Secara jujurnya, Batam ni bagi aku adalah just another town atau city. Kalau ko nak stay lama memang xde apa2 yang menarik sangat kecuali hiburan. Untuk short trip kira ok la..sesuai untuk mana2 traveler yang suka view ootd oversea dan nak makan2 seafood tapi tak mau bayar mahal sebab kebanyakan attraction dia bagi aku adalah untuk lokal saja.
Dia takde the lost city mcm kat Bagan, Myanmar. Takde ancient city macam kat Siem Riep, takde toy train cam kat Kandy-Ella dan lain-lain lagi (cuma menyebut sebahagian tempat yang aku pernah pergi) dan pantainya pun (aku x pergi pantai Nongsa so ini dikecualikan dari perbandingan) bagi aku Teluk Batik lg ok kut.
Tapi korang jangan salah paham..Batam ni sebenarnya tempat yang sebahagiannya adalah maju..lagi maju dari Seremban kalo nak dibandingkan..banyak hotel2 lima bintang dan bangunan2 moden dan shopping-shopping mall. Cuma kenapa Batam ni jadi tempat persinggahan ramai orang dan selalu penuh dengan tourist? Bagi aku kemungkinan besar sebab hiburan. Kat sini nampak cam banyak karaoke..klub dan yang paling obvious adalah massage. Aku ni jenis yang agak open, xde masalah dengan hiburan sebab ikut suka korang la nak buat apa. Aku stick dengan massage je tapi nak tau mana masaj yang betul masaj atau yg tak..aku tak boleh nak bagitau.
Kalo korang datang nak shopping kat sini pun aku tak sure nak rekemen ke tak.Kemungkinan besar aku tak pergi ke tempat sepatutnya. Kalo nak cari ole-oleh cam tshirt i love batam atau kek batik mungkin la tapi harganya takde murah pun..sbb sepanjang 2 hari aku mencari sehelai baju batik tapi harganya baik aku beli kat shopee je..kurang separuh dari yang dijual di kedai. Harga kat Nagoya kira standard lebih kurang kat Malaysia. Jadi selain makan (yang bagi aku xde murah sgt pun) atau bergambar kat Welcome to Batam, maybe hiburan la no 1..cewek-cewenya ganteng2 dan mudah untuk didapati (kalau mencari)..mungkinlah itu salah satu sebab Batam ni selalu jadi tarikan terutama sekali bapak2 dari Malaysia dan juga Singapura (bukan semua orang mcm tu..kita kena husnuzon). Jangan pulak korang nanti x bagi lak suami2 korang g trip ke Batam dengan kengkawan. Diorang tu mungkin join tabligh keluar 4 hari ke sana..kikiki
Walau bagaimanapun pada pandangan aku, kita tak boleh salahkan sesuatu tempat sebabnya kalau takde permintaan maka tiadalah penawaran. Kalo bab maksiat ni kat mana2 pun ada. Sempadan kemboja-vietnam..dannok..betong even hatyai pun banyak sebabnya ada permintaan yang meluas. Even kat kl pun banyak aku leh bagitau. So kalo ditanya adakah aku nak ke Batam lagi. Kemungkinan besar idak lah sebab personally aku jenis explore utk lihat kehidupan masyarakat sesuatu tempat..dan belajar history n kalo adventure sket2 plus senibina pelik2 memang itu yang aku cari. Jadi bagi aku..sekali pergi dah cukup lah..banyak lagi tempat lain yang boleh dikunjungi.
Pengangkutan
Pengangkutan awam di Batam ni bagi aku kira complete la. Cuma keretapi je takde. Bas awam ada, angkutan kota ada, gojek ojek ada, teksi dan yang penting kalo nak ke Batam ni boleh naik feri dan kapal terbang.
Cerita pasal feri..kalo korang dari Malaysia ada 3 tempat yang korang boleh amik. 1 di Pasir Gudang..aku x sure ada lagi ke tak..No. 2 kat Puteri Harbor yang aku naik ni dan no 3 kat Stulang. Harga tiket kalo naik di Pasir Gudang paling murah..no 2 Stulang dan yang paling mahal di Puteri Harbor. So kalo paling mahal kenapa aku amik di Puteri Harbor memandangkan aku ni jenis save budget dan kedekut orangnya? Antara sebabnya adalah aku nak jumpa member kat Kulai aritu n no 2 aku malas nak masuk JB sebab aku pernah dok JB dalam 2 taun so aku memang x sanggup nak redah jam kat sana. Lagipun kat Puteri Harbor parking motor free.
