Monday 16 July 2012

Ao Nang Get A Away...Episod 1


Day One -

Bertolak dari LCCT jam 1.15 tghari dan tiba di Krabi International Airport pada jam 2.30 ptg. Perkara penting untuk semua, waktu di Krabi adalah 1 jam lewat dari waktu malaysia iaitu GMT +7, oleh itu sila betulkan jam tangan anda supaya tidak terkeliru dengan jadual waktu yang hendak dirancang. Cuaca di Krabi jugak adalah panas iaitu lebih kurang 37darjah celcius. Tiba sahaja di airport kami terus mendapatkan tiket bertolak ke pekan Ao Nang dengan menaiki shuttle bus.Harga tiket shuttle bus adalah 150 bath bagi perjalanan sehala.
Selain dari shuttle bus, terdapat juga pengangkutan lain seperti teksi-600 bath, dan sewa kereta. Ikutlah kadar kemampuan budget macamana. Kalau naik tut-tut 500 bath tapi rasanya xde tut tut di Krabi Airport. Kalau ada pon agak susah kerana airport Krabi dikawal dengan sangat ketat oleh polis Thai.


Sebagai makluman, kebanyakan aktiviti di Krabi tertumpu di pekan Ao Nang dan pekan atau pulau-pulau lain yang berdekatan dengannya. Pekan Krabi ni x la besar sangat.Besar dia lebih kurang macam pekan Mentakab je kat Pahang.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam ke Pekan Ao Nang disebabkan driver akan menghantar setiap penumpang ke hadapan pintu hotel destinasi masing-masing.Hati-hati bila menaiki shuttle bus ni sebab kami terpaksa berhenti di satu travel agen di pertengahan perjalanan..Mungkin driver bas tu ada share atau dibayar oleh travel agency tersebut untuk stop disitu.Kami telah dipujuk rayu dan diberikan janji-jani manis utk join pakej percutian yang ditawarkan.Walaupun awek travel tidaklah begitu menarik perhatian tapi akhirnya kami tergoda juga dengan pujuk rayu tersebut :-( ...kopak dan ranap sudah percutian badget yang aku plan selama ini. Pakej yang ditawarkan adalah...ah..esok cerita lah.Apa yang boleh dinyatakan disini adalah pakej yang kami ambil merangkumi aktivitas selama 2 hari; hari 1st = 1800 bath dan hari 2nd = 3700 bath termasuk tambang teksi ke Krabi Airport pada last day nanti.Dah jimat 600 bath.Ding dong2 plus diskaun dia bagi 5000 bath untuk whole pakej.Mahalkan?Apa mau buat.




Selepas itu kami dihantar ke hotel penginapan iaitu Ao Nang Ayodhaya Beach Resort And Spa (http://www.aonangayodhaya.com). Hotel 4* yang harga semalam kalau low season adalah 3500 bath semalam. Tapi ntah macam mana aku book boleh lak dapat RM 600 ++ untuk penginapan 4 hari 3 malam skali dengan tiket flight pegi balik. Alhamdulillah, rezeki. Tq AirasiaGo.

Selepas check in, kami berjalan kaki ke pekan Ao Nang untuk menempah motorsikal.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit memandangkan hotel kami terletak kira-kira 2-3 kilometer dari pekan Ao Nang. Di pantai Ao Nang ni x payah risau sangat sebab terdapat banyak hotel, chalet, motel dan rumah sewa yang terletak berhampiran pantai. Cuma yang perlu disediakan adalah ongkosnya sahaja.

Setelah puas berjalan akhirnya kami sampai di kedai motor dan kami memilih sebuah motor skuter kerana harganya yang agak menjimatkan. Harga sewa motorsikal yang ditawarkan adalah amat berpatutan iaitu 150bath (skuter honda) hingga 500bath (honda CBR) bagi sehari semalam.Adalah diingatkan kepada sesiapa yang ingin menyewa motor,yang paspot anda akan disimpan oleh kedai motor sewa tersebut sehingga motor itu dipulangkan kembali.Oleh itu jgn bermimpi untuk pergi ke Vietnam menaiki motor sewa.Di Ao Nang hanya terdapat satu stesen minyak manakala terdapat juga kedai-kedai yang menjual minyak dalam botol. Untuk makluman harga minyak petrol yang tidak diketahui berapa nilai RON nya adalah sekitar 50 bath per liter. Kalau di convert kepada ringgit Malaysia sekitar RM 5.10 seliter. Kalau nak berjimat silalah isi minyak di luar pekan Ao Nang sebab kalau x silap harga di luar adalah lebih murah. Harap maklum.


Setelah menyewa motor kami makan terlebih dahulu di warung-warung yang terdapat di persisir jalan raya. Di Pekan Ao Nang ni jangan risau sangat pasal makanan sebab banyak kedai makan yang menjual makanan halal. Memang xde logo halal dari Jakim tapi menurut penduduk tempatan sebahagian besar dari penduduk Ao Nang dan Krabi adalah beragama Islam. Kalau masih ragu, pergi saja ke kedai-kedai makanan Arab / Pakistan yang juga banyak terdapat di Ao Nang.

Selepas itu kami bertolak menaiki motor baru kami (sewa) ke pekan Krabi bagi melawat night market di sana. Setelah menunggang selama kira-kira 40 minit. Alangkah malangnya kerana kami pergi silap hari kerana Krabi Night Market hanya ada pada hari minggu sahaja atau silap tempat hanya tuhan saja yang tahu. Itu la sebabnya degil xbertempat. Orang cakap malu bertanya sesat jalan. Bagus kalau naik tut tut tapi dengan budget yang agak terhad memang pening sket. Dengan hampa kami singgah di 7 Eleven membeli air mineral dan kembali semula ke pekan Ao Nang.Setelah menunggang selama lebih 1 jam (tersesat jalan ke Phra Nang) kami tiba di hotel penginapan kira-kira jam 10 mlm.Disebabkan kepenatan yang melampaui batas-batas akal. Jam 11 off lite tanpa menyentuh swimming pool yang melambai-lambai. Sekian.


TIPs DAN INFO.
  1. Kena semak weather forecast terlebih dahulu sebelum booking. Takut-takut datang time musim hujan, kurang aktiviti yang boleh dibuat.
  2. Kalau boleh elakkan datang time pick time sebab nasihat dari orang tempatan harga barang-barang dan hotel akan jadi double.
  3. Di Pekan Ao Nang ada banyak travel agency yang menawarkan pakej-pakej yang standard dan harga masih boleh dirunding tengok pada kemampuan rundingan korang la.
  4. Pertukaran duit di Ao Nang juga tak menjadi masalah. Kalau kena tempat korang boleh dapat kadar pertukaran yang lagi bagus dari di Malaysia. Cadangan tempat pertukaran : CIMB Thailand, Cawangan Ao Nang. Tapi sila check dulu kadar-kadar tempat lain sebelum membuat pertukaran.
  5. Menurut sorang mat saleh di sana, tak semua kedai sewa motor akan mengambil pasport penyewa. Ada juga yang akan terima salinan sahaja. Cuba check sebelum confirmkan penyewaan.
  6. Sila bawa juga soket 2 pin untuk mengecas segala alatan elektronik anda.








No comments:

Post a Comment