Monday, 9 June 2025

Ride Utara Malaya : Part 3

Awal pagi lagi bandar Kangar dah bz dipenuhi oleh kenderaan memandangkan hari ni hari Isnin. Hargi pertama kerja. Aku pun sama..kerja mengembara, orang sibuk masuk opis manakala aku sibuk ke mana-mana selain opis..Rasanya fair and square memandangkan time orang lain bercuti..aku bekerja. 

Plan awal pagi aku nak melepak breakfast kat Warung Tepi Sawah..port viral diorang cakap kat Perlis dengan view sawah padi yang orang kata elokk. So matahari terbit je..sebenarnya gelap lagi aku dah gerak keluar hotel memandangkan lokasi tujuan aku tuh berbelas kilo gak dari bandar dan tak melalui jalan ke destinasi yang aku nak pegi. Dapat silhouette sunrise sipi-sipi kat bendang pun jadi lah. Awal gerak banyak tempat yang boleh aku explore..kannn...So its totally a divert la..ada je jalan tuh cuma jauh la menyimpangnya..Perlis nih kan kecik je..orang kata la..

Disebalik awal pagi aku gerak dan berbelas kilo..akhirnya aku sampai gak kat warung yang viral nih dengan menampakkan kedai nya yang tutup..eh..dalam google x cakap tutup pon..xtau lah kedai melayu..sama ada aku yang salah ataupun dia..sebagai manusia biasa mesti la aku cakap dia..kann.. Memandangkan kedai yang aku nak pergi tuh tutup, maka aku beralih ke kedai lain. Kedai yang mana ada je la..xde nak search mana-mana kedai viral untuk jadi pengganti. Just mana-mana yang ada kat tepi jalan, kita sebat je. So makan pagi aku nasik lemak ngan teh o ais..biasa-biasa je kat warung tepi jalan otw ke Wang Kelian.


Nasib baik la aku bekpes siap-siap kat kedai tuh sebabnya lepas dari tuh mostly view nya adalah bendang dan juga ladang getah. Tak nampak sebarang warung lagi dan mebi sebab aku dah kenyang maka hijab semuanya dah tertutup. Plan aku hari nih nak cover area sempadan Siam, ngan kalau ada masa bahagian tengah Perlis dan yang penting adalah aku x decide lagi nak extend stay kat Perlis ke tak. Semuanya bergantung kepada aku sempat cover ke tak Perlis hari nih..nak cover semuanya tuh memang tak mungkin..dapat mana-mana yang dapat or sampai aku rasa cemuih..aku gerak lah ke destinasi lain.

Pagi tadi sebelum gerak keluar mencari makanan..ntah kenapa aku tergerak hati nak check lesen aku..rupanya dah 3 bulan mati dan aku selamba je berpeleseran kesana-kesini tanpa lesen selama itu. So nak tak nak aku kena cari pejabat pos dulu..walhal ko boleh je nak renew online..tapi saja je nak carik pasal. Setelah melalui jalan-jalan sunyi dan kurang kenderaan dengan scenic kebun getah dan kampung-kampung yang disulam dengan bendang..makan tiba lah aku kat satu pekan kecik nama Kaki Bukit sebelum memanjang ke Wang Kelian. Kat sini ada satu pos opis yang kecik je dan takde orang..masa aku datang tuh..ada sorang je pegawai yang bertugas dan aku orang no 2 yang datang hari tuh. Yaa..aku datang diorang baru bukak dalam 10-15 minit..kira ok la tuh. Walaupun ada sorang je depan aku..tapi aku tunggu agak lama la jugak sebabnya orang depan aku tuh orang local..so sambil-sambil menjalankan urusan tuh..depa sembang-sembang secara rancak la pulak.

Urusan aku kejap je tapi aku agak geram la jugak bila pegawai tuh x bagi aku pinjam toilet..nak terkencing nih..takpe lah..mebi tuh dia punya sop kut..so aku teruskan perjalanan..nak cari toilet..pusing pekan Kaki Bukit tuh macam x mungkin akan berhasil je sebabnya tuh pekan cina..kalo ko masuk kedai makan cina nak kencing kang depa cakap apa lak..biasanya aku gi kedai mamak je..kurang-kurang bungkus air teh kira jadi la..

Aku pun mengharungilah bukit bukau kat Wang Kelian tuh sampai la membawa aku kat stesen minyak Caltex yang ada tak jauh dari border. Lepas menunaikan hajat, aku isi minyak sambil sembang-sembang ngan pump assistant tuh..ye la..ada berapa orang je kat sana kan..mesti dia boring..so aku dok tanya la pasal pasar pagi yang ada kat area border Wang Kelian tuh..dia cakap yang pasar tuh hanya ada ari minggu je dan dah lama takde..

Jadi mendengar dia cakap camtuh..maka x jadi la aku nak teruskan perjalanan ke border..nak buat apa kan..? Ada je aku nak tengok border sebelah sana tapi aku rasa membazir masa sebab xde sebarang apa pun yang aku nak beli..setakat masuk Siam..minum teh ais amik gambar pastu balik yang mana semuanya x sampai setengah jam.maka aku cancel lah.. Apalah sampai kat Wang Kelian kalau tak naik Wang Kelian viewpoint. Tempat nih kalau x silap aku takde la baru tapi..aku yang baru first time sampai sini walaupun dah banyak kali la aku sampai ke border area Wang Kelian nih. Bayaran naik ke viewpoint ni kena dalam Rm2 dan bagi aku agak berbaloi la..at least korang sumbangkan sket duit untuk mentenen buang-buang sampah kat atas tuh. View kat atas ni agak cantik dan kebetulan masa aku datang memang xde berapa nak ada orang..al maklumlah semua dok keja..

