Friday 18 August 2017

Journey To The North: Saigon...lagi

Baru-baru ni rumah aku kena pecah dengan pencuri dan habis kena rembat kamera kesayangan aku dan laptop tercinta..So stok gambar yang aku sertakan selepas ini adalah dari apa yang sempat aku back up sahaja..ok..sambung cerita dari mana yang aku tinggalkan tempoh hari...


Bangunan Imigresen Vietnam di sempadan Kemboja-Vietnam

Saigon adalah nama asal bagi ibukota Ho Chi Minh city. Ia pada asalnya merupakan tanah jajahan kerajaan Kemboja yang merupakan pada mulanya adalah kampung nelayan namun begitu ia kemudiannya diserahkan kepada Vietnam sebagai ufti agar Vietnam tidak lagi menyerang Kemboja. Ada cerita lain pula yang Saigon diberi kepada Vietnam sebagai hantaran atas perkahwinan anak raja kedua-dua belah kerajaan.


Bas rosak di tepi jalan

Aku memulakan perjalanan aku di Saigon ini dengan penuh pancaroba. Di Vietnam hampir kesemua wifi adalah berbayar, maknanya jarang-jarang aku boleh dapat wifi free. Kecuali kalau korang terserempak satu kedai elektrik besar nama dia kalau tak silap aku Gilgidong (mcm courts mammoth tak silap aku) korang boleh dapat free wifi. Dengan free wifi inilah aku berjaya untuk search map ke Ben Thanh market dan teruskan perjalanan dengan gunakan function offline map.

Perjalanan aku ke area Ben Thanh jaraknya lebih kurang 10km dari tempat dimana aku ditinggalkan. Dengan mengharung membawa beg yang beratnya lebih kurang 6-8kg (banyak makanan dan alatan elektronik seperti charger dan kamera serta lain-lain lagi) menapak lah aku seorang diri dalam kesesakan malam.



Dalam 2 jam kemudian aku sudah sampai ke area Ben Thanh market merayau-rayau untuk mencari penginapan malam. Sebelum itu sempat juga aku menjamu selera di salah sebuah restoran di sana. Makanan halal di Saigon bagi aku memang tiada masalah terutama sekali di Ben Than dek kerana pesatnya sosio ekonomi di sini dan menjadi satu pusat tarikan usahawan-usahawan dari Malaysia amnya. Tapi apa yang aku tak berapa gemar adalah suasana tidak friendly peniaga-peniaga kedai makan di sana. Misalnya ada seorang penjual aiskrim menyapa aku untuk beli aiskrimnya lalu aku menolak, kemudian dia menyatakan sesuatu dalam bahasa Vietnam..aku bersangka baik namun begitu itu pastilah bukan satu pujian.



Banyak hotel-hotel disekitar Ben Thanh market aku jelajah untuk dijadikan tempat penginapan aku pada malam ini namun begitu harganya tidak begitu sesuai dengan aku yang mempunyai bajet yang runcing. Rata-ratanya harga di quote dalam USD dan yang paling murah untuk bilik perseorangan adalah 550k dong bersamaan RM110 yang mana bagi aku masih lagi tidak affordable bagi aku. Dari jalan-jalan besar aku beralih ke lorong-lorong gelap dan akhirnya berjaya untuk dapatkan penginapan budget dengan harga 18 USD semalam setelah 2 jam mencari. Bilik dengan katil queen yang aku rasa sangat OK..tak mewah tak juga teruk..



Aku bercadang untuk menempah open bas ke Hanoi. Maksud open bas ini adalah bas menuju ke Hanoi tapi korang boleh turun ke mana destinasi sahaja sepanjang laluan dengan menggunakan 1 tiket saja. Misalnya kalau ada 8 stop sepanjang jalan dari Saigon ke Hanoi, korang bebas berhenti di mana-mana 8 stop tersebut dan kalau tak mahu, boleh je teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


Saigon Museum

Sebelum aku keluar menyusuri bandaraya Saigon, aku bertemu dengan receptionist untuk confirm open bas aku tengahari menuju ke Mui Ne sambil-sambil menikmati free breakfast di hotel bersama-sama aweks-aweks omputeh. Kali ini aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja mengelilingi bandar Saigon meskipun banyak terdapat pengangkutan yang murah seperti uber motor dan lain-lain lagi. Meskipun panas terik namun berjalan kaki merupakan cara yang paling bagus untuk menikmati pemandangan dan dapat pengalaman melintas jalan terutama di kota havoc Saigon. Mujurlah aku dah berjaya recover dengan keletihan melampau dek kerana berjalan kaki malam tadi.




