Tuesday, 24 December 2019

Hong Kong Part 3

Macam biasa, awal pagi aku dah bersiap sedia nak keluar, cuma hari ini aku sempat breakfast samosa yang aku beli semalam supaya dapat mengisi perut sementara menunggu masa makan sebenar. (biasanya malam karang) Sebaik sahaja aku keluar, dalam jam 7-7.30 pagi macam tuh..aku terus amik MTR di Tsim Sha Shui menuju ke stesen terakhir yang terdapat pada Tung Chung line. Memandangkan ini stesen yang last, maka perjalanannya mengambil masa yang agak panjang walaupun takde sebarang pertukaran line.



Shopping mall kat stesen Tung Chung

Hari ini tujuannya adalah berpeleseran di another part of Hong Kong, sebuah pulau yang terletak di bahagian barat iaitu Lantau island..Tak pernah dengar? Hong Kong disneyland dan Ngong Ping village terletak di pulau ini lah. So last MTR station adalah Tung Chung dan seterusnya kena naik pengangkutan lain.



Ini adalah hentian sebenar bagi sesiapa yang nak ke Ngong Ping

Biasanya orang akan pergi ke Ngong Ping nih dengan menaiki cable car..Aku ada juga bukak apps Klook untuk tengok-tengok package ke Ngong Ping dengan menaiki kereta kabel..setelah berfikir panjang, akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke sana dengan menggunakan cara local iaitu dengan menaiki bas.



Keadaan dalam bas semasa nak ke Ngong Ping

Terkemut-kemut aku menunggu bas no 23 kat bas stop yang tersedia di tepi jalan tuh..dah le cuaca sejuk sampaikan dalam 2 kali aku terpaksa ke toilet yang terdapat dalam bangunan terminal bas tadi tuh. Lepas dalam sejam aku menunggu, dalam hati aku cakap tak boleh jadi nih..So aku patah balik dan berlegar-legar mencari tempat menunggu yang sebenar. Setelah mencari akhirnya barulah aku tau yang sebenarnya aku salah tempat menunggu walaupun ada tercatat nombor bas yang nak aku naiki. Rupanya terdapat satu bas station sementara yang terdapat tak berapa jauh dari main station bas yang terdapat bas yang aku tunggu-tunggu.



Menuju ke Big Buddha dan Poi Lin monastery

Perjalanan bas agak lama jugak dari Tung Chung station ke stesen bas Ngong Ping, mengambil masa dalam 1 jam 20 minit dengan kebanyakkan jalannya bersimpang siur berbukit bukau. Boleh tahan ramai jugak orang dalam bas nih..sampai bas jalan penumpang dah mula berdiri tapi tak lama lepas satu-satu orang turun ke destinasi mereka. 

Nampaknya bukan semua dalam bas ini nak ke Ngong Ping tapi terdapat juga penumpang yang tinggal di kampung-kampung di sepanjang jalan ke Ngong Ping. Sepanjang jalan takde sebarang bangunan-bangunan pencakar langit, bahkan apa bangunan pun takde sehingga tiba ke destinasi yang dituju. Maknanya kampung-kampung atau perumahan memang tak terletak di jalan besar atau jalan utama laluan pengangkutan awam. (tak tau lah kalau aku tertidur dalam bas)



Satu taman yang terdapat dalam perjalanan ke Big Buddha dan Poi Lin monastery...


Ada beberapa benda yang menarik sebenarnya yang boleh dilawati di Ngong Ping village ini.. Salah satunya adalah cable car, no 2 adalah big buddha dan yang no 3 adalah Po Lin monastery. Oh..tak lupa jugak kalau korang turun dari cable car tuh, ada banyak kedai-kedai menarik yang patut korang lawati kat sana. Secara jujurnya aku rasa korang semua kena naik cable car nih..rata-rata komen dari orang cakap yang ianya memang marbeles. Ngong Ping itu sendiri adalah satu kampung yang terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai benda termasuk lah makanan, cenderahati dan banyak aktiviti lain seperti tayangan 3d, 4d dan lain-lain lagi. Kiranya macam apa yang terdapat di cable car Langkawi.



