Tuesday, 27 May 2025

Ride Utara Malaya : Part 2

Bangun pagi hari ni cuaca sejuk segar sebelah tasik Bukit Merah nih. Kami semua turun untuk breakfast sebelum meneruskan haluan masing-masing. Tapi sebelum budak-budak nih bangun bersiap-siap, aku dah gi round 1 round dulu kat persisir tasik Bukit Merah nih. 

Waktu pagi yang ok..aku x sempat nak kejar sunrise walaupon boleh je nak buat camtuh tapi macam malas.Takde sebarang agenda lain dah hari nih kecuali balik ke rumah masing-masing kecuali aku yang akan meneruskan perjalanan ke mana arah tujuan..aku belum decide lagi. Breakfast hari ini adalah buffet yang mana dah termasuk dalam harga bilik yang 200 tuh. Cuma dinner malam tadi je bayar tambahan asing. Menu makan pagi kat sini agak banyak la jugak. Kalau bagi orang macam aku nih..memang perlukan 2-3 jam untuk merasa semua makanan nih..sebabnya aku dah x makan banyak dah macam masa zaman muda-muda aku yang dulu. Tapi bab makanan..aku agak puas hati..xde la super sedap gila tp banyak dan ada rasa la..typical hotel style..

Lama jugak kami x makan ramai-ramai satu family cam nih..biasanya dapat kesempatan nih masa family trip ja or hari raya..hmm..tapi ini memang la family trip kan...so enjoy je la masa-masa yang ada nih. Macam biasa la bagi hotel-hotel or resort macam nih disebabkan harga bilik nya bagi aku agak mahal la jugak dengan fasiliti yang diorang sediakan..Rm200 untuk bilik yang fesyen agak lama..ada swimming pool zaman 90an punya kat hujung blok..kira tak berbaloi la bagi aku selaku budget traveler nih..tapi family trip..ko nak buat macamana kan? Diorang yang nak sangat..



Hari ni aku bercadang untuk ke utara..memang selalunya aku ke sana pun..saban tahun macam tuh dan target aku kali nih aku nak stay kat Perlis. Dah lama sangat aku tak lepak Perlis..biasa aku pergi day trip je. Tuh pun kira-kira 10 tahun lampau last trip aku ke sana. Sekejap je kan masa berlalu..sedar-sedar dah nak sampai ke penghujungnya.

Lepas breakfast, kami bersalam-salaman dan meneruskan haluan masing-masing..Aku la tuh sebabnya depa masih lagi berkubang kat swimming pool. Aku sorang je meneruskan perjalanan ke Perlis tapi sebelum itu, aku kena g servis motor terlebih dahulu. Patutnya aku servis kat kampung tapi masa aku sampai tuh aku rasa kepenatan dan juga kedai untuk servis skooter aku pun bagi aku adalah kurang diyakini. Bukan apa..takut depa takde minyak itam n filter macam yang aku nak.

Perjalanan aku menyusuri highway utara selatan..mostly bila korang dah lepas terowong menora, perjalanan tak berapa jem atau pack dengan kenderaan. Tapi aku yang naik motor nih xde rasa apa masalah dari segi jem ke apa ka..lagipun aku memang dah lepas menora dari kelmarin lagi dah..kali nih aku skip Penang sebabnya aku dah berapa puluh kali ronda sana and even aku pernah duduk Penang setaun walaupun dok selatan Penang.

Aku dok target satu kedai motor nih yang mana bukak hari kelepasan cuti umum kali nih. So aku pun call la kedai motor nih dan depa kata depa buka dan aku pun set kan appointment dalam tengahari ke awal petang sikit. Aku pun setkan dalam map location diorang dan memulakan perjalanan ke lokasi kedai tersebut iaitu di Alor Setar, Kedah. So perjalanan macam biasa mengambil masa dalam 2-3 jam jugak la. 

Aku masuk exit Alor Setar selatan kalau tak silap aku, tapi setelah berkali-kali aku pusing lokasi yang di tag dalam maps, aku dapati xnampak kedai motor yang dicari-cari tuh. Memang 3-4 kali tawaf tapi x kunjung tiba. Alamat dah betul tapi takde. Last-last aku give up dan cari kedai motor lain yang berdekatan. Masalahnya adalah bila ko dah target untuk ke satu tempat, pastu x jumpa dan ko kena buat carian from scratch semula..Oklah..aku ada je masa terluang. Dalam 20 minit kemudian, aku jumpa kedai motor yang nampak bersesuaian dan kebetulan diorang tengah buat year end sale, so ada la sikit diskaun pada harga servis motor aku tuh. 

