Monday 28 March 2016

Ke Korea ke kita? Petit France

Selepas selesai lawatan sambil belajar di Namiseom atau pulau Nami, aku seterusnya menuju ke Patite France yang berada tidak jauh dari Pulau Nami ini. Petite France ini tak ada dalam itinerary aku tapi sehari sebelum ke Nami aku ternampak brochure pasal Petite France nih dan ianya berada berhampiran dengan Nami maka apa salahnya kalau ke Petite France, bak kata orang alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal betis.

Aku berada di Nami dalam 3-4 jam dan bertolak keluar pulau tuh dalam jam 1 tengahari. Untuk ke Petite France aku terpaksa mengambil shuttle bus memandangkan aku tak tahu jalan ke sana. (jangan lupa, yg aku tak amik sebarang sim card or data) Shuttle bus ini bayarannya dalam 8000 won dan ianya boleh dibayar kepada drebar bas semasa menaiki bas ini. Kalau lah aku tahu Petite France nih kena naik bas, awal-awal lagi aku dah naik shuttle bus nih. Jadilah macam Rasyid, Rasyid bijak. Dia naik shuttle bus dari Gapyeong ke pulau Nami.


Shuttle bus nih kalau time tengah hari memang penuh sikit. Nyaris-nyaris juga aku tak dapat berdiri di dalam bas nih, tapi jangan risau sebab kalau bas nih penuh ada lagi bas yang lain dan kalau bas yang lain penuh ada lagi bas yang lain-lain, cuma kenalah menunggu didalam cuaca sejuk tuh.

Perjalanan ke Petite France dari Nami Island dalam lebih kurang 10km melalui laluan tebing tasik berhampiran empangan Cheongpyeong. Panoramanya memang mengujakan namun begitu keadaan dalam bas yang betul-betul sesak membuatkan aku tak dapat keluarkan kamera untuk mengambil gambar, tambahan pula komposisi yang tak menarik membuatkan gambar-gambar tersebut jadi tak menarik juga. Perjalanan ke Petite France ini tak kurang mendebarkan dengan menaiki bas di Nagarkot, Nepal dahulu dimana pemandu bas siap bercakap dalam telefon ketika mengambil jalan yang penuh dengan liku-liku tersebut. Perjalanan kira-kira 30 minit akhirnya aku sampai di pintu gerbang taman tema tersebut setelah bas berhenti di 2 hentian sebelumnya.













Apakah dia Petite France ini?
Petite France ini adalah taman tema kebudayaan Perancis yang menyajikan pemandangan seperti berada di sebuah kampung di pedalaman Perancis sekitar pinggiran banjaran Alps. Selain dari taman tema, mengikut apa yang aku baca ia juga menyediakan kemudahan seperti youth training centre dan juga penginapan bagi sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman tinggal di perkampungan, menikmatan makanan dan cara hidup perancis.







 

 Konsep taman tema perkampungan Perancis ini adalah 'flowers, stars, and little prices". Di sini terdapat bangunan-bangunan yang berciri rekabentuk Perancis, terdapat musicbox yang dihimpun dari pelbagai negara eropah, pelbagai dewan exhibit dan lain-lain acara seperti puppet dancing, art exibition dan macam-macam ada. Bayaran masuk bagi orang dewasa adalah sebanyak 8000 won. (aku tak tahu kenapa tapi semuanya 8000...tambang bas 8000, entrace pulau Nami pun 8000...maybe coincident kut)









Petite France ini sebenarnya agak terkenal bagi pengunjung tempatan. Ianya merupakan lokasi penggambaran beberapa buah K-drama terkenal bak Secret Garden, Beethoven Virus dan My Love from the Star yang sebenarnya satu pun xpernah aku tengok atau dengar tajuknya..Selain itu ia juga menjadi pilihan lokasi penggambaran bagi siri femes the running man. (tak tahu isu berapa). Bagi aku tempat ini ok jugak la tapi bukan feberet aku memandangkan aku lebih prefer tempat-tempat yang mempunyai pemandangan semulajadi.



Aku tak stay lama di sini disebabkan hari sudah semakin menuju ke hujungnya. Almaklumlah, musim winter ni siangnya pendek. Malas aku nak balik lewat ke hostel sebab aku nak mencari makanan lagi. Dari sini mudah sahaja, memandangkan dah beli shuttle bas tadi aku terus beratur di luar Petite France ini bagi ke stesen keretapi yang berhampiran iaitu Cheongpyeong. Setelah menunggu beberapa ketika aku pun menaiki tren ke Seoul...