War Museum Saigon

Banyak tarikan di Saigon ini sebenarnya telah aku cover semasa trip yang lalu namun begitu aku tetap juga pergi ke tempat -tempat tersebut kali ini lebih leisure dimana aku boleh ambil masa selama mana aku mahu di sesuatu tempat tersebut. Diantara tempat-tempat yang aku lawati di Saigon adalah:

Central Post Office

Central Post Office merupakan salah satu dari bangunan ikonik yang berada di tengah bandaraya metropolis Saigon. Ianya terletak bersebelahan dengan Saigon Notre-Dame dan merupakan salah sebuah post office yang dibina semasa penjajahan Perancis di Vietnam sebelum tahun 1900an lagi. Dulu aku dah pernah pergi ke tempat ni dan bagi aku tempat ni memang tak berubah langsung sepanjang 3 tahun. No more sending postcard to myself dari post office Saigon..it's too mainstream..lagipun tak pernah buat sebelum ini..





Saigon Notre-dame

Kalau dulu semasa menyertai rombongan makcik-makcik shopping, kami hanya mempunyai masa untuk bergambar di depan Saigon Notre-Dame ini kerana kesempitan masa. Kali ini aku ada sedikit masa untuk menjenguk apa yang terdapat di dalam bangunan bersejarah ini. Apa yang terdapat dalam bangunan gereja ini adalah...interior bangunan gereja yang sama seperti gereja lain..cuma lebih gothic..maklumlah...bangunan gereja yang berumur beratus tahun..Kenapa ia dinamakan Saigon Notre Dame Cathedral adalah kerana bangunan ini adalah mirip dengan yang terdapat di France bahkan batu bata merah yang terdapat di dinding gereja ini juga datangnya dari Marseille.



Independence Palace

Istana ini pada asalnya dibina sebagai rumah kediaman bagi presiden Vietnam selatan, namun begitu apabila komunis di utara telah memenangi peperangan dan menawan semula selatan Vietnam, istana presiden ini telah ditukar nama dan fungsi sebagai Independence Palace atau nama lainnya Reunification Palace sebagai tanda kemerdekaan dan penyatuan kedua-dua bahagian menjadi sebuah negara Vietnam semula.




People's Committee Hall

Bangunan ni rasanya tak open untuk public tapi ia agak cantik untuk diabadikan sebagai fotograf dan juga dihati korang semua. Aku lepak kat sini waktu malam sebab kebetulan malam tu diorang tgh buat rehearsal berkenaan pertunjukan hari kemerdekaan (reunification day) diorang.





Ben Thanh Market

Tempat ini memang tak perlu lagi aku perkenalkan kepada semua rakyat Malaysia. Peniaga atau yang kaki shopping kebanyakannya familiar dengan nama Ben Thanh market sebab di sini korang boleh dapatkan pelbagai barangan terutama sekali fabrik dan cenderahati dengan kadar yang berpatutan ataupun secara terus terangnya berkali ganda lebih murah dah yang boleh didapati di tanah air. Disini juga boleh dikatakan pusat makanan halal di Saigon.




Selepas aku balik malang lagi nasib aku di Saigon ni apabila reception tidak book open bus tiket aku untuk ke destinasi seterusnya. Kemudian dia dengan kelam kabutnya dia telefon ejen-ejen bas yang menawarkan perkhidmatan open bas namun begitu harga ejen bas masing-masing mahal melampau dan tiket perkhidmatan bas lompat-lompat juga habis pada hari itu. Oleh itu hendak tak hendak terpaksalah aku tunda perjalanan dan tidur lagi 1 malam di Saigon.



Waktu malam aku sekali lagi keluar ke bandar Saigon kali ini menyusuri ke sebelah sungai pula dengan berjalan kaki bagi memeriksa keadaan sebelah malam pula. Kebetulan ada persediaan persembahan bagi menyambut perayaan reunification so adalah sedikit aktiviti percuma aku di malam hari yang terletak dengan People Committee Hall. Dalam 30 minit juga aku duduk sambil minum air mineral menyaksikan gelagat peserta, aku teruskan perjalanan ke tebing Sungai Saigon bagi menyaksikan pemandangan sungai pada waktu malam.





Balik ke hotel ada berita baik dari receptionist yang tiket aku ke Mui Ne dah berjaya ditempah namun begitu harganya lebih kurang hampir-hampir 2 kali ganda dari yang biasa. Memandangkan dah macam tak ada pilihan maka aku hadap je harga yang diberitahu oleh receptionist tu. Maknanya budget aku semakin lama, semakin menipis.


Bersambung...

2 comments:

  1. Cantik gambar patung perempuan vietnam tu. yg saya punya mcm muka pembunuh upahan vietcong haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa patung tu dah uptodate..maklumlah..sekarang nih kan banyak plastic surgery..:)

      Delete