Showing posts with label surabaya. Show all posts
Showing posts with label surabaya. Show all posts

Thursday, 13 February 2014

TRANSJAVA : SURABAYA - YOGYAKARTA

Jam 9 pagi kami check out dari hotel menuju ke terminal Purabaya dengan harapan sampai je terus ada bas ke Yogya dan terus naik dan sampai sebelum tengahari. Jangan harap...bangun lambat check out lambat mimpi nak sampai awal. Perjalanan ke Jogja dari Surabaya kalau naik bas mengambil masa dalam 10 jam. Ye...10 jam sebab diorang pegi Solo dulu baru gi Jogja. Bas yang di rekemen oleh semua orang adalah bas EKA. Mana2 aku pergi mesti org cakap 'oh..kalau ke Jogja bisa naik bas EKA.' Lebih sejam kami tunggu bas Eka nih. Sampai je terminal bas Purabaya terus kami ke tempat parking bas yg nak ke Jogja. Bas belum sampai tapi org dah berlambak berbaris...(tipu la berbaris...semua dok lepak kat platform tuh) Memandangkan bas x sampai2 kami lepak brunch kat salah satu restoran dalam terminal. Dekat sejam kami tunggu bas xsampai2 kami pun keluar terminal dan try carik tour agen yg ada byk kat luar terminal nih..jawapannya sama je 'kalau nak ke jogja naik bis eka ya'. Kalau naik flight boleh la tp bayarannya dalam 1.5 juta. So naik bas la jawapnya. Setengah jam kemudian bas muncul...memang berebut la org naik. Nasib baik member aku perasan ada satu lg bas kat belakang so kami tunggu je org2 berebut tuh. X sampai 2 minit bas pun penuh dan terus jalan.

Ya betul. Apa yg bestnya bas Eka nih, tambang ke Jogja dalam 85k dapat lagi makan free. Cuma kami x bernasib baik sbb bas yg first tu ada free WIFI dalam bas. Xpelah...layan tido lagi cun kang abis bateri naya lak. Perjalanan dijadualkan selama 10 jam. Aku tgk kalau naik tren dalam 5 jam je tp xtau la kalau aku silap tengok ke apa. Perjalanan dari pagi cuma berenti utk kencing sekali je time nak isi minyak. Lebih kurang kul 4 lebih kami sampai la dekat rnr utk makan. Sebelum tuh diorang kasi siap2 kupon makan (macam RMT masa skolah dulu pulak). Makanan yg dihidangkan adalah sgt sederhana malahan boleh ckp sgt2 sempoi...ala free apa lagi mau. Lepas makan terus jalan. Memang x bagi lepak lama2 diorang ni. Perjalanan di tambah lagi 5 jam baru nak sampai. Kalau tgk cara pemanduan brader driver ni memang power la...potong je mana2 kenderaan x kira la ada lori ke bas ke keter ke semua dia potong. So utk mengurangkan rasa cuak buat2 tido je la.



Kebanyakan bandar or pekan yg disinggahi memang macet. X kira la pekan kecik ke besar ke...asal pekan mesti macet. Malam baru sampai Jogja. Akibat terlampau byk tido buat kepala aku kompius siap nak turun kat Solo lagi. Nasib baik member aku sempat tahan. Kalau x...jadi begawan solo ah aku. 10 jam (ala...lebih kurang la) sampai juga di Jogja tp stesen basnya iaitu terminal Giwangan mcm stesen bas berhantu padahal baru jam 9 lebih.


Terminal Giwangan (seram..igt silap tempat mula2)

Xde org kat dalam tuh, teksi pun xde. Keluar sikit dari dari terminal baru la nampak geng2 ojek sedang menunggu. Member aku x berapa senang naik ojek so kami naik je teksi. Utk makluman teksi Blue bird x beroperasi di kota Yogyakarta. So xde pilihan kami terpaksa jugak amik teksi jenama lain utk ke Jln Malioboro. Awal2 lg drebar teksi dah letak 70k. Yg lawaknya brader teksi ni kami dah naik teksi dia. Tetiba dia suh turun balik sbb dia ckp dia nak balik umah makan nasik. Nasib baik ada satu teksi lagi, yg last. Xkan nak naik beca kut, jauh gak tu. Brader teksi yg baru nih siap tanya brapa brader teksi td bg harga. Semestinya dia nak kapak lebih lagi. Lepas setuju ngan 70k tuh kami gerak tp dia ckp dia hantar area2 sana je sebab dia cakap Jln Malioboro macet total. Maknanya macet sampai xleh gerak.



