Thursday, 21 June 2018

Myanmar: Bagan part 2

Awal pagi lagi aku dah bangun sebab aku bercadang untuk melihat sunrise di Bagan. Dengar cerita, waktu sunrise nih diorang start naikkan hot air balloon. Kalau aku nak naik hot air balloon tu memang la tak mampu. Dapat tengok dari bawah pun jadilah. Sesudah solat subuh aku bergegas ke kedai e bike mengejutkan owner kedai tersebut.  Rupanya awal pagi lagi dia dah bangun menunggu aku. Aku bereskan duit balance semalam dan dia ajar aku camner nak gunakan e bike tu. Dia cakap lepas sunrise atau dalam kul 9 pagi aku kena datang balik hantar e bike untuk di cas semula.


Perlahan-lahan aku menunggang tapi tak sampai 20 meter aku patah balik. Aku cakap kat owner tuh aku nak tukar e-bike..sebab e-bike yang dia bagi tuh xde brek depan (brek depan x makan). Dia pun cakap kat aku yang dalam dunia nih mana ada orang guna brek depan. Aku tengok kecik besar je makcik nih. Memandangkan dia xmau jugak mengalah (aku pun tak tahu sebab apa yang dia tak mau tukar sangat e-bike aku tuh)...aku yang mengalah. Sebenarnya bahaya kalau kurang satu brek nih..aku agak berpengalaman dalam bidang permotoran ni (motor ye bukan kereta), bukan cerita riak tapi dari zaman belajar lagi sampai sekarang aku masih naik motor. Bukan bawak motor besar weekends pegi ride layan lap ke lemang tok ki ke apa tapi motor kapcai yang digunakan seharian even balik kampung pun aku naik motor kapcai aku tuh. Pernah satu ketika masa belajar dulu masa duit loan dah abis dan brek depan rosak..satu semester la aku naik motor takde brek..so aku paham benar apa musibat naik kenderaan yang takde brek nih...



Aku menunggang e-bike tuh perlahan-lahan. Bukan sebab takde brek tapi cuaca sejuk ya amat. Kalau bawak meter melebihi 20 km/j je badan dah mula menggeletar. So aku maintain dalam 15-18kmj (kelajuan ni lagi slow dari naik basikal) sebab kalau kurang dari 10kmj tu pace nya dah lebih kurang berjalan kaki je. Aku punya sunrise port (aku dah google malam tadi) adalah di Low Ka Oushang. Ada banyak port untuk sunrise sebenarnya di Bagan tapi port yang aku pilih ni kalau ikut review dari pengunjung sebelum ini mempunyai view yang agak menarik dan yang paling penting ianya kurang pengunjung supaya tak bersesak-sesak dan berebut untuk melihat dan mengambil gambar sunrise nanti.



Tiba di satu simpang tetiba aku ditahan oleh seorang perempuan di tengah kegelapan pagi tuh. Mula-mula aku ingat langsuir ke pontianak. Rupa-rupanya awek tempatan. Dia cakap dia nak tunjukkan aku lokasi sunrise yang paling tip top disamping takde orang. Asalnya aku menolak sebab aku cakap aku dah ada port pun; tapi dia tetap dok mendesak so aku layankan je la. Aku pun folo kemana dia bawak dan kemudiannya dalam 10-15 minit kami sampai ke tempat yang dituju. Dan disanalah drama bermula. Dia mula keluarkan sesuatu dari begnya dan mula paksa aku beli poskad yang dijual. Harga yang dia mintak untuk 5 keping poskad adalah USD 20 yakni bersamaan dengan RM80.