OK..tak lama pun aku kat atas tuh..dalam 10-15 minit ja..sempat la tengok2 apa yang makcik-makcik jual kat gerai depa kat atas tuh..aku turun semula..nak ke Padang Besar lak..buat apa kat sana? entah..nak kata beli periuk belanga..memang tak la..xpe..kita tengok dulu apa yang ada..Jarak Padang Besar dengan Wang Kelian tak jauh mana, sekitar 20-25 km je tapi masa yang agak panjang dari jaraknya. Ini disebabkan trafik dan juga ada kawalan keselematan berupa roadblok masa otw ke sana. Padang Besar ada apa? Xde apa sebenarnya kecuali ada Arked Niaga la tempat shopping barang-barang yang aku rasa mostly dari negara sebelah.

Walaupun aku sampai agak lewat la jugak..dalam kul 10 pagi camtuh..namun kedai-kedai kat dalam nih nampaknya 80 persent tak bukak lagi dan yang bukak pun barang-barangnya x siap susun lagi. Aku rasa sebabnya adalah hari-hari biasa nih takde pengunjung kut..ataupun kurang..so kalo bukak lepas subuh pun sama je..Nampak banyak jugak perubahan pada market nih..walaupon kedai tak bukak tapi takde la suasana mondom je macam dulu-dulu..ada gak bahagian yang diperbaharui yang boleh la menarik minat nak bergambar kat dalam tuh. Kat sana aku beli secawan green tea ngan secawan teh ais siam..ya..tuh je yang aku dapat jalan jauh2 nih..Takpe la..kalo hati xde nak apa..teruskan je kehidupan..

Aku rasa ada masa lagi sebelum aku kena paksa nak check out dari hotel..dan yang paling utama adalah..sehingga kini aku still x decide lagi nak extend stay ke tak lagi..tapi macam tak..cuma kemana destinasi kemudian tuh yang tak pasti. Ok..kita sambung lagi ride..next destinasi aku adalah ke Tasik Timah Tasoh..Ini adalah satu tarikan yang sangat terkenal kat Perlis nih. Aku sampai kat sana entah jalan mana aku ikut tapi kat sana macam ada aku sorang je..takde sebarang kedai or warung yang bukak kat sana..sunyi sepi..yang ada orang pun operator bot kut..tu pun ada dalam 2 orang je kut..aku sempat la jalan-jalan berpeleseran kat sana. 

Kawasan area nih memang cantik..tasik nya..ada bukit kat ujung tasik..ada bot-bot yang scenic la untuk amik gambar..ada view point..dan lain-lain lagi..Ok..kalo korang datang ngan family camping bagi aku viewnya menarik..kalo ada jualan lagi ok..maybe petang-petang sikit ada kut..tapi time aku datang..kalo memang macam nih..memang aku xkan datang lagi la..weekends maybe meriah la kut..

Cukup lah perjalanan aku kat Perlis nih kut..masa macam dah xberapa cukup untuk satu destinasi lagi..kena berkejar balik ke hotel dan cepat-cepat check out dari sana..kang kena tambah 1 malam lagi..dan aku pun dah tak tahu apa nak buat lagi kat sini..ekceli banyak tapi macam dah cemuih dah..so aku pun pecut la kembali ke bandar Kangar tapi xde la reckless riding..ok2 je..sempat...Sampai hotel sempat lagi aku mandi kemas baju dan segera check out sebelum kul 12 tghari..Destinasi kemana? Aku cadang nak ke Siam lah..releks-releks dan aku pilih untuk ke Siam belah jauh sikit..walhal Danok ngan Satun or Padang Besar dekat je..tp aku pilih untuk ke Betong..


Kenapa Betong ya? Padahal jaraknya agak jauh dari tempat aku tuh..Antara sebab-sebab yang boleh aku cakap adalah aku suka suasana dia..Kampung style..Sadao ngan Satun pun kampung style..dan banyak melayu lagi..Hatyai ka xpun ada ja bandar-bandar yang dekat-dekat sana kalo nak pegi..border belah Wang Kelian tuh aku xpernah redah lagi..kan..sebab lain adalah aku dah biasa kat Betong..dah tau port-port makan dan Betong ko boleh ronda dengan jalan kaki ja..aku tau nak sewa motor xyah letak passport kat mana (eh..sewa motor mana kena letak passport)..dan yang penting sekali aku tak bawak geran motor aku.(tipu..ada je geran digital..).so xleh cross border..kat Betong aku tau mana nak park motor..berapa ringgit semalam dan aku kenal ngan yang jaga parking tuh..makcik tuh..so aku prefer ke sana..lagipun aku suka jalan hutan dia masa nak balik ke KL nanti..xmau nak masuk highway utara selatan..banyak alasan kan..sebenarnya trip aku..suka aku la kan...mudah cerita..tapi tu antara sebab Betong preferable lah..