Ya...kami diberhentikan ditepi Jalan Malioboro berhampiran dengan pasar sore. Keadaan Jln Malioboro memang havoc...happening lebih lagi dari pasar malam kat malaysia yang paling happening. Kat sini lah tempat untuk shopping selain dari terdapat lesehan (tempat makan bersila) yang menghidangkan pelbagai jenis makanan tempatan. Selain itu ramai remaja yang buat persembahan ala2 band tapi memainkan alatan music contemporary + hybrid yaitu campuran alatan musik tradisional dan model. Ada yang membuat persembahan dangdut, pengamen pun ramai.  Kereta kuda dan beca jugak banyak kat sini. So memang happening.





Tugasan malam ini yg utama adalah mencari hotel dengan bajet yang ada. Kami menyusuri jalan Malioboro. Dari hotel cap ayam sampai la hotel cap dewa dewi semua kami susuri. Bilik hotel yang harga 1.5 juta pun full (bukannya nak dok pun tapi saja tanya).Jadi kami menyusuri Malioboro, Jalan Dagen dan Jalan2 lain utk mendapatkan hotel. Akhirnya aku rasa satu-satunya bilik yg available malam tuh kat hotel Jethra dengan harga 750k. Hmmm...memang xde choice lah.  Tu pun bilik last tu. Kalau ikut aku nak je aku carik hotel2 yg kat tempat yg lebih nilai utk wang aku contohnya kat Prawirotaman ke Tugu Jogja ke sebab kat area tu lg byk choice hotel dan hotel2 nya lebih budget lagi.


Hotel mahal (bagi aku kalau lebih 350k or rm100 tu kira mahal la)










Ayuh anak2 muda


Siap terima kasih kerana x berniaga..tapi...


Degil memang sudah semestinya.


Museum nih pun area sepanjang Jln Malioboro gak

Check in hotel kami terus keluar balik sebab perut dah keroncong tambahan pulak nak check it out apa yg best ngan Malioboro. Kami berjalan2 dari hotel kami di Jalan Dagen sampai la ke pos office besar Jogja. (Kira2 dalam 500 meter jalan kaki.) Lepas menikmati pemandangan Jogja kami mencarik makan area2 walkway sepanjang Malioboro nih.  Ada satu warung lesehan yg menarik perhatian kami sbb kul 12 malam masih ramai tgh menikmati hidangan. Tp malangnya aku lupa nama dia. Hidangan yg wajib bila datang ke Jogja adalah Nasi Gudeg. Nasi Gudeg ni asalnya adalah hidangan kraton (raja) Jogja dan x dibenarkan rakyat biasa utk makan. Tp sejak kebelakangan ni kraton dah bg permisi utk org biasa makan. Apa yg spesel pasal makanan ni? Kena try sendiri lah baru tau. Kami order 2 pax nasi gudeg ngan teh es manis (teh o ais) beserta lauk tambahan burung merpati bakar ngan bebek (itik) goreng. Amacam? Eksotik x? Memang ya sbb bila dapat bil harga keseluruhan santapan malam tu bernilai 149k. Memang eksotik. Lepas makan kami pun balik ke hotel mahal tuh dan tido. Sebelum tido kami sempat tgk2 signboard yg ada menawarkan pakej utk berlibur2 esok. Bila tanya brader reception dia cakap hotel pun ada menawarkan pakej mobil + supir + bbm (minyak) dengan harga 500k utk 10jam dan 600k utk 12 jam. Jadi kami setuju utk amik pakej dengan hotel memandangkan xmo gamble nak carik esok takut2 xde. So lepas confirmkan pakej kami naik ke bilik dan Zzz...


Nasi Gudeg Komplit (ntah apa yg komplit ngan x komplit cam sama je)


bebek goreng (rasanya la sebab burung tuh siap dihidangkan dengan kepala skali)

Jadi...bersambunglah lagi...


