Showing posts with label india. Show all posts
Showing posts with label india. Show all posts

Saturday, 9 February 2019

Kesimpulan Trip India (New Delhi, Agra, Jaipur, Udaipur, Jodhpur)

Kat sini aku nak share sedikit sebanyak tips berdasarkan pengalaman aku travel solo di beberapa tempat sepanjang di India. (8 hari je pun, takdelah grand sangat)..Antara benda-benda yang perlu diberi perhatian adalah seperti yang dibawah ini:


Pengangkutan

India memang sebuah negara yang besar. Rakyatnya pun ramai ya amat. Jesteru itu, memang banyak jenis pengangkutan yang boleh dicuba untuk membawa kita ke destinasi yang kita inginkan. Kalau destinasi yang nak dituju itu agak jauh, flight adalah salah satu option yang terbaik sekiranya mengejar masa dan juga mempunyai budget yang mencukupi. Selain dari itu, bas dan juga publik transport yang paling terkenal iaitu kereta api juga menjadi satu pilihan lain.


Auto rickshaw

Auto rickshaw ni juga dikenali dengan nama tuktuk kalau di negara-negara asean tapi sebenarnya ianya berfungsi sama je ngan tuktuk kat tempat lain cuma kalau ikutkan sebenarnya diorang nih ada  meter. Tapi jangan haraplah pemandu-pemandu ni nak guna meter sebabnya diorang boleh pau korang semua dengan lebih efisyen. Lebih kurang sama dengan sebahagian dari teksi kat Malaysia lah. Tak dinafikan, ianya adalah antara yang menawarkan servis pengangkutan paling murah di India. (Kalau tak kena scam la) Biasanya auto rickshaw ni korang kena tawar untuk dapatkan harga yang paling competitive. Antara tektiknya adalah, korang kena tahu berapa jarak perjalanan yang korang akan lalui dan nego. Pengangkutan ini yang paling banyak akan scam korang kalau di India, so sila berhati-hati.

Pengalaman aku, setiap hari aku akan kena scam ngan mamat-mamat nih. (sebab tuh aku suka jalan kaki..tak kan aku nak scam diri aku sendiri kut?) Kalau korang bayangkan, perjalanan dalam sekitar 2-3km diorang cuba charge dalam 200 rupee (RM 12). Nego-nego pun tak mahu gak turunkan harga walaupun satu rupee.  Boleh je nak jalan kaki, tapi cuba korang try jalan kaki time tengahari dengan suhu dalam 40 degree. Nak tak nak memang naik jugaklah. Tak kira lagi yang buat-buat sesat jalan dan double charge korang. Ini semua mainan diorang, kalau korang tak rushing dan juga tak puas hati dengan harga diorang, korang carik je tuktuk lain dan try nego. Ada je yang baik dan jujur di luar sana tuh.




Kereta api

Kalau di India, pengangkutan paling terkenal adalah train seperti yang banyak dipaparkan dalam filem Hindi. Bak kata orang, kalau ke India tapi tak naik keretapi sama je cam korang gi Brickfields je. (Yang nih aku reka-reka..takde kena mengena dengan yang hidup atau telah mati) Sepanjang perjalanan aku menaiki train di India, terdapat beberapa kelas yang dibezakan dari segi harga. Makin tinggi harga korang bayar, makin selesa perjalanan korang dan kebarangkali terjadinya drama adalah agak berkurang. (Tak juga sebenarnya) Secara jujur, aku tak pernah beli tiket secara online atau beratur di stesen keretapi, so aku no komen berkenaan perkara ini. Cuma kat sini aku boleh listkan beberapa website bagi sesiapa yang nak try booking online. Aku rasa jauh lebih murah dari korang booking melalui ejen macam aku.

Ini adalah antara list-list website yang boleh korang cuba.

https://www.irctc.co.in/nget/train-search
https://www.yatra.com/trains
https://www.goibibo.com/trains/
https://www.makemytrip.com/railways/
https://www.railyatri.in/train-ticket

Kalau korang ada baca trip aku di Jaipur dulu, brader Ariff (ejen yang aku beli tiket keretapi) ada tunjukkan kat aku kat laptop dia berapa harga satu keping tiket dan dia jugak tunjuk yang berapa dia amik sebagai komisyen sebagai tukang booking kan tiket untuk aku. Tak sampai RM 5 pun..Cuma apa yang aku nak suggest kat korang adalah..kalau nak naik train, better amik la yang ada aircond. Memang best feeling-feeling macam Shah Rukh Khan naik train cam local tapi percayalah..kejap je feeling tuh..dah 10-11 jam dalam train nanti tau lah apa yang korang hadap..




Teksi

Sepanjang perjalanan di India, aku cuma naik teksi 2 kali sahaja iaitu dari airport ke bandar dan dari bandar ke airport. Teksi sebenarnya Ok bagi aku sebab walaupun harganya lebih mahal dari auto atau tuktuk, tapi korang dah firm kan harga awal-awal. Kat sini kalau macam tuktuk, diorang biasanya akan try untuk pau korang selagi boleh, dan akan turunkan harga ikut korang punya kehebatan dalam negotiation. Lain pulak ngan teksi, diorang dah ada harga dasar cuma ditambah dengan komisyen pada kaunter atau hotel tempat korang booking tuh. (tak tambahla dengan tips yang diorang cuba mintak dari korang..kalau ada)