Dalam sejam jugak la proses servis motor berjalan. Yang mana menunggu itu satu penyeksaan bagi aku. Takde benda nak buat, book hotel kat Kangar, pastu main henpon sampai bateri betul-betul tinggal nyawa-nyawa ikan je. Abis servis motor aku sempat la ke masjid Zahir untuk bergambar, nak solat belum masuk waktu lagi. Masa kat sini phone aku overheat sebab over used maps dan juga bateri drained dengan kadar yang pantas. So ada satu gambar je aku kat Loq Staq.

Dari Alor Setar, perjalanan aku diteruskan ke Kangar dengan menggunakan jalan dalam. Kali nih aku ikut signboard je sebab nak save bateri. Sempat la aku singgah kat tepi jalan untuk mengambil gambar Gunung Keriang. Dok santai-santai sambil menghirup asap bak sebatang dua rokok, tengah pikir nak naik panjat or pergi lebih dekat ke tak nih..kalo stuck kat sini makan masa gak nih..Perlis ada banyak jugak tempat nak cover...Abis buang puntung rokok, aku dah buat keputusan..teruskan je perjalanan. Tapi sebenarnya aku xde sebarang itinerari nak buat pun kat Perlis nanti.

Setelah berhempas pulas, akhirnya aku sampai jugak di Kangar. Penatnya bukan main tapi aku nak cepat-cepat check in dan rehat-rehat sambil charge henpon. Kebetulan hotel yang aku book tuh betul-betul tengah-tengah pekan Kangar nih. Bertentangan ngan KFC Kangar. Kat sini parking motor memang sukar..dan memandangkan first time aku park jauh sikit. Tak le jauh sikit tapi jauh banyak..dalam 200-300 meter jugak la..itu je parking motor yang aku boleh nampak sepanjang mata melilau mencari.

Takpe..janji leh check in. Cuaca panas gila so aku merebahkan badan sebentar sementara mengecas henpon aku dalam bilik yang aku sewa dengan kadar 40 ringgit semalam. Aku target nak rehat tak lama..cukup kering peluh, bateri henpon dapat dalam lebih 50% nanti, aku akan mandi, solat dan teruskan perjalanan. Lepas semua kriteria aku dipenuhi, perjalanan perlu diteruskan dan macam apa yang aku ceritakan pada korang sebelum nih..aku xde tau nak kemana..mana ada signboard yang kaler maroon (perlancongan) kat situ yang aku akan tuju. Cuma kat Perlis nih ada satu je tempat yang aku ada dok nampak kat tiktok yang aku nak pergi..jambatan warna warni. Tu je dan kalo ada kesempatan, mungkin sunset kat Kuala Perlis..berlatar belakangkan masjid terapung tuh..mesti gambar elok punya.

Bak semua tahu yang Perlis nih takde la besar mana kan? So kalo ko ada whole day, memang korang boleh cover most area kat sini dengan syarat, korang tak boleh habiskan masa yang terlalu lama untuk ke satu-satu tempat tuh. Perlis nih pemandangan dia memang bagi aku sangat cantik dan memukau.Apa yang korang nak? Laut, bendang, bukit bukau, gua, mostly semua dia ada. So aku go with the winds je..

Kat mana tah aku terperasan ada satu port yang dia macam kawasan pasir berdengung, ada satu macam batu or bukit kecik kat situ tapi ada banyak gila keter park kat sana. So aku pun berenti la untuk tengok apa yang menariknya kat sana. Rupanya kat sana ada satu kedai kopi..dalam gua..patut la ramai manusia. Memandangkan zaman2 ootd nih memang ramai yang mengambil kesempatan atas tempat yang bakal viral nih. Aku singgah jap tengok2 tempat..ada amik gambar 2-3 keping..nak gak merasa nak pekena secawan kupi tapi bila tengok harganya (masa nih aku x start berenti rokok n minum kopi) tak jadi la..