Budget:
teksi - 35k
brunch - 20k
bas EKA - 85k
teksi ke Malioboro - 35k
hotel - 375k
dinner 75k




























Thursday, 6 February 2014

TRANSJAVA : SURABAYA - PENANJAKAN - BROMO

Dari Bandung awal pagi flight kami kul 8.45 pagi.(rushing lagi) So dari Jln Cihampelas kami naik teksi ke bandara (airport). Awal pagi dah kena tikam ngan pak Eddy yg janji nak amik kami so naik teksi lah..tunggu teksi blue bird cam xde yg sampai so amik je teksi lain2 jenama. Seperti yang dijangka teksi lain tunggu je nak sembelih kami.(mcm amik teksi kat bukit bintang time pagi) Tambang teksi ke airport brader teksi nih cas 100k yg mana aku rasa xde la jauh sangat jaraknya.
Sampai di bandara 45 minit kemudian so kami brekfes dulu kat area2 airport tuh. Sebelum naik pesawat kena bayar airport tax dulu. Untuk domestik kena bayar 25k seorang. Flight ke Surabaya amik masa dalam 1jam 15 minit so boleh jimat 12 jam kalau naik tren. Tiba di airport Surabaya yakni Bandara Juanda aku terus tanya kaunter pertanyaan mcmana nak ke bromo. Dia pun jawap kena naik bison ke Cemoro Lawang melalui Probolinggo. Tp mula2 dia cakap kena beli tiket bis Damri dulu ke stesen bas Purabaya dan harganya 20k seorang.
 Nak jimat kos naik je bas damri(jgn takut sebab bas nih cepat je penuh so cepat je jalan)

 Taarif merangkap harga tiket yang perlu korang bayar dari Bandara Juanda ke Terminal Purabaya

 Kan gua dah cakap brader bas nih havoc...bah pun dia redah je

Dari Bandara Juanda ke terminal Purabaya mengambil masa dalam sejam. Jauh jugak memandangkan Surabaya adalah salah satu bandar besar di tanah Jawa. Perjalanan memang sempoi sebabnya drebar bas memang ikut route sukahati diorang. U-turn sana sini,ikut lorong2 kecik,masuk jalan kg dan yg best skali utk elakkan macet sampai redah banjir. So start jalan dari bandara jam 10 pagi dan sampai ke terminal Purabaya dalam kul 11pagi. Di terminal Purabaya korang kena naik bas lg utk ke Probolinggo. Ada dua jenis bas. 1 jenis koboi punya xdak aircond dan 1 lagi mcm bas ekspress. Perjalanan ke Probolinggo mengambil masa dalam 4 jam dengan tiket bas berharga 80k. Walaupun naik bas ekspress tp tiket x dijual di kaunter yer. Smuanya dalam bas...(ala2 naik bas tambang siap dengan konduktor bas lg) Apa yg korang kena take note, bas ni menggunakan konsep berebut naik bas...asal bas datang sapa dpt naik dan sempat duduk kira on...yg x dpt tempat duduk sila turun.. Jadi terpaksala aku gendong beg aku besar tu kat riba selama 4 jam dan berenti kencing sekali je.

 Org2 yang x dapat tempat duduk campur penjual2 jalanan.(yg ramai penjual2 la)

Sampai di Probolinggo dalam bih kurang jam 3 lebih. Dgn sakit pinggang sambil mencari toilet ternampak la satu tour agen kat korner terminal bas tuh. Mula2 nak tanya transpot ke cemoro lawang last2 kami terbeli pakej tour ke Bromo. Harga pakejnya adalah 110k bagi jeep ke Penanjakan, Savanah dan Bromo. Kalau ikut blog2 yg penah aku baca selama ni harga tu agak mahal lebih dari harga biasa tp memandangkan musim liburan di Indonesia memang agak no choice lah.
Lepas dpt pakej tu kami berjalan kaki ke parkir bison yg akan membawa kami ke Cemoro Lawang. Cemoro Lawang ni adalah tempat penginapan yg paling hampir ngan Bromo dan Penanjakan. Utk naik bison ni perlu cukup kuota baru dia jalan. So masa kami tiba tuh baru ada 4 org. So bison tuh belum boleh jalan lagi kami pun makan dulu kat warung2 area tuh. Terminal bison ni terletak di luar terminal Probolingga ni. Lepas makan dan lebih sejam dekat2 jam 5 ptg baru ada 8 org utk ke Cemoro Lawang. X cukup lg 7 org dan brader bison tuh cakap kalau x cukup org diorang xkan pegi melainkan...sorang bayar 50k. Tambang asal adalah 30k dan smua nampaknya setuju sbb mcm xde harapan nak tambah penumpang memandangkan hari dah petang sangat.