Route yang paling mudah adalah ko gi Baling sama ada ikut Sungai Petani atau exit Gurun tapi alang-alang aku dah ada kat sini dan aku takde rushing ke mana-mana dan nak buat camana pun cuaca panas giler..so aku ikut route lain..dengan menyusuri tasik Pedu, Sik, Ulu Legong dan maybe singgah jap Baling dan seterusnya ke seberang. Henpon kali nih aku xmau nak bukak maps sangat sebab aku dah tau kenapa henpon aku overheated semalam..sebabnya aku buh henpon kat riding bag yang sangkut kat handle bar tuh..xde ventilation so dia jadi panas. Jadi kembali ke bentuk primitif..tengok signboard dan kalo dah sesat sangat tuh..barulah berenti dan bukak maps.

Ride santai-santai membawa aku ke Pedu..aku plan nak lepak tepi tasik Pedu..sambil minum teh ais disamping menghirup udara tak segar berupa asap rokok barang sebatang dua..harapannya macam tuh la..Sekali dalam perjalanan..jangankan ada foodcourt..kedai-kedai kopi tepi jalan pun xde..kalo ada pun yang dekat kampung dan penuh ngan pakcik-pakcik tua tengah melepak..dan masa aku sampai area-area tuh..budak-budak baru balik sekolah..maka jalan yang aku lalui tuh memang penuh la dengan penduduk persekitaran. Sampai kat Pedu, maps bawak aku ke pintu masuk JPS Pedu..yang ada papan tanda menceroboh akan ditembak..so aku patah balik..dan cuba sekali lagi dengan sekali tanda pada maps..TASIK PEDU...dan sekali lagi maps membawa aku ke tempat yang sama..adoi..20 minit pusing-pusing tempat yang sama..last-last aku givap dan teruskan perjalanan..tapi secara jujurnya aku tak tau nak kemana..just tawaf je tasik Pedu yang besar gedabak nih..masih berharap impian masih lagi dapat menjadi kenyataan.


Jalan pesisir tasik nih memang lengang. Takde sebarang kenderaan yang kelihatan..kadang-kadang dekat 15-20 minit aku ride sorang-sorang tanpa ada satu kenderaan pun. Setelah berapa lama aku ride aku pun tak tau..akhirnya aku jumpa satu signboard resort kat tepi jalan..lama dah aku nak berenti rehat barang sekejap dua tapi takde tempat lepak..So aku deside untuk stop kat resort nih walaupun mesti harga dia mahal..dapat pekena teh ka kopi ka sambil silang panggung tepi tasik pon ok..So aku masuk la simpang tuh..yang mana jalan masuk ke dalam hampir 8km. Mak aih..Pada awalnya jalannya ok..makin lama makin teruk..nak uturn pon macam x lepas je sebab jalan kecik..Akhirnya aku teruskan jugak perjalanan sampai ke hujung 8km tuh..bulshit betul la..8km sampai kat pintu masuk sekali resort tuh dah tutup. Huh..menyirap rasanya..aku dah la dahaga nih..

So pergi balik keluar ke jalan besar je dah 16km..nak buat camana..dah xde dah aku nak singgah mana-mana..jumpa warung ke kedai jual-jual air baru berenti..stesen minyak pon xpe..tapi sepanjang jalan memang takde..hutan semata..kalo ada yang berjualan pun jenis berjual air gas fizzi ka apa ka yang tak menarik minat aku..demand bukan main..kan...setelah beberapa jam aku bawak motor akhirnya aku singgah kat pekan Baling..walaupun aku boleh je divert Baling nih..sebabnya aku nak rehat jap sambil isi minyak..Kat stadium tu ada brader berjual air balang..memang macam pucuk dicita ulam mendatang la..terus aku beli 2 cup air..sambil disulam dengan rokok barang 2-3 batang..memang asyuukkk...rehat kejap la..penat beb.


Solat nantilah bila aku dah settlekan masuk ke sempadan nanti. Setelah menyegarkan badan dan hilangkan ngantuk-ngantuk yang ada, aku teruskan perjalanan yang ada dalam 30km lagi menuju ke border. Perjalanan macam biasa-biasa je aku lalui, abis kuat pun ada checking kat sana nanti. Lepas checking aku pon g cop pasport. Macam biasa kena isi white slip dulu. White slip kali nih aku bagi kat akak tuh isi dengan bayaran 2 ringgit. Akak tu citer kat aku yang last week sampai weekend arituh Betong jam teruk..hotel semua penuh dan jalan penuh kereta. Kesimpulannya memang penuh dengan orang Malaya..Lepas cop pasport, aku cuba untuk masuk dengan motor aku..malas aku nak sewa motor bagai kat dalam..lagipun yang paling malas adalah nak bayar tambang dari border ke pekan Betong nih dan perjalanan balik nanti.


Aku ke kaunter kastam bukan untuk register motor aku tapi tujuan adalah untuk nego masuk motor cara yang biasa aku buat..iaitu secara haram..So aku tanya la pegawai kastam tuh 'mana tabung?' Dia cakap kat aku..lepas PKP nih kami dah tak bukak tabung..so dia cakap kalo x register..tak payah masuk dalam..Adoiii..so nak tak nak aku keluar semula ke sempadan Malaya untuk hantar motor aku kat luar. Kannn..nasib baik aku tau port..tapi yang malasnya tuh adalah ko nak menghadap balik imigresen Malaysia tanpa cop masuk balik ke Malaysia. Kena sekolah jugak aku beberapa kali yang suruh aku ikut peraturan kalo nak ke negara jiran..bla bla bla..