Tempat kedua yang sempat aku singgah adalah Tasik Melati. Haaa...yang nih adalah satu jenis taman yang mana sesuai untuk korang semua beriadah. Sama je macam taman-taman yang lain ada kat mana-mana. Cuma dia ada a few attraction macam tasik, jambatan atas tasik dan binaan yang ala-ala cina / Vietnam. Boleh la..setakat abiskan masa 15-20 minit kira ok la..OK..teruskan kehidupan seterusnya..

Perjalanan disambung buatkan aku sampai kat Kg Tengah. Hari dah petang so aku skip tempat-tempat lain dan mulai route ke Kuala Perlis. Kampung Tengah nih adalah lokasi dimana jambatan warna warni berada. Kampung Tengah nih jugak adalah jenis kampung yang mana rumah-rumahnya adalah rumah standard rumah nelayan yang diperbuat dari kayu. Apa yang menariknya, diorang sepakat cat rumah-rumah diorang kaler biru sebagai salah satu tarikan pelancong kat area sana. Bagi aku idea nih memang bagus dan menarik. Selain perlancongan, diorang jugak ada bukak gerai kecil-kecilan kat depan rumah dan ada juga yang jual goreng pisang or air balang kat sana. Aku ada la beli air barang 2 bungkus..Memang murah..air lengkong singgit je ngan air teh ais singgit setengah..Murah la tuh kan..

Kampung Tengah nih takde la besar sangat tapi ada banyak baris rumah jugak kat sini. So far kalo ada masa terluang or kalo korang pergi ngan family or kawan, memang aku rasa sonok jugak kalo lepak warung-warung yang ada kat sana..Minum kopi sambil pekena makanan dengan view kampung atau laut..Akhir kampung nih kat sana la jambatan yang viral kat Perlis nih yang mana menghubungkan korang ke kampung seberang.


Destinasi seterusnya adalah Masjid Al-Hosein yang sebenarnya terletak tak jauh dari jambatan warna-warni tuh tapi disebabkan aku malas nak jalan kaki patah balik. So aku naik motor je ke sana. Aku tak masuk pun masjid nih sebabnya waktu maghrib belum masuk lagi cuma cuaca dah menghala ke senja so boleh la aku nak amik gambar sunset la acah-acah. Boleh laa..Antara sebab aku tak tunggu maghrib adalah, aku masih lagi dalam keadaan musafir dan yang keduanya adalah aku malas nak balik ke hotel malam hari..dah tua-tua nih mata tak berapa nampak dah.

Usai aktiviti hari nih, aku balik semula ke hotel. Jalan kaki kat Kg Tengah tadi xde la memenatkan sangat tapi cuaca panas gila buatkan baju agak berpeluh la jugak disamping ko ride motor dengan bau macam-macam dari jalan raya..memang kena balik mandi manda la dulu. So settle semua perkata wajib dan sunat, aku keluar semula untuk cari makan. Kalo korang nak makan best, sebenarnya kat Kuala Perlis tadi. Kat sepanjang jalan aku nak balik ke Kangar..ada berlambak kedai seafood yang aku rasa baik..aku rasa laaa..

Kat sini, masa nih aku rasa nyesal nih sebabnya aku jalan kaki dan tak naik motor untuk mencari makan malam. Kalau dah jalan kaki, maknanya adalah cari makan dekat-dekat je la. Tak mungkin aku nak Sungai Petani jalan kaki. Sebabnya masa sampai tadi aku ada nampak satu food court tak jauh dari hotel aku. So aku target nak kesana..tak jauh so boleh la jalan kaki kejap dalam 10-15 minit. Nak dijadikan cerita..sekali foodcourt tuh tutup..bukan foodcourt tutup tapi xde satu kedai pun yang bukak waktu malam..haa..sudah..so terpaksa la aku menyambung jalan kaki..kebanyakkan kedai tutup waktu malam..kalo ada yang bukak pon macam tak kena selera je..ye la..kedai ayam korea je yang bukak..kalo harga standard Perlis kira ok tp nampak cam harga standard KL. Akhirnya ada satu kedai sebelah corner shop lot yang masih lagi bukak. Kalo xde kedai nih nak taknak aku gi je kepci..makanan halal jugak kan..tp setelah kebuluran sepanjang hari nak jugak aku merasa barang sepinggan nasik di negeri indera kayangan yang ada 8 org je nih. 5 dari nya ada kat kedai makan nih..haha..


