Thursday 7 November 2013

Family Trip To Saigon


Aku merupakan seorang traveller yang malas...malas nak update blog, blog ni dah setahun x update sebab busy bagai nak rak...walhal dah 2-3 trip berjalan x tentu hala.

Pada bulan April 2013 yang lalu aku dan family buat satu trip ke Saigon atau nama terkininya iaitu Ho Chi Minh City. Trip yang diikut oleh 10 orang ni ambil pakej dari travel agency di KL. Bayaran untuk ground pakej termasuk jalan2,makan minum dan penginapan adalah lebih kurang RM900++ sekepala. Manakala tiket kapal terbang pulak macam biasa "Everyone Can Fly" harga dalam RM 400++ pergi balik.

Day 01 : Prolog

Flight dari LCCT KL ke Tan Son Nhat Airport , Ho Chi Minh City mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiba di airport disambut girang oleh pegawai imigresyen berwajah tanpa perasaan. Lepas cop sini sana disambut oleh tour guide kami, mr ah ai forgot his name.

Selamat Datang ke Ho Chi Minh City

Begini la keadaan imigresen Tan Son Nhat airport. Macam opis gomen Malaysia kan?

Selepas tu kami pun naik van menuju ke pusat bandar Ho Chi Minh. Sebelum sampai di hotel tourist guide tu singgah ke satu kedai kopi betul2 di tengah bandar Ho Chi Minh ni. Untuk pengetahuan semua kopi vietnam ni adalah salah satu must try kalau melancong di sini.(aku minum jus tembikai) Org cakap lah must try. Abis tea break (yg nih x masuk dalam pakej ya) terus tour guide bawak ke hotel kami. Hotel yang kami duduk ni lebih kurang macam budget hotel kat Malaysia tp xpe lah asalkan ada tempat utk berteduh dari panas dan hujan pun dah bersyukur.Amin.


Ini pandangan depan hotel penginapan yang terletak berhampiran Ben Thanh market. (belakang hotel)



Dah tertengok gambar ni kena jawap waalaikumsalam

Pandangan Ben Thanh Market pada waktu malam (Pasar Malam)

Sebelum sampai ke hotel abg tour guide kita bertanyakan samada nak join satu tour rahsia (maksudnya xde dalam pakej la tuh) atau tak. So memandangkan malam masih muda dan semangat kesatriaan pejuang2 Vietnam membara dalam diri, maka kami pon join la trip yg dicadangkan tu iaitu Saigon River Cruise.

Pemandangan masuk ke kapal

 Ini la lebih kurang pemandangan kapal yang kami naiki.

Persembahan tradisional masyarakat Vietnam


Ini bukanlah tiger show tapi fire show.Awek ni main rings of fire (bunyi cam ganas) kat atas kapal ni. 

Bagi aku la (personal opinion), memang aku rejek abis-abisan aktiviti nih. Xde pekdahnya pon. Just naik kapal pastu dok tgk persembahan sambil minum (bayar sendiri ye), makanan pon dijamin x halal...eh, tidak dijamin halal dan gadis menari fire dancing.  Tgk awek vietnam menari dengan gelung api sambil berpakaian seksi, buat abis pahala puasa je. Ah..maksiat semua nih!!!(mode insaf) Abis je aktiviti tu kami pon balik ke hotel dan berehat sambil melelapkan mata.

Konklusi
Untuk hari pertama ni memang x banyak aktiviti yang dapat dibuat di Ho Chi Minh city ni memandangkan kami tiba tengahari dan juga tempat2 menarik seperti yang dinyatakan dalam pakej tuh semuanya berjauhan dari tempat penginapan. Jadi banyak rehat dan makan saja.

Sambung esok lah. (maksudnya next post la tp xpasti bila aku rajin balik)

No comments:

Post a Comment