Bas

Bas adalah salah satu pengangkutan yang bagi aku murah jugak kalau nak digunakan dan agak efisyen, cuma keselesaan bergantung kepada keadaan fizikal bas. Biasanya perkhidmatan bas nih aku gunakan untuk perjalanan antara bandar. Tak pasti dia ada trip di dalam bandar atau tak..Tak pernah nampak pulak. Jalan di India (sepanjang perjalanan aku) adalah bercampur-campur. Hampir keseluruhan keadaan jalan adalah baik, mungkin sebab hampir keseluruhan perjalanan aku merangkumi perjalanan dari satu bandar besar ke bandar besar yang lain. Khabarnya keadaan jalan di kawasan remote atau pedalaman adalah agak menakutkan sekali. So far aku OK je naik bas di India cuma yang non air condition je agak tak berapa selesa dan aku dah banned. (kecuali kalau dah takde duit sangat)



Metro

Kalau di Delhi, pengangkutan ini merupakan tunjang utama bagi menghubungkan pergerakkan di sekitar bandar. (dalam bandar) Secara jujurnya aku tak merasa nak naik metro di Delhi..entah kenapa bila balik ke Delhi, aku terlupa akan pengangkutan ini dan teruskan berjalan kaki.(padahal stesennya dekat je kat luar Paharganj tuh) .Metro ini macam LRT or MRT la kalau di KL. Metro di Delhi ini bermula dari jam 5.30 pagi dan last train tamat pada 11.30 malam. Aku tak naik transport nih so aku tak mau komen lebih2.


Makanan

Yang nih agak susah nak di describe. Bagi sesiapa yang tidak memerlukan makanan halal, ada beribu-ribu tempat makan yang boleh dicuba, no problem. Bagi yang mencari makanan halal tanpa syubahah ada sedikit sukar. Di India, populasi orang Muslim adalah hanya 14-15% dari keseluruhan penduduk yang berjumlah lebih kurang 1 billion dan kebanyakkan populasi ini berada di Kashmir dan daerah lain di selatan. Antara cara yang agak mudah untuk mencari makanan halal adalah melalui google maps. Tapi agak selalu jugak aku kena tipu ngan apps nih. Misalnya dalam google maps dia cakap restoran halal, bila korang dah sampai time nak order makan, sekali dalam menu ada babi lak pulak. (Yang nih kat negara lain)

Cara alternatif adalah dengan pemerhatian atau bertanya kepada local. Yang nih paling efektif...korang carik masjid yang berdekatan, dan selalunya ada kedai makan yang dekat ngan masjid. Kalau ada jemaah atau orang yang berkopiah kat kedai / restoran tuh...memang itulah tempat yang dicari-cari. Harga makanan pula bagi aku, tak begitu mahal namun tak murah jugak. Boleh katakan lebih kurang harga di Malaysia jugak. Macam dalam post aku sebelum ini, tolonglah jangan tengok dapur diorang masa diorang sediakan makanan untuk korang. Mostly makanan kat India sedap-sedap, macam kat kedai-kedai mamak kat Malaysia cuma aku takde lah keberanian untuk cuba-cuba street food, takut-takut sakit perut.

Favorite food aku di India (Rajastan) setakat ini adalah roti dengan chicken changezi. Chicken thali pun baek jugak..ehh..briyani kat India pun power gak..Kalau korang datang ke India, cuba lah cari tempat yang menyajikan makanan ini (chicken changezi) dan try sendiri.




Hotel

Di India ada banyak atau pelbagai jenis hotel yang boleh korang pilih. Cuma bagi aku masalah yang ada adalah memilih hotel yang berbaloi untuk di diami. Banyak range hotel kat India dan all the time aku pilih hotel yang paling murah kat agoda or booking dot com. Asal boleh tidur cukuplah, tapi condition bilik kebanyakkan nya di bawah par tahap kebersihan. (sesuai lah dengan harganya) Aku tak sure tahap hotel-hotel lain yang berada di range yang lebih tinggi tapi recommendation aku adalah book lah hotel yang mid range ke atas kecuali kalau korang tak kisah tapak kaki berdaki sebab berjalan di lantai hotel ataupun aircond bau hapak atau bilik tuh takde aircond langsung. Ikut budget dan keselesaan korang lah.

Kebiasaan nya aku book hotel secara online sebab murah dan di Jaipur arituh kena aniaya ngan staff hotel so aku ada juga experience book hotel secara walk in dan terbukti yang booking online lebih murah, yakni aku kena bayar lebih 2 kali ganda masa walk in. Biasanya kalau aku pre book hotel masa di Malaysia, aku akan guna agoda supaya tak kacau budget aku masa travel nanti, tapi kalau on the go di negara orang, biasanya aku guna booking je.

Actually kat India ada beberapa website atau apps untuk booking hotel yang kadarnya agak jauh lebih murah dari agoda dan booking atau trivago. Kat bawah nih aku listkan website yang boleh dijadikan reference untuk korang. Tapi jujurnya, aku tak gunakan website nih sebab ada beberapa review kurang menyenangkan yang aku baca di internet. Lagipun aku ada cash back agoda, tapi tak salah kalau aku nak share, manalah tahu berguna untuk korang dalam perjalanan nanti.

https://www.yatra.com/
https://www.goibibo.com/
https://www.makemytrip.com/





Scam
India: Land Of Scam?

Sebenarnya tak juga. Scam kat mana-mana pun ada, tak kira di mana-mana tempat yang pernah aku sampai (Tak banyak mana pun sebenarnya) even negara-negara yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia cam France dan eropah tak terkecuali. Sekurang-kurangnya aku tak pernah kena copet kat India macam yang berlaku kat Paris beberapa tahun dulu.

Mostly melalui pengalaman aku, scam-scam di India ini adalah perkara-perkara biasa macam scam pengangkutan dan lain-lain lagi. Kalau korang nampak macam tourist memang lebih la risiko untuk terkena nya. Sebagai contoh..sebelum korang nak ke India lagi biasa dah ada scam terutamanya bila nak apply visa. Baik korang check website yang betul kalau korang nak apply untuk e-visa. Kalau tak end-up korang kena bayar lebih beberapa ribu rupee. Sebab tak mau kena scam ni yang aku gi buat visa secara manual. Website yang original tuh aku bagi korang carik sendiri lah.

