Sunday, 19 July 2020

15 tahun tsunami Aceh part 1

Aceh sebenarnya takde dalam list aku pun. Kebetulan aku belek-belek AirAsia dan dapati tiket yang harganya murah, so aku pun book la perjalanan pergi balik. Hotel aku book siap-siap kat Agoda seminggu sebelum berangkat dan aku cuma bawak wang untuk ground activities je plus sikit-sikit contingency just incase ada apa-apa emergency walaupun aku dah amik travel insurans. 



1st flight dari KLIA 2 jam 7.30 pagi, awal pagi lagi aku dah terpacak kat Erl. Tak sempat amik train first (saja aku lengah-lengah) aku amik 2nd train yang buatkan aku sampai dalam jam 5.45 pagi di airport KLIA. Sempat juga aku breakfast di food court KLIA sebelum menaiki pesawat sebab aku tak book apa-apa makanan dalam flight. Takut kalut tak sempat makan je sebab flight agak kejap.



Perjalanan dari KLIA2 ke Sultan Iskandar Muda airport mengambil masa dalam 1jam 30 minit tapi pilot berjaya mendarat 20 minit awal dari masa yang sepatutnya. Tambah tolak urusan immigration, dalam 30 minit kemudian aku berjaya keluar dari airport. Syukur tak ramai orang dalam flight dan kami adalah satu-satunya flight turun di Aceh pada waktu tu.





Berjaya aku tepis teksi yang sibuk bertanya-tanya di pintu keluar, aku plan untuk naik bas ke Kota . Duduk di perhentian bas (jalan keluar dari airport, belah kiri airport belakang indomaret) menemukan aku dengan 2 orang budak Malaysia dan seorang cina Indonesia yang pernah kerja di Kl dalam jangkamasa yang agak lama. Walaupun ada je brader kereta sapu datang berkali-kali bersembang dengan kami untuk meyakinkan kami untuk naik dengan dia dengan bayaran tertentu. Aku yang save bajet nih (kedekut) masih lagi dengan plan asal aku iaitu naik bas walaupun dah dekat sejam bas tak sampai-sampai. 



Last-last salah seorang budak Malaysia nih datang dengan idea nak naik Grab dan ajak kami share untuk ke bandar. So kami 4 orang termasuk cina dari Jakarta tuh bersetuju nak tong tong naik Grab dan kami pun berjalan kaki lah menuju ke pintu keluar airport. Brader kereta sapu tadi ternampak kami lalu dari jauh dia pun menjerit marah sebab jenuh dia ayat kami tapi last-last kami naik Grab. Relek la bang..takde rezeki abang dengan kami hari nih... Masa kami semua berjalan keluar dari airport, kebetulan bas pun sampai...hadui..Grab dah order lak tuh..



Perjalanan dari airport ke bandar dalam 30 minit melalui jalan yang terdapat kampung di kiri kanan sepanjang jalan menuju ke bandar. Kami berhenti di Masjid Batulrahman seperti yang disetujui yang merupakan tempat tumpuan dan mercu tanda utama banda Acheh. Mamat cina Jakarta tu meminta diri sebab nak carik hotel yang dibooking oleh nya, mamat Malaysia 2 orang tuh pulak nak ke muzium Tsunami manakala aku kekal di Masjid Baitulrahman.


Alang-alang dah sampai kat Masjid Baitulrahman nih, aku amik keputusan untuk ronda-ronda dalam kompaun dan juga kawasan persekitaran masjid nih. Lagipun aku perlu untuk ke toilet. Kawasan masjid nih bagi aku agak besar jugaklah, tempat amik wuduk di bahagian underground masjid nih. Mencari toilet last-last jumpa jugak di bahagian hujung masjid yang mana bila aku keluar dari toilet, naik tangga tiba di bahagian couryard yang agak jauh jugak lah dari bangunan masjid. Jauh jugak la aku berjalan.




Biar aku cerita sikit lah pasal masjid nih. Masjid Baitul Rahman nih kalau secara rekabentuk dia ada iras-iras Masjid Zahir yang ada kat Aloq Setaq tuh, ada iras-iras je tapi tak sama sebab masjid Baitul Rahman nih dibina lagi awal dari Masjid Zahir iaitu sekitar 1600 an semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda. (Sultan Iskandar Muda nih ada jugak kena mengena dengan sejarah Malaysia)



Antara sebab Masjid Baitul Rahman nih agak femes adalah disebabkan rekabentuknya yang unik dan juga sebab ianya adalah salah satu bangunan yang terselamat ketika tsunami yang melanda Aceh pada tahun 2004. Senireka bahagian dalam masjid nih juga agak menarik yang mana dipenuhi oleh gerbang dan tiang dari senibina moghul. Walaupun hari masih pagi, terdapat banyak jugak orang dalam masjid nih dan antara aktiviti yang terdapat di sini adalah bacaan / tahfiz al-Quran dan lain-lain aktiviti yang aku pun tak pasti, tapi agak meriah jugaklah.



