Thursday, 12 December 2013

Kembara Solo ke Siem Reap part 2


Awal pagi (xde la awal sangat dalam kul 8) aku tunggu Kim kat lobby. Rupanya dia awal lagi dah sampai. Kira ok gak mamat ni ontime. Memandangkan hotel aku dah bagi breakfast free so no need breakfast terus ke destinasi pertama, Angkor Wat. Lupa nak bagitau, kalau x beli lagi tiket kena ikut jalan lain untuk sebab ada shortcut semalam tuh yg melalui kebun2 or pokok getah,sekolah dan rumah2 yg korang akan miss booth tiket. Kebanyakan tempat ada org jaga utk periksa tiket anda so dont cheat ya...

Oh. Lupa pulak introduce mamat guide aku nih. Mamat nih adalah mamat yang bawak aku dari airport semalam. Kim namanya. Lepas anto aku ke hotel smalam terus dia diskus ngan aku pasal pakej untuk hari nih.(part nih pun nanti aku cerita balik dalam post yang lain.)

First destiny untuk hari tuh adalah Angkor Wat. Ekceli aku amik tour bagi small circuit utk 2 hari.(pass dah beli 40 usd) Idea aku hari first utk pegi Angkor Wat, Bayon, Ta Phrom dan sunset di Phnom Bakheng dan hari kedua ke Bantrey Srei, Sras Srang, Sunrise di Angkor Wat.(yang mana terpaksa di cancel, nnti aku kasitau apasal).  

 Pemandangan Angkor Watt dari hadapan

Destinasi pertama adalah Angkor Wat yang merupakan monumen temple yang paling besar di Asia Tenggara.Eh silap...paling besar di dunia. Kalau korang pusing satu round pagar Angkor Wat nih bersamaan korang dah pusing lebih kurang 3.6km. Sampai je entrance ada pegawai tiket akan check korang punya tiket sama ada masih valid ke x. Kat sini aku nampak ada sorang tourist kena tahan sebab pegawai tiket tuh cakap muka dia x sama dengan gambar yg ada kat tiket tuh. (Lupa lak nak kasitau.tiket korang tuh ada gambo skali.Masa beli tiket tuh ada camera kat tiket booth tuh utk amik gambo.) Dari entrance ke gate dah dalam 100 meter. Dari gate ke main building dalam 300-400 meter.
 Pemandangan Angkor Watt dari tepi

Aku habiskan masa lebih kurang 4 jam or lebih sikit menyusuri bangunan Angkor Wat nih. Dari gate sehinggalah menaiki tangga ke temple yang paling tinggi. Kemudian menyusuri pula sehingga ke belakang sampai lah ke gate keluar ikut pintu belakang. Kemudian ku pusing pula ikut belakang ke depan maka terjumpa pulak sekumpulan org kampung berbahasa Malaysia. Sesat katanya. Mula2 takut tgk aku yg berambut GQ menyorot ganas ala2 samseng Cambodia last2 aku tunjukkan jalan keluar sambil bagi tips2 tempat2 yang must see pada diorang (dah study kat gugel universiti smalam). 

Diorang mula2 igt aku nih memang org Cambodia (semua cakap camtuh) berdasarkan rupa dan rambut aku yg potong utk menyamar bak local supaya kurang kena scam. Sudah aku tunjukkan diorang jalan keluar aku pon terus keluar jugak untuk meneruskan perjalanan.

 Pemandangan Angkor Watt dari belakang


Pandangan jalan masuk dari entrance paling kiri (kalau menghadap ke bangunan)


Keadaan di main entrance (gate depan sekali)


Angkor Wat sedang renovation


Salah satu section dalam temple Angkor Wat.



 Main building Angkor Wat



Main building Angkor Wat




Salah satu temple kecik yang berada tidak jauh dari Angkor Wat. (Mebi salah satu gerbang untuk Angkor Wat)

Perjalanan diteruskan selepas aku jumpa Kim tengah asyik menyembang ngan kengkawan tour guidenya. Destinasi seterusnya adalah 'the temple of a thousand faces' aka Bayon temple.
Orang cakap Bayon nih adalah salah satu tempat yg paling interesting dalam kompleks Angkor Thom nih malah mengalahkan Angkor Wat dari segi arkitekturnya.

