Sepatutnya esok (7.11.2014) akuke Manila dari Kota Kinabalu. Tapi nak dijadikan cerita, aku dah berenti keje kat KK dan balik ke KL. So tiket yang aku beli dengan harga RM70 tuh terpaksa lah aku burn kan dengan hati yang berat.
So ini trip goodbye Borneo aku kali nih.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau or Semporna biasanya mengambil masa dalam 10 jam or 11 jam bergantung pada kekerapan dan berapa lama berenti di tengah...dan ada 2 laluan sebenarnya...satu jalan adalah KK-Ranau-Telupid-Sandakan (mile 32 je)-Lahad Datu-Tawau/Semporna...
Jalan nih melalui panorama kaki gunung Kinabalu bila melalui pekan Kundasang. Kalau ikut route ni akan mengharungi perjalanan lebih kurang 600 hingga 700 km sehala. Selalunya orang akan amik jalan ni berbanding jalan KK-Keningau-Sook-Nabawan-Kalabakan-Merotai-Tawau/Semporna sebab ikut mitos jalan tu amat berbahaya sebab teruk dan malam adakala kenderaan yg lalulalang kena rompak.
So ini trip goodbye Borneo aku kali nih.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau or Semporna biasanya mengambil masa dalam 10 jam or 11 jam bergantung pada kekerapan dan berapa lama berenti di tengah...dan ada 2 laluan sebenarnya...satu jalan adalah KK-Ranau-Telupid-Sandakan (mile 32 je)-Lahad Datu-Tawau/Semporna...
Ni bukan jalan KK-Keningau tapi Nabawan-Kalabakan
Jalan nih melalui panorama kaki gunung Kinabalu bila melalui pekan Kundasang. Kalau ikut route ni akan mengharungi perjalanan lebih kurang 600 hingga 700 km sehala. Selalunya orang akan amik jalan ni berbanding jalan KK-Keningau-Sook-Nabawan-Kalabakan-Merotai-Tawau/Semporna sebab ikut mitos jalan tu amat berbahaya sebab teruk dan malam adakala kenderaan yg lalulalang kena rompak.
So nak selesaikan mitos tu...kami selaku mythbuster (aku ngan member aku 2 org (laki bini)) try jugak melalui jalan Kalabakan tuh. Ekceli bukan mythbuster sgt..tp kalo ikut jalan tuh boleh jimat 3 jam perjalanan.
Dari Kota Kinabalu kami drive dulu ke Keningau yg amik masa lebih kurang 2 jam perjalanan sebelum amik junction Keningau - Nabawan - Sook seterusnya ke Kalabakan. Jalan KK - Keningau nih memang terkenal dengan corner2 yang curam disamping kena melepasi banjaran Crooker. Jalan nih memang berbukit2 dan orang cakap dia punya stiff lebih lagi dari jalan KK ke Kundasang. Lepas berehat kejap (lunch) kat Keningau baru la teruskan perjalanan ke Tawau.
Crocker Range National Park...leh gak singgah kalo nak tengok rafflesia
Ekceli xde la teruk sgt jalan kalabakan tuh...rasanya jalan kk ke kudat 4 tahun lepas lebih teruk lagi. Cuma banyak lubang2 yg agak dalam dan grouble secara mengejut..so xleh laju la..kalau bawak 4wd...silakan memecut sekuathati...
er...aku x cerita td kan ada grouble sepanjang 8km kan?
Pada asalnya jalan nih memang teruk dan x di tar tapi dari tahun ke tahun keadaannya semakin baik cuma spot2 yang dah siap dah rosak dan tak di mantain balik. Jadi sampai bila2 pun jalan nih x cun utk dibuat travel. (pendapat aku je lah)
Lepak sebentar kat pintu masuk 'the lost world' Maliau Basin
nih bukan trek Maliau...tapi susunan chalet dalam tuh je....treknya lebih kurang 35km
Kami sampai Tawau lebih kurang lepas Isya waktu Borneo..lebih kurang 8.15 malam(isya kul 7.15mlm) lepas gerak dari Kk dalam kul 12.30 tghari... Lupa lak nak bgtau yg sebelum tuh kami sempat singgah dulu kat pintu masuk 'the lost world Maliau Basin'. Sejam lepak kat Maliau Basin kumpul info utk member aku punya next trip. Kami teruskan perjalanan baki lagi 300 km lebih tuh lagi.
layan sunset dalam utan...