Lokasi seterusnya adalah muzium Tsunami yang terletak tak jauh dari Masjid Baitul Rahman iaitu kira-kira tak sampai 1 km. So aku berjalan kaki je ke sana dengan bertanyakan orang di jalanan sebab google maps aku tak function sebab takde line internet. Setelah bertanya beberapa orang, akhirnya aku sampai jugak ke muzium ini.



Lepas membuat bayaran masuk (tak mahal pun sebab diorang ingat aku rakyat tempatan) aku terus masuk ke dalam bangunan muzium nih. Tapi sebelum masuk pun korang dah boleh nampak beberapa exibit di luar bangunan seperti helikopter yang jatuh masa tsunami berlaku. Masuk je ke dalam bangunan korang akan melalui lorong yang gelap dengan bunyi ombak dan air disekeliling korang membawa korang pengalaman penduduk Aceh masa tsunami berlaku. Seram tak seram, korang datanglah sendiri.



Lorong gelap membawa ke satu tempat dipenuhi monitor yang menunjukkan info-info dan tayangan berkenaan keadaan pasca tsunami. Banyak monitor kat sana, tak sempat aku nak lihat satu persatu sebab agak banyak masa yang akan diambil sekiranya nak layan satu persatu. Aku teruskan perjalanan di dalam muzeum nih sampailah ke satu tempat gelap berbentuk silinder dengan lampu yang malap-malap. Tempat nih dipenuhi dengan bau kapur barus dan di dindingnya terhias nama-nama mangsa yang terkorban dalam tsunami; disusun berbaris dan di bahagian atas terdapatnya ukiran nama Allah yang pada pandangan aku, umpama mangsa-mangsa korban ini sedang berbaris menuju penciptanya. Aku yang poyo ni pun rasa sebak.




Ada banyak lagi yang boleh korang tengok di Muzium Tsunami nih tapi aku tak mau ceritakan di sini. Ia nya untuk korang explore sendiri bila datang ke Aceh nanti. So settle muzium aku ke jalanan semula. Tujuan aku kali ini adalah untuk menuju ke pulau Sabang, so sebelum ke Sabang aku perlu tahu dimana pelabuhan untuk dapatkan bot ke sana. Masalahnya aku tak tahu kat mana pelabuhan so aku tanpa arah tujuan cuba jugak berpeleseran dengan berjalan kaki dengan harapan nampak signboard arah tujuan aku.



Lepas dekat sejam aku berjalan aku dah jadi naik pening. Aku tak tahu kat mana aku berada. Kompas henpon pon tak dapat tunjuk peta sebab takde internet untuk update lokasi tempat yang aku nak tuju iaitu terminal menuju ke Sabang. Maknanya dalam henpon ada lokasi aku berada tapi aku tak tahu kat mana lokasi terminal. Aku mencari-cari wifi percuma tapi kesemuanya ada password. So masa aku lalu kat satu restoran nampak macam ada wifi kat restoran tuh. Memandangkan aku nak jugak update location dan kebetulan ada sedikit lapar masa tuh, aku pun masuk la ke restoran tuh. Dah order makan (nasik padang), rupa-rupanya restoran tuh takde wifi. 


So aku cepat-cepat makan dan teruskan berjalan. Kebetulan aku terjumpa sebuah kedai kecik jual sim card kat tepi jalan (ada meja je), aku pun beli sim card yang boleh digunakan di Acheh dan juga Sabang. (Kalau ikutkan brader jual sim card tuh, tak semua sim card boleh dapat line kat Sabang) Betul tindakan aku untuk amik sim card nih. Sebaik sahaja aku on data yang ada, barulah google maps update kedudukan aku. Rupa-rupanya aku dah lebih kurang 5 km berjalan kaki pada arah bertentangan dengan tempat yang nak aku tuju.