Bersambung...


Wednesday 23 March 2016

Ke Korea Ke Kita? Pulau Nami

Orang kata kalau tak ke Jeju tak sah lawatan korang ke Korea Selatan. Meh aku tambah satu lagi...Kalau tak ke Nami tak sah juga lawatan korang ke Korea Selatan. Pulau Nami terletak tidak jauh dari Seoul iaitu kira-kira 80 km dari ibu negara Korea Selatan tersebut. Banyak ejen-ejen tourist yang menawarkan pengangkutan serta pakej ke sini namun begitu aku langsung tak pernah nak tengok pakej-pakej nih disebabkan harganya yang tak berapa munasabah bagi aku yang membawa wang cukup-cukup sahaja ke Korea.

Selain dari itu juga terdapat shuttle bus yang bergerak ke Nami dari Seoul. Tambangnya adalah sebanyak 7500won sehala dan 15000 won bagi trip pergi balik. Kalau nak pakej sekali tiket masuk ke pulau Nami korang kena bayar 23000won sahaja. Kalau nak mudah tanpa sebarang hustle boleh lah cuba pengangkutan ini. Caranya adalah internet booking atau dapatkan di tiket booth di Insadong atau call operator dan bank transfer duit tuh dan cara terakhir adalah beli secara cash dari driver bas sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bas berjalan.

Bagi yang bayar secara online atau beli tiket di booth, korang kena beli sekurang-kurangnya sehari awal bagi mendapat tempat dalam bas. Untuk bayar cash pula kena hati-hati sebab kalau fully booked maka korang akan kempunan.

Aku ke Pulau Nami dengan menaiki tren sahaja. Cuba untuk menikmati keindahan menjadi seorang local di Korea Selatan maka aku bertekad untuk mengalami cariapelancong tempatan sejati mengembara di tanah air mereka sendiri. Sebenarnya menaiki tren lebih murah tambangnya dari menaiki bas. Itu sebenarnya alasan sebenar aku menaiki tren ni. Muka gelap bak orang arab ada hati nak jadi Korean.

Baik. Kalau korang nak ke Nami dari Seoul dengan tren, korang kena ambil perhatian mengenai apa yg aku cuba terangkan ini. (Sebenarnya senang je...pejam-pejam mata pun boleh)

Seoul - Nami Island

1. Dari Dongdaemun History & Cultural station naik tren Line 2 ke Sindang station dan berhenti di Wangsimi.

2.Bila sampai di Wangsimi, tukar ke Jungang Line dan menuju ke Cheong-nyangni station. Kat sini ada pilihan tapi aku berhenti di Mangu station. (time balik nanti aku balik dari Cheong-nyangni station; tapi ada la sebabnya..sila teruskan membaca)

3. Sampai di Mangu station sila tukar ke Kyeongchun Line menuju ke Galmae dan berhenti di Gapyeong Station.



Setelah sampai di stesen Gapyeong, korang keluar dari stesen tu dan di kanan terdapat sebuah bas stop. Di sana korang boleh dapatkan bas shuttle yang boleh membawa korang ke Nami island. Bukan itu sahaja, korang boleh sahaja ke mana-mana destinasi yang ada dalam senarai selagi mampu dalam hari yang berkenaan sahaja. Bayaran yang dikenakan hanyalah 8000won.Selain dari itu korang juga boleh menaiki teksi dari stesen Gapyeong ke jeti Pulau Nami dalam bayaran lebih kurang 1500 ke 2000won.



Namun begitu, aku berjalan kaki je dari Gapyeong ke jeti Pulau Nami untuk menikmati pemandangan perjalanan kawasan persekitaran. Lagipun jaraknya sangat dekat cuma 1.5 km sahaja di dalam cuaca sejuk nyaman dan ada sedikit salji.




Bayaran masuk ke Pulau Nami adalah 10000won bagi setiap orang. Namun begitu semasa aku pergi terdapat diskaun 2000won maka tiket masuk bagi dewasa adalah sebanyak 8000won sahaja. Ini adalah termasuk feri ke Pulau Nami yang tempoh perjalanannya dalam 10 ke 15 minit sahaja.






