Monday 16 December 2013

Kembara Solo ke Siem Reap part 3

Akhirnya dapat juga curik2 masa nak update blog nih. Bukan apa, kalau boleh nak settlekan semua sebelum trip yg akan datang yakni kira2 lagi seminggu. Okeh..teruskan...

Lepas aku kejutkan si Kim tido kat parking Bayon tuh, kami pun gerak ke next destinasi yaitu Ta Prohm. On the way tu terdapat banyak monumen2 yang menarik tapi si Kim cakap x sempat nak singgah mana2 disebabkan time tuh dah kul 2 lebih so nak pegi Ta Prohm lagi dia takut nnti x sempat nak tgk sunset.

Disamping tu bateri kamera aku yg dah melingkup buatkan aku terliur je nak amik gambo kat monumen kaki2 gajah di Elephant Terrace di dalam perjalanan dari Angkor Thom ke Ta Prohm. Ah..apa yang berlaku tuh biarkan lah ia terjadi...kita yg masih hidup nih perlu teruskan hidup...

Perjalanan lebih kurang dalam 15-20 minit jugak la. Kawasan dia semakin dalam dan pokok2 makin besar.(ekceli nampak cam kat ladang getah je.) Sambil2 tuh si Kim pun cerita sejarah pasal kerajaan Khmer lama. Aku sambil menguap x tau ape bende yang diceritakan dia tuh. Tambahan kelaparan yang gile dan angin sepoi2 alamatnya trip nih memang kejap je la.


Main building entrance

Main building entrance (terpaksa masuk ikut tepi sebab ada cukai...masa nih duit yg tinggal cuma ada utk beli 1-2 tin air)

Masuk dalam je muncul la pokok2 yang besar dan tinggi.


Entrance selepas entrance tadi

Sampai pintu masuk Kim tinggalkan aku dan dia cakap dia tunggu kat pintu satu lagi. Rupa2nya boleh buat one way in one way out. Agak bagus sebab x payah nak patah balik tambahan pulak bateri kat badan pun dah kritikal.

Kalau mula2 agak amaze ngan Bayon rupa2nya Ta Prohm ni pun superb jugak. Kawasan agak besar dan banyak runtuhan2 bangunan disebabkan pokok2 dan tumbuh2an membesar dengan kadar yang mengkagumkan. Mula-mula masuk dari entrance ramai budak2 menjual mcm2 dan ada yg mintak belas kasihan nak makan tp diorang mintak kat pelancong je. Memandangkan aku seorang rakyat tempatan yg berjaya menyamar so aku dikecualikan.



Dari entrance rupanya kena berjalan beberapa ratus meter sebelum sampai ke bangunan sebenar. Kat sini ada band memainkan lagu2 tradisional bagi mengutip derma pada org2 kurang upaya.(aku rasa lah) Sebab bila aku perhatikan (aku duduk lepak skali ngan brader2 ni,cuma x sembang je)Ada dua or tiga orang musician tu kaki ada sebelah je.


Jalan punya jalan sampai la ke entrance main building. Nampak cam biasa je tp kat dalam x pasti. Masuk dalam selongkar sana sini nampak cam best je. Banyak betul runtuhan2 yang buat tempat nih agak cool dan menyeramkan.(Aku dah letih giler so xde masa nak rasa seram) Banyak gak section2 yang tutup masa nih sebab tgh buat konservation. Carik jugak tempat2 menarik cam Angelina Jolie punya filem tuh tp beratur ramai giler. Temple nih agak besar tapi x sebesar Angkor Wat cuma keadaan dia agak berselerakkan dan xde main building or satu titik fokus untuk sesi fotografi. Mana2 pon boleh bak kata orang.


Kat sini jugak ada banyak monk2 yang dibawa aku pun xpasti dari mana tp rasa cam diorang nih pun pelancong gak. Siap amik gambo bagai. Ekceli tempat nih banyak port2 menarik untuk amik gambo. Kalau korang datang ke sini make sure korang fresh giler or bertenaga untuk eksplore tempat2 tersembunyi dalam temple nih. (Aku tengok ada org putih nih siap panjat2 rubble2 yang ada tuh tp kena marah ngan pegawai keselamatan(iye kut) yang menyamar cam org biasa...padan muke) Tp seriusly aku pon teringin nak panjat rubble2 tuh sebab view angle utk amik gambar sangatlah cantik.




Sami pun ada henpon yg ada camera. Say cheez


Batang pokok besar tuh keluar dari bumbung bangunan tuh. (Sini salah satu tempat penggambaran tomb rider tuh. Cuma time nih under conservation construction)

Entah berapa lama aku kat sini aku pun xtau tp dekat2 kul 4 aku keluar dari Ta Prohm nih. Jalan nya sama cam tadi dan tetiba aku rasa cam pelik sebab ada lagi ahli muzik traditional yg td. Aku jadi kompius so aku lepak ngan brader2 musician tuh sambil perhati betul2 rupanya orang lain. Sambil2 tuh si Kim pun datang sambil lepak2 ngan brader2 tuh. Dgr2 diorang sembang si Kim nih pon introduce aku nih org Malaysia dan bukannya Cambodian cam diorang. (Aku x paham tp ada dengar2 cam Malaysia and brader musician tu cakap ooo)


 So lepas tu kami terus jalan ke destinasi sunset. Aku tanya Kim mana pot menarik (ekceli aku dah check dah just nak tanya pendapat.) So dia kata la Phnom Bakheng. Salah satu temple paling lama dan sangat sacret di Siem Reap. Kami pun gerak tp Kim cakap masih awal lagi so dia stop kat salah satu temple on the way ke Phnom Bakheng.

