Orang tanya aku...seperti biasa lah : Apa yang ada di sana? Kenapa Sri Lanka? Tak bahaya ke? Kali ni jawapan aku lebih ganas dari sebelum2 ini. "Aku yang pegi kau pulak yg risau." Tak ada jawapan yang betul2 logik melainkan tiket flightnya murah masa aku beli. Itu kut. Lagi satu aku banyak dengar perkara-perkara buruk mengenai Sri Lanka so...why not kita check it out...
Penerbangan ke Sri Lanka tidaklah mengambil masa yang lama sangat iaitu kira-kira dalam 4 jam sahaja. Dengan menaiki pesawat airbus Airasia yang aku beli dengan harga RM250 pergi balik, aku sampai di Bandaranaike International Airport lebih kurang jam 12 tghari.
Ok. Untuk memasuki dan mengunjungi Sri Lanka apa yang korang perlu buat adalah buat visa. Sila apply visa di website berikut :
http://www.eta.gov.lk/slvisa/
Seperti dalam web tuh kalau korang bukak ada mengandungi beberapa infomasi yang perlu di declare dan yang penting sekali adalah buat pembayaran seperti yang tertera dalam jadual di dalam web itu.
Pembayaran boleh dibuat melalui card credit dan tunggu reply dari immigration Sri Lanka. Reply dari immigration sangatlah cepat, bagi kes aku dapat pelepasan dalam tempoh xsampai 1 hari. Kemudian korang dikehendaki untuk print surat pelepasan itu dan gunakan semasa nak boarding di lapangan terbang nanti. Selain dari itu, surat pelepasan itu juga nanti digunakan semasa prosedur immigration di Sri Lanka nanti bagi tujuan mendapatkan visa.
Pembayaran boleh dibuat melalui card credit dan tunggu reply dari immigration Sri Lanka. Reply dari immigration sangatlah cepat, bagi kes aku dapat pelepasan dalam tempoh xsampai 1 hari. Kemudian korang dikehendaki untuk print surat pelepasan itu dan gunakan semasa nak boarding di lapangan terbang nanti. Selain dari itu, surat pelepasan itu juga nanti digunakan semasa prosedur immigration di Sri Lanka nanti bagi tujuan mendapatkan visa.
Semasa aku di airport aku ada nampak signage visa on arrival..tp tak tau la..better apply online la untuk mengelakkan sebarang kesulitan..lagipun ianya mudah tapi xde la murah sangat..30 usd jugak la kut.
Melalui apa yang aku dengar dan baca, memang ada sedikit masalah kalau x apply awal2 visa ni seawal korang nak boarding di KLIA. Memang ada kemungkinan sebab application visa nih disemak oleh pegawai Airasia sebelum boleh memasuki pesawat.
Untuk trip kali ini aku tiada sebarang itinerary atau booking apa saja bentuk penginapan seperti selalu. Aku juga tidak membuat perancangan terperinci dan menghadkan budget aku ditahap minimum. Ini sebabnya aku nak mencuba sesuatu yang baru dalam
siri penjelajahan aku ini. Bak kata orang guna instinct dan let the local draw your path. (poyo)
Lepas urusan di imigresen aku terus pergi mendapatkan sim card yang biasanya aku x buat. Harga tourist sim jenama Dialog adalah 1300 sri lanka rupee bersamaan lebih kurang RM40 untuk pakej sebulan dan ada 3 GB data utk siang hari dan free 5GB utk kegunaan malam. Apa yang perlu adalah salinan pasport..jgn risau sebab diorang akan scan kan pasport korang..dan penting sekali duit secukup rasa.
Aku duduk di pondok guard termanggu2 kemana haluan nak dituju. Mujur guard tuh sporting dan cool melayan segala pertanyaan aku. Dia cadangkan aku ke Kandy, satu bandar yang terletak di tengah2 Sri Lanka. Mudah untuk berjalan kemana2 dari sana disamping aku ke Colombo terlebih dahulu. Jimat masa katanya.
Untuk ke Kandy aku hanya perlu menunggu bas di depan lapangan terbang. Tidak perlu ke Colombo Fort terlebih dahulu tetapi kekerapan bas agak jarang berbanding kalau ke Colombo terlebih dahulu. Dipendekkan cerita, setelah menunggu selama lebih kurang 30 minit akhirnya bas ke Kandy muncul jua. Aku tahan bas tersebut namun bas tersebut tidak juga mahu berhenti, cuma perlahankan kelajuannya sahaja. Betul2 sampai bas tersebut di depan aku, aku ternampak konduktor bas memberi bahasa isyarat sambil menjerit 'jump, jump'. Lalu aku dengan gaya indiana jones pun berlari dan melompat ke dalam bas tersebut. Nasib baik bagpack aku tak tertinggal lalu disambut oleh tangan2 penumpang lain yang berada di dalam bas tersebut.
Jarak dari lapangan terbang ke bandar Kandy lebih kurang dalam 100km lebih sikit saja namun masa yang diambil untuk sampai ke sana lebih kurang 3 jam.X masuk akal kan? tapi hakikatnya memang macam tuh disebabkan keadaan jalan yang tak ada highway macam di Malaysia (tp syukurlah tol kat sana x naik) disamping keadaan jalan yang trafiknya agak sederhana dan perlahan.
Selama 2 jam aku berdiri dalam bas yang sendat dan penuh dengan penumpang itu. Bas yang penuh itu semakin diisi dengan penumpang sehingga sarat dan akhirnya surut apabila semakin menghampiri destinasi. Lupa nak bagitau yang bayaran tambang bas ke Kandy adalah dalam 140LKR bersamaan RM4.30 sehala.
Aku sampai di Kandy lebih kurang hampir jam 4 petang waktu Sri Lanka. Jadi tugasan pertama adalah mencari penginapan. Mencari penginapan di Kandy bukannya mudah tanpa pertolongan dari tuktuk. Aku cuba berdegil untuk elakkan menaiki tuktuk disebabkan budget yang sangat tight, jesteru itu selama 2 jam aku berlegar berjalan kaki mencari penginapan yang x kunjung jumpa.
Setelah berjalan untuk sekian lamanya, akhirnya aku x dapat nak bertahan lagi lalu mencari makanan di tengah-tengah bandar Kandy tersebut. Terdapat satu restoran di tengah-tengah bandar Kandy yang menyediakan makanan halal yang aku dah lupa namanya. Cuma ianya x begitu bersih namun aku dah tiada pilihan sebab bukan sahaja lapar tapi dah hampir kebuluran.
Menu makanan di Sri Lanka kebanyakannya terdiri dari makanan India seperti nasi briyani dan pelbagai jenis roti yang terdapat di malaysia, roti canai,roti tulur,roti sardin,roti pisang,roti...ah dah cam bangla kedai mamak lak. Makanan di kedai tersebut kurang sedap, roti phrata nya lemau dan x panas dan aku dijamu dengan air paip dari paip basuh pinggan. Terpaksa aku order air coke untuk menghadam makanan yang aku order tersebut. Cuma disini diorang akan hidangkan sepinggan roti dan akan kira berapa bilangan yang korang makan. Kira ok la tuh.
Sudah habis makan aku pun bertanya pada waiter kat situ mana nak dapat hotel yang dekat, murah dan ok lalu dia bg petunjuk hotel yang ada kira2 100m dari kedai makan tu. Apa nama hotelnya aku pun dah lupa tapi harga permulaan dia bukak adalah 80USD. Terkejut jugak aku dengan taarif yang dia bagi lalu dia pun tanya aku berapa bajet aku. Kalau bawak 200USD saja mcmana aku nak spend 80USD untuk hotel pada malam pertama saja.
Aku pun bagi preference aku dan dia pun cakap;
Sorry...we don't have that type of room. If you want to find a room with that kind of rate, you can try to find it along the Kandy lake.
Lalu aku berjalan kaki menuju ke arah tasik yang disebutkan namun begitu aku x tahu kat mana arahnya. Memang aku ada membeli simcard di airport tadi tapi henpon aku yang separa bengong sudah lama habis baterinya. Jadi menonong lah aku di Sri Lanka tanpa tujuan. Mujur orang-orang di sana sangat friendly dan memberi kerjasama yang superb.
Semua pertanyaan aku dijawap dengan penuh dedikasi oleh semua yang aku jumpa dan tanya tidak kira dimana; ada yang aku jumpa masa menyeberang jalan, di bus stop, di kedai makan, malah hampir semua pemandu tuktuk memberi kerjasama yang diluar jangkaan; walaupun kita tak mengambil perkhidmatan mereka.
Kandy adalah bandar pusat di central Sri Lanka. Ia merupakan bandar kedua terbesar di negara singa ini. Bandar ini dikelilingi oleh bukit bukau dan terdapat sebuah tasik yang besar di tengah-tengah bandar ini. Ia juga merupakan bandar terakhir pada zaman pemerintahan beraja di Sri Lanka.
Di tengah-tengah bandar Kandy, berhampiran dengan tasik buatan manusia terdapat salah satu dari 9 tapak warisan dunia UNESCO di Sri Lanka iaitu istana lama dan temple of the tooth relic atau nama lainnya Dalada Maligawa. Temple ini merupakan salah satu kuil yang terpenting bagi agama Buddha di dunia. Kuil putih ini dibina dari batu granit yang sama dengan di kota purba Anudradhapura. (ini kata en gugel)
Bayaran masuk ke dalam temple ini adalah USD15 setiap pengunjung. Kabarnya terdapat gigi buddha tersimpan dalam temple ini. Memandangkan budget x ada jadi aku x masuk ke dalam.
Perjalanan menuju ke lokasi rumah2 tumpangan / penginapan / hotel atau motel yang dicadangkan oleh staff hotel tadi perlu melalui temple of tooth relic terlebih dahulu. Jadi sebelum hari bertukar gelap, aku sempat roaming dulu site UNESCO ini. Dapat 2-3 selfie dah cukup lah.
Usaha aku untuk menjimatkan belanja sudahnya menjadi x budget dan membazir banyak masa. Untuk pengetahuan semua, terdapat satu persembahan Kandyan yang diadakan dekat2 tooth temple ni setiap hari dari kul 5 petang.
Disebabkan aku tiba lewat so persembahan tersebut dah hampir tamat sedangkan aku masih belum lagi dapat penginapan untuk malam ini. Last2 aku give up dan amik juga tuktuk untuk mencari penginapan.
Aku terjumpa sorang mamat nih semasa aku keluar dari tooth temple. Dia offer aku tiket utk Kandyan show untuk keesokkan harinya. Aku bilang ngan dia yang aku x pasti lagi akan berada di Kandy esok hari dan aku masih mencari penginapan sebelum hari bertukar menjadi malam.
Disebabkan aku tiba lewat so persembahan tersebut dah hampir tamat sedangkan aku masih belum lagi dapat penginapan untuk malam ini. Last2 aku give up dan amik juga tuktuk untuk mencari penginapan.
Aku terjumpa sorang mamat nih semasa aku keluar dari tooth temple. Dia offer aku tiket utk Kandyan show untuk keesokkan harinya. Aku bilang ngan dia yang aku x pasti lagi akan berada di Kandy esok hari dan aku masih mencari penginapan sebelum hari bertukar menjadi malam.
Mamat Sri Lanka itu pun bagi aku kad nama dan no hotel yang dia nak bawak aku dan akhirnya aku berjaya dapatkan hotel / rumah penginapan dengan budget seperti yang aku nak. Mamat tu bukannya tutktuk driver seperti yang aku fikir. Rupanya dia macam brooker a.k.a. orang tengah membantu pelancong atau traveller mencarik pakej atau tempat tinggal. (membantu lah sangat)
Kami menaiki tuktuk ke lokasi penginapan seperti yang dicadangkan kepada aku. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 200LKR (RM6) sehala. Penginapan yang dicadangkan tu kira ok dengan double bed tapi bilik air dan tandas terletak di luar iaitu di bahagian bawah rumah. (aku di tingkat 1)
Apa masalah yang aku dapati adalah harga yang aku deal dengan tokan tadi tak sama dengan harga yang di charge oleh tauke hotel/motel/homestay. Dari 2000LKR yang dijanjikan bagi 1 malam telah bertukar jadi 2500LKR. Boleh je aku larikan diri dari situ cuma hari dah malam dan 500LKR tu hanya lah RM15 dan aku fikir itu duit tip untuk tokan yang bawak aku ke sana tadi.
Jadi aku pun ok je dengan bilik tu memandangkan penat punya pasal so aku pun keluar balik lepas menjalankan segala kewajipan dan keperluan untuk menyaksikan bandar Kandy pada waktu malam.
Malam hari bandar Kandy tidak seramai pada waktu puncak pada siang hari. Namun begitu ia tidak terlalu sunyi juga. Terdapat ramai pelancong yang keluar ke Temple of tooth relic pada waktu malam untuk melihat sendiri suasana malam di sini. Aku x menghabiskan masa panjang pada malam hari kerana aku perlu bangun seawal pagi dan pergi dari sini. Sigiriya, lu tunggu wa datang..esok
Sometime it takes lot of times on visa approval, having no knowledge of visa process make it more difficult. So I always encourage people who keep sharing their experience on visa process. Thanks for sharing your great opinion which relate to visa process.
ReplyDeleteBest Regards, Ale Rossi
Australia Tourist Visa
i would be happy if some of my posting would give some benefit to people...tq for reading...
ReplyDelete