Pulau Nami ini merupakan sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Han dan bentuknya berupa separa bulan yang muncul akibat dari pembinaan empangan Cheongpyeong dan merupakan tempat perkuburan seorang janeral yang terkenal iaitu jeneral Nami. 


Sebenarnya jeneral Nami ini sepatutnya dikuburkan di pulau ini namun mayat beliau tidak dapat ditemui maka hanya tempat / lokasi kubur beliau saja disediakan yang berada di sini. Dari itulah Ia diberi nama.




Apa yang terdapat di Pulau Nami ini sehingga ramai yang gila untuk ke tempat ini? Jawapannya adalah...macam-macam ada...dari Pulau tema yang diadaptasi dari drama terkenal 'Winter Sonata', pemandangan sekeliling yang menawan, lanskap dan persekitaran yang sangat scenic, shopping (tidak terlampau sangat..ada beberapa kedai sahaja), 






UNICEF children friendly park, belajar sejarah Korea dan banyak lagi. Kalau bawak anak anda berjalan disini pasti diorang akan melompat kegembiraan. Ada banyak juga pusat pembelajaran dan galeri di sini dan ianya adalah salah satu lokasi romantik bagi pasangan kekasih dan yang baru berumah tangga.









Di Pulau Nami ini juga terdapat musola dan juga ada kedai menjual makanan halal yang terletak di salah sebuah bangunan di tengah-tengah pulau ini bagi muslim. Jadi tak perlu bimbang akan bab makanan.





Apa yang perlu dibimbangkan adalah masa kerana bagi aku kalau betul-betul menikmati Pulau Nami, 1 hari memang tak cukup berada di sini. Aku tak mahu cerita apa lagi yang menarik di sini. Tak adil rasanya, macam cerita kisah filem yang masih dalam tayangan yang korang rancang nak pergi tengok.Apa yang perlu korang buat adalah...simpan duit banyak-banyak, pastu beli tiket ke Korea Selatan dan kemudian ke Nami Island..




P.s:
Sebenarnya aku tak minat cerita k drama Korea ni dan tak pernah pun menonton sebarang episod 'winter Sonata' tapi aku dah berjaya sampai dan korang pun patut buat lebih-lebih lagi yg kaki k-drama dan k-pop.

Thursday 17 March 2016

Ke Korea Ke Kita? Seoul part One

Seoul merupakan ibu negara bagi Korea Selatan. Ianya terletak tidak begitu jauh dari Pyongyang iaitu ibu negara Korea Utara dalam kira-kira 200km sahaja. (lebih kurang Kuala Lumpur ke Ipoh). Mungkin itulah sebabnya mereka selalu bergeser, bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.



Lapangan terbang yang menghubungkan di antara Kuala Lumpur ke Seoul adalah Incheon International Airport. Jangan kompius sebab di Seoul terdapat 2 airport yang terletak tidak berdekatan antara satu sama lain. Incheon merupakan lapangan terbang antarabangsa manakala Gimpo International Airport lebih banyak menawarkan penerbangan domestik meskipun ada juga penerbangan antarabangsa berlepas dari sini.

Penerbangan dari Kuala Lumpur international airport ke Incheon international airport mengambil masa kira-kira 6 jam perjalanan. Oleh yg demikian adalah digalakkan untuk bawa apa-apa yg boleh membuang masa anda di dalam flight AirAsia x ini. Apa-apa pun advise aku adalah sila beli makanan dalam flight meskupun mahal sebabnya makanan halal agak payah untuk didapati di Korea. Bukanlah payah sangat (Nanti Aku sharekan list alamat restoran halal di Korea) tapi bukan saja agak susah malah ianya mahal, almaklumlah aku ini seorang kembara bajet berpoket kosong.

Lupa pulak nak bagitau yang trip aku ke Korea selatan adalah pada musim salju sambil ambil feel winter sonata. Untuk ke Korea, Sebagai rakyat Malaysia  kita x memerlukan visa untuk memasuki negara tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. (Syukurlah Malaysia masih aman.) Jadi belanja telah dikurangkan beberapa ratus bagi menampung kehidupan di Korea nanti. 

Ok. Setelah settle isu immigration, pengangkutan selanjutnya adalah untuk ke hotel penginapan. Dari airport terdapat beberapa option pengangkutan utk ke metropulus Seoul. Pilihan yang ada adalah teksi dan menggunakan tren. Bas ada juga kalau x silap aku tp aku x berapa tahu kat mana dalam airport nih nak amik publik transport ini sebab aku awal-awal dah ambil keputusan utk naik tren ke Seoul. Jangan kompius antara Incheon dan Seoul kerana kedua-duanya terletak dalam daerah yang berlainan dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 hingga 1jam setengah bergantung pada jarak di mana lokasi penginapan diambil.