Selain dari itu macam-macam jenis scam lain (tapi aku tak hadapinya tapi aku still nak share) yang agak femes macam :

1) Mintak sedekah oleh budak-budak mintak susu 
    dan pensel untuk belajar.

2) Sami mintak duit untuk doakan korang.

3) Hotel terbakar atau jalan tutup sebab perayaan 
  pastu diorang bawak korang gi hotel kawan diorang.

4) Sim card scam. Register hari ni tapi sampai sudah 
    tak activate.

5) Amik gambar binatang kat tengah jalan..pastu 
    kena pau duit.

6) Pashmina dan cashmere murah tapi bila nak  
    bayar harga lain.

7) Tiket bas @ train palsu.

8) Hadiah free bracelet..tapi duit kutip kemudian.

9)Orang tetiba datang nak tolong or tunjuk jalan..     
 last skali mintak duit.

10) Polis tahan di tengah jalan dan mintak tax jalan 
    raya.

Dan banyak lagi..



Sosio Ekonomi dan Keselamatan

Kebelakangan ini ada banyak cerita pasal tourist dibunuh di India, ada yang dirogol dan banyak kes lain seperti rompakan dan lain-lain lagi. Mula-mula aku nak pahamkan korang tentang apakah sebenarnya tempat yang korang pergi ini. India adalah satu negara yang bagi aku over crowded dan kebanyakkan dari penduduk India nih adalah dari jenis sederhana ataupun daif. Bayangkanlah di Delhi sahaja populasi manusia lebih kurang 30 juta dan ianya adalah populasi no 2 di India dan meskipun India adalah negara yang besar, keseluruhan rakyatnya adalah lebih kurang 1.3 billion orang. Mengikut apa yang aku baca, 50% punca kenapa tourist terlibat dalam kejadian yang tidak dikehendaki ini adalah disebabkan oleh diri mangsa sendiri. OK. Nih antara tips yang boleh aku bagi kalau ke India walaupun aku takde lah seorang yang adventure traveler sangat cam orang lain.

1) Jangan sombong @ berlagak sangat kat tempat orang.

Kadang-kadang tabiat nih boleh sebabkan orang simpan dendam or cuba balas apa yang korang  buat. Just be humble dan berbuat baik pada semua orang.

2) Jangan @ berhati-hati bila berjalan / travel pada waktu malam.

Adakalanya di tepi-tepi jalan pada waktu malam terdapat orang mabuk atau khayal. Takut-takut diorang tak sedar apa yang diorang buat dan boleh mengganggu emosi dan jiwa korang.

3) Elakkan berjalan di lorong-lorong kecil dan gelap.

Yang ini aku selalu buat sebab tersesat jalan tapi aku still nak advise korang supaya berhati-hati.

4) Jangan terlampau percaya sangat dengan orang.

Orang India memang ramai yang kacak-kacak macam Amitabhacan atau cantik-cantik macam Karena Kapoor. (tak nampak lagi yang macam Kareena) Cuba bayangkan rupa cam Shah Rukh Khan ajak korang lepak-lepak sampai ke bilik (untuk aweks2) Ataupun orang yang baru korang kenal sejam dua ajak di tempat-tempat yang korang tak tahu. Bukan suruh tak percaya langsung...tapi kena hati-hati lah..Ada yang baik..tapi kalau kena ngan yang tak berapa baik..nasib lah.

5) Elakkan terima ajakkan orang untuk buat kerja-kerja yang melanggar peraturan. 

Ada beberapa kali jugak la aku diajak gi isap dadah, lepak minum beer lah dan macam-macam lagi tapi aku takde la nak try sebab zaman-zaman aku macam tuh dah lama berakhir. Kadang-kadang yang mengajak ko isap dadah tuh budak-budak sekolah lagi tuh. Rosak akhlak tul. So kalau korang jenis kaki enjoy / fit boleh la cuba-cuba tapi kalau masuk ke "dalam" tolonglah jangan mintak derma / sumbangan kat dalam fesbuk untuk jamin korang nanti. 

6) Jangan berpakaian terlampau seksi
  
Aku memang tak berapa paham naluri seorang wanita. Macam ada di beberapa tempat yang aku pergi especially di tepi pantai. Ramai wanita nih yang berbikini dan tak kurang juga ber g-string tapi satu badan lumur dengan sun block sebab takut kena sun burn sambil mulut pot pet pot pet. Kalau takut kena  sunburn, pakai je la seluar panjang.Apakah sebenarnya yang korang nak nih? Perbuatan yang macam ni kira cam sengaja nak belanja ataupun cubaan mengundang nahas. Pendapat aku je lah.

7) Sentiasa aware dengan keadaan sekeliling dan jaga harta benda personal dengan rapi.

Di India, kena selalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Adakalanya ada binatang-binatang cam anjing dan juga babi berkeliaran. Disamping itu kat sesetengah jalan juga terdapat banyak boobi trap. (tahi lembu, kambing dan sebagainya.) Barang peribadi sebolehnya jangan tinggalkan merata-rata. Kalau ke tempat-tempat yang tak berapa tentu, jam rolex atau gelang emas sebaiknya jangan tunjukkan or jangan pakai langsung. Bukan apa..untuk elakkan dari terjadinya kes-kes kecurian atau rompakan.

8) Hati-hati bila makan terutamanya street food.