Kalo di Batam, tengok la korang datang berapa orang..kalo ramai amik tour bus..sewa kereta pun boleh tapi aku tak pasti la apa syarat2 nya. Macam yang aku bagitau aritu, asalnya aku memang nak sewa motor tapi cengkadaknya terlampau banyak dan syukur aku x sewa pun sebab cuaca berubah2. Sekejap panas nak mampus sekejap ujan lebat. So untuk aku yang gerak solo ni, naik ojek adalah yang paling mudah dan murah. Ko imejin perbelanjaan aku naik ojek lagi jimat dari sewa motor..tu belanja sewa je tak masuk lagi bensin dan lain-lain. Ikut korang punya preference lah senang citer.
Penginapan.
Kat Batam ni memang mewah dengan penginapan. Korang nak dok Shereton ada, nak dok Fave hotel pun boleh dan banyak lagi hotel2 yang mahal murah ikut kemampuan diri. Nak dok hotel cap ayam cam aku pun ok..ada lagi murah tapi aku pilih lokasi dekat dengan Nagoya hill (dalam 1 km lebih) dan bajet bawah rm 50 semalam siap free breakfast. Kira Ok la tuh. Ada masaj plus2 lagi. Walaupun murah tapi bagi aku agak ok jugak biliknya kecuali takde tingkap yang menyebabkan perokok tegar cam aku menghadapi sikit kesukaran. Kebersihan ada sikit out tapi lain-lain dari itu ok je. Kalo korang nak pilih hotel aku cadangkan korang tengok dekat mana feri korang turun sebabnya kat Batam ni ada 2 ke 3 tempat pelabuhan. Aku cadang korang dok dekat2 sana je. Mudah kalo jenis menggelupur cam aku pagi tadi. Dekat..tapi tempat yang aku rekemen adalah Nagoya hill atau Batam center lah sebab kebanyakan tamadun ada di sana..senang kalo korang nak g mall kalo boring-boring.
Makanan
Aku tak tau nak bagitau korang la camana pasal makan ni sebabnya aku bukan jenis makan viral2 ni..atau jenis makan kat tempat ootd nak buat amik gambar masuk fesbuk atau insta. Cuma bagi aku kalo makan makanan rakyat tempatan..makan di Malaysia lagi murah. Tak pergi mana-mana kedai makan atau restoran yang dipaparkan kat mana-mana, Secara random aku dapati rata-rata makananan sebagai contohnya nasik goreng time malam mesti lebih rp 30k yakni lebih rm 10 di Malaysia. So biasa2 je harga dan rasanya..boleh la..kira aku masak lagi sedap kut. Cuma ada port2 murah la jugak macam Nasi Ayam 25 jam..yang ni faveret aku kat Batam sebab satu set makan x sampai rp 20k tapi potion x besar la. Tapi ramai yang datang kat Batam nih sebab nak menikmati seafood dia yang katanya murah tuh.
Sosial dan ekonomi
Mostly aku bercampur dengan rakyat marhaen. Bell boy, cewek masaj dan juga pakcik ojek. Lagipun aku kat sini ikutkan tak lama, sehari perjalanan pergi, sehari perjalanan balik dan seharian je aku dok betul2 kat sana. Nak kata orang Batam miskin-miskin, banyak je naik keter sport dan ada di antara nya kereta lagi mewah dari kita kat Malaysia. Banding ngan aku, aku naik motor je. Orang cakap typical Indonesia la.. Kalau yang kaya sangat tuh..kaya betul..kalau yang tak..hidup hari-hari kais-kais..
Oklah.. setakat ini saja post untuk kali nih..aku letak sekali perbentangan perbelanjaan aku untuk perhatian dan tindakan korang selanjutnya..
Bertemu di lain kali...chalos amigos..
Perbelanjaan
Day 1
Minyak motor rm10
Air rm 3.50
Lunch rm 8.50
Entrance fee Taman Negara rm 5
Kopi tenggek rm 4.50
Tiket feri Batam 2 way rm 190
Hotel di jb rm 110
Minum petang rm 7
Isi minyak motor rm15
Makan malam (belanja member) rm 15
Hotel Batam rm 93
Jumlah : Rm 461.50
Day 2
Breakfast rm 6.60
Tips rp 10k
Beli air rp 7k
Lunch rp 18k
Dinner rp 30k
Kudapan rp 14k
Jumlah : 79k rp + RM 6.60
Day 3
Ojek ke kapal ceng ho rp 25k
Ojek ke masjid agung, welkam to batam ke hotel balik rp 120k
Lunch rp 18k
Beli air rp 11k
Massage rp 300k
Tips rp 50k
Beli rokok rp 33k
Makan malam rp 32
Jumlah : 589k rp
Day 4
Ojek ke feri rp 10k
Bayaran tax rp 97k
Jumlah : 107k rp
Jumlah Keseluruhan : 2.16 juta rp / RM 647.85