Dari airport aku menaiki tren jenis AREX (airport railroad express) dengan tambang 4250 won menuju ke Seoul station. Seoul station ini adalah salah satu stesen utama di Seoul bagi menghubungkan jaringan laluan transportasi yang lain.(kira macam TBS ataupun KL sentral) AREX ni ada 2 jenis, so jangan tersilap amik tren. 1 daripadanya adalah express Dan 1 daripadanya jenis all stop tren. Perbezaannya lebih kurang macam ERL non stop dengan ERL transit. Tambang bagi AREX ekspess adalah 8000 won, maka bagi menjaga bajet aku pun menaiki pengangkutan yang lebih menjimatkan. Bahkan beza masanya pun x terlalu lama iaitu dalam 15 ke 20 minit saja.



Dalam perjalanan kali ini aku skip aktiviti biasa aku iaitu membeli travel sim card disebabkan ianya mahal dan tidak berbaloi (sebenarnya Ia diluar bajet Aku) Rata-rata yg Aku semak harganya Pakej 1 GB data dalam 30000 won, maka belanja tersebut boleh menampung perbelanjaan transport sepanjang di Seoul.

Aku menginap di Dongdaemon history and culture park (satu stesen dari Dongdaemon) yang Aku perolehi dari Airbnb. bagi yang tidak mengetahui cara Airbnb, ianya adalah seperti menyewa bilik di rumah penduduk tempatan dengan pelbagai kadar harga yang ditawarkan. (Bukan hotel yang sama, bilik yang sama tetapi harga yang berbeza yaaa..)




Lupa pulak Aku nak nyatakan yang Aku travel secara solo, maka segala perbelanjaan ditanggung sendiri; Tak boleh share makan, tempat tinggal Dan lain2. Aku memilih untuk tinggal di Mary and John house sebab harganya lebih kurang RM 50 semalam bagi dorm.  Ianya adalah salah satu hostel yang murah dan terletak di tengah bandar Seoul. (Sebenarnya aku pun tak tahu mana tengah bandar Seoul)



Satu kisah ketika dalam 1 minggu sebelum aku berangkat ke Seoul, pemilik rumah iaitu Ellie menghubungi aku melalui emel menyatakan bahawa beliau tidak dapat menyambut aku di rumahnya dan diganti dengan adik beliau.

Apabila aku sampai didapati rumah beliau dipenuhi oleh pengunjung. Jadi aku cuba tanya salah seorang yang ada di sana dia beritahu yang tuan rumah keluar dan tidak ada di sana. Nasib baik lah ada password wifi ditinggalkan di depan pintu, maka dapatlah aku contact Ellie melalui emel. Dia bagi password pintu dan suruh aku buat macam rumah sendiri. Rupanya aku merupakan penghuni tunggal dalam dormitori berkatil 4 tersebut dan ianya mudah berhubung dengan airbnb ini. Duduk di rumah orang dan gunakan pelbagai kemudahan yang terdapat secara sharing dengan sesuka hati sama seperti tinggal di hostel. 



Aku tiba di Marry n John house ini dalam jam 5 petang lebih dan cuaca mulai gelap. (Biasanya bila winter matahari pagi lewat keluar dan terbenam lebih awal dari biasa. Ini bermakna siang lebih sekejap dari malam dan oleh itu segala aktiviti siang agak terbatas di samping cuaca sejuk di bawah paras beku.


















Oleh kerana kepenatan melampau, dan cuaca sejuk sehingga -2 darjah celcius aku hanya berjalan di sekitar Dondaemun sahaja. Apa yg boleh dilawati disini pada malam hari hanyalah beberapa shopping mall yang mana paling menarik perhatian adalah Dongdaemun design plaza. Dongdaemun design plaza ini adalah sebuah shopping mall dan terdapat pelbagai attraction lain seperti muzium dan exhibition hall. Ianya direkabentuk berkonsepkan modern futuristik yang menarik dan besar. Selain dari itu, juga terdapat night market kecil-kecilan yang mana sebahagian besarnya menjual makanan tempatan yang aku dapati dari jenis yang tidak halal.




Bersambung