Sunday, 16 September 2018

Brunei - Bandar Seri Begawan

Aku dahulukan post Brunei nih disebabkan post yang sepatutnya (India) terlampau panjang dan akan mengambil masa yang agak lama untuk dihabiskan.

Brunei bukanlah satu negara yang terkenal dengan perlancongan. Jesteru itu, tidak banyak post pasal tempat ini berbanding negara-negara lain di asia tenggara. Sebagai jiran yang dekat, seorang rakyat Malaysia tidak akan dikenakan visa untuk memasuki negara ini.




Pengangkutan

Di Brunei terdapat 3 jenis pengangkutan yang paling femes iaitu teksi, bas dan juga bot(bot nih aku tak berapa pasti sangat). Jumlah teksi di negara Brunei boleh dibilang; dengar cerita dalam lebih kurang 50 buah di seluruh negara. Desebabkan kebanyakan penduduk tempatan mempunyai kenderaan sendiri dan kurangnya pelancongan di Brunei menyebabkan bilangan teksi tidak begitu meluas.

OK. Yang ni sila ambil perhatian. Apabila korang tiba di airport Brunei, biasanya pengunjung akan ambil teksi dari airport ke bandar. Kalau korang naik teksi korang akan di cas sebanyak Bnd 20-25 untuk perjalanan sehala ke Bandar Seri Begawan dan lebih lagi kalau lagi jauh perjalanan korang. Kalau korang rasa keberatan untuk menaiki teksi (atas faktor kewangan atau nak save budget.) korang boleh naik balik kat area arrival, kat luar tu boleh tunggu bas menghala ke bandar. Selain dari itu, kat area paring kereta juga ada tempat menunggu bas untuk ke bandar. Bayarannya adalah Bnd 1 sehala per pax. Kalau nak save budget lagi boleh ikut cara aku iaitu jalan kaki dari airport ke town sejauh 10km. Bukan kedekut tapi aku sampai di Brunei jam 9 pagi dan hotel hanya boleh check in jam 2 petang. Memandangkan aku tak tau nak buat apa sepanjang masa terluang tuh so aku pun amik keputusan untuk jalan kaki.

Sepanjang perjalanan aku menaiki bas, apa yang aku tahu korang kena bayar Bnd 1 untuk kemana-mana destinasi sekitar Bandar Seri Begawan (lebih dikenali oleh lokal dengan panggilan BSB). Perkhidmatan bas bermula selepas subuh dan tamat sebelum waktu Maghrib. Malam memang takde bas dan perkhidmatan grab atau uber , aku pun tak pasti.


Tempat-tempat menarik di Brunei

Tujuan utama aku ke Brunei bukanlah untuk melancong jadi tourist attraction yang jauh dan susah nak dilawati memang aku tak pergi. Antara tempat-tempat yang sempat aku lawati adalah seperti di bawah ini.


1) Masjid

Terdapat banyak masjid di area Bandar Seri Begawan dan hanya 2 sahaja yang aku sempat lawati. Ia merupakan masjid-masjid yang terkenal di Bandar Seri Begawan dan kawasan persekitarannya iaitu Jame' Asr Hassanil Bolkiah Mosque dan Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque.



Jame' Asr Hassanil Bolkiah Mosque ini terletak di area Gadong, kira-kira 4 ke 5 km dari BSB. Aku singgah di masjid ini dalam perjalanan dari airport untuk berehat sebentar melepaskan lelah. Masjidnya bagi aku kira ok la tapi bersih. Masa aku tiba ramai pelancong yang aku rasa dari China sedang berkerumun berselfie kat depan masjid nih. Di dalam masjid nih tak boleh mengambil gambar. Aku siap kena sound lagi dengan staff masjid nih. Aku dapati pintu masjid ditutup dan melalui pembacaan aku terdapat waktu-waktu masjid ini dibuka untuk tujuan lawatan pelancongan.




Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque merupakan ikon bagi negara Brunei. Dia ni macam KLCC kat Malaysia. Terletak berdepan dengan kampung air ada orang menyifatkannya sebagai antara 2 darjat. Kemewahan diseberang sini manakala sisi yang lain pula diseberang sana. Persetankan apa orang kata yang penting rakyat Brunei bahagia dengan kehidupan mereka. Harap2 lah. Masjid ini memang cantik, ditambah pula kedudukannya dan juga terdapat taman di hadapan masjid nih bagi tujuan rekreasi rakyat tempatan.


2) Kampung Air

Kampung air adalah salah perkampungan tradisi rakyat Brunei. Ianya terletak di seberang laut betul-betul berhadapan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Kampung air di Brunei ini saling tak tumpah dengan kampung air yang terdapat di Sabah, kecuali kurang sampah sarap yang dibuang di laut. Disini boleh dilihat penduduk marhaen tinggal, rumah ada yang sederhana manakala rata-ratanya boleh juga dikatakan daif. Namun begitu kemudahan yang tersedia boleh dikatakan agak lengkap juga dengan adanya sekolah, masjid dan lain-lain lagi.




3) Bandar Seri Begawan

Bandar Seri Begawan ini merupakan ibu negara bagi Brunei. Bangunan-bangunan yang ada di sini terdiri dari bangunan-bangunan yang agak lama, senibina era 80an ke awal 90an kebanyakkannya dan ianya tidaklah sesibuk bandar atau ibu negara lain di asia tenggara. Aku pun tak tahu apa yang spesel dengan BSB nih. Takde shopping mall gempak-gempak, takde bangunan-bangunan attraction yang hebat-hebat (kecuali masjid dan muzium) dan keadaannya biasa-biasa saja.







4) Tamu

Tamu ni macam pasar pagi atau pasar malam kat Semenanjung Malaysia dan juga agak femes di Sabah dan Sarawak. Kalau tamu pagi di BSB yang paling femes adalah Tamu Kianggeh yang terletak di tengah bandar. Tamu Kianggeh ini merupakan tempat membeli barangan harian seperti sayuran dan buah-buahan serta terdapat juga makanan tempatan seperti nasik katok ada dijual disini dengan harga yang agak berpatutan bagi penduduk tempatan. Boleh beli dan makan di meja yang disediakan. Bagi aku tamu ni adalah biasa-biasa je, tempat beli sayur dan buah-buahan bagi penduduk tempatan.



Antara tempat-tempat menarik lain Yang boleh korang lawati adalah seperti Jerudong Park yang terletak di daerah Tutong Dan juga Taman negara ulu temburong Yang terletak di daerah temburong di mana korang kena lintas Limbang Sarawak terlebih dahulu. Kedua-dua tempat ni aku tak pergi so aku takleh nak Komen apa-apa. Ada juga beberapa muzium di BSB yang boleh korang lawati dan ianya hanyalah walking distant sahaja dan bayaran masuk adalah percuma. Antara muzium-muzium yang aku rekemen adalah Royal Regalia museum dan Muzium Brunei. Lain-lain tempat seperti Kg Air cultural & tourism gallery. Nak makan malam aku suggest korang ke pasar malam Gadong. Kat sini memang beratus-ratus atau beribu jenis hidangan yang boleh korang pilih dari ayam/ikan bakar sampailah ke kuih tradisi rakyat Brunei.






Kehidupan di Brunei

Ini merupakan faktor utama aku ke Brunei. Rata-rata cerita yang aku dengar adalah orang Brunei ni kaya-kaya dan berlagak pulak tuh. Jadi aku mencari jawapannya dengan mengembara ke tempat ni.
Aku tak boleh nak komen banyak pasal nih sebab aku hanya tinggal selama 3 hari sahaja di Brunei dan menghabiskan masa kebanyakkannya di Bandar Seri Begawan. Namun begitu sepanjang pemerhatian aku dalam kembara singkat nih adalah kehidupan di Bandar Seri Begawan rata-ratanya sederhana, macam di Malaysia juga, tapi aku rasa orang Malaysia lebih mewah bila berbelanja kot. Di BSB tidak ada shopping mall yang setanding dengan Pavillion or KLCC dan ada je penduduk Brunei yang tak berapa berada terutama yang tinggal di Kampung Air.