Ini bergantung kepada kekuatan perut korang. Kenapa aku tak galakkan makan di tepi jalan sebab sebahagian besar keadaan jalan di India adalah berhabuk @ berdebu, jadi kemungkinan makanan dah bercampur dengan habuk or debu dan kadar untuk korang sakit perut atau cirit birit itu adalah lebih tinggi kalau tak biasa. Ada beberapa orang kawan aku sebelum nih yang datang ke India dah pernah mengadu kena cirit birit beberapa hari sampailah diorang naik flight balik ke Malaysia dan diorang kata terpaksa habiskan masa di hotel dan tak dapat berjalan-jalan meneroka tempat-tempat yang sepatutnya korang pergi. Sayang betul.

Satu lagi kalau minum air make sure air botol mineral dan botol tuh make sure seal dia tak dibuka lagi sebelum minum. Air paip? Please jangan cuba ye..

9) Hati-hati di jalan raya.

Kalau berjalan kaki sila berhati-hati sebab trafik di India agak havoc. Kenderaan tak kira mengikut arus atau melawan arus. Walaupun tak sehavoc trafik di Saigon tapi kadar bahaya nya tuh sama je. Lagi satu yang paling annoying adalah bunyi hon kenderaan. Kadang-kadang dari jauh kira-kira beratus meter lagi diorang dah start hon-hon. Memang sangat menyakitkan telinga.





Kesimpulan Trip India

Apa yang nak dikatakan ye? Trip India sangat membuka mata dan minda aku pada negara ini. Ianya umpama menyaksikan kehidupan sebenar dalam cerita Slumdog Millionaire; cuma part of it lah...Kehidupan di India boleh dikatakan sangat-sangat competitive. Jurang perbezaan diantara golongan kaya dan miskin sangat jauh seperti dalam cerita-cerita India yang aku lihat (contoh: 3 idiots) menyebabkan tekanan pada masyarakat untuk memastikan anak mereka berjaya. Golongan kaya dengan kot dan kereta nya, adakalanya ada aku temui dalam train dengan gaya lorat dan sombongnya (tak semua) manakala golongan miskin cuba sedaya upaya untuk meneruskan hidup, berkerja memerah keringat siang dan malam (korang boleh tengok keadaan ini di Old Delhi pada waktu malam) dan adakalanya mengambil cara mudah dengan menipu dan scam terutamanya kepada pelancong.

Setiap hari dalam perjalanan, darah aku asik menyirap je mostly sebab aku dah tau aku nak kena scam, nak kena harass (orang berjual-jual) di jalanan tapi aku tak boleh buat apa pasal tuh. Tapi India nih ada sesuatu yang lain. Bak kata orang love and hate feeling at the same time.  Meskipun negara nih banyak kekurangannya, tapi ianya memang satu tempat yang marvelous kalau nak di kira dari segi sejarah dan juga tempat-tempat menariknya. Memang banyak dalam post aku, aku ceritakan keadaan macamana perjalanan di India; yakni penuh dengan macam-macam yang negatif tapi kalau korang berjalan di kawasan rumah-rumah penduduk tempatan yang takde sebarang kepentingan atau keperluan untuk diorang terhadap korang, korang akan dapati yang sebenarnya rakyat India nih peramah dan warm hearted. Dimana-mana korang berjalan ada saja yang akan tegur dan cakap hi atau hello kat korang. Kat mana-mana terutama sekali bila aku sesat, dimana saja aku bertanya mesti ada orang yang akan tolong guide ko walaupun kadang-kadang diorang tak paham sepatah apa yang korang cakap. Budak-budak yang friendly sentiasa merasa curious bila nampak orang yang lain dari yang biasa diorang lihat dan macam-macam lain.

Itu lah sebenarnya kehidupan kita di dunia ini. Jangan judge sesuatu bangsa atau negara sebabkan beberapa golongan minoriti membuat angkara. Aku tak sokong pepatah melayu " Kalau jumpa india ngan ular, ketuk india dulu" sebab korang takkan tahu bila kesusahan nanti silap-silap india yang akan tolong korang. Nak harapkan ular nak tolong? hmm..

So apa yang aku nak advise korang adalah..silalah datang ke India dan alami sendiri pengalaman yang mencabar di sini.

Sekian.

Oh..kat bawah nih aku sertakan budget sepanjang trip..(ground sahaja)



Budget India

Day 1 Delhi
Stuck kat mesen air 100 rp
Beli air 50 rp (harga 35 tapi amik 50)
Teksi ke hotel 500rp (patut 1 teksi tapi amik 2 org)
Hotel 780rp
Air mineral 40rp
Tiket ke Agra 600rp
Overall 2070rp

Day 2 AGRA
Auto rickshaw 220rp
Hotel 650rp
Makan 150rp Vege briyani n coke
Air 35rp
Makan mlm 245rp
Overall 1300rp

Day 3 Agra
Tuk tuk morning 400rp
Hotel 675rp
Bayar entrance fee amik gambar 200rp
Tiket ke Jaipur 500rp
Derma masjid 50rp
Makan 220rp
Overall 2045rp

Day 4 Agra Jaipur
Tuk tuk ke bas stand 130rp
Beli air 2 botol and lighter 105rp
Beli chips 30rp
Hotel jaipur 900rp (beli booking tapi cancelled by hotel)
Beli air 40rp
Tiket train 840rp
Makan malam 190rp
Overall 2235rp

Day 5 Udaipur
Tuk tuk to railway 100rp
Mineral water 30rp
Hotel Udaipur 400rp
Tuk tuk dari train station ke hotel 100rp
Lunch 190rp
Entrance fee city palace 300rp
Bus tiket ke jodhpur 250rp
Dinner 430rp
Overall 2290rp

Day 6 jodhpur
Auto rickshaw to bas station 80rp
Air mango ngan chips 150rp
Tuk tuk ke hotel 200rp
Hotel 680rp
Tiket train ke Delhi 1200rp
Dinner 430rp
Overall 2740rp