Akhirnya aku parking motor kat tempat baru tapi still makcik yang sama..kali nih tempat agak proper la sikit dengan tempat parking yang lagi banyak dan luar serta teratur. Cuma agak jauh sikit la ke dalam. Bayaran still sama..nasib baik..so setelah settle bab motor..aku pun berjalan semula untuk masuk ke dalam..pasport dah cop tadi dah..hmm..kena ceramah lagi la jap lagi nih...

Bersambung...


Tuesday, 27 May 2025

Ride Utara Malaya : Part 2

Bangun pagi hari ni cuaca sejuk segar sebelah tasik Bukit Merah nih. Kami semua turun untuk breakfast sebelum meneruskan haluan masing-masing. Tapi sebelum budak-budak nih bangun bersiap-siap, aku dah gi round 1 round dulu kat persisir tasik Bukit Merah nih. 

Waktu pagi yang ok..aku x sempat nak kejar sunrise walaupon boleh je nak buat camtuh tapi macam malas.Takde sebarang agenda lain dah hari nih kecuali balik ke rumah masing-masing kecuali aku yang akan meneruskan perjalanan ke mana arah tujuan..aku belum decide lagi. Breakfast hari ini adalah buffet yang mana dah termasuk dalam harga bilik yang 200 tuh. Cuma dinner malam tadi je bayar tambahan asing. Menu makan pagi kat sini agak banyak la jugak. Kalau bagi orang macam aku nih..memang perlukan 2-3 jam untuk merasa semua makanan nih..sebabnya aku dah x makan banyak dah macam masa zaman muda-muda aku yang dulu. Tapi bab makanan..aku agak puas hati..xde la super sedap gila tp banyak dan ada rasa la..typical hotel style..

Lama jugak kami x makan ramai-ramai satu family cam nih..biasanya dapat kesempatan nih masa family trip ja or hari raya..hmm..tapi ini memang la family trip kan...so enjoy je la masa-masa yang ada nih. Macam biasa la bagi hotel-hotel or resort macam nih disebabkan harga bilik nya bagi aku agak mahal la jugak dengan fasiliti yang diorang sediakan..Rm200 untuk bilik yang fesyen agak lama..ada swimming pool zaman 90an punya kat hujung blok..kira tak berbaloi la bagi aku selaku budget traveler nih..tapi family trip..ko nak buat macamana kan? Diorang yang nak sangat..



Hari ni aku bercadang untuk ke utara..memang selalunya aku ke sana pun..saban tahun macam tuh dan target aku kali nih aku nak stay kat Perlis. Dah lama sangat aku tak lepak Perlis..biasa aku pergi day trip je. Tuh pun kira-kira 10 tahun lampau last trip aku ke sana. Sekejap je kan masa berlalu..sedar-sedar dah nak sampai ke penghujungnya.

Lepas breakfast, kami bersalam-salaman dan meneruskan haluan masing-masing..Aku la tuh sebabnya depa masih lagi berkubang kat swimming pool. Aku sorang je meneruskan perjalanan ke Perlis tapi sebelum itu, aku kena g servis motor terlebih dahulu. Patutnya aku servis kat kampung tapi masa aku sampai tuh aku rasa kepenatan dan juga kedai untuk servis skooter aku pun bagi aku adalah kurang diyakini. Bukan apa..takut depa takde minyak itam n filter macam yang aku nak.

Perjalanan aku menyusuri highway utara selatan..mostly bila korang dah lepas terowong menora, perjalanan tak berapa jem atau pack dengan kenderaan. Tapi aku yang naik motor nih xde rasa apa masalah dari segi jem ke apa ka..lagipun aku memang dah lepas menora dari kelmarin lagi dah..kali nih aku skip Penang sebabnya aku dah berapa puluh kali ronda sana and even aku pernah duduk Penang setaun walaupun dok selatan Penang.

Aku dok target satu kedai motor nih yang mana bukak hari kelepasan cuti umum kali nih. So aku pun call la kedai motor nih dan depa kata depa buka dan aku pun set kan appointment dalam tengahari ke awal petang sikit. Aku pun setkan dalam map location diorang dan memulakan perjalanan ke lokasi kedai tersebut iaitu di Alor Setar, Kedah. So perjalanan macam biasa mengambil masa dalam 2-3 jam jugak la. 

Aku masuk exit Alor Setar selatan kalau tak silap aku, tapi setelah berkali-kali aku pusing lokasi yang di tag dalam maps, aku dapati xnampak kedai motor yang dicari-cari tuh. Memang 3-4 kali tawaf tapi x kunjung tiba. Alamat dah betul tapi takde. Last-last aku give up dan cari kedai motor lain yang berdekatan. Masalahnya adalah bila ko dah target untuk ke satu tempat, pastu x jumpa dan ko kena buat carian from scratch semula..Oklah..aku ada je masa terluang. Dalam 20 minit kemudian, aku jumpa kedai motor yang nampak bersesuaian dan kebetulan diorang tengah buat year end sale, so ada la sikit diskaun pada harga servis motor aku tuh. 