Korang bayangkan sekeping poskad biasa yang kad kedai boleh dapat dengan harga singgit dijual sekeping RM16. So aku cakap tak mau aku beli dengan harga tu. Dia mula ugut-ugut aku sambil tarik tangan aku. Dia cakap tu untuk servis dia tunjukkan aku tempat sunrise tapi aku cakap tempat sunrise yang aku nak pergi lagi best dan takde orang. (tempat yang dia tunjuk tu boleh tahan ramai orang) Pastu dia cakap kalau aku tak beli gak dia nak report polis. (Aku rasa cam what the f...?) Aku malas nak bertengkar sebab minah tu dah start menjerit-jerit aku pun hulur la RM5 dan cakap aku tak mau beli poskad dia. Dia jawap kat aku yang Buddha tak ajar dia mintak sedekah. So aku pun nego la harga poskad tu last sekali dapat la dalam 5000 kyat jatuh dalam RM3 sekeping. Lepas amik poskad aku, minah tu pun tanya xde ke duit RM tadi untuk souvenir ? Aku pun jawap yang Buddha tak ajar mintak sedekah dan terus cau.



Aku pun naik ke atas platform temple tu. Tangga nya sangat curam dan sempit tapi masih boleh dilalui oleh aku. Naik di atas dalam 20-30 orang jugak lah yang dah berada disana. Kebanyakkannya omputeh dan juga terdapat beberapa orang local yang sedang menjual sesuatu. Aku berada di sana dalam 10-15 minit dan mulai tak selesa sebab orang ramai sangat. View memang menarik tapi aku kena beredar ke tempat lain. Tempat yang mula-mula aku plan tadi. So aku pun blah dari sana dan menuju ke Low Ka Oushang dan perjalanan mengambil masa kejap je dalam 3 minit. Memang tak ramai sebab tempat ni merupakan temple yang agak kecik. So korang kena duduk di tangga-tangga keliling tuh. Aku tak berapa amik gambar kat sana sunrise sebab camera aku digunakan untuk amik timelapse kat situ.



Secara tiba-tiba ramai orang yang lepak bersama-sama aku tadi mula meninggalkan tempat tuh...kebanyakkannya pelancong mcm aku la. Rupa-rupanya ada dua orang pengecheck tiket sedang menyemak entrance tiket. Aku pun sama la..packing-packing barang dan bersiap sedia untuk bergerak. Bukan apa sebab setengah geng-geng nih pun bukan official pun dan ada juga yang scammer. Baru je nak lari salah seorang mamat tu mengejar aku dan tunggu di e-bike. Dia pun mintak aku entrance tiket dan dengan jujur aku cakap aku tak beli sebab aku cakap hari ni aku nak gerak ke Yangon. Dia cakap kalau takde tiket sebenarnya adalah salah di sisi undang-undang dan boleh kena tangkap.

Walaupun bahasa inggeris mamat yang tahan aku tuh agak OK tapi dia panggil seorang kawan dia untuk interigate aku setelah tahu aku orang Malaysia dan bukannya seorang lokal Myanmar. Rupanya mamat yang dipanggil tuh tahu cakap Malaysia. Dia dah kerja di Malaysia 4 tahun dan dah balik kerja di Myanmar selama setahun. Member dia tadi ingat bila dah panggil mamat yang kerja di Malaysia tuh, dapatlah aku membayar harga tiket tapi rupanya berjaya juga aku ayat mamat tuh supaya aku dapat melepaskan diri. Asalnya dia berkeras juga tapi puas aku merayu-rayu last-last dia lepaskan dengan syarat kalau kantoi sekali lagi tiada maaf bagimu. Aku pun apa lagi..terus capai e-bike aku dan melarikan diri.



Habis segala drama pagi aku kembali pulangkan semula e-bike ke kedai sewa. Rancangan aku..lepas aku check out baru aku amik balik dan sambung ronda. Sekarang adalah masa breakfast dan selepas itu aku nak pack barang untuk check out. Breakfast hari ini ditaja oleh tuan punya hotel (maknanya percuma) sebab dah masuk skali dengan bayaran hotel. Apa lagi..lanyak la sekenyang-kenyangnya. Makanan yang disediakan adalah seperti tempat-tempat lain..yakni nasik goreng, roti, buah-buahan dan air jus, free flow dan buffet style.



