Saturday 22 September 2018

Golden Triangle of India : prologue

Last year aku berjaya dapatkan tiket ke India yang pada aku agak murah semasa AirAsia 0 fare. Tambang pergi balik ke Delhi dalam RM545 tambah dengan nasi lemak Pak Nasser utk pergi balik dalam RM 575. Yup. Ada orang dapat lagi murah tapi bagi aku yang dah lama survey utk ke India (Delhi) ianya agak berbaloi.

Orang kata selagi tak ke India maknanya korang masih belum dapat lesen full utk backpacking. Seriously aku tak peduli pun apa orang nak cakap, sebab mentang2 diorang dah pergi boleh la diorang cakap apa saja. Tujuan aku simple je...nak tengok tempat orang dan mengalami sendiri tempat scam paling dahsyat di muka bumi ini...(orang cakap la..kena alami sendiri baru boleh bgtau). Tapi sebelum bersedia fizikal dan mental..satu benda yang paling nak kena siapkan adalah...visa.

Seperti biasa ada 2 kaedah untuk mendapat visa ke India. Satu darinya adalah e-visa yang korang boleh perolehi secara online. Mudah sahaja; isi borang yang boleh didapati dari website, sertakan dokumen dan buat bayaran. Tunggu evisa lulus dah boleh la korang terbang ke India. Tapi hati-hati sebab ada banyak website yang fake.

Opis IVS Global kat Lebuh Pasar Besar..boleh tahan ramai jugak makhluk kat sini...

Cara kedua iaitu cara yang aku buat adalah pergi sendiri ke company yang telah diberi kuasa oleh keduataan India untuk membuat visa iaitu IVS Global India Visa Center yang terletak di  Leboh Pasar Besar, City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dokumen yang perlu adalah borang visa, gambar sebanyak 2 keping dengan background putih (yang nih kena hati-hati sikit sebab saiz gambar utk ke India lain sikit dari yang biasa..aku cadangkan amik je kat tempat buat visa tuh..of coz lah dengan pengeras juga), pasport yang ada 6 bulan tempoh yang masih ada ruang kosong dalam pasport tu dan last sekali juga wang pengeras secukup rasa. Aku bernasib baik sebab masa aku buat visa ni , kerajaan India belum lagi meminta tempoh visa dipanjangkan (dengan bayaran double dikenakan), jadi bayaran yang dikenakan tidak mencecah RM200. Proses visa mengambil masa dalam 3-4 hari dan korang kena datang semula pada hari yang ditetapkan untuk mengambil visa tersebut.



Sudah bayar. Tunggu lagi 3 hari baru boleh collect; dengan harapan lulus lah hendaknya


So visa dah siap maka dapatlah perlepasan untuk terbang. Hari yang ditunggu telah tiba, maka sebelum jam 5 petang aku dah tercongok kat airport bagi menunggu kepal terbang yang akan berangkat sekitar jam 7 malam. Perjalanan dari Kuala Lumpur international airport mengambil masa dalam 5 jam lebih. Waktu di New Delhi awal 2 jam 30 minit, maka masa ketibaan kapal terbang aku di India dalam sekitar 10 malam.



Yeah..Welcome to India, segala pancaroba bermula di sini


Dipendekkan cerita, dalam kul 10 malam flight kami (aku dan penumpang lain ) tiba di Delhi. Sebenarnya cakap je kul 10 tapi lewat la jugak sikit2. Sementara nak turun dari kapal dah amik masa dalam 30 minit, mana tak nak cop passport lagi. Keadaan dalam kapal masa nak turun agak havoc sikit sebab bila flight jejak je tanah, ramai buat huru-hara tak menyempat nak amik beg masing-masing dan tak hiraukan langsung arahan dari flight attendant. Welcome to India, ujar aku dalam hati. Disamping itu, steward ngan stewardess pun tak aware yang entrance form yang diorang tak bagi siap2 dalam flight. 

1st impression di India (dalam airport) adalah wow..Indra Gandhi Internation Airport memang mewah, saling tak tumpah macam KLIA, tapi sebab mengejar masa, aku tak sempat nak roam di airport nih. Keluar dari pesawat menuju ke kaunter imigresen sempat aku berhenti untuk beli air kat mesin vendor sepanjang perjalanan sebab terlampau dahaga. Masuk duit, sekali mesin tuh tak keluarkan air yang dipilih walaupun jenuh aku ulang arahan yang ditulis pada mesin tuh. Awal-awal lagi dah lesap 50 rupee. Awal-awal lagi dah kena scam..ngan mesin lak tuh. Tanpa buang masa aku teruskan juga perjalanan. Aku yang tiba di imigresen punya kaunter dengan pen habis dakwat terpaksa menunggu orang lain mengisi entrance form. Inilah antara benda2 yang makin melewatkan perjalanan aku keluar dari airport. 


Indra Gandhi International Airport..kat depan tuh tempat mengecop pasport

Antara sebab aku rushing untuk keluar dari airport adalah aku nak mengejar train (metro) ke Bandar. Last train dalam 11 lebih malam. Terlewat maka terpaksalah aku naik teksi. Kabarnya terdapat bas kat terminal tapi aku tunggu X muncul2 pulak. 