On the way ke Cemoro Lawang (Permukaan bumi memang senget camtu bukan edit)

 Pemandangan kawasan sekitar Cemoro Lawang

 Pekan Cemoro Lawang

Perjalanan dari Probolinggo amik masa dekat 2 jam ditambah dengan hujan dan kawasan sejuk ala2 Kundasang dengan kabus tebal kami tiba di Cemoro Lawang dalam jam 7 lebih. Sebelum sampai berenti kejap kat gate Cemoro Lawang tu beli karsis Wisata Taman Negara Bromo Tengger dan Semeru. (Tiket masuk Bromo) Dalam kehujanan dan kesejukan kami mencari2 hotel or motel yg masih available mlm tuh. Mula2 carik Cemoro Indah full pastu setiap rumah kami cari last2 ada satu bilik kat homestay yg masih kosong. Harga agak mahal, bilik dgn air panas (haram pakcik nih tipu air panas xde pun) tanpa tv berharga 240k. Ah lantaklah...janji boleh tido. Lepas check in kami pegi makan mi sedapp kat warung depan homestay tuh dan naik tido sebab nak kena jalan kul 3 pagi sok.
Pukul 3 pagi kami dah bangun dan tunggu depan homestay tapi jeep yg dibook xnampak2 lagi. Bukan apa byk jeep yg park kat situ tp xnampak mana satu yg akan kami naiki. Kul 3 kami berdua je tercongok kat situ. Hampeh...terawal lak tunggu...udah le sejuk banget. 3.30 pagi baru la muncul org2 yg nak ke Bromo. Selepas kena tolak2 masuk jeep mana yg kosong last2 kami dpt juga transport. 3.45 pagi kami jalan menyusuri kawasan berpasir yg bersimpang siur.

Lebih kurang 4.15 or 4.30 pagi kami sampai di kaki gunung Penanjakan. Masha Allah, org punya la ramai. Jeep kami x dapat nak naik lagi so kena park di jalan tgh2 tuh. Korang boleh jalan kaki utk naik or naik ojek (moto org) dengan biaya dalam 10k. Aku amik keputusan nak jalan kaki manakala member aku yg keracunan makanan terpaksa naik ojek sebab2 kesihatan. Perjalanan naik agak dalam 15-30 minit jugak sebab jalan terlampau pack dengan jeep,ojek dan manusia. Aku berlari naik utk sampai awal ke puncak tetiba kena altitud sickness yg tangkap urat di kepala. Perlahan2 aku stop dan mulakan semula perjalanan secara perlahan2. Sejuknya jgn citer ah...siap pakai jaket walaupun berlari badan still x keluarkan peluh. Memang sejuk banget ala2 di Laban Rata Gunung Kinabalu. Menurut blog2 yg aku baca kadang2 boleh mencecah minus degree. Xtaulah pulak time tuh aku xde lak alat nak ngecheck suhu n altitud.

 
Sunrise yang xbrape nak cun (kalau trim sket pokok tuh ok gak)


Orang ramai kat atas Penanjakan nih. Yang nih matahari dah naik pun masih ramai

 Ada kedai2, tandas (beratur ramai giler)
 Sama-sama

Sampai di puncak Penanjakan manusia yg dah sampai punya lah ramai masing2 dengan port sunrise masing2. Kat atas puncak ni kemudahan agak ok, ada kedai2, ada tandas, ada surau (open) tp xdapat nak menampung kapasiti org yg begitu ramai. Dalam setengah jam kemudian sunrise muncul tp x begitu mengujakan, mungkin sebab musim basah dan hujan. Kesejukan jgn citer ah. Mcm musim luruh kat London. Turun dari Penanjakan kami agak lewat. Ramai yg dah beransur memandangkan kami antara yg terakhir, driver jeep bg peringatan sbb semua penumpang jeep dah tunggu.
Signboard yang ada kat tangga naik
 
  Bukit Teletubies dan savanah (xde la savanah sangat sebab hujan dan penuh pasir.)