Dalam sejam jugak la proses servis motor berjalan. Yang mana menunggu itu satu penyeksaan bagi aku. Takde benda nak buat, book hotel kat Kangar, pastu main henpon sampai bateri betul-betul tinggal nyawa-nyawa ikan je. Abis servis motor aku sempat la ke masjid Zahir untuk bergambar, nak solat belum masuk waktu lagi. Masa kat sini phone aku overheat sebab over used maps dan juga bateri drained dengan kadar yang pantas. So ada satu gambar je aku kat Loq Staq.

Dari Alor Setar, perjalanan aku diteruskan ke Kangar dengan menggunakan jalan dalam. Kali nih aku ikut signboard je sebab nak save bateri. Sempat la aku singgah kat tepi jalan untuk mengambil gambar Gunung Keriang. Dok santai-santai sambil menghirup asap bak sebatang dua rokok, tengah pikir nak naik panjat or pergi lebih dekat ke tak nih..kalo stuck kat sini makan masa gak nih..Perlis ada banyak jugak tempat nak cover...Abis buang puntung rokok, aku dah buat keputusan..teruskan je perjalanan. Tapi sebenarnya aku xde sebarang itinerari nak buat pun kat Perlis nanti.

Setelah berhempas pulas, akhirnya aku sampai jugak di Kangar. Penatnya bukan main tapi aku nak cepat-cepat check in dan rehat-rehat sambil charge henpon. Kebetulan hotel yang aku book tuh betul-betul tengah-tengah pekan Kangar nih. Bertentangan ngan KFC Kangar. Kat sini parking motor memang sukar..dan memandangkan first time aku park jauh sikit. Tak le jauh sikit tapi jauh banyak..dalam 200-300 meter jugak la..itu je parking motor yang aku boleh nampak sepanjang mata melilau mencari.

Takpe..janji leh check in. Cuaca panas gila so aku merebahkan badan sebentar sementara mengecas henpon aku dalam bilik yang aku sewa dengan kadar 40 ringgit semalam. Aku target nak rehat tak lama..cukup kering peluh, bateri henpon dapat dalam lebih 50% nanti, aku akan mandi, solat dan teruskan perjalanan. Lepas semua kriteria aku dipenuhi, perjalanan perlu diteruskan dan macam apa yang aku ceritakan pada korang sebelum nih..aku xde tau nak kemana..mana ada signboard yang kaler maroon (perlancongan) kat situ yang aku akan tuju. Cuma kat Perlis nih ada satu je tempat yang aku ada dok nampak kat tiktok yang aku nak pergi..jambatan warna warni. Tu je dan kalo ada kesempatan, mungkin sunset kat Kuala Perlis..berlatar belakangkan masjid terapung tuh..mesti gambar elok punya.

Bak semua tahu yang Perlis nih takde la besar mana kan? So kalo ko ada whole day, memang korang boleh cover most area kat sini dengan syarat, korang tak boleh habiskan masa yang terlalu lama untuk ke satu-satu tempat tuh. Perlis nih pemandangan dia memang bagi aku sangat cantik dan memukau.Apa yang korang nak? Laut, bendang, bukit bukau, gua, mostly semua dia ada. So aku go with the winds je..

Kat mana tah aku terperasan ada satu port yang dia macam kawasan pasir berdengung, ada satu macam batu or bukit kecik kat situ tapi ada banyak gila keter park kat sana. So aku pun berenti la untuk tengok apa yang menariknya kat sana. Rupanya kat sana ada satu kedai kopi..dalam gua..patut la ramai manusia. Memandangkan zaman2 ootd nih memang ramai yang mengambil kesempatan atas tempat yang bakal viral nih. Aku singgah jap tengok2 tempat..ada amik gambar 2-3 keping..nak gak merasa nak pekena secawan kupi tapi bila tengok harganya (masa nih aku x start berenti rokok n minum kopi) tak jadi la..

Tempat kedua yang sempat aku singgah adalah Tasik Melati. Haaa...yang nih adalah satu jenis taman yang mana sesuai untuk korang semua beriadah. Sama je macam taman-taman yang lain ada kat mana-mana. Cuma dia ada a few attraction macam tasik, jambatan atas tasik dan binaan yang ala-ala cina / Vietnam. Boleh la..setakat abiskan masa 15-20 minit kira ok la..OK..teruskan kehidupan seterusnya..

Perjalanan disambung buatkan aku sampai kat Kg Tengah. Hari dah petang so aku skip tempat-tempat lain dan mulai route ke Kuala Perlis. Kampung Tengah nih adalah lokasi dimana jambatan warna warni berada. Kampung Tengah nih jugak adalah jenis kampung yang mana rumah-rumahnya adalah rumah standard rumah nelayan yang diperbuat dari kayu. Apa yang menariknya, diorang sepakat cat rumah-rumah diorang kaler biru sebagai salah satu tarikan pelancong kat area sana. Bagi aku idea nih memang bagus dan menarik. Selain perlancongan, diorang jugak ada bukak gerai kecil-kecilan kat depan rumah dan ada juga yang jual goreng pisang or air balang kat sana. Aku ada la beli air barang 2 bungkus..Memang murah..air lengkong singgit je ngan air teh ais singgit setengah..Murah la tuh kan..