Agak lama gak aku lepak restoran tu sampai awek restoran tu dah mesra ngan aku. Mana tidaknya, asal potong tembikai je aku yg datang sambar. Asal potong betik je aku yang datang sambar. Lepas breakfast aku pun lepak bilik dan kemas2 beg yang mana aku asingkan kepada 2 beg. Mana day bag untuk aku galas keliling dan mana yang aku nak tinggalkan di kaunter semasa aku berpeleseran. Siap-siap dalam jam 11 pagi aku check out dari hotel sebab itu peraturan hotel yang aku book nih. Namun begitu, back pack aku tinggalkan di lobi bawah jagaan tauke hotel manakala day pack aku galas bersama berjalan-jalan sementara menunggu bas aku tiba jam 8 malam nanti.





Ada lagi 1 jam sebelum aku boleh amik balik e-bike yang aku pulangkan untuk charge tadi. So sementara itu terpaksalah aku jalan kaki terlebih dahulu. Lagipun aku ada 7-8 jam masa terluang so nothing to rush. Firstly, aku hanya bersiar-siar di pekan Nyaung U bagi melihat kehidupan penduduk marhain di sana. Pergi pasar, bersiar-siar di kedai-kedai menjual souvenir dan melepak di tepi jalan sambil minum air botol. Lepas menjelajah pekan kecil tersebut aku kemudiannya menuju ke tebing sungai Irrawaddy untuk melepak dan menyaksikan pandangan persekitaran. Perjalanan ke sana melalui kampung-kampung penduduk tempatan. Dapat juga lah aku sedikit sebanyak memahami sosio ekonomi yang terdapat di sana.





Jadi selepas peristiwa kantoi pagi tadi, aku tidak bercadang untuk berhenti kemana-mana temple terutamanya yang besar-besar untuk mengelakkan pemeriksaan tiket. Lagipun aku rasa aku dah cover beberapa temple cuma tak boleh masuk sahaja. Dia sama konsep dengan makan KFC. Walaupun KFC tuh feberet korang tapi kalau berlebihan nanti korang naik jemu jugak. Kalau makan ayam pertama memang terasa sedapnya tuh tapi kalau dah ayam ke 17..tengok pun tak larat. Jadi waktu yang terluang tuh aku cuba gunakan sebaik mungkin dengan leasure sahaja. Lepas ronda-ronda Nyaung U, aku kembali mengambil e-bike dan bertolak ke New Bagan. Jarak ke New Bagan dari Nyaung U hanyalah dalam 10km so kalau guna e-bike dalam 15-20 minit perjalanan yang mana terlebih dahulu merentas Old Bagan untuk ke sana.



Aku sampai di New Bagan dalam tengahari dan aku dapati New Bagan nih satu kawasan yang agak sunyi sepi. New Bagan nih banyak guest house atau hotel cuma maybe sebab ianya kawasan yang lebih kepada tourist so kurang aktiviti harian..mungkin lah kot. Takde kenderaan yang banyak bahkan orang pun nampak cam tak berapa ramai. Nak dipendekkan cerita, bagi menghabiskan masa aku ronda semula jalan-jalan tanah merah yang belum lagi aku teroka di Old Bagan sampai sesat-sesat aku dalam hutan kat situ. Nasib ada maps kalau tak memang tak keluar la aku jawapnya.




Menjelang petang aku kembali pulangkan balik e-bike kat tempat sewa dan ke kedai semalam untuk makan malam bagi mengisi perut menjelang perjalanan panjang malam nanti. Selesai makan, aku kembali ke hotel untuk menunggu tuktuk yang akan datang mengambil aku ke stesen bas nanti sambil-sambil berborak dengan tuan punya hotel berkenaan macam-macam topik terutama sekali macamana dia setup hotel yang aku duduk tuh. Dalam jam 7.30 malam tuktuk datang untuk menjemput aku ke stesen bas. Setelah mengucapkan bai bai pada tauke hotel kami pun bertolak dan kali ini macam biasalah mengambil penumpang-penumpang lain. Memandangkan arah tujuan kami malam tuh untuk ke ibu negara, maka tuk tuk malalm tuh full house sehingga ada yang terpaksa duduk di atas beg. Sampai saja di stesen bas, aku tengok alamak...ini bas yang sama kompeni dengan yang aku naik ke Nyaung Shwe ari tu...aduh..Harap-harap perjalanan tak lewat malam nih...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment