Wednesday, 28 January 2015

Eurotrip : From Paris With Love...Part Two

Hari pertama dah settle dengan kepenatan sebab cover banyak tempat2 kat Paris so aku ngan member aku nih decide untuk pergi lebih minor pada satu2 tempat. Maksudnya xleh terlalu ambitious sangat untuk cover whole the world in 80 days. Maknanya aku kena pilih untuk masuk The Louvre or naik Eiffel tower...so xpayah pikir 2 kali lagi...sure aku pilih eiffel tower punya...sebabnya kalo pegi The Louvre sekurang-kurangnya separuh hari dok kat chamber Monalisa je.

So awal2 pagi..(xde la awal sangat dalam kul 7 pagi tapi matahari segan2 nak keluar) kami gerak dari hotel ke GDL nak amik metro ke Eiffel tower. Hotel kami tuh x provide free breakfast (kalo nak gak kena add on dalam 7 euro sorang) so kami pekena croissant sorang 2 ketul dulu ngan secawan hot chocolate dulu kat salah satu cafe kat dalam GDL tuh.  Harga? Boleh tahan la..kena jugak la dalam 5-6 euro seorang...

Macam raksasa spider pulak dalam citer 'wild wild west'.

Untuk ke Eiffel tower, metro station yang paling dekat adalah Champ De Mars/ Tour Eiffel. (Best view adalah Trocadero tapi agak jauh jugaklah nak kena menapak) Dari station Champ De Mars nih kena menapak gak dalam beberapa ratus meter sebelum sampai kat kaunter tiket. Terlupa pulak nak mention...cuaca hari nih sungguh cun sebab matahari keluar tapi sejuknya mcm biasa dalam 2 darjah celcius...so pakaian tebal 3-4 lapis cam biasa.

Rasanya bukan 50 meter kut...tapi lebih...

Walaupun kami sampai agak awal, dalam jam 8 pagi tapi orang dah start beratur dalam 50 meter. Itu pun sebab hari Rabu tapi maybe France dah start cuti sebab hari sebelum Krismas. Tapi berapa ramai pun orang beratur kami mesti naik jugak Eiffel tower nih..Bayaran untuk seorang dewasa adalah 15 euro bagi menaiki kereta kabel sampai ke tingkat 3(tingkat atas sekali) manakala kalau sesiapa yang nak bersenam dimusim winter boleh bayar 5 euro untuk naik tapi naik tangga la malangnya boleh menapak maksimum sampai ke tingkat 2 je.

yang ini view dari tingkat 2

Untuk makluman tuan dan puan, kabel car / lift Eiffel tower nih kadang2 ditutup sekiranya cuaca or angin yang terlalu kuat.(ikut sumber x rasmi) Memandangkan hari tuh cuaca sangatlah mengizinkan walaupun angin sepoi2 bahasa sangat sejuk. Lift dari bawah akan stop dulu kat tingkat 2. So kena keluar dulu dan amik lift satu lagi untuk naik ke upper floor. (tingkat 3) So kena beratur balik or sapa yang x larat beratur tuh boleh la lepak dulu minum2 kopi kat tingkat 2 nih. Satu peringatan; sila jgn buang tiket Eiffel tuh sebab utk naik ke upper floor korang kena scan sekali lagi tiket tuh. Kalo x diorang x bagi korang nak. Ada je percubaan org2 yg naik tangga tuh nak try naik lift tuh tapi semuanya x berjaya dan dihalau dengan cara terhormat. Penat je beratur tapi bak kata pepatah belum cuba belum tau.Kan?

Beratur utk naik ke tingkat paling atas sekali.

Time winter nih angin kuat betul kat atas Eiffel tower nih...kalau kat bawah dah 2 degree celcius kat atas apatah lagi...tapi ada sorang mat bangla ngan awek dia selamba je bukak jaket n bergambar pakai t shirt je..x la aku...kami stay kat atas tuh kira2 sejam lepas tuh baru turun balik ke level 2. Sebelum turun tuh sempat la amik beberapa gambar panorama Paris dari atas nih...layankan


ni contoh2 view yg ada kat atas tuh...sila lah nikmati sendiri


view nih menghadap ke Trocadero...yg bentuk semi circle tuh muzium marine kot kalo x silap


rasanya nih bukan padang Paris St Germain


a day before christmas diorang bercuti sakan sambil menimati chrismas market


bon voyage Eiffel...until we meet again

Turun je dari Eiffel tower dalam jam 11 or 12 tghari kami terus ke metro berdekatan untuk ke The Basilica of the Sacred Heart of Paris, commonly known as Sacré-Cœur Basilica and often simply Sacré-Cœur. Kami tersilap berhenti kat stesen Abbesses...jangan berenti kat stesen nih kalau nak pegi Sacre-Coeur sebab keluar je dari tren korang kena menapak lebih kurang 3 tingkat ke atas untuk sampai ke permukaan. Kalau xmau keluar peluh berhentilah di stesen Anvers...jauh sikit tapi memang mudah dan senang jalan dia.



train untuk naik ke atas bukit tuh bagi sesapa yang x larat mendaki...tp bukan free ya


jack black Tenacious D?i dont think so

Sacre-Coeur nih adalah salah satu gereja Roman dan mini basilica yang terletak di Montmartre iaitu tempat paling tinggi dalam bandar Paris nih. Jadi kat sini kita boleh tengok keseluruhan bandar Paris dari atas puncak tempat nih. Selain dari nak tengok senibina gereja nih, ada lagi satu sebab kami datang ke sini. Sebabnya kat kaki bukit Sacre-Coeur nih terletaknya Square Louise Michel iaitu tempat yang dikelilingi oleh shopping street yang menjual Italian silk yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. (murah dari tempat lain) Boleh la dapat lebih dari separuh harga sebenar. (bukan aku yg beli ye)


Jalan persisiran yang lengang..dah start nak hujan



Yang nih pintu masuk utama ke Sacre Coeur

Pemandangan bandar Paris dari Sacre Coeur

Ramai mamat bangla/african jual souvenir kat sini

Jalan turun ke shopping street...

Kerana terlampau lapar lepas shopping kami berenti dulu mengopi kat salah satu cafe kat area kedai2 tuh. Apa yg didapati kat cafe nih harga makanan agak mahal even lebih lagi dari tempat lepak kami kat Trocadero semalam...dan toilet pun kena bayar. So check dulu menu kat luar (selalunya diorang ada pampang kat luar) sebelum masuk mana2 cafe atau restorante.

Salah satu tandas automatic yang ada kat jalan nih...yang penting ianya percuma

Berjalan kat area Anvers memang mengujakan aku...melalui pemerhatian aku kat area nih tempat shopping bagi orang2 yang x berapa berada. Aku sendiri masuk satu bundle dan beli sehelai cardigan dengan harga 3 euro je(kalau 3euro pakai duit siling je...leh abiskan coin dalam poket)...dari baju,jaket sampai kasut pun ada...cam bundle Malaysia...cuma bezanya kasut cam Onizuka Tiger kat sini jual cuma 10-30 euro je...(kat Malaysia maybe jual rm150 ke atas kut)

Hotel De Ville

Cuaca hari nih betul2 x menentu...awal pagi tadi cerah bangat la nih dah mendung2 sambil angin kuat. So kami bergegas ke last spot arini iaitu Catherale Notre-Dame de Paris. Notre-Dame nih dibina pada tahun 1163 (dah dekat 900 tahun dah) femes melalui karya novel terkenal Victor Hugo iaitu The Hunchback Of Notre-Dame (aduh...cerita sejarah la pulak...) Kisah percintaan sedih antara Quasimodo dengan Esmeralda, seorang penari gipsi yang superbly cantik...ah sila baca sendiri ye...


Ramai orang berbaris time nih kat Notre-Dame

Catheral Notre-Dame nih terletak di  sebuah pulau di tengah2 sungai Paris tuh...dan dihubungi oleh 2 jambatan menjadikan kedudukannya sangat stategik dan boleh kata dia berada kat tengah bandar Paris tuh sendiri. Architecturenya jgn cerita lah dengan ukiran termasuk patung gargoyles dan chimera nya memang buatkan ianya sangat gothic. 


Cathedral of Notre Dame pandangan sisi sewaktu hujan turun renyai2

Waktu kami sampai kat metro yang dekat (hotel de ville) tuh hujan dah turun renyai2. Mulanya ingat nak masuk kejap tapi rupanya ada function arituh...kat perkarangan dah berbaris dan polis france siap jaga entrance kawasan tuh. Rupanya malam krismas ada function apa tah kat situ...so kami bergambar dari luar je dan time hujan tuh x dapat lepak lama so kami pun balik ke hotel.

Ramai muda mudi bermain ice skating kat depan Hotel De Ville

Memandangkan ini malam terakhir kami kat Paris, malam tuh kami keluar balik dengan tujuan; mencarik souvenir utk rakyat2 Malaysia yg kami kenali. Mula-mula masa nak balik dari Notre-Dame on the way kami dah survey kat area jalan-jalan ke hotel De Ville tuh. Ramai je abg2 bangla or Pakistan yg tau cakap Melayu nak jual barang2 tapi pakejnya xde..mahal...so kami balik hotel dulu makan-makan dan mandi manda dulu kemudian baru keluar balik.

Salah satu mall yang ada berhampiran Hotel De Ville

Target malam nak carik souvenir kat area Hard Rock Cafe & Anvers..masa tuh tawakkal je sebabnya christmas eaves..so kemungkinan kedai tutup memang tinggi. Nasib baik jugak malam tuh ada beberapa kedai kat Anvers x tutup lagi. Tu pun diorang dah tutup separuh pintu dah so memang agak rushing jugak la malam tuh...tp sempat gak berkenalan pakcik dan family dia dari Melaka...hidup Melaka...Dapat jugaklah fridge magnet utk org kampung ngan dompet utk mak ayah. Ekceli x murah sangat souvenir kat sini tapi kat tempat lain lagi mahal....

Yup..Bata ada dijual di Paris...Bata nih asalnya dari Cech Republic dan skang hq kat Swiss...dan harganya lagi mahal dari Clarks...sapa kata kasut buatan Gombak xde stail?

Tips...kalau nak dapat murah keychain Eiffel Tower yg kecik2 tuh...korang boleh beli kat bawah Eiffel tower tuh...bukan kat gift shop dia tapi kat penjual jalanan african/Morocco...berapa harga x leh bagitau tp yg sure lagi murah dari kebanyakan kedai(rasanya semua kedai)...tu pun boleh tawar lagi tuh...sila test negotiation skill anda...bai


No comments:

Post a Comment