Kedai nya boleh tahan besar tapi syukur orang tak berapa nak ada. Masa aku ada kat sana, aku sorang je yang tengah order tapi lepas datang la dua tiga orang lagi. Makanan aku boleh la tahan, nasik goreng pattaya ngan teh o ais. Sedap sebab aku lapar gila tapi kalo nak buat video xde la aku nak rekemen korang datang..nama kedai pun aku x ingat. Tapi apa-apa pun..yang kelakarnya sos cili dia bagi sos cili paket..maknanya sama ada nak pakai atau tak terpulang kat ko..cuma takleh tambah la..Harga makanan kira ok je la bagi aku..kurang la sikit dari harga kat Kolumpo. Kesimpulannya..alhamdulillah..kenyang dan mampu milik..

So macam biasa..bila dah abis makan..mata pun jadi automatik ngantuk..tapi kena jalan agak jauh gak..walaupun x sampai sekilo tapi hampir-hampir la..Dalam perjalanan balik sempat la aku singgah kat Kangar Art Street yang bersebelahan or berdekatan dengan CIMB Kangar. Boleh la tengok2 art orang Perlis nih..tapi tak tau la kalo orang Perlis yang lukih ke orang putih..Lantak pi depa la..Sebelum naik ke hotel, aku pastikan dulu motor aku berada dalam keadaan selamat yang mana aku park kat jalan sunyi sepi depan hotel aku. Lepas memastikan motor aku masih lagi ada dan disk break smua ada lagi..aku pun naik lena..xleh dah nak bertahan..lunyai beb..

Bersambung...

Monday, 19 May 2025

Ride Utara Malaya : Part 1

Kebetulan sebelum habis cuti sekolah, adik aku plan untuk family trip sekali lagi. 2-3 bulan lepas aku x join family trip di Hatyai so kali ni mcm kena paksa lah. So plan nya 31 dec - 1 Jan..so alang2 aku amik cuti seminggu utk teruskan perjalanan nanti lepas abis family trip a.k.a. family day.

Waktunya dah tiba, so plan asal aku naik motor balik kampung utk amik family. Bukan amik sebenarnya tapi lebih kepada berkumpul dulu pastu sok pagi baru lah gerak sama-sama. Aku gerak naik motor dalam jam 8 pagi untuk ke stewan..naik ikut nkve cadangnya nak ikut highway WCE yang ntah berapa tahun x siap2 tuh. Aku on google maps untuk jalan (walhal aku biasanya tak pakai) tapi aku xmau ikut guthrie sebab ada jalan motor. Jalan motor ni bagus la bagi geng motor..tapi masalah utamanya adalah dia lembab..banyak jalan-jalan yang divert agak jauh dan yang paling aku benci adalah..banyak geng basikal dah take over area nih..dan diorang ni ramai yang behave macam jalan tuh depa punya dan dok kayuh slow2 tengah jalan motor tuh sampai halang orang lain nak lalu..bila orang hon..buat muka macam sial...Banyak kali dah aku kena..so aku nak kena elakkan jalan motor nih..

So dia bawak berpusing2 entah kemana hala sampai aku pun pening. Last2 masuk gak WCE meskipun delay dlm 30 minit dari jalan biasa aku lalu.


Ok je jalan ni sebabnya aku nak lari dari jem kat tol plus. Tp part kena ikut jalan dalam tu yg tak berapa berkenan. Jalan punya jalan, aku plan nak singgah la kat kedai roti canai bam bam ke apa nama dia yg awek opis aku dok rekemen kat aku.

Punya jauh aku masuk simpang Sabak Bernam tu sekali tutup lah..Adui..Lama gak aku tahan lapar. Ni lah kedai melayu..memang biasa mengecewakan. So aku singgah je mana yang ada..kebetulan ada food court kat sebelah simpang 4 otw masuk ke bandar Sabak Bernam tu. Walaupun dekat kul 11 pagi tp lauk tghari dah meriah. Aku xmau makan berat2 so cari yg ringan2 je. Bukan apa..takut ngantuk je nanti. Kebetulan ada 1 kedai ni jual cendol ngan rojak..Pakej nih..so x salah aku cuba je la..Verdict dia adalah biashe-biashe aje..takde sebarang yang menarik pon. So next time aku xkan singgah lagi la kat kedai nih. Takmau cakap kedai apa tapi kat food court Sabak Bernam tuh dia je yang jual cendol sama rojak.