Day 7 jodhpur Delhi
Tuk tuk ke railway 100rp
Beli air and chips 100rp
Hotel 742.50rp
Tuktuk 180rp
Tips kat staff hotel 50rp
Extend check out 500rp
Dinner 250rp
Overall 1922.50rp

Day 8 Delhi
Beli air 70rp
Tuktuk Dari India gate 80rp
Souvenir 500rp
Teksi dari hotel 400rp
Dinner 200rp
Tip driver teksi 50rp
Starbucks 305rp 
Overall 1605rp

Total 16 207.50 rp
Bersamaan = RM 926.56

Saturday, 26 January 2019

Last day in India - New Delhi

Kalau ikutkan hari ini last day aku kat Delhi. Plan asalnya selepas check out dari hotel, aku akan park beg aku kat reception dan keluar berjalan sampai petang, amik balik beg dan gerak ke airport. Bila fikirkan balik, aku turun ke lobi dan tanya kat staff situ sama ada aku boleh extend bilik aku ikut jam. Setelah staff tu semak buku daftar dia pun cakap boleh tapi kena bayar lebih dan kena pindah kat bilik yang lagi cikai la. Setelah buat congakkan, aku pun setuju dengan payment yang patut aku tambah. So aku naik semula, kemas- kemas barang dan pindah ke bilik yang baru.

 

Bilik baru...amacam.? Cun tak?

Aku terfikir lagi mudah kalau aku dah habis keluar nanti, kalau ada bilik sempat juga aku bersihkan diri atau membuang apa yang patut sebelum gerak ke airport. Malas aku nak ke airport dengan keadaan melekit sana sini, nanti jadi tak selesa. Hari ni punya program macam biasa, free and easy dan berjalan kemana yang mampu dan balik semula sebelum cuaca panas membahang. Kalau ikut hati, kat Delhi ni ada berpuluh tempat menarik boleh dilawati, tapi memandangkan masa tak mengizinkan, bergantung saja pada kaki melangkah sama ada larat atau tidak.



Keadaan jalan di hujung Pahar Ganj menuju ke Connaught Place.

So lepas aku pindah bilik, aku pun memulakan perjalanan hari ini. Hari nih macam biasa, aku cuba untuk berjalan kaki selagi kaki melangkah cuma perjalanan hari ini dimulakan awal pagi disebabkan flight aku adalah pada waktu malam di hari yang sama. Cuma aku bercadang untuk berpeleseran hingga ke tengahari sahaja sebab aku bercadang nak carik sedikit souvenir untuk diri sendiri dan orang di kampung.



Lorong masuk ke salah satu pintu di Connaught Place

Lokasi pertama aku adalah Connaught Place, yang terletak kira-kira 3km dari hotel penginapan aku. Tempat nih merupakan salah satu business hub mewah yang terdapat di New Delhi. Kat sini ada kedai-kedai, butik-butik dan restoran-restoran yang nampak macam mahal. Boleh cakap area nih macam Bukit Bintang or Pavilion la kalau di Malaysia. Tempat dibina takde la baru, bangunan yang senibina bercirikan Georgian architecture ini telah siap dibina pada tahun 1933 dan namanya diambil dari anak ketiga ratu Victoria yang melawat India beberapa tahun sebelum tempat nih dibina. Sempat juga aku masuk ke H&M di Connaught Place ni bagi membandingkan harga dengan KL. Untung2 dapat sehelai dua dibawa balik kalau harganya berpatutan. Rata-rata harganya sama macam kat KL so better aku beli kat tanahair; malas nak beratkan lagi beg.




Dekat area H&M

Destinasi seterusnya adalah Delhi's central park yang terletak tak jauh; yakni bersebelahan dengan Connaught Place. Central park ni adalah salah satu lokasi macam-macam event yang terdapat di New Delhi. Ianya lebih kurang dataran merdeka di tempat kita, dengan bendera India yang besar di tengah-tengah taman nih. Central Park nih bagi aku biasa-biasa sahaja, takde apa yang menarik sangat untuk dilihat kecuali banyak pasangan yang merendek kat sini. Ada yang open bercengkerama di bawah pokok dan ada juga yang sembunyi-sembunyi di balik pasu-pasu bunga..tapi memang meriah lah dengan aktiviti merendek nih.



Bendera India gergasi yang terdapat di tengah-tengah Central Park.



Central Park, New Delhi

Aku teruskan perjalanan dan ianya membawa aku lalu di Janpath market. Sebenarnya aku memang nak ke sini sebab kata orang kalau nak beli cenderahati kat sini lah tempatnya. Lagipun jalannya agak sehala untuk ke Indian gate. Aku pun tak pasti apa yang menarik sangat ngan Janpath market ni (maybe awal lagi kut) sebab aku nampak ada 2 row kedai yang menjual macam-macam souvenir yang nampak mewah la bagi aku. Aku tengok2 fridge magnet dan tanya harga pada staff kedai serta cuba tawar harga serendah yang mungkin untuk test market namun still mahal juga. (Mahal bagi aku la) Semasa berjalan selang 3-4 kedai nampak beberapa orang sedang tawar menawar dengan staff kedai. Sambil2 sembang ngan kawan dia cakap melayu. Nak tegur rasa serba salah. Ye lah...org India pun ingat aku Indian nationality, dengan peluh bagai. Lagipun nampak cam golongan elitis tanah air je. So aku beransur.



Diantara kedai-kedai yang terdapat di Janpath market.




Barang-barang cenderahati yang terdapat di salah satu kedai di Janpath market. Harganya agak mahal tapi kualitinya boleh tahan la..


