Friday 8 November 2013

Family Trip to Saigon Part 2

Hari kedua bangun awal pagi bersiap-siap untuk aktiviti.Apa yg x syoknya bila amik pakej tour ni kita akan jadi malas utk buat research. Tanpa research pengetahuan tentang tempat2 yg nak dikunjungi pon kurang.

Pukul 8 pagi depan hotel ramai penjual barang2 dah menunggu.Macam2 ada tapi langsung x menarik perhatian aku. Naik van terus ke destinasi yang dituju iaitu Tour Delta mekong.

 
Ha...beli jgn x beli

Perjalanan ke tempat yg dituju iaitu My Tho mengambil masa lebih kurang sejam setengah hingga 2 jam ikut kelajuan driver drift. Lanskap di tepi highway yang kami lalui itu kebanyakannya sawah padi. Memang pekerjaan ruji orang2 Ho Chi Minh ni petani (kalau dari sudut pemandangan aku lah).

Sebenarnya kawasan yang kami lawati nih sebenarnya adalah pulau2 yang ada di tengah2 sungai Mekong tuh. Kalau x silap aku ada 4 semuanya (dah gugel dah) iaitu unicorn island (con thoi son), phoenix island (con phung), turtle island (con qui) dan dragon island (con tan long).
 Ni la lebih kurang bot yg dinaiki tu cuma lain company je

Sampai di sana (jeti) kami naik bot yg ada atap lebih kurang 20 minit sampai destinasi no. 1 iaitu ladang lebah. Sebenarnya tempat ni bukan nak tunjuk sangat mcmana proses amik madu ke tapi lebih pada bisnes jual produk seperti madu dan lain2 lagi.

 Kerepek pisang paling sedap di dunia (sebab free)

 Teh cina + Madu + limau nipis cecah ngan kerepek pisang...

Abis je minum teh bermadu kami naik balik bot dan perjalanan lebih kurang 5 minit kami sampai ke tempat membuat kuih tradisional Vietnam. Kuih ke cam biskut kelapa kat Malaysia jugak sebab aku pernah makan time kecik2 tp time tu xtau lak nak belek2 biskut tu made in My Tho ke Kuala Ketil.

 Camni la proses nak buat cekelat kelapa.jgn la ada org yg ptui dalam tuh

 Dengar le labun brader tuh makcik. 

Proses membalut cekelat
 Kalau aku x sampai separuh yg masuk dalam kotak tuh.

 
 Tgh jalan kaki pon boleh gak shopping.(Asik shopping je keje korang ye...haih)

Lepas shopping biskut kelapa kemudian dalam 10 minit berjalan kaki kami lepak makan buah-buahan tempatan pulak (asik makan je) sambil menyaksikan persembahan pancaragam/kugiran tempatan. Percaya ke tak lagu can mali can versi vietnam pun menjadi alunan dendangan diorang.(x dapat dipastikan sapa yg tiru sapa)

Tempat makan buah sambil menonton persembahan
 
 Can mali can ohoi

 
 buah buahan tempatan di asia tenggara

Lepas abis lepak makan buah-buahan kami meneruskan perjalanan dengan kaki ke lokasi seterusnya. Di lokasi kali ni kami dibawak menyusuri canal-canal kecik di sungai mekong dengan menaiki sampan. Sambil2 mendayung hampir semua pendayung sampan lain cuba mengepau kami. Mintak tips2 yg xtau sebab apa. 

 
Sampan2 menyusuri canal2 sungai mekong

 
 Alalala...ciannya budak kepanasan nih.

Lepas naik sampan kami pon makan makanan yang disediakan oleh restoran kat area situ jugak.
Lepas kenyang kami pun bertolak balik ke Ho Chi Minh city. Sebelum sampai town kami dibawak pegi shopping tudung dan brooch. Part ni kalo bawak kakak2 dan makcik2 memang paling best. Boleh melompat sambil sumensout berpusing diorang.

 
Datang beribu kilometer semata-mata nak makan teloq dadar je...puih
(Bersyukurlah dgn nikmat yg diberikan-mode insaf)
 
Abis shopping balik ke hotel utk rehat sebelum dinner sambil mengira baki utk shopping esok pulak.
Sekali lagi kami dioffer trip rahsia lagi dgn bayaran tambahan. Abg tour guide menelefon2 tp malangnya xde seat kosong. Malam pegi dinner pastu tido.

Bersambung lagi...

No comments:

Post a Comment