Bandarnya tidak padat dengan kenderaan dan takde sebarang urgency di sana. Bandarnya lepas Maghrib dah mula sunyi dan dalam jam 10 malam kebanyakkan kedai dah menutup perniagaan termasuklah kedai-kedai makan. Suasana di BSB sangat tenang, terutama bagi sapa yang nak meronda malam-malam takde sebarang kebimbangan akan terjadinya jenayah. (kemungkinan besar)

Ramai pekerja yang melakukan pekerjaan berbentuk buruh terdiri dari rakyat Indonesia dan juga Bangladesh. Jangan terkejut kalau naik bas, mostly dalam bas tu penuh dengan rakyat asing (termasuk aku) termasuk juga pemandu dan tukang kutip tiket. Bahkan masa aku sedang bersiar-siar dalam bas, ada seorang mamat Brunei (berpakaian segak) naik dan Bangla yang sedang kutip tiket tuh terkejut dan tanya beberapa kali adakah mamat tuh orang Brunei atau tak.


Makanan

Terdapat macam-macam jenis makanan yang boleh dicuba di Brunei. Dari local dish seperti ambuyat dan nasik katok sampailah ke makanan cina dan juga Jepun. Harganya bergantung pada keadaan restoran dan juga makanan yang korang order. Rata-ratanya murah dari Malaysia (jangan convert ke Ringgit Malaysia). Bagi sesiapa yang nak makan makanan hipster boleh la search kat trip advisor. Antara yang rekomended dalam tu adalah Kaizen sushi yang terletak di Water Front dan Aminah Ariff restoran di Gadong untuk merasai ambuyat atau makanan Brunei yang lain. Manakala nasi katok (nasik putih dengan ayam goreng dan ada sambal sikit) ada dijual di mana-mana dan harganya sekitar 1 ringgit Brunei.








Kos sara hidup

Harga barangan di Brunei pada aku agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia. Ini mungkin disebabkan matawang Brunei yang 3 kali ganda lebih tinggi dari negara kita meskipun hampir kebanyakkan barangan di supermarket adalah diimport dari negara jiran tetangga berdekatan. Namun begitu kalau dibuat pertukaran kepada ringgit Malaysia, ia masih mahal.

Setiap hari aku akan ke supermarket untuk membeli beberapa barangan seperti air dan juga kudapan bagi mengisi perut sepanjang perjalanan. Disamping itu aku mengambil kesempatan untuk menyemak harga-harga barangan supaya boleh dibuat perbandingan dengan harga barangan di Malaysia.


Kesimpulan

Kalau aku boleh buat kesimpulan, Brunei nih lebih kurang macam Melaka. Bandar utamanya adalah Bandar Seri Begawan manakala outskirtnya adalah terdiri dari pekan-pekan kecil dan kebanyakkannya merupakan kampung dengan rumah-rumah sesebuah yang dibina di tanah persendirian. Rumah-rumahnya tak semua mewah dan ada juga rumah yang masih diperbuat dari papan. Terdapat banyak juga rumah-rumah strata yang dibina tetapi ditinggalkan begitu sahaja tanpa aku ketahui sebabnya.


Berikut adalah detail perbelanjaan aku di Brunei tak termasuk tiket flight (aku claim big point)

Perbelanjaan di Brunei
(dalam Ringgit Brunei)

Day One
Beli air 2.30
Kudap2 2.00
Makan malam 7.50
Overall 11.80


Day 2
Beli air dan kudapan 5.20
Tambang bas 2.00
Lunch 4.20
Makan malam 3.00
Overall 14.40


Day 3
Tambang bas 1.00
Fridge magnet n postcard 8.40
Overall 9.40

Grand total 35.60 bnd


2 comments: