Thursday 20 March 2014

Tersungkur di Padas

White water rafting di Padas ni adalah menjadi salah satu benda yg mesti dicuba kalau ke Sabah selain dari kundasang dan Tuanku Abd Rahman Park. Kalau x silap aku sungai Padas ni mempunyai salah satu rapid yg paling mencabar kat Malaysia dan di Asia Tenggara. Untuk join trip Padas ni kena book melalui travel. Harga trip lebih kurang Rm 190++ termasuk pengangkutan dari Kk (naik tour bus or van) ,tambang tren dari Beaufort ke Padas, rafting equipments, lunch dan perjalanan balik ke Kota Kinabalu. Antara travel operator yg paling femes adalah Riverbug. (bukan promosi sbb aku xdpt apa2 pon bila share. Cuma org cakap sharing is caring) Ada jugak try lain2 operator tp servisnya agak kureng. (Tapi lebih murah...so pilih lah)




Coach yang merah tuh ada tempat duduk manakala yang hijau tuh xde.


Kepala keretapi


Perjalanan dari KK biasanya awal pagi dalam jam 5 lebih menaiki bas utk kejar tren pagi dari Beaufort. Kalau x silap aku tren tu jalan dalam kul 8 pagi. Perjalanan dari KK ke Beaufort amik masa dalam sejam setengah. Sampai je Beaufort biasanya tren dah sedia menanti. So naik je tren tuh kalau dpt tempat duduk kira nasib lah. Kalau x dapat berdiri or duduk je kat lantai. Ada 2 coach yg ada kerusi manakala 2 or 3 coach lagi xde kerusi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah or 2 jam termasuk tukar tren bila tiba di Pangi dan meneruskan perjalanan ke stesen Rayoh. Sampai je di opis operator satu talk ringkas pasal ciri2 keselamatan dan panduan semasa rafting akan diberikan dan barulah selepas itu boleh mengharungi ombak2 besar dalam rapid yang ada. Kalau x silap aku kesemua rapid ni dalam jarak 10km dan ambil masa sejam atau lebih bergantung kepada kelajuan air dan kesungguhan korang mendayung. (xpayah la dayung laju sangat)


Masa untuk tukar tren


Ya..lari sbb sapa lambat berdiri la jawapnya







Ini la lebih kurang kederasan sungai Padas nih...ini belum masuk rapid lagi

Konsep rafting kat Padas ni adalah Paddle or Die sbb rapid dia agak ganas bergantung pada musim hujan ke musim kemarau. Kalau musim hujan rapid dia agak ganas, kalau musim tengkujuh memang carik maut la kalau datang rafting gak. (Kalau air terlampau deras diorang x bagi rafting)
Ada 7 rapid yang harus diharungi sepanjang perjalanan rafting dengan jarak lebih kurang 10-20 km. (10km kut...20km tuh rasa cam jauh sgt pulak) Antara rapid2 nya adalah seperti Merry-Go-Round Rapid, Break Point Rapid, Scooby Doo Rapid, Cobra Rapid, Curve Rapid, Lambada Rapid and Head Hunter Rapid .

 
 Jangan risau...gambar nih nampak je ganas tapi lebih sudu dari kuah

 Edisi kelemasan sedang bermula
 
 Baru la aku tau apa perasaan ikan kaloi bila letak diorang kat darat

 Brader nih memang cool je siap senyum2 posing
 
 Bersambung balik setelah menguatkan semangat

  Memandangkan kami malas mendayung (masih mamai x cukup tido) raft kami capsise kat Headhunter(1st rapid). (Ada video tp segan lak nak upload sbb malu weh lemas dalam 20 saat) Jadi lesson learnt setiap rapid seterusnya kami paddle bermati2an sampaila tamat rapid2 durjana tuh. Lengan dah lenguh jgn citer la. Rasa dah macam Malek Noor dah.

Selain dari rafting kalau nak buat body raft pon boleh. Caranya korang terjun dari raft tuh dan gunakan badan sebagai raft. Itu pun kalau berani. Tapi body raft nih cuma dibenarkan bukan dalam rapid. Itu pun dah rasa laju giler walau bukan dalam rapid. Hati2 ngan batu2 yang adakalanya membonjol keluar dari sungai tuh.

hurrah...kena try sendiri baru tau adrenalin nya

Lepas abis kami gi ke opis utk tukar baju, solat dan makan tengahari. Time ni la makan nasik antara yg paling sedap dalam dunia. Ya...sebab lapar giler dan makan free. Lepas makan tu tunggu la tren balik dari Tenom dan sambung la pulak perjalanan balik lagi 4 jam. (2 jam tren...2 jam bas) Biasanya tren balik nih full so baring je la kat lantai tren tuh...zZ


Item yang perlu dibawa
1. pakaian yang sesuai dan pakaian spare
2. tuala (utk mandi lepas rafting)
3. Kasut / selipar yg bersesuaian
4. lotion / sun block
5. duit spare utk beli air or makan (sekiranya lunch yg diberi x menyelerakan)



Tuesday 11 March 2014

Perjalanan Miri - Batu Niah

 *Dipanjatkan doa kepada Tuhan sekalian alam agar pesawat MH370 ditemui semula dan kesemua penumpang dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera.

#pray4MH370 and dont forget #subuh #zohor #asar #maghrib & #isya as well

okeh...sambung cerita

Lama sudah aku book tiket flight nih. Tahun lepas lg dgn Airasia zero fair aku dpt rm70 utk flight pegi balik dari kota kinabalu ke miri. Cadangan asal aku nak buat trip jalan2 cari makan maklumlah Sarawak memang terkenal ngan makanan tempatan nya yg nyaman (enak) sehinggalah seminggu sebelum tarikh flight.

Perjalanan ke Batu Niah mengambil masa lebih kurang 2 jam meskipun jarak perjalanan dari Miri adalah lebih kurang 120km sahaja. Ini bergantung kepada keadaan trafik dan kekerapan perjalanan terganggu. (nak g toilet or minum kopi di tengah jalan) Sampai dipersimpangan menuju ke Bintulu - Batu Niah terdapat sebuah pekan kecil umpama R&R. Kat sini ada 2 buah stesen minyak, kedai makan bahkan ada juga motel budget bagi sesiapa yang nak bermalam. Disinilah bas2 ekspress yang menuju ke Bintulu berhenti rehat. Kat sini juga tempat berhenti kalau kita naik bas utk ke Niah. Dari simpang ke Taman Negara ada lagi 15km. Kalau nak ke Niah dari sini kalau x silap aku ada terbaca dalam blog kena cari org yang menawarkan perkhidmatan membawa ke Taman Negara Niah nih dengan bayaran. Jadi tindakan aku untuk sewa kereta untuk ke destinasi ini rasanya adalah amat bertepatan sekali...jimat masa tapi rabak sikit lah poket. Kalau paling bagus kalau dapat kongsi dengan 2-3 orang lagi jadi perjalanan dapat dijimatkan dengan kadar yang maksima.
Pintu masuk ke Hq Taman Negara


Masuk je ke Taman Negara Niah aku terus pergi ke pejabat untuk register dan bayar tiket masuk. Cukup bertuah...Jam 9 pagi aku orang pertama yang trekking di Taman Negara Niah hari nih. Harga tiket adalah Rm10 sahaja tidak termasuk tambang bot untuk merentas sungai. Dari pejabat Taman Negara Niah kena ke jeti utk seberang sungai kira2 dalam 50 meter melalui chalet2 penginapan. Tambang bot menyeberangi sungai ni hanya RM 1 sehala. Maka dengan menyeberangnya aku perjalanan trekking Taman Negara Niah bermula. 


Single entry pass RM 10 sahaja...

Pejabat Taman Negara Niah yang baru

Sampan yg korang mesti naiki utk ke seberang

Buaya kat KL lg banyak dan lebih merbahaya so jgn risau (buaya darat)


Tiada masalah utk trekking berseorangan di Niah ni memandang treknya diperbuat dari simen dan kayu berupa jambatan.Asalkan korang ikut je trek yang dibuat tuh dan x terpesong rasanya xde masalah. Kat sini kena hati2 sbb ada part yg licin. Dalam 2 km berjalan tetiba nampak ada satu pondok nih ada orang berjualan barang2 cam cenderamata dan air tin x lupa jugak dengan keropok. Mula2 aku ingat nih cam scene cerita sundel bolong or citer melayu yang kalau kita makan mee goreng dia nnti bila kita muntah balik kluar ulat or cacing. Tapi ini Sarawak lah...nothing is imposible. Aku pun kecek Sarawak dgn makcik nih sambil2 tgk kaki diorang jejak tanah or tidak. Jejak tanah so kompom lah diorang nih orang. Makcik nih bagitau yg aku orang pertama hari nih (yg mana aku dah tau pun) dan slalu orang putih @ mat saleh je yg datang pagi2 nih...sambil bgtau makcik tuh aku orang melayu yg berjiwa mat saleh terus aku meneruskan perjalanan.


Kalau datang pagi mcm nih la viewnya


Keadaan trek kat sini (nih awal perjalanan lagi nih)


Ni pun keadaannya...jangan terpesong dari jalan nih ye

Kalau penat boleh lepak isap rokok dulu kat sini..org cakap pondok nih cam seram je...

Pemandangan bila dah dekat dengan gunung batu kapur blakang tuh. (iye kut gunung batu kapur)

nih pun sama

ni lah tempatnya yg aku citer tuh...nasib makcik nih smua kaki jejak tanah. (air tin harga rm3 ye)


 
Dah nampak tangga2 nih maknanya dah dekat la tuh...

Pintu masuk gua...Ni Trader Cave or nama melayunya Gua Dagang

 Pemandangan dalam Gua Dagang.

900 meter kemudian berjumpa lah aku dengan pintu masuk Gua Niah iaitu...Gua Dagang. Gua Dagang nih penuh dengan kayu2 yg dulunya dijadikan pangkin (pondok) tempat kaum asli berniaga. (Bagus jugak sbb ini membuktikan zaman dulu xde MLM nih) Gua nih pendek je dan x gelap pun sebab x tertutup. So perjalanan seterusnya ke Great Cave merangkap Gua Niah. Kelihatan struktur trek sudah berubah, tangga2 kayu sudah mulai menghantui stamina aku.Trek ke Gua Niah x berapa jauh dalam kurang 300 meter sahaja. Sampai je di Gua Niah aku terus lepak melepaskan lelah kat rumah Tom Harrison. (Omputeh yang buat kajian geologi kat sini pada tahun 50an. Kesemua tapak sejarah yang digali dipagar kemas so memang xde can lah nak amik gambar what so ever.

Inilah pemandangan yg mcm dalam buku teks sekolah rendah aku dulu..."gua niah adalah gua terbesar di dunia..bla bla bla"...ini rupanya gua niah sebenarnya (fyi : gua terbesar di dunia adalah Son Doong kat Vietnam)


Signboard pasal gua niah...(haram aku x baca pun...)

Kalau tgk betul2 kat atas tuh (tangga...i hate u)...cahaya tuh la yang buatkan aku meneruskan perjalanan...

Yup...cahaya nih lah yg memanggil aku naik tangga tuh...ray of light tuh kebetulan time aku sampai sini kul 11 pagi...time aku balik dah xde...jadi xyah dah g Jomblang. Kat Jomblang kalau mcm nih diorang panggil 'cahya dari surga'

Mula2 aku ingat nak berenti sampai Gua Niah je sebab aku tertinggal headlamp aku kat umah (bijak kan?) tapi dari umah Tom tuh aku nampak "cahaya dari surga" ala-ala Jomblang so by hook or by crook kena naik jugak tangga2 jahat tuh. Memang tepat skali timing aku ke gua nih sebab time tuh cahaya yang turun dari lubang atas gua tuh memang yang paling cantik dan ranum. Alang2 dah sampai kat perut Niah nih aku amik keputusan utk teruskan perjalanan ke Kain Hitam (Painted Cave). Untuk meneruskan perjalanan korang sunat memakai kasut yang boleh mencengkam ala2 cicakman dan jangan lupa juga torch light yg terang or headlamp. Aku? Ya...terlupa bawak torchlight ngan headlamp so aku pakai je lampu Samsung Tab 7.0 aku tuh...hasilnya aku berjaya la nampak kaki sendiri je. Perjalanan dalam gelap nih memang memperlahankan pace aku. Jalan selangkah2 sambil kepala terbayang jembalang tanah or pontianak ala2 Kristen Steward nak kokak leher aku.

Lepas keluar gua sampai tempat nih iaitu Kuala GanKira...tempat lepak yg bagus

Memang x nampak apa tambahan pulak berseorangan terpikir gak aku kalau terjatuh dari landasan memang nahas. So sambil bersabar aku harungi jugak dugaan tuh dan lebih kurang 20-30 minit aku sampai kat penghujung gua iaitu di Kuala Gankira. Lepas melepaskan lelah sekejap kat sini aku sambung perjalanan kira2 dalam 400 meter lagi. Akhirnya aku sampai kat Kain Hitam 1 dan 2. Apa yg ada kat sini? xde apa2. Sepatutnya ada lukisan orang zaman purba tapi yang aku nampak hanya ada pagar je. Dari Kain Hitam 1 ke Kain Hitam 2 ada satu jalan je iaitu jalan yang berkadar terus dengan pagar. Jalan lain aku dah try tapi akhirnya patah balik. So kalau ke sini jgn buang masa dan tenaga. Ikut je jalan yg korang naik tuh.

 
Pemandangan di tepi jalan dari Gankira ke Kain Hitam

Dah nak abis dah perjalanan.

Walaupun aku dilengkapi kasut getah yg mencengkam ala2 Michelin tapi aku tetap tergolek dog kat Painted Cave nih. So kat sini terpaksa super caution agak dapat elakkan kejadian2 yg x diingini. Perjalanan balik xde apa2 yang spesial kecuali pengunjung2 mulai membanjiri kawasan Taman Negara nih. (Ekceli x ramai sangat dalam 20-30 orang je...) Masing2 bertanya jauh lagi ke x utk sampai ke hujung. Dalam perjalanan tuh ternampak seorang aunty India pakai sliper tat sing je dan akak (lenggang kangkung x bawak torch light) sedang termengah2 terduduk kat tangga Trader Cave...

Good Luck lah yer...


 Budget Trip Miri-Niah
Sewa Kereta (Viva 1.0 Auto)  - RM 130 sehari = RM260
Minyak kereta  - RM 30
Hotel - RM 60 semalam = RM 120
Makan minum & kudap2 = RM 70
Tiket Masuk ke Taman Negara = RM 10
Bot merentas sungai = RM 1 sehala = RM2
Keseluruhan = RM 492.00

Tuesday 4 March 2014

Kesimpulan TransJava

Perbelanjaan Keseluruhan Trip Transjava

Budget: JAKARTA : 985k rp (RM 269.90)
Teksi dari Airport = 80k
Makan tghari = 50k
Bajaj ke stasiun gambir = 20k
Bajaj ke hotel dari gambir = 30k
makan malam = 30k
teksi pegi karaoke = 80k
karaoke = 450k
teksi balik karaoke = 80k
tambang tren ke bandung = 110k
sim card = 55k

Budget: BANDUNG : 1,455k rp (RM 398.65)
pakej tour - 250k
tiket masuk dan parking Tangkuban Perahu - 30k
souvenir - 100k
tiket masuk floating market - 10k
Makan tghari - 100k
shopping - 800k
dinner - 40k
jln2 malam -25k + 100k (jajan)

Budget: SURABAYA - BROMO : 1,125k rp (RM 308.20)
teksi - 50k
airport tax - 25k
brekfes - 40k
bas damri - 20k
bas ke probolinggo - 80k
lunch - 40k
pakej jeep - 110k
bison - 50k
tiket masuk bromo - 15k
homestay - 120k
dinner - 50k (1 pinggan nasik goreng 1 pinggan mi sedap + teh tawar)
jajan - 30k
brekfest (penanjakan) - 30k
bison ke Probolinggo - 30k
bas ke surabaya - 60k
teksi ke stasiun Gubeng - 75k
dunkin donat - 40k
teksi ke hotel -65k
hotel di surabaya - 120k
makanan ringan malam - 60k
teksi lorong gelap ke hotel - 15k

Budget:SURABAYA-YOGYAKARTA : 625k rp (RM 171.20)
teksi - 35k
brunch - 20k
bas EKA - 85k
teksi ke Malioboro - 35k
hotel - 375k
dinner 75k


Budget: YOGYAKARTA - KL : 1,468k rp (RM 402.20)
pakej jalan2 + tips - 325 k
karcis masuk Borobudur - 198k
karcis masuk Mendut - 5k
pajak masuk Merapi - 20k
Lunch - 30k
Karcis masuk Prambanan - 210k
Hotel - 225k
T shirt - 170k
souvenir - 50k
Dinner - 30k
Beca - 20k
Lunch esoknya - 25k
Teksi ke airport  - 60k
Airport tax - 100k

 KESELURUHAN PERBELANJAAN TRIP TRANSJAVA (Ground sahaja) : RM 1550.15 (mahal)
 (Tapi ikut kalkulasi aku boleh jimatkan sekurang2nya RM600-belum jimat to the max lagi)

Kesimpulan Trip TransJava
1.  Jangan sekali-kali buat trip bila time liburan di pulau Jawa terutama sekali hujung tahun kecuali lah terdesak.
Pada pandangan aku time nih hotel, company tour semuanya mengambil kesempatan menaikkan harga terutama sekali apabila permintaan didapati berlebihan dari penawaran. Rasanya bukan bandar2 di Indonesia je tapi kebanyak negara2 perlancongan.Disamping tuh akan menambah belanja bila tren or bus full terpaksa amik pengangkutan alternatif. Ini terjadi salah satu daripadanya bila europe sedang winter dan pelancong dari sana juga mengambil kesempatan utk travel the world. So dah tambah kapasiti selain dari traveller local yg sedang cuti.

2.  Jangan buat Trip yang super rushing.
Trip super rushing nih macam mengelilingi dunia dalam 80 hari lah. Ada berpuluh2 tempat nak pegi dalam masa 8 hari. It almost imposible terutama sekali bila mengembara musim libur di mana hampir keseluruhan jalan macet dan bas atau tren penuh sepenuh2nya. Amik masa yg selesa bila nak travel yakni kalau perlu lebih masa, lebihkan masa anda. Masalah bajet? Cut cost pada benda2 yg x memerlukan. Bukan apa kalau rushing n pack sangat kalau terjadi benda2 yg x dijangka spt transport x available nanti planning jd celaru.

3.  Berbelanja mengikut keperluan
Yang ini penting dan berkadar terus dengan item no 2 dimana lagi lama korang stay lagi banyak belanja, lagi banyak tempat yang korang nak pegi lagi rabak poket. Tapi ada penyelesaian bagi item nih seperti contohnya kurangkan naik teksi naiklah pengangkutan yg lebih awam dan ekonomi seperti bajaj ke bis ke ojek ke...pasti berguna. Pemilihan hotel jugak salah satu faktor kepada perkara ini sama ada booking lebih awal atau carik di kawasan yg lebih kurang glamer tp x jauh sgt. Kalau x nanti bajet transport pulak meningkat. Pada pandangan aku bila dah travel sepanjang hari apa yg diperlukan adalah bilik yg selesa, ada katil, aircond, dan toilet yg bersih. Xperlu lah 5 bintang or hotel mahal sebab nak berehat je. Sampai bilik silap2 terus tido. Hotel or rumah tumpangan murah pun bukan semua yg teruk. Itu pendapat aku je.

4.  Buat sedikit study or ketahui perbelanjaan.
Yang ini untuk elakkan daripada kena scam atau terlebih cas mcm tiket masuk, perbelanjaan tambang dan lain2 lagi. Ikut pemerhatian aku traveller tempatan Indonesia memang sangat partikular pasal hal ni. Contohnya ada satu couple nih pegi Bromo x amik pakej jeep sbb dia kata pakej jeep tuh mahal so diorang naik ojek. Nak jimat pun kadang2 kena tgk jugak keselesaan. Yang penting jimat dan selesa.

5.  Makan
Makan di Indonesia memang sangat2 best. Ada beratus2 silap2 beribu jenis hidangan yg boleh dicuba. Dan harganya x mahal sangat seperti kat tempat2 lain yg penah aku pegi. Walaupun nampak cam mahal tp sebenarnya kalau kat Malaysia lg mahal. Contoh kalau makan kat restoran kat Bukit Bintang maybe dua or tiga kali ganda dari di Indonesia. Contoh rata2 nasik ayam penyet kat Kl jarang2 bawah Rm 10 tapi kat sana Rm 15 maybe boleh dapat makan utk dua org siap air. Itu kat restoran, kalau kat warung2 tolak tepi jalan lagi lah.
Nasi Gudeg (personal favorite aku)
Gurame bakar

Teh botol

Nasi Padang

6. Belajar bahasa Jawa
Bagi aku memang bahasa lebih kurang sama tapi kalau dpt sikit2 bahasa or dialek local memang sgtlah membantu. Orang cakap masuk kandang kambing mengembek. Ini banyak membantu aku bila di attack oleh penjual2 jalanan. Speaking sket bahasa jawa dan diorang x ganggu sangat dah lepas tu. Kalau cakap slang kl memang kena serbu lah.

7. Dress like local dan hindari lorong gelap
Yg ni utk safety terutama sekali kat Jakarta n Surabaya. Crime rate agak tinggi sebabkan taraf hidup yg agak rendah. Jgn dress over sangat sbb buatkan korang maybe menjadi target. Rata2 org yg aku jumpa tanya samada dari Jakarta or luar. So perlu igt harga utk local dgn utk org luar adalah berlainan.

Demikianlah saja kesimpulan pada kali ini...jumpa anda lagi di trip yg akan datang...majulah traveling utk semua...