Kampung Tengah nih takde la besar sangat tapi ada banyak baris rumah jugak kat sini. So far kalo ada masa terluang or kalo korang pergi ngan family or kawan, memang aku rasa sonok jugak kalo lepak warung-warung yang ada kat sana..Minum kopi sambil pekena makanan dengan view kampung atau laut..Akhir kampung nih kat sana la jambatan yang viral kat Perlis nih yang mana menghubungkan korang ke kampung seberang.


Destinasi seterusnya adalah Masjid Al-Hosein yang sebenarnya terletak tak jauh dari jambatan warna-warni tuh tapi disebabkan aku malas nak jalan kaki patah balik. So aku naik motor je ke sana. Aku tak masuk pun masjid nih sebabnya waktu maghrib belum masuk lagi cuma cuaca dah menghala ke senja so boleh la aku nak amik gambar sunset la acah-acah. Boleh laa..Antara sebab aku tak tunggu maghrib adalah, aku masih lagi dalam keadaan musafir dan yang keduanya adalah aku malas nak balik ke hotel malam hari..dah tua-tua nih mata tak berapa nampak dah.

Usai aktiviti hari nih, aku balik semula ke hotel. Jalan kaki kat Kg Tengah tadi xde la memenatkan sangat tapi cuaca panas gila buatkan baju agak berpeluh la jugak disamping ko ride motor dengan bau macam-macam dari jalan raya..memang kena balik mandi manda la dulu. So settle semua perkata wajib dan sunat, aku keluar semula untuk cari makan. Kalo korang nak makan best, sebenarnya kat Kuala Perlis tadi. Kat sepanjang jalan aku nak balik ke Kangar..ada berlambak kedai seafood yang aku rasa baik..aku rasa laaa..

Kat sini, masa nih aku rasa nyesal nih sebabnya aku jalan kaki dan tak naik motor untuk mencari makan malam. Kalau dah jalan kaki, maknanya adalah cari makan dekat-dekat je la. Tak mungkin aku nak Sungai Petani jalan kaki. Sebabnya masa sampai tadi aku ada nampak satu food court tak jauh dari hotel aku. So aku target nak kesana..tak jauh so boleh la jalan kaki kejap dalam 10-15 minit. Nak dijadikan cerita..sekali foodcourt tuh tutup..bukan foodcourt tutup tapi xde satu kedai pun yang bukak waktu malam..haa..sudah..so terpaksa la aku menyambung jalan kaki..kebanyakkan kedai tutup waktu malam..kalo ada yang bukak pon macam tak kena selera je..ye la..kedai ayam korea je yang bukak..kalo harga standard Perlis kira ok tp nampak cam harga standard KL. Akhirnya ada satu kedai sebelah corner shop lot yang masih lagi bukak. Kalo xde kedai nih nak taknak aku gi je kepci..makanan halal jugak kan..tp setelah kebuluran sepanjang hari nak jugak aku merasa barang sepinggan nasik di negeri indera kayangan yang ada 8 org je nih. 5 dari nya ada kat kedai makan nih..haha..


Kedai nya boleh tahan besar tapi syukur orang tak berapa nak ada. Masa aku ada kat sana, aku sorang je yang tengah order tapi lepas datang la dua tiga orang lagi. Makanan aku boleh la tahan, nasik goreng pattaya ngan teh o ais. Sedap sebab aku lapar gila tapi kalo nak buat video xde la aku nak rekemen korang datang..nama kedai pun aku x ingat. Tapi apa-apa pun..yang kelakarnya sos cili dia bagi sos cili paket..maknanya sama ada nak pakai atau tak terpulang kat ko..cuma takleh tambah la..Harga makanan kira ok je la bagi aku..kurang la sikit dari harga kat Kolumpo. Kesimpulannya..alhamdulillah..kenyang dan mampu milik..

So macam biasa..bila dah abis makan..mata pun jadi automatik ngantuk..tapi kena jalan agak jauh gak..walaupun x sampai sekilo tapi hampir-hampir la..Dalam perjalanan balik sempat la aku singgah kat Kangar Art Street yang bersebelahan or berdekatan dengan CIMB Kangar. Boleh la tengok2 art orang Perlis nih..tapi tak tau la kalo orang Perlis yang lukih ke orang putih..Lantak pi depa la..Sebelum naik ke hotel, aku pastikan dulu motor aku berada dalam keadaan selamat yang mana aku park kat jalan sunyi sepi depan hotel aku. Lepas memastikan motor aku masih lagi ada dan disk break smua ada lagi..aku pun naik lena..xleh dah nak bertahan..lunyai beb..

Bersambung...

Monday, 19 May 2025

Ride Utara Malaya : Part 1

Kebetulan sebelum habis cuti sekolah, adik aku plan untuk family trip sekali lagi. 2-3 bulan lepas aku x join family trip di Hatyai so kali ni mcm kena paksa lah. So plan nya 31 dec - 1 Jan..so alang2 aku amik cuti seminggu utk teruskan perjalanan nanti lepas abis family trip a.k.a. family day.