Hari beransur panas, nak tak nak aku kena teruskan perjalanan. Kemungkinan last location hari ini , iaitu Indian Gate sebab tak dapat dibendung lagi kepanasan dan peluh yang berjurai dari baju. Entah berapa lama aku berjalan sampai jugak aku kat India Gate. Masa aku datang tu, India gate dalam construction, tapi tak mematahkan semangat rakyat tempatan untuk berkunjung kat situ. Rata-ratanya ramai yang bawak family dan tak kurang jugak yang piknik di bawah matahari terik tu.



Pandangan India gate dari jalan raya.




Macam-macam pemandangan yang terdapat di India gate nih...

Dalam 20 minit di Indian Gate, aku mengundurkan diri menuju ke hotel. Cuaca yang semakin membahang tu membuatkan aku menahan tuktuk untuk ke hotel yang Kebetulan baru sahaja menurunkan penumpang berhampiran aku. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku amik keputusan untuk travel ke tempat lain pada waktu siang. Cuaca yang terlampau panas menyebabkan nak keluar dari hotel pun malas. Setelah bersetuju dengan rate yang dikenakan, kami pun bertolak ke hotel yang mengambil masa dalam 15-20 minit.



Kat New Delhi pun terdapat Jantar Mantar...tak masuk sebab cuaca panas dan bayaran masuk boleh tahan mahal gak...



Nasik beratoq cawangan New Delhi...

Sampai di hotel, aku berehat sebentar sambil menunggu waktu zohor sebelum keluar semula..cadangannya ada lah untuk mendapatkan beberapa utas cenderahati untuk kawan-kawan di kampung halaman. Barang-barang di Janpath market tidak mengujakan aku so pilihan ke dua adalah di Paharganj saja. Dekat. Setelah puas mencari, nyata di Paharganj ni merupakan tempat yang sesuai untuk mencari souvenir dengan kadar yang bagi aku agak berpatutan. (Murah ye..kualiti so so je) Settle mencari souvenir, petang tu aku mencari makanan pulak. 



Di jalan raya depan India gate..kat hujung tuh kalau tak silap aku adalah rumah presiden India...dan juga bangunan parlimen di tepinya..

Seharian x makan aku keluar semula. Rata-rata tak nampak satu kedai yang meyakinkan untuk mendapatkan makanan halal. Cuma bergantung pada Google maps sahaja, terdapat satu kedai menjual nasi beriyani halal kira-kira 1.2 km dari hotel aku. Lama juga aku berjalan mencari lokasi kedai sebab peta offline Google ni tak accurate, sekejap ikut jalan ni, sekejap detour jalan sana pulak. Sesampai di depan kedai, aku ragu-ragu nak teruskan membeli makanan atau tak. Didepan kedai aku berdoa agar dijauhi dari segala bencana seperti sakit perut dan lain-lain lagi dan terus mengorder makanan. Bila ditanya sama ada nak makan di sana atau take away, cepat-cepat aku cakap take away. Ini sebab keadaan kedai yang sangat tak hygienic, dengan lantai hitam, keadaan berdebu dengan asap serta sampah merata-rata di sepanjang jalan di hadapan kedai, membuatkan aku rasa tak lalu kalau makan di sana.






Keadaan sebenar di jalan-jalan di sekitar Pahar Ganj...walaupun begitu..aku agak suka gak ngan tempat nih..dapat rasa suasana India sebenar...

Walaupun kedai tu tak bersih tapi makanannya memang sangat sedap lebih-lebih lagi buat aku yang berada dalam kelaparan. Jam 7 malam aku berangkat ke airport dengan teksi yang aku book melalui hotel. Yup..Ada bahagian yang diambil oleh staff hotel, tapi harganya lebih murah dari masa aku ambil dari airport ke hotel dahulu...Kira ok lah Tu..sepanjang perjalanan aku ngan brader teksi tuh bersembang berkenaan macam-macam hal sampai tak berapa rasa sangat perjalanan ke airport Yang lebih dari 1 jam tuh. Walaupun brader tu seorang driver teksi, tapi banyak juga hal-hal mengenai India yang aku dapat melalui dia. Apa yang potong pasal brader ni bila dia mintak tips ngan aku bila turunkan aku kat departure hall tu.



Bukan satu jalan je keadaan macam nih tapi hampir semua jalan...diorang cakap tukang sapu mogok..iye lah tuh...

Departure hall penuh dengan manusia dan ramai juga rakyat Malaysia. Sambil beratur sempat juga aku bersembang-sembang bertukar-tukar pengalaman dengan seorang brader tabligh. Pernah dengar cerita dari orang tapi rupanya pengalaman sebenar geng-geng tabligh ni memang hebat. Melompat dari satu negara ke satu negara dan akhirnya kembali ke tanahair disebabkan visa yang dah nak tamat tempoh mengujakan aku. Hebat...Di airport juga nampak macam-macam drama oleh warga India. Dari di kaunter sampaila geng-geng awek India yang aku rasa datang dari kumpulan elitis memotong barisan. Macam-macam perangai boleh ditemui di sini.





Makanan breakfast + Lunch + Tea + Dinner...Briyani kambing...power baq hang

Dalam flight aku duduk di sebelah seorang akak dari Malaysia dengan kawan-kawannya yang baru balik dari trip ke Kashmir. Dia agak terkejut gak dengan aku yang tour India berseorangan. Biasa-biasa je tu kak. Sepanjang perjalanan diorang dok mengumpat team yang join trip Kashmir diorang yang duduk di bahagian lain di hadapan kapal terbang. Alahai..makcik bawang orang Malaysia...Memang netizen sejati...tak berdaya lagi aku nak dengar...Zzz..