So aku teruskan perjalanan menuju kampung halaman tapi sebenarnya xde apa yang menarik untuk diceritakan melainkan aku singgah gi makan kat Venice of Perak yang mana aritu (dulu-dulu) ada satu kedai nasik kandar yang sedap kat sana iaitu Hussain Nasik Kandar tapi masa aku sampai sana, tengok2 dia tutup..haram tul..terpaksa aku g makan kedai yang berhampiran dia tapi kureng la makanan dia dan agak mahal harganya kalo ikut standard Perak. 

Awal-awal pagi lagi lepas matahari terbit dalam lebi kurang kul 7 pagi kami semua dah bangun dan bersiap sedia untuk bergerak. Budak-budak nih bersemangat lebih kalo bab-bab nak gi mandi manda nih. Kalo biasanya diorang la yang paling malas dan banyak cengkadak kalo nak bangun awal. Kami gerak dalam 7 lebih dan target nak sampai BMLR seawal pintu masuk taman tema bukak. Maknanya bukak-bukak je pintu tu, kami adalah orang pertama yang duduk beratur sana.



Plannya adalah ikut jalan di Kuala Kangsar dulu, g bekpes dan kemudiannya masuk highway balik menuju ke Bukit Merah. Padahal boleh je kalo nak gi ikut Taiping tapi aku suggest ikut Kuale sebab nak singgah makan kat kedai viral masa tuh iaitu Lemang Tok Yop. Kul 9 lebih kami dah ada kat Lemang Tok Yeop nih. Kedai macam biasa..kalo viral memang orang ramai lah. Nak kata awal memang tak awal sangat. Walaupun namanya adalah Lemang Tok Yeop tapi mostly menu yang kami order adalah makanan yang takde kena mengena dengan lemang dan rendang. Hampeh..penat bawak jauh2.


Kami sampai awal. Seawal jam 11 pagi selepas breakfast kat Lemang Tok Yeop kat area Kuala Kangsar. Sesampai je kat sana, kami pun beratur untuk masuk ke taman tema. Sebelum masuk off coz la kena tukar pakaian dulu. Ramai-ramai la tukar pakaian kat toilet yang ada kat sebelah entrance tuh. Penuh jangan cerita la. Naib baik kami je tukar baju kat sana sebab orang lain dah standby awal-awal lagi sebelum beratur. Walaupun kami je yang tukar baju tapi tetap penuh sampai budak-budak bolen je kat dalam toilet tuh. Masing-masing tak sabar lagi nak masuk. 


Que masa kat beratur first tuh tak ramai. Tapi lepas tukar baju, kami beratur balik dah jadi panjang la pulak. Ada dalam 15 ke 20 minit camtuh la..aku masih ok tapi budak-budak la yang tak boleh sabar. Nak nangis pun ada diorang tuh. Masuk kat dalam tuh memang penuh gile sepenuh-penuhnya..sampai takde tempat nak lepak kat depan area taman tema tuh. Cuti sekolah la katakan.


Lama jugak sessi mandi manda nya. Tak lalu dah aku tunggu sekitar 2 jam dah xde rasa nak berenti. Aku makin rimas dengan orang yang ramai gile dan start dari duduk dah aku gi cari port baring kat tempat yang kurang orang tapi x menjolok mata pengunjung yang lain. Dia dah macam tempat tuh dah over crowded yang mana dah macam xde tempat nak berjalan tanpa ko berlaga ngan orang. So aku yang jenis x gemar tempat crowded nih dah jadi anxiety  dan rasa nak blah. Aku tanya tukang jaga tiket tuh sama ada aku boleh tak keluar kejap dan jap lagi masuk balik. Malangnya tempat nih punya peraturan adalah once ko keluar so kalo nak masuk balik kena beli tiket lain. Jadi nak tak nak aku keluar je lepak kat luar. Takleh tahan dah aku rasa. Sesak nafas aku rasa. 



So aku lepak luar sementara tunggu semua abis mandi. Lepak jap pekena laksa. Lagi pun aku dah kebulur tahap cipan dah. Tadi kat dalam ada tempat makan tapi manusia ramai giler dan harga makanan jugak tinggi. Standard la kalo kat taman tema so takleh nak komplen.Stay kat Bukit Merah nih kami pilih untuk menginap di Laketown hotel. Kat sini ada 2 jenis hotel korang boleh pilih iaitu Laketown hotel macam yang kami book nih manakala satu lagi adalah Kg Air Water Chalet yang mana harganya jauh lagi mahal la.. 