Dah berjalan dalam keadaan panas sejak dari awal aku sampai lagi, kaki aku macam dah tak larat walaupun perjalanan rasanya baru 10-12km. Aku ambil keputusan untuk naik bas je balik menuju ke hub bas yang terletak di Masjid Baitul Rahman. Kebetulan ada bas yang sedang park di bas stand so aku naik je la bas yang ada tuh. Aku dah siapkan duit pecah untuk perjalanan bas, tapi sepanjang perjalanan konduktor tiket tuh tak amik duit aku pun termasuk lain-lain penumpang. Rupa-rupanya bas di banda Aceh nih percuma. Tak pasti untuk lokal sahaja atau pelancong sekali tapi diorang tak mintak duit ngan aku. Maybe rupa aku nih macam orang lokal; aku pun tak pasti.



Bas bawak aku kembali menuju ke bas hub di tepi Masjid Baitulrahman. Kat sana aku perlu naik bas yang lain untuk ke terminal. Ikutkan boleh je nak jalan kaki tapi memandangkan aku dah penat dan mengejar masa untuk dapatkan bot laju atau feri ke Sabang, so aku decide untuk naik bas je. Lagipun benda free..

Tunggu punya tunggu akhirnya tiba juga bas yang menuju ke Terminal Ulee Lhue (sebut ulele) yang mana tempat feri menuju ke Sabang. Walaupun jarak menuju ke terminal tak begitu jauh tapi perjalanan agak panjang jugak sebab terpaksa tukar bas dalam perjalanan. Sekali lagi bas tak dikenakan sebarang tambang.



Sampai di terminal kelam kabut aku nak mengejar kaunter feri. Aku tiba dalam jam 1.30 petang so aku plan nak sampai awal kat Sabang dan boleh tengok sunset kat sana. Aku pergi ke kaunter bot laju tapi still tak bukak lagi. So aku ke kaunter feri lambat sebab nampak kat signboard tuh ada satu feri yang akan bergerak dalam jam 2.30 petang. So dalam perkiraan aku feri nih akan sampai dalam jam 5 petang dan aku nekad nak naik feri lambat nih. Bayaran pun murah lagi tapi nak naik feri lambat nih leceh sikit sebab korang kena isi borang dan macam-macam lagi seperti alamat etc. Entah kenapa diorang tak mintak KTP aku (ic Indonesia) maybe aku nampak local so aku pun dapat harga local.

Malangnya feri lambat yang aku book ni memang betul-betul lambat. Sudahlah lambat, delay pulak 2 jam. Haduh...malam baru sampai di Sabang kalau macam ni. Harap-harap ada la tempat sewa motor yang bukak nanti. Dari sebelum jam 2 lagi aku kat terminal dan dah 1 jam aku dok kesana kesini, minum dah berapa kali, toilet pun dah cam dah muka aku, surau yang ada kat luar airport tuh dah pergi, akhirnya feri sampai juga. Feri dah sampai tapi nak naik tuh makan masa 1 jam lagi; orang dan barang yang ada dalam feri nak keluar dulu dan kemudian barulah dapat pengumuman untuk mudik ke feri.



Feri / kapal lambat nih 3 tingkat. Tingkat bawah adalah tempat letak barang dan juga tempat park kereta dan motor untuk ke Sabang. Tingkat 2 penuh dengan kerusi bagi penumpang dan tingkat 3 ada bumbung je dan tidak terdapat kerusi. Aku masuk agak lewat jugak tapi disebabkan aku naik ikut cat ladder yang terdapat di bahagian kiri kanan dan tak ikut tangga yang sepatutnya penumpang naik, so aku naik terlebih dahulu dari sebahagian dari orang lain. Setelah dapati dah ramai orang di tingkat 2, aku teruskan naik ke tingkat 3. 





Kat tingkat 3 juga dah ramai orang. Meskipun hanya berbumbung metal deck sahaja, barulah aku tahu kenapa diorang tak letak kerusi di area berbumbung tuh. Rupanya kat sini, penumpang kebanyakkannya terdiri dari yang berkeluarga dan diorang bentang tikar dan duduk serta baring di area yang telah ditetapkan tuh.



Aku mencari kerusi yang berada di bahagian tepi dek untuk melabuhkan diri. Lebih setengah jam duduk bermanggu di kerusi, akhirnya kapal lambat jalan juga secara perlahan-lahan. Macam-macam jugak pengalaman aku sepanjang perjalanan dalam 2 jam lebih di feri lambat nih. Lepak sambil bertukar-tukar pengalaman ngan brader yang kerja buat pesantren (sekolah tahfiz / pondok) setelah berhenti dari Green Peace (sembang pengalaman dia nih panjang..maybe lagi panjang dari posting nih), sambil tidur dikejutkan dengan hujan panas yang lebat, dan macam-macam lagi sembang dengan pakcik-pakcik lokal.