Wednesday, 9 January 2019

Dari Jodpur ke New Delhi

Perjalanan aku dari Jodhpur ke Delhi dimulakan seawal pagi jam 6 lagi. Sebenarnya jam 5 dah bangun tapi kemas2 barang dan mandi solat dan sempat naik ke restoran utk hisap rokok barang sebatang dua. Dah bersiap last skali acara biasa, kejutkan mamat Nepal a.k.a. tauke / staff hotel bangun tidur supaya bukak pintu gate hotel. Dalam 15 minit jugak la aku ketuk bilik  dia tapi tak bangun-bangun jugak mamat tuh. Kan aku dah remind semalam tapi kau eksyen. Last-last anak dia yang bangun kejutkan mamat Nepal tu. Sambil memintak maap ngan aku, dia pun buka pintu hotel. Sebaik pintu dibuka, pemandu tuktuk dah menunggu untuk hantar aku ke railway station. Bayaran dah dibagitahu oleh tauke hotel orang Nepal tu cuma 100 rp(murah la bagi aku). Perjalanan ke railway station mengambil masa tak lama iaitu dalam 10-15 minit juga la. 



Ini bukan keretapi aku..keretapi orang lain nih..


Kehidupan di stesen keretapi Jodpur..hidup tak sentiasa indah...


Dah sampai ke hujung platform..train aku kat depan lagi..tak termasuk dalam platform...


Ini second class coach yang aku naik masa keretapi nak gerak...sebenarnya OK je..tapi kang time tengahari baru tau langit tinggi ke tak...


Keretapi macam royal circus nih aku rasa rate nya macam untuk golongan bangsawan je..nampak cam mahal.

Memandangkan sampai awal so aku amik kesempatan mengisap sebatang lagi rokok memandangkan perjalanan ke Delhi akan ambil masa dalam 14 jam. Maknanya sepanjang hari aku akan terperap dalam train saja. So untuk perjalanan panjang hari ni, aku sempat juga beli air mangga botol besar kegemaran aku, mineral kecik sebotol dan chip salman khan (gambo salman khan kat plastik depan) sebagai hidangan breakfast, snack, lunch dan juga tea aku sepanjang hari.



Seat aku selepas couple yang rembat seat aku dihalau keluar dari train...


 Usai urusan aku masuk ke platform setelah confirm no keretapi dan platform dengan salah seorang staff disana. Sampai di platform, keretapi masih belum sampai so melepak lagi la nampaknya. Harap tak delay lama sangat sebab aku dah sampai malam...Kang sampai pagi lagi naya. 20 minit kemudian train sampai, aku mencari2 no coach aku tapi tak berjumpa. Dari hujung sampai ke hujung tak juga ketemu sampai la tiba2 keretapi mula jalan.


 Alamak...aku macam dalam cerita Darjeeling limited berlari dan naik ke dalam train. (Sembang kencang...padahal jalan sikit je naik train tu) Maka naiklah aku ke gerabak second class yang mana gerabak yang biasa local naik. Bukan nak menghina local tapi gerabak ni memang slalu local je yang naik siap dalam nat geo pun ada tunjuk. Gerabak ni ada sleeper dan seat, bezanya dengan aku punya tiket, yang aku punya ada aircond. Train mulai jalan dan angin bayu melanda diriku..kul 7 pagi memangla angin bayu..Cuba korang bayangkan apa akan jadi kul 1-2 tghari nanti. Aku dah rasa dah semalam dalam bas menuju ke Jodhpur. 



Tren berhenti agak kat stesen Ajmer..baru nak turun tapau nasik beriyani tetiba train nak jalan dah..


Kemudiannya datang tiket conductor untuk mengecop / mengecheck tiket. Bila dia check tiket aku, dia cakap ini bukan coach engkau ni. Aku pun terangkan la yang aku tak jumpa coach aku. Dia pun cakap..ko terus je jalan ni sampai ke depan..sampai ujung gerabak second class..nanti sampai next station turun dan naik coach sebelah sana (aircond). Sementara tu ada sorang local kantoi takde tiket so dia mcm nak kena hantar keluar train kat next station. So dia pun tanya aku tiket takde juga ke (Kalo ikut yang aku paham la) .Aku pun cakap "wrong coach"..tapi sepatah haram pun dia X paham. Di hujung gerabak tu terdapat beberapa orang kat sana. Agak penuh jugak la, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang tak habis-habis berselfie, ada yang bersembang antara satu sama lain dan lain-lain lagi. Apa yang aku perhati, hampir semua cuba avoid uncle yang datang bersama-sama aku tadi. Pertanyaan tak dijawab dan tak dihiraukan bahkan ada yang meletakkan jari dibibir dengan tujuan supaya uncle tuh mendiamkan diri. Aku tak berapa pasti apa yang berlaku tapi aku rasa ianya ada kena mengena dengan kasta. Aku rasa lah...



Sleeper seat dalam train..Dapat bantal ngan selimut..rasa dah nak lurus tulang belakang lepas berjam-jam baring je...


 So sampai di stesen Pali aku pun turun dan naik coach sebenar aku. Apa yang tak berapa best dengan coach ni, pintu di kunci di kedua-dua penghujung. Ia adalah bagi mengelakkan orang-orang dari gerabak lain join lepak kat sini. Yelah..ko bayar tiket second class pastu duduk kat first class, so yang tiket first class nanti nak duk mana pulak? Apa yang tak bestnya, korang tak boleh roaming ke gerabak lain. Tu je kelemahan dia. Mencari-cari seat aku,tengok2 seat aku dah kena rembat ngan satu couple ni. Yang awek tu siap buat muka kerek , sombong dan takabbur lagi sambil balaknya suruh aku duduk kat seat kosong sebelah tuh. So aku pun baringlah kat katil sebelah yang kosong. Bila konductor tiket datang untuk check tiket, rupanya couple yang tadi berlagak somping tu bukannya ada tiket pun. Tadi siap buat muka kerek lagi...kompiden kena ada..mcm2 alasan mamat tu bagi kat konductor tiket tu dan dah berapa kali dah nak kena halau keluar tapi degil diorang ni. Awek tu siap nangis2 lagi. Last2 ntah nego camner diorang stay juga dalam train tu. 