Kami sampai di pekan Semporna dalam jam 9 malam lepas berenti kejap kat Tawau untuk makan. Lepas sampai tuh terus check in kat satu hotel bajet kat sana...Stay kat satu hotel bajet nama Mutiara Inn kalau x silap aku.Harga bilik RM50 bagi single bed manakala RM60 utk queen size bed. (bajet agak squeeze sket)
Pagi2 buta kami menyusur pekan Semporna mencarik breakfast yg sesuai sementara tunggu opis Bilabong Scuba bukak. Lepas register dengan Billabong tuh kami dibawak terus ke jeti Semporna untuk ke penginapan di pulau Mabul. Kami cuma mampu amik pakej diving 2 hari 1 malam kat Mabul & Kapalai saja memandangkan bajet ciput dan cuti pun x banyak. berapa bajet? Disebabkan member aku tuh kenal ngan toke scuba tuh, kami dapat RM 325 all in per pax...murah kan?
x murah? mari kita semak satu persatu item yang sepatutnya kena bayar...
Boat transfer dari Semporna ke Mabul = RM100 (yg nih kena kat bagi sapa yg x dive...pilih kasih kan?)
Penginapan 1 malam termasuk makan 3 kali sehari = RM70 (amik yg paling bajet la)
Dive pakej bagi Mabul / Kapalai (3 dive) = RM 250
Dive equipment rental (yg nih amik yg full punya lah ye) = RM 60
keseluruhan = RM 100 + RM 70 + RM250 + RM 60 = RM 480 #
(kalau x kena boat transfer kena dalam RM380 (lg RM60 boleh cover hotel kat Semporna)
Jeti Semporna
Perjalanan dari jeti Semporna ke Mabul amik masa dalam 1jam 30 minit...lebih kurang la
Yahoo...dah sampei dah pulau Mabul
Ok. sambung cerita balik...perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Mabul ambil masa dalam 45minit sampai ke sejam lebih bergantung pada kekuatan enjin bot. Sampai je kat chalet tu bilik aku x siap lagi...tapi xpe sebab xde apa yg nak dirush kan...free n easy sebab 1st dive dalam kul 2 ptg...lepas lunch..
yeha...brader tgh nego seafood...makan ketam weh lunch hour...
oh...nih jalan blakang chalet nih
Ni la keadaan chalet kami...Bilabong Scuba
Ni pulak view melalui tingkap bilik chalet aku...amacam? kacak sik?
Lepas makan tibalah masa untuk dive...1st dive spot adalah di pulau Mabul iaitu Eel Garden. xde banyak yg boleh aku describe cuma member aku yg slalu pegi sana complaint cakap Mabul la nih dah x best cam dulu...layan gambar dulu ya...
ayuh kawan2...mari memburu nudibranchia
Petang pulak kami rest...ekceli petang tuh jadual cakap pegi dive kat Kapalai tapi disebabkan ada dive master yg baru kami jumpa cakap ikut dia pegi Mabul n esok baru gi Kapalai so kami pun akur la...2nd dive site adalah SWV (Sipadan Water Village) House Reef. Kat sini ada banyak artificial tukun yg disediakan kat sana supaya ikan n reef dapat hidup aman dan damai. Tapi macam yg member aku cakap, memang air kabut...gelap...dan kawasan nih agak sandy...so..kemungkinan akan berlaku ribut pasir dalam air tuh berkemungkinan tinggi dan sebabkan visual sangat mengecewakan...(amende aku cakap nih aku pun x paham)
Kalau kat Mabul, Kapalai or Sipadan...pemandangan nih bukan lah asing
So lepas diving balik lah kami ke chalet...untuk makluman korang semua...apa yg x bestnya kalo duduk kat chalet bajet nih...letrik slalunya terputus...catuan memang ada time2 dia tuh tapi walaupun x kena catu bekalan tetap selalu terputus. Tapi dah datang pulau..mesti lah kena try island lifestyle...diving, makan, tido..tv? buletin utama? lupakan je la.
Satu tips nak share...kalau nak tido...make sure korang tido time ada karan..sebabnya time malam bilik panas dan dalam bilik tuh diorang sediakan 1 kipas je...(kalau nak aircond sediakan duit lah) kalau x dpt tido time tuh pulak la blackout..memang masak lah...cuma nasib baik masa malam aku kat sana (xtau la nasib baik ke x) ribut kuat malam tuh...so sejuk la sikit...cuma tempias hujan jgn citer ah...
2nd day tuh agak special sikit, sebab kami pegi Mabul tuh time Raya Haji...memang agak terkejut sebab raya haji kat Mabul memang sangat meriah...boleh kata lebih meriah dari kat mana2 tempat kat Malaysia. Bukan setakat masjid penuh...awek2 keje kat chalet tuh semua pakai baju kurung sampai la ke petang (malam x sure sbb kami balik petang.)