Temple nih temple kecik je so aku batalkan niat nak panjat sebab tgk anak tangga 2 kaki tinggi setiap step. So aku pun borak2 ngan penjaga tiket sambil minum Coke yg dijual kat tepi entrance tuh. Lepas recharged sekejap kami direct ke arah tujuan asal sebab ikut kata Kim nih hanya 400 org je yang dibenarkan naik ke Pnom Bakheng dan kenalah naik sebelum 5.30 ptg. Yang x penuhi syarat tuh xkan dibenarkan naik.

Nampak x apa yang aku nampak? Ada temple dalam hutan tuh.

Jadi perjalanan xde la lama sangat sekitar 10-15 menet. Sampai je kat entrance tuh Kim cakap dia tunggu kat moto je la. Sampai je kat penjaga tiket tgh laluan kat papan peta tuh. Rupa2 nya Pnohm Bakheng nih atas bukit. Fuh. Ini baru mencabar. Tinggi bukit nih xde la tinggi sangat dalam 70-100 meter ikut kat gugel. Trek pun entah la anggaran dalam 500-600 meter la.

First group yang potong aku

Second Group (Time nih dah nak merangkak mcm golum dah)

Third group 
(Kalo dressing mcm minah nih n x bawak kain utk cover top tuh sure x dibenarkan masuk punya.Lagi satu seluar pendek atas lutut pun x boleh)

Naik tangga pulak. Ha..korang tengok signboard tu cakap tutup kul 5.30.kan aku x tipu

Sampai di puncak Phnom Bakheng masih awal lagi dalam 5 lebih dan orang masih x berapa nak ramai. Menjelang kul 5.30 hingga pukul 6 dah penuh giler puncak nih.Nyesal lak x lepak awal2 kat pot2 yang bagus untuk amik gambar. Ekceli kalo korang bangun je dari tempat duduk korang alamatnya kena kebas le. Sunset pada hari nih x berapa menarik. Aku baca blog yg kita boleh nampak sunset berlatar belakangkan Angkor Wat  dari sini. (Ya memang boleh nampak tp kena bawak skali mikroskop) Memandangkan sunset yg mengecewakan (x seperti yang diharapkan) so aku pun turun menyusuri bukit tuh sebelum x nampak apa2.(Apa lampu pun x bawak kecuali lampu henpon) Lagipun dah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Siam Reap dan sewaktu dengannya.

Pandangan di Phnom Bakheng

Tengok sunset sambil ala2 berkelah

Sunset di Phnom Bakheng

Sampai je kat bawah tu aku terus dapatkan Kim dan suruh dia bawak aku balik, dengan kadar segera. Sampai hotel terus mandi dan buat aktiviti yang sepatutnya dan terus keluar carik nasik. Kalau terbaring kat katil tuh walau sedetik ditemani penghawa dingin alamatnya sayonara makan tengahari,tea, dinner and supper dan mungkin breakfes esoknya skali.

 Pandangan Old Street Market waktu malam.


Ada banyak night market kat Old Street Market nih. Boleh pilih mana suka.


 Antara suasana night market. (jgn lupa bargain yer)

Carik makanan halal di Siem Reap? Xde masalah.banyak je restoran2 Indian dan ada juga restoran Muslim Cambodian yang agak sukar dijumpai.(Aku carik dari day 1 sampai hari ni x jumpa2) Shopping? Ada jugak tp jgn harap la beg birkin ke versace ke...ada la souvenir2 t shirt ke keychain ke fridge magnet ke. Abis kuat pun barang2 handcraft yang korang boleh dapati terutama di jalan Old Street Market. (Yg paling femes adalah Artisans Angkor) Masaj pun murah kat sini (tolong jgn pikir yg biru2 or kuning2.)

 Antara night market yang paling best. (Terletak diseberang sungai)

Selain dari shopping, jalan2, makan2 korang jugak boleh membantu anak2 Siem Reap nih yang kebanyakkan nya terdiri dari orang2 susah. Ramai anak yatim dan juga ramai yang kurang berkemampuan walaupun utk ke sekolah. Hulur2 lah sikit kalau ada berlebihan bajet tuh, sekurang2 dapat membantu manusia sesama manusia. Keseluruhan perjalanan adalah sangat menarik kecuali ada sedikit penambahbaikan yang perlu dibuat. Banyak pelajaran dan pengajaran yg diperolehi dari trip nih. Kalau dihayati dengan lebih teliti dapat memberi keinsafan dan membuat kita bersyukur dengan apa yg kita nikmati.(xde kena mengena dgn parti politik ye).Nice trip.

Adios.






No comments:

Post a Comment