Waktunya dah tiba, so plan asal aku naik motor balik kampung utk amik family. Bukan amik sebenarnya tapi lebih kepada berkumpul dulu pastu sok pagi baru lah gerak sama-sama. Aku gerak naik motor dalam jam 8 pagi untuk ke stewan..naik ikut nkve cadangnya nak ikut highway WCE yang ntah berapa tahun x siap2 tuh. Aku on google maps untuk jalan (walhal aku biasanya tak pakai) tapi aku xmau ikut guthrie sebab ada jalan motor. Jalan motor ni bagus la bagi geng motor..tapi masalah utamanya adalah dia lembab..banyak jalan-jalan yang divert agak jauh dan yang paling aku benci adalah..banyak geng basikal dah take over area nih..dan diorang ni ramai yang behave macam jalan tuh depa punya dan dok kayuh slow2 tengah jalan motor tuh sampai halang orang lain nak lalu..bila orang hon..buat muka macam sial...Banyak kali dah aku kena..so aku nak kena elakkan jalan motor nih..

So dia bawak berpusing2 entah kemana hala sampai aku pun pening. Last2 masuk gak WCE meskipun delay dlm 30 minit dari jalan biasa aku lalu.


Ok je jalan ni sebabnya aku nak lari dari jem kat tol plus. Tp part kena ikut jalan dalam tu yg tak berapa berkenan. Jalan punya jalan, aku plan nak singgah la kat kedai roti canai bam bam ke apa nama dia yg awek opis aku dok rekemen kat aku.

Punya jauh aku masuk simpang Sabak Bernam tu sekali tutup lah..Adui..Lama gak aku tahan lapar. Ni lah kedai melayu..memang biasa mengecewakan. So aku singgah je mana yang ada..kebetulan ada food court kat sebelah simpang 4 otw masuk ke bandar Sabak Bernam tu. Walaupun dekat kul 11 pagi tp lauk tghari dah meriah. Aku xmau makan berat2 so cari yg ringan2 je. Bukan apa..takut ngantuk je nanti. Kebetulan ada 1 kedai ni jual cendol ngan rojak..Pakej nih..so x salah aku cuba je la..Verdict dia adalah biashe-biashe aje..takde sebarang yang menarik pon. So next time aku xkan singgah lagi la kat kedai nih. Takmau cakap kedai apa tapi kat food court Sabak Bernam tuh dia je yang jual cendol sama rojak.

So aku teruskan perjalanan menuju kampung halaman tapi sebenarnya xde apa yang menarik untuk diceritakan melainkan aku singgah gi makan kat Venice of Perak yang mana aritu (dulu-dulu) ada satu kedai nasik kandar yang sedap kat sana iaitu Hussain Nasik Kandar tapi masa aku sampai sana, tengok2 dia tutup..haram tul..terpaksa aku g makan kedai yang berhampiran dia tapi kureng la makanan dia dan agak mahal harganya kalo ikut standard Perak. 

Awal-awal pagi lagi lepas matahari terbit dalam lebi kurang kul 7 pagi kami semua dah bangun dan bersiap sedia untuk bergerak. Budak-budak nih bersemangat lebih kalo bab-bab nak gi mandi manda nih. Kalo biasanya diorang la yang paling malas dan banyak cengkadak kalo nak bangun awal. Kami gerak dalam 7 lebih dan target nak sampai BMLR seawal pintu masuk taman tema bukak. Maknanya bukak-bukak je pintu tu, kami adalah orang pertama yang duduk beratur sana.



Plannya adalah ikut jalan di Kuala Kangsar dulu, g bekpes dan kemudiannya masuk highway balik menuju ke Bukit Merah. Padahal boleh je kalo nak gi ikut Taiping tapi aku suggest ikut Kuale sebab nak singgah makan kat kedai viral masa tuh iaitu Lemang Tok Yop. Kul 9 lebih kami dah ada kat Lemang Tok Yeop nih. Kedai macam biasa..kalo viral memang orang ramai lah. Nak kata awal memang tak awal sangat. Walaupun namanya adalah Lemang Tok Yeop tapi mostly menu yang kami order adalah makanan yang takde kena mengena dengan lemang dan rendang. Hampeh..penat bawak jauh2.


Kami sampai awal. Seawal jam 11 pagi selepas breakfast kat Lemang Tok Yeop kat area Kuala Kangsar. Sesampai je kat sana, kami pun beratur untuk masuk ke taman tema. Sebelum masuk off coz la kena tukar pakaian dulu. Ramai-ramai la tukar pakaian kat toilet yang ada kat sebelah entrance tuh. Penuh jangan cerita la. Naib baik kami je tukar baju kat sana sebab orang lain dah standby awal-awal lagi sebelum beratur. Walaupun kami je yang tukar baju tapi tetap penuh sampai budak-budak bolen je kat dalam toilet tuh. Masing-masing tak sabar lagi nak masuk. 


Que masa kat beratur first tuh tak ramai. Tapi lepas tukar baju, kami beratur balik dah jadi panjang la pulak. Ada dalam 15 ke 20 minit camtuh la..aku masih ok tapi budak-budak la yang tak boleh sabar. Nak nangis pun ada diorang tuh. Masuk kat dalam tuh memang penuh gile sepenuh-penuhnya..sampai takde tempat nak lepak kat depan area taman tema tuh. Cuti sekolah la katakan.


