Monday 13 January 2014

TIP OF BORNEO

Sebenarnya aku ada satu entry yg masih lagi delay iaitu trip TRANSJAVA aku ujung Disember aritu. Disebabkan entry tu terlalu panjang nak ditulis (x berapa rajin nak flashback sebenarnya) so aku gantikan dulu dengan entry nih.

Tip of Borneo atau Tanjung Simpang Mengayau nih adalah bahagian yang paling utara Malaysia yakni penghujung Malaysia yang terletak di Sabah di daerah Kudat. Perjalanan ke Kudat mengambil masa dalam 3 jam dari Kota Kinabalu dengan menaiki bas dan 2 1/2 jam kalau menaiki kereta bergantung kepada berapa top speed dan berapa banyak perhentian yang korang buat. Ekceli simpang utk ke Tip Of Borneo nih terletak lebih kurang 5 km sebelum sampai ke pekan Kudat (Ekceli ada 3 simpang, yang nih yang paling dekat) sebelum korang akan menghadapi 25km jalan kampung sebelum sampai ke destinasi yang ditunggu2.

Apa yang korang akan temui? Just checkitout gambar2 nih.
*Aku dah berapa kali dah pergi tempat nih so ni adalah gambar2 compilation dari tahun2 lalu sehingga ke hari nih.

 Diantara pantai paling cantik yang pernah aku lawati.

 Air yang jernih boleh nampak batu karang.

 Monumen yang ada disini. Korang boleh tengok mana lokasi korang dalam globe tuh.

 Cantik memang cantik tapi awas waktu petang ombak agak kuat. Ramai yang telah menjadi mangsa.

 Ada pulau kecik kat tengah laut x pasti boleh pegi ke x.




 


 Matahari dah nak turun

 Ya..akhirnya boleh tengok view nih dah boleh dah balik.
Selain dari pantainya yang cantik dan sunsetnya yang marvelous kat sini juga berlangsungnya sunset music fest yang berlangsung setiap tahun. Boleh checkitout kat http://www.sunsetmusicfest.my/


No comments:

Post a Comment