Bagi aku, kalau tak mampu dok je second class. Xde apa yang nak dimalukan pun cuma berhabuk la sikit. Bau jgn cerita la..Dan satu lagi tengahari kang tau la rasanya dok dalam oven. Aku bukan apa..satu rembat seat aku..satu lagi sebab suh aku dok tempat lain..rupanya dia yg takde tiket. Satu lagi pasang movie kat henpon bukak suara satu coach leh dengar. Macam2 drama korang boleh jumpa kat India ni. 




Train berenti sekejap...so turun isap rokok jap..kat sini takde rules 3 meter..so tape tak diperlukan

Kat Ajmer couple tu dah turun so yang menggantikannya adalah seorang tukang kemas kabin keretapi yang bermuka ketat. Aku mula2 ingat dia memang kerek tapi lepas dia ajar aku macamana nak isap rokok dalam train sambil cover aku dari supervisor dia, kami dah jadi kawan baik...tapi xde la baik sangat pun.. nyampah gak aku ngan muka ketat mamat tu. Sebab asalnya dia sound aku isap rokok kat tangga train masa train tu berenti kat tepi jalan mana tah. Last2 dia yang cover line...Kira ok la tuh... 

Perjalanan dari Jodhpur ke Delhi mengambil masa lebih 14 jam. Tapi train nak masuk ke Delhi je dah makan sejam lebih dah. Aku tak tau kenapa, rasanya sebab keretapi tu nak buat pusingan supaya dapat masuk ke stesen di Old Delhi. Aku berhenti di Old Delhi sebab aku dah book hotel di Pahar Ganj, hotel yang sama masa aku datang dulu. Sebabnya? Sebab hotel tu je yang paling murah dan review nya lebih dari 7. 





Yaaa.. Ini Old Delhi train station waltu malam...nampak macam biasa-biasa je...tapi aku rasa cam agak crowded sebenarnya...



Dalam perjalanan dari stesen ke hotel..macam-macam jenis kehidupan sebenar boleh korang nampak...


Stesen old Delhi memang havoc..lagi havoc dari budak ampang yang macam Joe flizo dok nyanyikan tu. Kalau setakat gelandangan kat lantai platform tu takyah kira la..berlambak..nasib baik tak kena langkah je..selain tu memang agak berpusu2 jugak dengan yang mengendong barangan besar2 di atas kepala. Belum aku keluar lagi, aku dah disapa oleh pemandu tuktuk. Sambil2 nego dari dalam stesen sampai kat luar harga dah deal 180 rp walaupun aku rasa jarak takde lah jauh sangat dan dia kata harga dia tu termasuk night charges. Aku cakap kat dia yang night charges tu dikira lepas jam 11 malam je namun begitu aku tetap bayar apa yang dia mintak. 

Memandangkan badan dah penat (lunyai bang) dan aku belum lagi makan apa (makanan berkhasiat) dari semalaman. Kalau nak kenali the real Delhi sila lah ke Old Delhi terutama waktu malam. Pengalaman nya Masha Allah...havoc sehavoc havocnya. Dengan berdebu nya lagi, bau jgn cerita lah. Old Delhi berhampiran dengan railway station pada waktu malam masih sibuk dengan urusan mobilasi barang2 mostly yang besar2 dengan menggunakan tenaga manusia. So baru la aku rasa berbaloi bayar tuktuk sebab kalau korang offer aku RM 50 pun aku X mau bawak tuktuk lalu tempat ni. 

Kalau korang dapat rasakan pengalaman kat tempat ni dan bila balik Malaysia masih lagi komplen dengan kehidupan korang...bak kata orang...silalah meninggal. Kehidupan teruk...gaji kecik (aku rasa lah) dan kerja banyaknya gunakan tenaga yang amat banyak. Ada tu yang umurnya lebih separuh abad tapi masih mengangkat kotak, bungkusan2 yang besar, berat dan ramai yang berbuat demikian sebab nak tanggung family. Mungkin pelajaran takde tambahan pulak ditindas oleh golongan kapitalis yang biasanya akan kurangkan kos utk tambahkan keuntungan.


Dalam tuk tuk..sorilah gambar kamera tak cun...



Macam-macam boleh dilihat di sini tak macam di tanah air...


 Aku tiba dihotel lebih kurang jam 11 malam. Untung bilik dah siap dan masa nak naik ke bilik tetiba aku nampak ada orang bawak thali ke bilik yang customer sewa. So aku pun tanya mamat tu ada restoran ke kat sini? Dia cakap takde tapi room servis ada. (Maknanya diorang hantar ke bilik kang dah siap makan letak je pinggan kat luar.) Cun..aku yang dah lunyai ni memang dah tak berdaya nak keluar jalan carik makan dah walaupun Pahar Ganj tu masih lagi meriah. So aku pun order la Vege thali memandangkan mamat tu cakap malam2 makanan halal dah xde. Sempat jugak mandi, solat dan sebagainya sementara tunggu makanan sampai. Seriously sedap giler Vege thali tu sebab aku dah lebih had dari lapar dan gagal membezakan yang mana yang buruk dan yang mana yang salah sebab sepanjang hari hanya makan chips Yang Ada gambor Salman khan kat depan tu. Lepas makan aku dah tak tahu apa yang terjadi...nampak bintang je... 






Makanan malam ini...memang superb...sebab lapo



Bersambung..