Thursday, 11 August 2016

Perihal Perbelanjaan di Korea Selatan

Perbelanjaan sesebuah pengembaraan bagi aku merangkumi 3 aspek yang paling besar belanjanya. Selain tiket penerbangan, ground arrangement adalah salah satu perkara penting yang perlu perancangan bagi mengawal perbelanjaan yang akan digunakan.



Berikut adalah butiran perbelanjaan aku di Korea Selatan. Mostly aku genapkan dan bahagikan mengikut kategori

1) Penginapan

Rata-rata penginapan aku di Korea Selatan berharga RM 80 dan ke atas meskipun tinggal di bunk bed di hostel.

2 malam Seoul - Seoul Hostel Centre RM 225
2 malam Seoul - MarryJohn Guest House RM 127.60
1 malam Jeju - Yeha Guest house RM 80
1 malam Busan - Feel Motel RM 117.16
Jumlah keseluruhan - RM 549.76

2) Pengangkutan

Sebahagian besar masa aku di Korea aku gunakan pengangkutan awam. 5 kali aku naik bas termasuk tour di Jeju, naik bot di Nami, dan most all the time aku naik tren dan jalan kaki sahaja. Harga perkhidmatan teksi bagi aku agak berpatutan tapi bagi budget traveller macam aku terdapat alternatif lain sekiranya masa mengizinkan. Tambang tren keseluruhannya aku tak berapa ingat tetapi kalau tak silap aku dalam 10k won sehari aku topup sebab aku keluar dari pagi hingga malam. Untuk tren pula adalah digalakkan untuk korang membeli T money (macam touch n go cuma di Malaysia takde faedah pun korang beli touch n go tu) sebabnya setiap kali korang guna T money untuk perjalanan korang akan dapat diskaun 100won (40 posen) setiap kali keluar dari stesen. T money ini jugak boleh digunakan dalam bas (aku guna di tempat takde tren macam di Jeju dan ketika nak naik ke Gamcheon cultural village)

5 hari T money topup - RM 181.88
1 hari Yeha tour Jeju - RM 251.00
1 kali teksi ke airport Jeju - RM 21.83
1 kali Nami island boat ride termasuk tiket masuk - RM 30
1 kali tiket flight Seoul-Jeju-Busan RM 351.60
Jumlah keseluruhan - RM 836.31

Kalau guna T money naik bas jgn lupa untuk swap kad anda ketika naik..dan jangan sekali lupa untuk swap ketika turun di pintu tengah. Kalau lupa diorang akan cas denda sebab cuai atau cuba menipu. Jadi silalah berhati-hati.

3) Makanan

Yang ini aku cuba jimatkan sedaya upaya dengan membawa makanan berupa kudap-kudap dan makanan segera (mi segera dan 3 in 1 coffee) sebab bukannya sukar mencari halal di Korea tetapi mencari halal dan murah di Korea memang sangat sukar. Satu hari sekali sahaja aku makan proper food kecuali hari pertama aku skip tapi makan 2 kali pada 2nd day di Nami dan Seoul.

6 kali makan - 12k won sekali makan - RM 265.00

Perbelanjaan makanan ini aku ambil kira sekali kudap-kudap termasuk susu pisang sekali.



Banyak lagi perbelanjaan selain dari 3 kategori yang dinyatakan di atas tapi itu semua adalah satu option di mana kita ada pilihan. Sebagai contohnya perbelanjaan lain yang biasa adalah seperti cenderahati, bayaran masuk tempat peranginan. Yang ini aku share sebagai panduan untuk korang semua, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

4)Entrance fee

Gyeongbuk Palace - RM 11 / 3k won
Petite France - RM 30 / 8k won
Nami island - RM 30  dah kira dalam transportation
Seongsan Ilchubong - RM 7.30 / 2k won
Jumlah Keseluruhan - RM 48.30

yang lain-lain takde bayaran masuk kalau tak silap aku dan ada jugak yang telah diambil kira dalam tour yang aku amik.

5)Cenderahati

Yang ini adalah perbelanjaan peribadi aku just incase sesapa nak dapatkan souvenir dapatlah imagine harga-harganya.

T shirt i Love Seoul  4 pax x 10k won sehelai - RM 145.51
T shirt HRC 4 pax x 30k won sehelai - RM 436.52
Keychain 2 pax x 10k won sepapan - RM 72.75
Sudu Korea 3 pax x 15k won sekotak - RM 163.70
Jumlah keseluruhan - RM 818.48






Dan yang terakhir sekali adalah tiket penerbangan termasuk makanan 3 kali tak termasuk luggage.
Tiket penerbangan Air Asia Kuala Lumpur-Seoul
Seoul- Kuala Lumpur                                              - RM 675


Jumlah keseluruhan - RM 3192.85

Kalau tengokkan budget aku dengan yang korang baca dalam fesbuk memang nampak aku punya budget lebih 100% lebih mahal, dan melalui trip ini aku ada belajar sedikit cara-cara nak mengurangkan perbelanjaan sepanjang di Korea. Cara nak menjimatkan lagi perbelanjaan mudah sahaja. Diantaranya adalah:

1. Abaikan semua perbelanjaan membeli cenderahati utk pesanan-pesanan secara percuma / pesan guna air liur.

2.Bawak barangan basah dan masak sendiri di hostel. 

3.Pergi dengan bilangan kengkawan dalam 2-4 orang bagi memudahkan berkongsi penginapan, pengangkutan (kalau teksi) dan makan. 

4.Masalah aku terpaksa join tour disebabkan masa.Kalau ada masa yang bersesuaian sila avoid tour.

5.Pengangkutan juga boleh dikurangkan. Dari menaiki kapal terbang untuk transit boleh gunakan keretapi laju.

6.Salah satu langkah penjimatan paling draktik adalah guna perkhidmatan ala-ala couchsurfing dimana kita tak perlu bayar untuk penginapan just menumpang di rumah host. Aku bukan seorang host maka aku segan nak mengambil kesempatan atas komuniti couchsurfing nih.

Semoga dapat membantu korang dalam hal-hal merancang perbelanjaan.

Good luck.


8 comments:

  1. nak tanya selain western union ..... macam mana nak kirim duit dr malysia kepada orang (warga korea).... bank tempatan apa yang boleh kirim duit ke korea .. xnak western union sbb sistem bank tergelenda

    ReplyDelete
  2. oh...xpasti pulak pasal tu...boleh je guna electronic bank transfer kot..tp ada cas nye lah..

    ReplyDelete
  3. mungkin sebab pergi sorg2 kan... so bajet mmg jadi tggi ckit la...
    pergi korea ni bulan berapa..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal januari...permulaan winter...yup...pergi solo budget memang tinggi

      Delete
    2. Ooo patut la salji byk lagi....
      hujung2 februari x tau la salji ada lagi ka x...

      Delete
    3. yup...kalau nak merasa salji paling optimum boleh pergi pertengahan bulan januari..

      Delete
  4. Baru lpas baca semua post korea.. TERBAIK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sebab sudi membaca..semoga dapat memberi manafaat kepada semua..

      Delete