Lepas solat aidiladha kami pusing2 pulau Mabul tuh sambil carik souvenir utk dibawak balik nanti. Walaupun penduduk Mabul nih kebanyakannya nampak daif tapi raya haji kat situ memang happening...lagu raya berkumandang...budak2 pegi berkunjung ke rumah org..mcm2 lagi la...
Kat kampung Buruk
Antara 2 darjat...kat depan tuh water village
masih lagi kat kampung Buruk...tp lagu raya kuat berkumandang...dahsyat...#respek
Nih pulak kat Borneo Divers chalet @ resort...harganya beza banyak ngan pakej diving aku...
Nih pun sama...tunggu member aku n wive dia beli souvenir kat dive @ souvenir shop
helipad kat SWV...
Nih serpihan2 bumbung sekolah akibat kena taufan Haiyyan arituh...sampai la nih xde tindakan susulan...
Last dive kami agak lewat sebab bot utk dive pagi baru je bertolak sebalik kami dari pusing2 Mabul...sepatutnya 8.30 pg gerak tapi masa kami balik kul 10 tuh baru je diorang angkat tank ke dalam bot...Last dive site kali nih kat Kapalai, namanya Eel reef (kalau salah tolong maafkan.)
korang layankan je gambar2 diving aku yg x seberapa nih ye...
cak kun chak...kalo nama Eel reef mestila ada eel...x test lak berapa megawatt dia punya karen...
Habis je dive kami terus balik ke chalet untuk makan tengahari, kemas-kemas baju, check out dan teruskan perjalanan ke jeti Semporna.
Cadangan aku untuk sesapa yg naik flight tuh...sila book flight anda sekurang-kurangnya 4-5 jam lewat dari jadual bot tiba kat jeti Semporna. Misalnya ada sorang awek tuh arituh member aku nih offer tumpangkan dia g airport. Memandangkan bot kami tiba kat jeti Semporna lewat 3 jam dari schedule, kami agak rush untuk nak ke Tawau meskipun aku plan nak lepak jap ngan member aku yg ada kat Semporna. Last-last kami sampai jugak kat Tawau Airport 30 minit dari masa berlepas.Airasia lak tuh..nasib baik dah check in...kalau x naik bot la.
sunset kat Mabul yg x berapa melantun (bahasa orang key el)
selamat tinggal Mabul...n Sabah
Tip bagi trip nih:
1. Gerak awal pagi dari KK supaya boleh sampai Tawau sebelum Maghrib...layan sunset kat Tawau pun marbeles jugak.
2. Silalah isi minyak full kat pekan Keningau. Sebabnya selepas pekan Keningau, stesen minyak yang terdekat terletak kira2 250km kemudian iaitu di Kalabakan.
3. Pastikan kenderaan korang dalam keadaan tip top terutama sekali brek dan tayar. Jangan lupa check sekali tayar spare dan alatan membukak tayar. Pastikan jugak segitiga keselamatan pun ada. Bukan apa...banyak keter bawak laju dan jalan agak berdebu...kalau korang tersadai di jalan tuh kurang2 ada la org notice.
4. Di pekan Semporna ramai pengemis terutama dari golongan budak2. Bukan cakap jangan bagi tapi once korang bagi kat sorang...datang lagi sampai kadang2 kena kerumun ngan budak2 nih. Kalau ada rezeki lebih tuh boleh la..mcm aku yg tight bajet nih...paham2 je la
5. Kalau sempat singgahlah kat Taman Bukit Tawau. (Lokasi antara Merotai dengan Tawau) Kat situ boleh tengok spesis pokok yang tertinggi di dunia.
6. Semak duluhotel2 budget yang ada kat sana. Ekceli agak susah gak kalau nak tgk hotel bajet secara online. Cuma elakkan nak pegi Mabul or Sipadan time ada function or regatta lepa sbb time tu memang hotel fully booked.
7. Cuba check feel guess2 lain yg stay kat chalet korang. Masa aku pegi aritu, kami je guess yg local dan 90% guess dtg dari China. Geng2 ni kalo makan memang dahsyat...langsung x tinggal sikit pun kat org lain. Kami 2-3 kali jgk x dpt lauk. Maksudnya kalo ada guess camtu baik ko alert sket masa makan time utk elakkan dari lauk abis. (serius...set2 nih lagi ganas dari piranha...tp last2 x abis separuh pinggan pun...betul2 membazir.)
No comments:
Post a Comment