.
 
Diantara crowd2 yang hadir sekali
 
Lanskap di dalam area Floating Market

Mula2 kami agak pelik mengapa nak ke tempat ni? Apa yg spesel sgt tempat ni?Kenapa jarang org cerita pasal tempat ni? Ekceli Floating Market Lembang ni adalah satu tempat menarik yakni ala2 taman tema air . Kat sini tempat utk family berkumpul berwisata kata org sana. Di Floating Market nih ada tempat makan, ada tempat main budak2, ada taman arnab, itik, angsa dan lain2 lagi, dan banyak aktiviti2 yang boleh dilakukan kat sini. Kalau nak cuba macam2 jenis makanan Indonesia, disinilah tempatnya.

 
Antara aktiviti2 yang boleh dijalankan, mewarna patung ceramik.

 
 Antara port2 amik gambar dalam kawasan nih.

 Bayaran masuk hanya 10k percuma air Nescafe mesin or apa aje menu yang ada kat mesin tuh boleh dapat percuma tp x boleh la nak refill. Sekali je ye jgn lebih2. Kami cuba utk singgah kat setiap warung, kedai makan tapi nasib memang xde nak try makanan kat sini sebabnya setiap tempat duduk full. 30 minit je kami kat sini sebab kelaparan dan mencapai tahap maksima so kami gerak dalam hujan renyai2 tuh mencarik pak Yus. Pak Yus bawak kami ikut jalan shortcut sambil tunjuk rumah dia kat kami, nasib baik dia orang sana so perjalanan dapat dijimatkan selama 1 jam. 
 
Rumah2 kecik nih restoran sebenarnya. (pun full house jugak)
 
Tasik ni berada tengah2 floating market
 
Ni lah gerai2 konsep floating di tengah2 taman nih. Full house

Dalam jam 4 petang kami tiba kat Bandung pak Yus bawak kami makan kat satu restoran makanan Sunda. Tengok dari luar memang cam nak kena pau je. Masuk je dalam tengok dressing waitress aje dah membikin cuak. Baju batik lengkap dengan kopiah jawa serta berkain batik. Lanskap dalaman juga dipenuhi dengan lanskap2 Indonesia ala2 Bali. So kami santap dulu sambil sentap. Ya...hidangan petang tuh kena dalam 200k tapi kalau tgk hidangannya memang ngancam dan padan muka kami. 

 
Ni la restorannya...ala yang kena ketuk tuh

 
Taman yang ada dalam restoran nih

 
 Ni lah menu nya...Gurame bakar,sambal dan sayur...padan muka kami...

Kul 5 petang kami tiba kat hotel yang telah aku booking awal melalui Agoda kat Jalan Cihampelas yaitu Hotel Cihampelas 2. Tampa segan silu tunjuk je resit Agoda terus dapat bilik tapi apa yang x best nya diorang bagi bilik underground dan apa yang x bestnya bilik underground ni adalah line telefon dan internet langsung xde. Dah la bilik underground, bilik paling hujung lak tuh dia bagi. Mentang2 aku book RM68 je sukahati je dia bagi bilik paling x best. So apa yang aku dapat simpulkan dalam pengalaman 2 hari amik bilik murah dari Agoda ialah, hotel2 nih jual murah bilik2 yang diorang rasakan x laku. Sama ada tingkat paling atas(xde lif) dan bilik bocor dan segala malapetaka lagi. Silap2 dapat bilik berantu padan muka korang. Masa kat Wow hotel pun kami dapat bilik paling atas tanpa ada lif. So rasanya anggapan aku nih tepat.(kalau salah sila betulkan)

 Pemandangan dalam rumah Mode

So sambung balik...take a 20 minutes nap jadi 2 jam. Terbangun rupanya dah lepas Isya. Siap2 terus keluar ke Bandung. Tanya pak guard hotel arah ke rumah mode (satu tempat wajib pergi kalau ke Bandung : ujar kaki2 shopping x ingat dunia) Memandangkan trafik area Jalan Cihampelas tuh bergerak one way dan agak jauh nak pusing kalau naik teksi (alamat2 nak kena sembelih lagi) tambahan agak macet jalan raya nya, kami amik keputusan jalan kaki je berpandukan gps henpon yg pening2 lalat. Rupanya x sampai 15 minit jalan kaki sampai kami ke rumah Mode. Suasananya cam ada funfair lak kat situ. Ramai org sedang histeria sambil memilih pakaian dan masukkan dalam beg kertas rumah Mode diorang.(yg nih aku reka2...jgn percaya) Ramai org...memang ramai. Apa yg sebelum ini terbayang dalam pikiran aku yakni shopping di Bandung adalah sangat murah sehingga aku berangan utk penuhkan separuh kapal terbang dengan jaket, baju, kain batik dan sluar jeans bila balik KL nanti. Tapi tetiba aku terjaga dari lamunan. Apa yang aku dapat dengan 800k(bajet asal aku utk shopping) adalah sehelai seluar jeans dan sehelai sweater merangkap jaket utk ke Bromo esok.
 Ni suasana org shopping sambil histeria (tipu je histeria tuh ye)

 
 Rumah puaka (bagi org yang x berduit)

Berjalan balik perut rasa lapar pulak tgk restoran2 di tepi jalan masa kami otw balik. Singgah kejap makan malam terus balik ke hotel. Sebelum tuh member aku gi tanya pak guard utk bawak jalan2 sekitar Bandung malam tuh. Pak guard tuh cakap bisa tapi kena tunggu dia abis shift kul 11 malam dan dia akan cas 50k. So kami ok je dan malam tuh pak guard tuh yang namanya pak Eddy bawak kami ronda Bandung. Selepas lebih kurang sejam setengah kami balik semula ke hotel dan pak Eddy skali lagi offer utk hantar kami ke airport esok pagi. Skali lagi dengan bayaran 50k. Kami cakap ok so esok pak Eddy akan tunggu kami jam 6.00 pagi kat depan hotel dan kami pun masuk tidur.


Bersambung....

ps: gambar besar yang clear tuh amik guna kamera manakala gambar yang kecik dan kabur tuh diambil dari kamera henpon saya yang cikai...harap maklum...tq

Budget:
pakej tour - 250k
tiket masuk dan parking Tangkuban Perahu - 30k
souvenir - 100k
tiket masuk floating market - 10k
Makan tghari - 100k
shopping - 800k
dinner - 40k
jln2 malam -25k + 100k (jajan)

No comments:

Post a Comment