View penuh

Destinasi seterusnya adalah Savanah, atau nama gelaran org tempatan bukit teletubies. Ntah kenapa aku pun ngak tau. Savanah ni adalah lautan rumput dicelah2 lautan pasir. Keliru? Ahah...tgk gambo ye. Tempat menarik utk amik gambo tp pasirnya basah so rasa mcm kat tepi pantai. Kejap je kami kat sini dalam 15 minit so kami teruskan ke Bromo lebih kurang 15 minit perjalanan lagi.
Tiba di Bromo jeep parking di tengah2 lautan pasir. Time ni kena igt betul2 mana jeep parking dan jgn lupa jugak igt no jeep korang sbb banyak giler jeep yg park kat sini. Lebih beratus2. Dari parking korang kena menapak lebih kurang 1 km baru la sampai ke kaki gunung. Menapak di lautan pasir dan masa tuh puncak Bromo ditutupi kabus so kami x tau keadaan mukabumi tanah Bromo ni.

 


Puncak gunung kat hujung tuh (gambar selepas turun)

Ni parking jeep tuh..ada 5 lapis jeep beratur
 
Kat tengah2 lautan pasir nih ada sebuah pura Hindu. Tapi kami x pergi sbb x leh masuk pun.

Tapi...kalau korang x larat ada je perkhidmatan menaiki kuda sampai ke kaki gunung. Khidmat ni dikenakan lebih kurang 100k kalau x silap aku dan semakin kurang bila jarak korang semakin dekat dengan kaki gunung. Asalnya jalannya rata je sehinggalah lebih kurang 200 meter dari kaki gunung bentuk muka bumi semakin mencuram. So dekat 50 meter dekat dengan kaki gunung barulah nampak tangga2 yang perlu didaki. So kami mendaki anak2 tangga yang sebanyak 245 anak tangga tuh. Ramai yang berbaris tapi ramai juga yg x dapat nak abiskan sampai ke puncak dek keletihan. Cuaca kat sini sejuk jugak sama cam Penanjakan. Sampai di puncak kami amik 2-3 keping gambar dan turun. Ekceli xde apa sangat pemandangan kat atas ni. Hanya yg ada kawah gunung berapi yang mengeluarkan asap. Lorong utk jalan pun x jauh lebih kurang 20-30 meter je.
Jalan dah mula naik curam. (xde la curam sangat)
 
Kalau x lalu boleh je sewa kuda ngan brader nih.
 
Pemandangan gunung Batok dari tangga naik Bromo.

 

Tangga Bromo yang ada 245 anak tangga tuh

Ni pemandangan di puncak Bromo.

Turun dari Bromo kami tercarik2 jeep kami yg mana brader tu alihkan jeep dia. Dekat setengah jam baru la terjumpak brader jeep tu dan kemudian kami balik semula ke homestay utk packing dan berangkat kemana hala yg belum aku confirm. Kami lewat keluar dalam jam 10 lebih dan kebanyakan bison dah blah cuma tinggal satu je yg tu pun belum cukup org. Campur kami dalam 10 org. Tetiba je datang segerombolan org utk join trip tuh menjadikan van tuh overlimit. Dekat 20 org satu van tp brader bison tuh buat dek jek. Dekat 2 jam kami cam tin sardin dalam bison tuh tp aku buat2 tido je. Bertahan dengan peluh menitik kat ketiak tuhan je yg tahu.
Sampai balik ke Probolinggo kami ada 2 choice yakni teruskan perjalanan ke Yogyakarta (yg akan amik masa 6 jam) atau kembali ke Surabaya. Kalau ikutkan aku memang teruskan je perjalanan ke Yogyakarta (tambang dari ejen yg kami amik jeep ke Bromo aritu offer 80k naik avanza 6 org diorang jalan) tp memandangkan member aku berkeras gak nak ke Surabaya so kami amik bas dari Probolinggo kembali ke Surabaya balik. Tambang mcm murah sikit dari datang dulu...rasanya kalau x silap dalam 60k. Memang rasanya dah kena zrass sebab aku penah tgk kat terminal Purabaya harga tiketnya xsampai la mcm tuh tp x kisahlah sbb budget masih dalam kontrol dan kena pau pun xde la banyak sgt setakat kurang rm10. (Aku ada baca gak blog2 blogger Indonesia yg diorang beli tiket dari Surabaya ke Probolinggo dalam kurang dari 40k...pernah terbaca la) So kami mengharungi 4 jam perjalanan lagi ke Surabaya.