Big Buddha a.k.a. Tian tian diliputi awan nano...




Pemandangan dari Big Buddha ke kawasan persekitaran..bangunan beratap kuning tuh Poi Lin monastery...




Ini tangga yang perlu korang lalui untuk naik dan turun dari atas bukit nih..

Big buddha (Tian Tian buddha) pula terletak di atas bukit dalam kawasan Po Lin monastery nih, ekceli duduk di sebelah sahaja. Bukitnya tidak tinggi sangat dalam 35 meter tapi anak tangga yang korang kena daki, bagi sapa yang stamina tak berapa fit memang beberapa kali la kena berenti sama macam aku. Jumlah anak tangga yang perlu didaki adalah sebanyak 268 buah yang mana aku kira sendiri masa naik tapi lost count kat tengah-tengah dan last skali aku google balik berapa anak tangga yang aku naik. Apa yang ada kat atas nih? Dah nama big buddha, mestilah ada patung buddha yang besar, selain itu? Ada beberapa patung lain (yang bukan buddha) disekeliling main patung tuh..



Pintu masuk Poi Lin monastery




Bangunan utama monastery ini..

Manakala Po Lin monastery pula adalah sebuah temple yang terletak berhampiran dengan bid buddha ini. Monastery ini bagi aku agak besar dan senibinanya menarik dengan banyak jenis pokok bunga di tanam di bahagian luarnya membuatkan ianya lebih colorful. Sebenarnya Big Buddha tu adalah salah satu dari extension dari kompleks Poi Lin yang digunakan oleh sami-sami untuk bertapa sejak awal kurun lagi dan masih lagi digunakan sehingga sekarang.. 




Inilah rupa Ngong Ping village yang sebenar...




Selamat datang ke Tai O

Dari Ngong Ping aku ke bas stand yang berada di tepi bangunan-bangunan kedai yang terdapat di sana. Dari beberapa destinasi yang ada, aku pilih untuk ke Tai O, memandangkan basnya dah sampai terlebih dahulu. Kalau nak ke Tung Chung kena tunggu lagi sebab bas ke sana baru saja gerak sebelum aku sampai. Acah je..sebenarnya memang aku nak Tai O pun, itu salah satu sebab aku naik bas ke Ngong Ping dan bukannya cable car. Aku tak pasti ada ke tak cable car ke Ngong Ping untuk one way sahaja..



Pemandangan jambatan masuk ke perkampungan nelayan Tai O...




Dah kampung nelayan mestilah ada jual ikan masin..jangan tanya aku ikan masin nih halal ke tak sebab aku tak beli pun..

Tai O nih nampaknya merupakan satu lagi sisi yang lain Hong Kong. Kalau Hong Kong (pulau dan Kowloon) penuh dengan bangunan pencakar langit, Tai O lebih kepada kampung nelayan; kampung nelayan yang bagi aku agak ortodox, iaitu kampung nelayan tradisional yang mana kebanyakkan rumah-rumah yang terdapat di sini diperbuat dari kayu; lebih kurang dengan kampung nelayan cina di Malaysia. Kat sini korang boleh lihat kehidupan harian masyarakat di sini ditambah pulak dengan sedikit aktiviti tourism seperti naik bot keliling kampung atau melihat sunset. Bagi aku menarik lah Tai O nih...walaupun ia dah diangkat sebagai satu tempat tourism tapi diorang still lagi ke laut dan menjadikan kehidupan peribadi masyarakat di sini sebagai salah satu tarikan. Maksudnya diorang tak buat-buat la macam setengah tempat tuh diorang berlakon je tapi kat sini memang kerja hakiki diorang macam kampung nelayan yang biasa kita nampak.


Pemandangan sebenar kampung ini..

Boleh dikatakan hampir keseluruhan Tai O aku berjaya jelajah sampailah ke hujung kampung dan kemudiannya aku patah balik ke stesen bas. Kalau korang jenis yang duduk bandar-bandar besar seumur hidup, perjalanan dalam Tai O memang menarik, siap ada muzium tempatan lagi. (tak nak overrated, muzium nya tuh biasa-biasa je) Aku yang biasa lepak kampung nelayan cina kat Malaysia pun rasa Tai O nih menarik. Tapi untuk tak mau bagi opinion yang overrated, menarik atau tak adalah bergantung pada individu tapi pada aku menarik jugak lah.