Laketown hotel nih bilik standard room pun dah cecah dekat RM200 masa booking arituh tapi termasuk breakfast untuk 2 orang. Bilik nya agak besar tapi memang aku tak berkenan sebabnya hotel nih hotel lama dan keadaannya tak berapa OK la bagi aku. Sebab apa? Sebabnya tak di menten dengan elok. Tiles lantai pun dah nak tercabut. Kalo dibuat perbandingan, ko dok kat Siam, macam bilik harga 50 ringgit ja... Namun begitu, memandangkan semua orang setuju nak dok sana..so aku redha je la..tambahan lagi yang aku tak berapa suka adalah waktu check in adalah kul 3 petang. Aku yang tak gemar nak mandi manda nih cuba nak masuk bilik awal tapi memang takde kekosongan langsung atau diorang tak sempat kemas. So tunggu je la kat lobi tuh dalam sejam setengah jugak lah.




Selain dari taman tema nih sebenarnya ada beberapa aktiviti yang korang boleh buat. Nak jalan-jalan kat kawasan sekitar pon OK sebab pemandangannya boleh la. Tapi disebabkan mandi yang terlampau lama. Sedar-sedar je dah petang. Aku yang jenis introvert..yang tak gemar sangat dengan orang yang ramai nih, lepas check in hotel..lepak sembang-sembang kejap ngan bapak aku, pastu turun ke bawah blok hotel aku tuh. Kat tepi blok hotel nih ada swimming pool yang mana aku pon mandi la sorang-sorang. Sebenarnya ada je 2-3 orang lagi yang mandi sekali tapi xde la sesak. Selang beberapa minit turun la budak-budak nih kat swimming pool tuh. So dah ramai..aku pon naik balik kat bilik. Tukar pakaian dan g berjalan-jalan santai petang-petang kat area tasik.


Sambil-sambil penat berjalan, aku singgah la kejap kat foodcourt yang ada kat area sebelum masuk taman tema tuh untuk melantak laksa dan cendol barang semangkuk. Boleh la..rasa cendol biasa-biasa untuk melegakan dahaga boleh la.

Dulu company aku kerja ada sebijik rumah duplex kat Bukit Merah nih. 4 bilik 3 bathroom kalau tak silap aku. Pernah 3-4 kali jugak aku stay sana tapi kat area Water Front Villa, bukan kat area hotel-hotel nih..kat sana dulu aku dapat gelang entry Bukit Merah water park nih dalam 5 gelang..tapi xpernah sekali pon aku masuk secara percuma. Nak lepak kat villa, jalan-jalan dan makan-makan je yang penting. Padahal aku dok kat Penang satu masa dulu. Dekat je tapi untuk rehat-rehatkan minda selepas penat bekerja memang Ok sangat lah.


Waktu malam kami sekeluarga makan ramai-ramai. Semuanya dalam 18 org semuanya dan kami amik event room kat sana supaya lebih privacy. Bukan aku tapi adik aku yang uruskan semua. Aku punya part adalah makan dan bayar je apa yang patut kena bayar. Party atau jamuan berlangsung tanpa apa-apa masalah. Kami amik dinner buffet yang mana duit kena tambah dan tak termasuk dengan harga bilik. Tapi masih berpatutan cuma makanan nya xde la meriah sangat cuma mencukupi. Xyah banyak-banyak sebab nanti x abis pun sebab ada menu tambahan macam kek dan lain-lain lagi.




Settle semua makan malam dan sambutan hari jadi yang bagi aku agak meriah la jugak sebabnya xpernah buat pun macam nih. Sebahagian dari kami balik ke hotel manakala sebahagian lagi lepak kat tepi tasik tuh dengan harapan nak tunggu tahun baru sebabnya ada lucky draw yang kalo x silap aku hadiah utamanya kereta kut..Kalau tak silap aku la..banyak gak acara-acara mcm game dan lain-lain lagi. Lama gak aku stay kat tepi tasik tuh tapi sebabkan orang makin ramai dan makin lama peluang nak dapat keter makin suram..Aku pun naik ke bilik dan teruskan aktiviti wajib..iaitu lena...

Bersambung.