Monday 14 August 2023

Family Trip Medan : Episod 4 / Akhir

Hari nih hari yang santai..flight kami Airasia buat perangai cagu dia reshedule flight kami dari tengahari ke malam. Nasib baik diorang kasitau awal maka nak tak nak kena extend la stay kat Medan walaupun hanya beberapa jam. Tapi masa diorang mention melalui emel tuh, kami dah booking siap-siap guide kat Medan nih dan untuk extend trip kami terpaksa tambah duit.

 Seawal jam 7 pagi aku dah turun untuk breakfast. Macam yang aku cakap, kami tinggal kat hotel yang agak mewah..kalau tak 5 star, aku agak paling cikai dalam 4 star so breakfast dia boleh tahan banyak gak. Kali nih aku sorang je yang turun memandangkan yang lain-lain masih lagi beradu di kamar disebabkan waktu check out hari ni agak lewat iaitu kul 11 pagi.. Kalau turun awal orang masih tak ramai so boleh enjoy makanan dengan tenang dan lanyak kaw kaw. Aku lepak kat restoran agak lama gak dalam sejam dua la jugak, dari budak-budak tak bangun lagi sampai la diorang siap makan dan mandi swimming pool. Makanan pagi pun ok..banyak pilihan dan makanannya boleh tahan sedap, typical hotel 4-5 star buffet..Pueh ati den makan pagi nih..Siap makan..amik desert lepak open air sambil isap rokok pastu sambung makan balik.


Dekat kul 10.30 pagi aku dok usha dari tingkap nampak budak-budak tgh berenang-renang lagi. Bukan apa..bunyi menjerit-jerit tuh dengar sampai bilik aku. Kul 11 pagi dah nak check out, so pandai-pandai la nak kasi sempat. Dalam kul 11 pagi lebih sikit kami semua dah ada kat lobi, seperti masa sampai semalam, urusan check out ada sikit delay sebab nak settlekan dokumen-dokumen apa tah aku pun x pasti (aku x terlibat)..Lepas sessi berfoto kat depan hotel (al maklum lah jarang-jarang kami menginap kat hotel-hotel mewah nih..) akhirnya kami naik gak bas..mana hala tujuannya? opkos lah shopping..


Adik aku beria-ia nak ke pasar Ikan untuk shopping baju-baju, kain telekung dan macam-macam lagi la. Diorang dah pernah shopping kat sana so diorang dah tahu la apa yang nak dicari dan nak dibeli kat situ. Masa kami datang dulu ngan arwah mak aku..aku x join diorang shopping..sambung tido sampai la balik..Tapi nak dijadikan cerita, tourist guide kami tuh cadangkan gi tempat lain dan bukan pasar ikan. Mati-mati dia tak bagi pergi sana. Katanya dia tak gemar orang-orang kat Pasar Ikan yang agak extreme harass tourist yang membeli belah kat sana. Pandangan peribadi aku ada dua..satu, maybe memang ada harassment kat pasar Ikan tuh dan satu lagi pandangan aku, tourist guide kami ada favorite kedai yang dia nak bawak kami. Maybe ada tips dari tauke kedai kut. Aku x turun pun dari bas sebab menjaga budak-budak sebab hari dah start hujan rintik-rintik dan aku nak tengok dulu hasil tangkapan semua orang dulu, kalau ada berkenan baru aku turun. Kat sini ada 1 kedai je yang ada so takde persaingan dan pilihannya kalau pada pandangan aku memang tak menarik pun. Apa yang aku cari adalah sehelai baju batik buat ganti baju batik yang aku beli kat Pontianak ari tu yang dah semakin lusuh, namun tengok dari baju batik yang adik aku beli..kualitinya tak mencapai aku punya standard berdasarkan harga yang kedai tuh bagi..so aku tak turun lah..


Lepas shopping baju-baju dan kain pasang, kami request untuk singgah beli bika ambon. Bika ambon nih sebenarnya sejenis kek lapis atau bahasa jawanya adalah layer cake yang mana kami pernah la beli masa trip dulu-dulu. Tapi kali ni kami dibawa ke kedai kat mana bika Ambon nih dibuat kat kota Medan tuh sendiri. Jenuh pak supir merangkap tourist guide kami menerangkan yang mana bika ambon nih yang paling sedap dibuat oleh orang cina tapi still halal bagi mengelakkan kami syak wasangka. Seriusly kami tak kisah pun sapa yang buat asalkan halalan toyiban..Masa kami nak turun tuh hujan yang tadi renyai-renyai turun selebat-lebatnya. Aku yang dah turun dari bas terperangkap kat dalam kedai. Ingat nak tengok-tengok so kena la tanya-tanya berapa harga seketul kek tuh. Bagi aku harganya tak berapa murah la..bagi aku la. Sekotak bika Ambon harganya dalam rp 100k..kalau tak silap aku itu harga yang kosong..maksudnya basic bika Ambon. Kalau tambah perasa lagi, tambah duit la..maknanya makin mahal la harganya bika Ambon korang tuh.


Settle mengorder, kemudiannya kami dibawa ke Istana Maimon..dulu kami tak singgah kat sini sebab apa aku pun tak ingat. Tapi kali nih kami sampai jugak..Istana Maimon nih adalah satu tempat orang cakap kalau ke Medan kena pergi lah bagi sesiapa yang gemar sejarah pasal kesultanan Deli. Kat sini korang boleh la tengok barang-barang kepunyaan sultan-sultan Deli yang dulu sampai la yang terkini ikut mana waris yang ada. Kalau ikutkan kata dari tour guide kami, pewaris sultan kerajaan Deli nih masih lagi tinggal kat istana Maimun nih cuma takde la duduk dalam area muzium. Kuasa sebagai sultan dah takde sebabnya Indonesia dah jadi republik maka sultan dah jadi rakyat biasa saja. Cuma dia cakap still dapat elaun. Apa yang menariknya, waris kesultanan melayu di Sumatera nih ramainya dihapuskan masa tahun 1946 secara serentak. Katanya yang bunuh kerabat-kerabat diraja nih adalah komunis Indonesia tapi..takde siapa yang tahu siapa sebenarnya dalang tragedi ini. Kabarnya kerajaan melayu Deli pun terlibat sama tapi sultan pada masa tuh berjaya lolos. OK..sikit-sikit je cerita sejarah..kang aku start dari panglima Gocah kang lagi 5 tahun tak abis aku menaip.


Lama sungguh kami kat Istana Maimun nih..berjam-jam rasanya. Maklumlah..budak2 bukannya suka belajar pasal sejarah..diorang tau selfi nak tunjuk kawan-kawan masa masuk sekolah je nanti. Patutnya kami singgah kat Masjid Raya Medan tadi..tapi pasal hujan kami skip masjid dan gi istana. So kami stuck la kat sini. Demi menghabiskan masa, kami pun sewa skuter letrik dan tawaf la jalan depan istana Maimun tuh. Diorang la sewa..aku tumpang boceng kat belakang je..Maklumlah..aku nih seorang manusia yang kedekut. Hal-hal lagha nih x minat sangat (nak membayarnya).. Last2 takleh tahan, aku pun tanya tour guide kami kenapa lama sangat kat istana nih. Dia pun bagi tau yang sebenarnya dia tgh tunggu staf kedai kek untuk hantar kek ambon yang kami order tadi kat istana Maimun nih. Hadui..kalo ko bawak kami gi mall ke, dapat gak selai dua baju batik.


So setel kek ambon, kami gerak g kedai makan. Lapar gile beb walaupun aku dah mengkedarah bekfes kat hotel pagi tadi. Makan tengahari kami hari nih tak di sponsor oleh tour sebabnya kami sepatutnya balik jam 12 tghari tadi tapi terima kasih airasia sebab reshedule flight ke petang / malam. So makan tengahari kami terpaksa dibayar sendiri tapi ianya bukannya perkara yang buruk..at least kami boleh pilih makanan yang kami inginkan sendiri. Kedai makan yang dibawa oleh tour guide kami kira OK la..macam-macam gak makanan yang ada dan yang penting harganya takde la mahal sangat cuma portion dia agak kecik la. Tapi kalo ko nak makan lebih, order lebih..nanti bayar la lebih..tu je caranya. Memang rabak aku kali nih..sakan makan nya diorang masing-masing. Air avokat sekor-sekor ordernya..pastu tak abis sebab masam. Nasib baik duit aku tak luak sebab tak shopping apa-apa sepanjang trip nih.



Kami tiba kat airport agak awal kalau ikutkan aku. Biasanya aku kalo travel solo memang dah dekat-dekat time boarding baru nak menggelupur tapi jarang aku ada masalah ngan imigresyen atau boarding. Kat sini meskipun awal tapi kami ada satu masalah yang agak besar yang mana masalah utama kami adalah excess baggage..shopping sakan sampai beg over limit meskipun setiap family amik 20-30kg masing-masing. Kat atas lantai tu masing-masing ngejas masuk barang kat mana-mana beg yang ada kosong lagi. Aku macam biasa menjaga budak-budak yang dah duduk kat lantai airport tuh..yang baring pun ada. 

Dalam sejam lebih kami menguruskan urusan beg. Yang sini pindah sana, timbang, yang sana pindah sini, timbang, yang sinun pindah sini, timbang dan akhirnya settle jugak. Check in beg kami terus ke imigresen untuk cop pasport. Bila kami tiba di imigresen, orang dah tak ramai sebab masing-masing awal lagi dah melepasi tempat nih, jadi urusan cop pasport tak begitu lama. Settle cop pasport kami semua gi makan dulu kat A&W yang ada kat airport tuh sebelum naik flight. Menunya macam-macam..ada nasik ayam dan lain-lain lagi..tapi dah nak balik ni macam-macam drama yang terjadi tapi aku taknak cerita lebih-lebih so kita move on. Biasala tuh..lagi ramai manusia yang join trip memang macam-macam perangai yang kita akan jumpa.

Cuma sebelum aku berundur aku nak nasihatkan korang yang nak naik flight kena naik bas ye..Flight x park dekat airport..Korang kena naik connecting bas untuk masuk dalam flight..Nyaris-nyaris aku tak tertinggal flight meskipun aku sampai gate ngam-ngam boarding time. Ala..santai-santai je..tak penah lagi aku miss flight walaupun terpaksa menggelupur. Itu saja buat masa ini..bertemu lagi di trip2 akan datang..(kalau ada)...Adios amigos.

 Tamat.