Dari Central menuju ke Hard Rock

Seterusnya perjalanan pulang ke Kowloon. Aku dah takde sebarang planning untuk hari ini jadi aku bercadang nak ke Disney Land sekejap. Bukannya nak masuk sebab aku takde bajet tapi just nak tengok-tengok apa yang ada di sekitar kawasan tuh dan mungkin amik sekeping dua selfie di pintu masuk Disneyland. Ala..biasanya orang x peduli pun apa yang ada kat dalam tuh, yang penting ada gambar kat pintu masuk kan?


Menunggu Star Ferry menyeberang laut...tu ferry yg aku tunggu..

Baru je berangan nak tukar profil picture fesbuk aku dengan gambar di depan Hong Kong Disneyland, aku dapat watsep dari kawan lama yang pesan 2 helai baju Hard Rock cafe Hong Kong. Ntah sapa lak pecah rahsia aku kat sini, aku pun tak pasti. So aku terpaksa cancel program aku dan menuju semula ke pulau. Macam biasa, berhenti di Central stesen aku berjalan kaki ke HRC. Lepas settle urusan beli belah (dalam sejam jugak sebab nak kena post gambar sehelai-sehelai design baju tuh kat member aku) aku pun kembali semula ke Central.


Keadaan dalam Star Ferry...mcm ferry pulau pinang

Aku tak balik ke Tsim Tsa Tsui naik train seperti kebiasaannya. Kali nih aku nak naik Star Ferry..satu pengangkutan legend yang dah beroperasi lebih dari 100 tahun di Hong Kong..Kalau tengok citer Hong Kong zaman-zaman Jackie Chan dulu memang background Star Ferry nih memang wajib ada. Best juga sekali sekala naik Star Ferry sebab masa aku naik nih tak ramai orang pun yang berada dalam ferry tuh, mungkin pelancong je kut naik ferry nih. Antara yang bestnya naik Star Ferry nih menyeberang dari pulau menuju ke Kowloon adalah disamping tambangnya murah, (sebenarnya aku pakai octopus card, so aku xcheck pun harganya) dapat jugak menghirup udara segar sepanjang perjalanan. Apa yang tak bestnya yer..perjalanan agak slow..dan masanya menunggu ferry tiba agak lama la jugak...Sebab tu aku cakap pelancong je yang naik kut..atau orang yang tak kejar masa.


Star Cruises..tak silap Genting punya..

So lepas sampai di Kowloon, aku terus naik ke hotel. Lapar tapi masalahnya lepas beli baju Hard Rock, (pesan guna air liur) duit nak makan pun dah xde. So aku terpaksa naik ke bilik dulu, amik duit simpanan rahsia aku (duit USD balance trip-trip terdahulu) dan tukar kepada HKD.




Sebahagian dari makan malam aku hari ini...lebih kurang RM 5 sekeping..xmasuk kuah yer...

Naik atas, amik duit dan turun semula ke bawah untuk tukar duit. Di Chung Kin Mansion nih ada banyak je money changer.(ada la 3-4 buah) Setelah semak-semak, aku tukar kat money changer yang tukarannya berbaloi bagi aku. Kemudian aku pun beli makanan kat kedai biasa aku beli dan naik semula ke bilik. Selesai makan dan solat, aku kemudiannya berpeleseran di sekitar jalan-jalan berdekatan. Temple street dan lain-lain lagi aku jelajahi untuk check out suasana Hong Kong waktu malam. Takde beli apa pun sebab aku rasa esok baru aku nak cari apa yang patut dibeli di Hong Kong ini. Settle jalan-jalan, aku pun balik semula ke hotel untuk berehat. ZZzzz




Keadaan malam di restoran di Hong Kong..Kedai viral kut..ramai je kat sini


Bersambung....

No comments:

Post a Comment