Lama jugak sessi mandi manda nya. Tak lalu dah aku tunggu sekitar 2 jam dah xde rasa nak berenti. Aku makin rimas dengan orang yang ramai gile dan start dari duduk dah aku gi cari port baring kat tempat yang kurang orang tapi x menjolok mata pengunjung yang lain. Dia dah macam tempat tuh dah over crowded yang mana dah macam xde tempat nak berjalan tanpa ko berlaga ngan orang. So aku yang jenis x gemar tempat crowded nih dah jadi anxiety  dan rasa nak blah. Aku tanya tukang jaga tiket tuh sama ada aku boleh tak keluar kejap dan jap lagi masuk balik. Malangnya tempat nih punya peraturan adalah once ko keluar so kalo nak masuk balik kena beli tiket lain. Jadi nak tak nak aku keluar je lepak kat luar. Takleh tahan dah aku rasa. Sesak nafas aku rasa. 



So aku lepak luar sementara tunggu semua abis mandi. Lepak jap pekena laksa. Lagi pun aku dah kebulur tahap cipan dah. Tadi kat dalam ada tempat makan tapi manusia ramai giler dan harga makanan jugak tinggi. Standard la kalo kat taman tema so takleh nak komplen.Stay kat Bukit Merah nih kami pilih untuk menginap di Laketown hotel. Kat sini ada 2 jenis hotel korang boleh pilih iaitu Laketown hotel macam yang kami book nih manakala satu lagi adalah Kg Air Water Chalet yang mana harganya jauh lagi mahal la.. 


Laketown hotel nih bilik standard room pun dah cecah dekat RM200 masa booking arituh tapi termasuk breakfast untuk 2 orang. Bilik nya agak besar tapi memang aku tak berkenan sebabnya hotel nih hotel lama dan keadaannya tak berapa OK la bagi aku. Sebab apa? Sebabnya tak di menten dengan elok. Tiles lantai pun dah nak tercabut. Kalo dibuat perbandingan, ko dok kat Siam, macam bilik harga 50 ringgit ja... Namun begitu, memandangkan semua orang setuju nak dok sana..so aku redha je la..tambahan lagi yang aku tak berapa suka adalah waktu check in adalah kul 3 petang. Aku yang tak gemar nak mandi manda nih cuba nak masuk bilik awal tapi memang takde kekosongan langsung atau diorang tak sempat kemas. So tunggu je la kat lobi tuh dalam sejam setengah jugak lah.




Selain dari taman tema nih sebenarnya ada beberapa aktiviti yang korang boleh buat. Nak jalan-jalan kat kawasan sekitar pon OK sebab pemandangannya boleh la. Tapi disebabkan mandi yang terlampau lama. Sedar-sedar je dah petang. Aku yang jenis introvert..yang tak gemar sangat dengan orang yang ramai nih, lepas check in hotel..lepak sembang-sembang kejap ngan bapak aku, pastu turun ke bawah blok hotel aku tuh. Kat tepi blok hotel nih ada swimming pool yang mana aku pon mandi la sorang-sorang. Sebenarnya ada je 2-3 orang lagi yang mandi sekali tapi xde la sesak. Selang beberapa minit turun la budak-budak nih kat swimming pool tuh. So dah ramai..aku pon naik balik kat bilik. Tukar pakaian dan g berjalan-jalan santai petang-petang kat area tasik.


Sambil-sambil penat berjalan, aku singgah la kejap kat foodcourt yang ada kat area sebelum masuk taman tema tuh untuk melantak laksa dan cendol barang semangkuk. Boleh la..rasa cendol biasa-biasa untuk melegakan dahaga boleh la.

Dulu company aku kerja ada sebijik rumah duplex kat Bukit Merah nih. 4 bilik 3 bathroom kalau tak silap aku. Pernah 3-4 kali jugak aku stay sana tapi kat area Water Front Villa, bukan kat area hotel-hotel nih..kat sana dulu aku dapat gelang entry Bukit Merah water park nih dalam 5 gelang..tapi xpernah sekali pon aku masuk secara percuma. Nak lepak kat villa, jalan-jalan dan makan-makan je yang penting. Padahal aku dok kat Penang satu masa dulu. Dekat je tapi untuk rehat-rehatkan minda selepas penat bekerja memang Ok sangat lah.


Waktu malam kami sekeluarga makan ramai-ramai. Semuanya dalam 18 org semuanya dan kami amik event room kat sana supaya lebih privacy. Bukan aku tapi adik aku yang uruskan semua. Aku punya part adalah makan dan bayar je apa yang patut kena bayar. Party atau jamuan berlangsung tanpa apa-apa masalah. Kami amik dinner buffet yang mana duit kena tambah dan tak termasuk dengan harga bilik. Tapi masih berpatutan cuma makanan nya xde la meriah sangat cuma mencukupi. Xyah banyak-banyak sebab nanti x abis pun sebab ada menu tambahan macam kek dan lain-lain lagi.




Settle semua makan malam dan sambutan hari jadi yang bagi aku agak meriah la jugak sebabnya xpernah buat pun macam nih. Sebahagian dari kami balik ke hotel manakala sebahagian lagi lepak kat tepi tasik tuh dengan harapan nak tunggu tahun baru sebabnya ada lucky draw yang kalo x silap aku hadiah utamanya kereta kut..Kalau tak silap aku la..banyak gak acara-acara mcm game dan lain-lain lagi. Lama gak aku stay kat tepi tasik tuh tapi sebabkan orang makin ramai dan makin lama peluang nak dapat keter makin suram..Aku pun naik ke bilik dan teruskan aktiviti wajib..iaitu lena...

Bersambung.