Menjelang sunset di atas kapal, brader Green Peace tuh panggil aku yang sedang duduk-duduk tengok fesbuk sambil menunjukkan sesuatu di air. Rupanya ada sekumpulan dolphin sedang berenang-renang di tepi feri. So inilah kali kedua aku tengok dolphin berenang di tepi bot, first time masa di Maldives. Jadi dapat free show dan tak perlulah nak amik pakej untuk tengok dolphin lagi sepanjang di Sabang nanti.



Cut the story short,kapal lambat nih tiba di Sabang menjelang maghrib. Masa kapal nak berlabuh, azan maghrib pun berkumandang. Hari dah makin gelap so tak pasti macamana atau ada lagi ke tak kedai sewa motor bukak. Selesai je kapal berlabuh dan orang ramai masing-masing berbondong-bondong nak turun, tetiba aku disapa oleh seorang brader tanya sama ada aku nak sewa motor ataupun tak. Aku jawap ya dan dia tunjuk pada aku seorang lagi mamat yang sedang melambai tangan kat aku di jeti. Turun dari kapal aku terus mendapatkan mamat tu dan setelah beberapa urusan nego dan bayaran akhirnya settle lah transport aku sepanjang di Sabang nih. Motor tak boleh pilih-pilih ya dan minyak ada ngam-ngam nak ke hotel.

Settle urusan di Jeti, aku pun isi minyak dulu di kedai yang terdapat di jalan keluar dari jeti. Isi minyak di kedai runcit je; bayar ikut berapa botol yang korang isi. Botol-botol nih jugak ada yang 1 liter dan 2 liter. Lepas isi minyak, aku pun menuju ke hotel penginapan yang telah aku book terlebih dahulu.

Jalan menuju ke hotel bagi aku adalah agak merbahaya disebabkan jalan naik dan turun bukit serta jalan yang dilalui gelap gelita tanpa ada lampu jalan di kebanyakkan tempat yang aku lalui. Di kiri kanan jalan kebanyakkan nya adalah hutan dan juga kampung so aku tak berani nak bawak laju-laju sebab mata pun dah penat dan tak berapa nampak pada waktu malam. Akhirnya lepas sesat larat masuk keluar kampung walaupun ikut maps, akhirnya aku sampai jugak di hotel.



Urusan check in hotel agak mudah sebab receptionist memang dah menunggu aku. Dalam 10 minit urusan check in, aku dah boleh menginap di bilik. Aku tinggal di RedDoorz Syariah @ Sumur Tiga Beach, Sabang. Hotel nih terletak di tepi laut dan biliknya ala-ala resort yang mana ada dua bilik kat bawah dan dua bilik kat atas dalam satu rumah. Biliknya agak luas tapi toiletnya takde lah bersih sangat. Tapi kalau ikutkan harga yang aku book memang sangat-sangat berbaloilah.




Selesai mandi dan solat, aku bergegas keluar untuk mencari makan di pekan Sabang. Jarak dari hotel aku ke pekan Sabang tak begitu jauh dalam 3-5km sahaja tapi aku tak boleh bawak motor laju-laju sebab jalan gelap dan terpaksa melalui kampung yang mana waktu malam pun banyak binatang peliharaan berkeliaran seperti kambing di jalan raya. Lagipun jalan kampung kecik. Masa aku sedang dalam perjalanan tuh ada segerombolan kambing tengah melepak di tengah jalan so terpaksa extra slow sebab kalau terlanggar, nak bayar camner lak tuh.

 

Sabang ni memang selalu black out. Pada mulanya aku tak pasti sbb apa. Mula-mula kat hotel (Nasib aku baru keluar bilik) pastu kat kedai makan lak. Tengah makan nasik goreng, tetiba satu pekan Sabang takde lampu. Nasib baik sempat amik gambar makanan untuk masuk kat post nih. So bermulalah romantik dinner bagi semua yang ada dalam kedai makan tuh. Tapi takde la romantik sangat kot sebab aku makan solo dan kebanyakkan orang dalam kedai makan tuh terdiri dari geng-geng lelaki yang tengah mengopi. Couple-couple cam tak nampak lah pulak.

Lepas settle makan dan minum, aku balik semula ke hotel. Sebelum tidur sempat dulu aku basuh baju (bilas-bilas guna shampoo kat basin je). Hari nih hari kepenatan dan esok ada banyak tempat aku nak terokai.Zzz

Bersambung...

1 comment: