Monday 23 July 2012

Ao Nang Get A Way episod 2

DAY 2
Pakej pada hari kedua merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan laut dan pantai. Menurut brochure yang disertakan, pakej ini akan mengambil masa lebih kurang 8 jam iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Jam 8.45 pg van tour datang mengambil kami di pintu hotel terus ke pantai tempat persinggahan bot-bot ke pulau. Setelah diberi briefing oleh En. Pemandu pelancong ; Niki kami terus bertolak ke destinasi pertama kami. Destinasi pertama dari 7 destinasi yang ditawarkan.




BAMBOO ISLAND.
 Destinasi pertama kami adalah ke Bamboo Island.Perjalanan ke tempat ini mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan dengan speed boat berkuasa 2 enjin.Menurut tour guide kami, En. Nikki,ketibaan kami adalah pada musim laut bergelora. Jesteru itu dia meminta kami agar bersedia dengan segala halangan dan pancaroba yang bakal dihadapi nanti. Tips tambahan pada trip kali ini, kepada sesiapa yang mengidap penyakit mabuk laut, anda adalah dinasihatkan untuk mengambil pil muntah atau membawa bersama minyak angin meskipun ombak dan laut bergelora hanya level 1 & 2 sahaja. Setelah mengharungi ombak mengganas dan badai melanda akhirnya kami tiba di BAMBOO ISLAND. Pulau ini merupakan salah satu dariNational Park yang terdapat di negara hajah putih ini.Terdapat 10 orang ranger Thailand menjaga tempat ini serta para pengunjung nya. Kami dibenatkan untuk melakukan aktiviti seperti bersantai dan snorkeling selama 1 jam di pulau ini. Pantainya putih dan airnya jernih. Itu saja kesimpulan yang dapat dibuat berkenaan pulau ini.





 Selepas itu, kami bertolak ke lokasi ke dua trip ini kira-kira 15 minit perjalanan dari Bamboo Island.

VIKING CAVE adalah satu lokasi pusat pengumpulan sarang burung layang-layang terkemuka di Thailand.Terdapat 10 orang pekerja pengumpul sarang burung profesional yang tinggal di gua ini. Menurut Nikki, pengusaha perniagaan ini dikenakan bayaran sebanyak 2 juta bath setahun bagi memperolehi lesen bagi mendapatkan hasil di Viking Cave ini.



Lokasi seterusnya adalah Maya Bay yang merupakan salah satu dari laguna tercantik di dunia menurut Nikki. Terdapat terlalu banyak bot berada disini menyebabkan kami tidak dapat melakukan aktiviti snorkeling di sini. Di Maya Bay ini lah menjadi lokasi penggambaran filem 'the beach'. Walaupun aku xtau apa-apa langsung pasal citer the beach tu tapi pemandangan dan kecantikan lagun ini memang first class.


Selepas itu kami bertolak ke pulau Phi Phi Don. Baru sahaja 10 minit kami bertolak Nikki menyatakan bahawa bot kami tidak dapat ke tempat yang ingin dituju atas sebab ombak tahap 4 yang sedang melanda di kawasan tersebut. Nikki menyatakan bahawa hanya bot yang mempunyai 4 enjin sahaja yang dibenarkan mengharungi ombak tahap 4 tersebut. Setelah percubaan gagalkami seterusnya ke Monkey Island. Bagi aku monkey island ni xde la apa-apa yang menarik sangat kecuali pulau yang dipenuhi monyet yang dikelilingi air yang superbly sangat jernih. Kalau nak tgk monyet, di Malaysia pon berlambak.




Lepas sahaja bercanda di Monkey Island kami seterusnya dibawa ke Phi Phi Don Island semula untuk sessi buffet lunch. Phi Phi Don Island ini adalah salah satu kawasan yang teruk dilanda tsunami pada 2004 dahulu. Menurut Niki, proses pembinaan semula pulau ini masih lagi berjalan sehingga ke hari ini. Maksudnya, keadaan pulau ini masih lagi belum pulih sepenuhnya sejak tsunami hari tu.


Lunch buffet yang disediakan kepada kami agak simple dan bak kata Niki, semuanya adalah sederhana pedas, untuk pelancong-pelancong luar terutama yang tak boleh makan pedas sangat. Lantaklah...apa yang penting HALAL. Selepas makan kami berpelesaran disekeliling pulau ini dengan tujuan bagi mencari beberapa cenderamata untuk kaum kerabat di kampung.






Sejam kemudian, seperti yang dijanjikan kami kembali semula ke bot bagi meneruskan perjalanan. Lokasi seterusnya adalah dua buah tempat snorkeling yang terletak berhampiran dengan Monkey Island dan Phi Phi Don. Lebih kurang 2 jam bersnorkeling, kami kembali semula ke bot dan bertolak balik ke daratan.

Tiba di daratan terdapat orang menjual cenderamata berbentuk gambar korang semasa berada di Bamboo Island. Terpulang kepada korang kalau nak beli atau x.Kami tiba didaratan lebih kurang jam 5 petang waktu Thai. Balik ke hotel dan melakukan aktiviti-aktiviti wajib.

Aktiviti malam banyak tertumpu di pekan Ao Nang sahaja memandangkan semua telah penat. Jadi kami ambil keputusan untuk shopping souvenir sahaja. Kalau datang ke Thailand kalau x cuba Thai massage memang x sah. Jangan salah paham, di Krabi tidak menawarkan perkhidmatan yang bukan-bukan seperti sex yang terdapat di tempat lain di Thailand tp bukan xde la.Kalau mencari memang ada la. Rate massage di Krabi di kedai-kedai biasa adalah dari 200 bath dan keatas. Kira separuh harga dari ditawarkan di Malaysia. Lepas massage, balik tidur lah...


Tips-Tips Dan Info

  1. Jangan lupa membawa sun block dan peralatan renang yang bersesuaian dengan anda sebab cuaca panas boleh mengakibatkan sun burn.
  2. Sediakan beg plastik atau beg kalis air bagi menyimpan baju2 atau peralatan yang sensitif dengan air misalnya alatan elektronik kerana ada ketika bot akan dimasuki air apabila ombak kuat.
  3. Bagi orang yang ada penyakit mabuk laut, sila bawak ubatan atau minyak yang berkaitan.
  4. Tak perlu bawa air mineral atau tapau makanan yang berat kerana di dalam bot disediakan air dan buah-buahan. Kalau nak bawa pon bawa coklat atau makanan sekadar pengalas perut.



No comments:

Post a Comment