Kalau tengok peta jarak antara Angkor Wat dengan Bayon xde la jauh (x sampai sejengkal pun) tp kalau menaiki moto yang Kim bawak ni lebih kurang 15-20 minit jugak lah. Mula-mula masa aku nak tolak permintaan Kim ni untuk bawak aku jenjalan (masa tu igt nak naik basikal all the way) dia cakap Angkor Wat ke Bayon je pun dah 5 km. Jadi di situ lah mati semangat aku nak mengayuh basikal di hari yang panas dan berdebu tuh.


Gerbang Angkor Thom




Melalui gerbang Angkor Thom

Untuk tak membuang masa dengan lebih byk lagi aku skip snack n lunch serta tea. Sebabnya agak membazir masa kalau nak patah balik ke bandar untuk makan. Aku xde la check tp rasanya kat area Angkor kompleks nih xde makanan yang halal toyyiban. (Kecuali kat tepi2 tu byk jual air kelapa). Aku terlalu banyak habiskan masa kat Angkor Wat so dalam kul 1 tghari lebih kurang kami sampai kat Bayon Temple. Yelah. Bayon nih nampak lebih wow dari jauh. Sebelum masuk mcm biasalah, tiket di check oleh pengecheck tiket. Kali nih org yg check tiket nih cam sempoi2 sket. Buat2 lawak sambil2 berbual ngan aku.



Pandangan dari entrance untuk ke Bayon. (Yg baju biru tuh pemeriksa tiket)

Bayon temple nih sebenarnya xde la berapa besar tp agak sesat nak carik tangga nak naik ke atas bangunan tuh. Xsilap ada 4 tangga tp satu je yg utk naik ke atas manakala yg 3 lagi untuk turun. Setelah pusing-pusing dalam tu last2 terjumpa jugak jalan nak naik dan hasilnya adalah wau dari dalam hati. (Nak melompat kang org cakap skru lose lak) Sambil tengok keunikan dan keindahan pembuatan org2 Cambodia nih lupa sekejap yang aku x makan dari pagi td. Sedang asyik mengambil gambar baru la aku perasan bateri kamera dah merah...dan yang paling terbaik charger ada kat Malaysia.oh nooo...jadi terpaksalah skip mana2 view yang dirasakan x menarik dan save the best for last.


Pemandangan dalam building Bayon




Jalan dalam Bayon yg aku agak sesat juga la.


Mencari tangga


Masih x jumpa2

Yang ni amik dari tangga naik yang akhirnya di ketemui. (syukurlah...aku dah lapar)


Ukiran-ukiran pada dinding dari tangga nak naik.

Bahagian tepi or belakang temple nih. (ada construction mebi ada struktur yang dah x berapa nak kukuh)

Antara section-section yg korang bakal jumpa tingkat atas Bayon nih.



Ni pun sama
Yes, korang akan jumpa view yg macam nih
Ni pun sama
Sama lagi
Ini juga
Ini pun
Ukiran pada dinding Bayon bahagian depan sebelah kanan entrance.(menunjukkan betapa hebat sejarah Khmer zaman dahulu.)

Lebih kurang sejam setengah aku pusing Bayon nih lebih kurang dekat2 kul 2 lebih aku pun turun n cari si Kim kat area parking tu. Dia tanya nak pegi mana lagi. So aku cakap la tempat Angelina Jolie belakon citer Tomb Rider tuh. Dia cakap "oh tu kat Ta Phrom" (sure la cakap omputeh) jadi kami pun gerak pegi sana.

Alamak...memandangkan lunch time aku pun dah abis...aku sambung lain kali je citer nih...stay tune...Bersambung...


p/s : sori sebab gambo x berapa nak best...ekceli memory card main camera aku didapati corrupted bila aku balik ke Malaysia.so gambo2 nih semuanya amik dari secondary camera...(fuh...nasib ada secondary...ok teruskan bersambung)

2 comments:

  1. this is very useful.. Esok nak fly.. :)

    ReplyDelete
  2. oh..gembira dapat berkhidmat utk masyarakat..

    ReplyDelete