Sampai Surabaya dah lepas tghari dalam kul 2 lebih dekat kul 3 kalau xsilap aku. Aku xsedap hati sebab belum ada tiket nak ke Yogyakarta esok harinya. Kalau ikutkan ada lg 3 hari sebelum balik ke Kl. So kami amik teksi (nasib baik ada Blue Bird) utk ke stasiun tren Surabaya yakni Stasiun Gubeng bagi beli tiket ke Yogyakarta. So plan asal aku adalah amik tren malam tu so dpt overnight dlm tren dan dpt jimat 1 mlm hotel utk cover blk mana2 yg dipau. Malangnya apa yang dirancang x menjadi kenyataan. Tiket tren utk malam tuh abis langsung manakala tiket utk malam esok tinggal lagi 3 seat.
3 seat tuh xde masalah bagi aku tapi harganya tuh yang bermasalah. TIket 1 hala kelas eksekutif dari Stasiun Gubeng ke Yogyakarta berharga 465k yang mana aku rasa sangatlah mahal. Jadi terduduk kejap kat Dunkin Donut untuk lunch bagi memikirkan cara nak ke Yogya esok. So kami cadang naik bas je ke Yogya esok so kami pun bergerak ke tempat penginapan yang belum lagi kami book.

Driver teksi (Blue Bird) tu mencadangkan kami tinggal je kat Pasar Kembang sebab kat sana dekat dengan tempat yang member aku nak pegi dan hotel2 sana adalah antara yang termurah di Surabaya. So diberhentikan di tepi jalan kami pun jalan kaki untuk mencari hotel. Memang hotel sini murah tapi keadaan dia lebih ayam dari hotel ayam (sukar digambarkan dengan kata2.aku ekceli x kisah sangat asalkan boleh tido tapi member aku nih agak particular sikit pasal hotel nih). So lepas 2-3 hotel kami belek2 akhirnya dapat satu bilik (twin sharing) dengan harga 240k. (kira abis murah la tuh) So kami check in, releks2 kejap dan memandang member aku still keracunan makanan so kami amik keputusan nak gi G-Mart kejap beli apa yang patut. Lepas beli apa yang patut, sedang kami menyusuri lorong2 gelap kat area2 hotel tuh kami perasan kami diekori. Mamat tuh kami perhatikan mula2 dari kumpulan2 yg melepak tepi jalan kemudian ikut je kami bila kami stop dia nyorok kat kat area2 kedai. Lebih kurang 10 minit tunggu dan mamat tuh x beredar seolah2 masih tunggu kami, xde pilihan lain selain tunggu teksi utk balik ke hotel. Masa di Bandung Pak Yus dah pesan yang orang Jawa di Surabaya agak kasar2 so kena hati2. Jadi ini rupanya apa yang di warning oleh pak Yus tuh. Jadi dapat je teksi terus kami balik hotel dan x keluar2 lagi. Nasib dah siap beli kudap2.

So bersambung lagi...

Budget:
teksi - 50k
airport tax - 25k
brekfes - 40k
bas damri - 20k
bas ke probolinggo - 80k
lunch - 40k
pakej jeep - 110k
bison - 50k
tiket masuk bromo - 15k
homestay - 120k
dinner - 50k (1 pinggan nasik goreng 1 pinggan mi sedap + teh tawar)
jajan - 30k
brekfest (penanjakan) - 30k
bison ke Probolinggo - 30k
bas ke surabaya - 60k
teksi ke stasiun Gubeng - 75k
dunkin donat - 40k
teksi ke hotel -65k
hotel di surabaya - 120k
makanan ringan malam - 60k
teksi lorong gelap ke hotel - 15k