Aku keluar dari airport agak lewat dari jangkaan. Jam menunjukkan lebih kurang jam 11.30 malam. Sempat juga aku bergegas ke stesen metro yang berada di bangunan berhadapan terminal 3 tapi malangnya kaunter tiket dah tutup dan suasana metro yang sepatutnya sibuk, sepi bak dilanggar garuda. Yang ada di kaunter hanyalah tukang jual tiket yang sedang mengira duit hasil hari ini. Aku cuba untuk bertanya mengenai tiket ke bandar namun tidak dilayan sambil disuruh untuk membeli di mesin. 


Delhi Metro station yang berada depan terminal 3


So aku masuk semula ke terminal 3 dan cuba untuk membeli tiket melalui mesin vendor yang satunya terdapat dihadapan terminal 3. Sudah jatuh ditimpa tangga, mesin tiket juga menunjukkan out of service menandakan yang perkhidmatan metro pada hari itu telah tamat sepenuhnya. Aku sempat juga beli air kat kedai kecik kat depan terminal 3 tuh, air oren yang harga yang terpampang pada iklan adalah 35 rupee tapi selepas bagi 50 rupee, penjual tak mau pulangkan baki. Aku tanya juga baki aku tapi dia kata harga yang terpapar tuh salah. So terkena lah aku lagi.

Dah takde apa yang nak dikejar lagi aku ambil keputusan untuk masuk ke dalam terminal 3 bagi mendapatkan simcard telefon. Sebelum tu aku dah bagitau penjual SIM tuh yang aku akan gerak dari Delhi seawal 6 pagi esok. Dia cakap kalau macam tu SIM card X dapat nak activate dan kalau nak call sila guna public phone yang berada di sana. (Tangan tunjukkan arah kiri). 

Untuk makluman semua, SIM card India perlukan permohanan dari Telco ke gomen so korang kena submit salinan passport dan visa serta gambar terkini. Itu semua biasanya takde masalah sebab biasanya diorang akan potokopi je passport n visa tu dan gambar diorang akan snap pakai henpon diorang. Masalahnya utk activation sementara nak tunggu SIM tu ada line, korang dikehendaki berada di bandar korang register SIM korang tu. Contohnya..aku register malam ni kul 11 malam dan opis hanya buka esok jam 9 pagi dan 9 pagi tu aku dah xde kat Delhi so SIM aku xleh nak activate lah.


Tempat beli pass pre-taxi untuk ke bandar

So aku skip SIM card dan teruskan mencari teksi. Ada 2 jenis teksi iaitu private ngan prepaid. Yang private ni nampak lebih kemas dan teratur, ada company logo dan keretanya lebih mewah. Tapi harganya memang kapak lah.. dah le kena lagi dengan overnight charges lagi. So aku gamble untuk naik prepaid teksi meskipun macam2 cerita pasal scam yang famous dalam sosial media.

Antara cerita yang popular adalah pemandu teksi biasanya akan tipu penumpang mereka. Pemandu teksi akan cakap jalan takleh dilalui sebab ada pesta or jalan tutup so divert ke rumah member2 driver dan penumpang akan dirompak...selain dari itu, pemandu teksi akan cakap yang hotel korang book  dah tutup dan akan bawak ke hotel lain yang dah bersedia untuk overcharge korang.. dan macam2 cerita lain lah yang agak terkenal dalam sosial media nih. Aku tawakkal je lah dengan apa yang akan terjadi. 

Cara prepaid taxi ni adalah korang pergi kaunter prepaid taxi dan bagitau alamat pastu diorang akan bagi cas yang perlu dibayar pastu korang akan dapat slip kaler putih dan pink utk diberi pada taxi driver. Rasa sama macam kat Malaysia jugak kut. 

Kebetulan bila slip aku dah kena amik, driver teksi atau sebenarnya van or tuktuk (ikut nasib korang la dapat kenderaan apa)...driver teksi / van aku tuh amik lagi satu passenger yang nak ke tempat yang sama ngan aku. Walhal aku dah bayar untuk keseluruhan teksi tuh. Maknanya satu teksi makan 2 orang. Scam di India dah bermula tapi takpe..kurang-kurang kalau dia nak bawak aku ke tempat tak tentu hala, takde la aku kena rompak sorang-sorang... 


Brader yang satu teksi dengan aku tuh rupanya orang Somalia yang datang ke India untuk beli barang-barang perniagaan dia di Somalia kat sini (Delhi). Bila tanya aku dari mana dan aku jawap je Malaysia..masya Allah...muslim..dia kata ada satu kawan dia ada kat Perlis belajar Islam dengan seorang tok guru yang femes kat sana. Ya..korang tau apa yang aku fikir? Tak semua orang Somalia ni miskin tak makan macam dalam gambar National Geographic tu. Sebabnya brader Somalia yang naik sama ngan aku ni badannya dah macam Romelu Lukaku dah. Itu maknanya kalau ada rezeki, aku nak ke Somalia lah untuk saksikan sendiri kehidupan kat sana pulak..


Ya..di lorong inilah letaknya hotel aku..seram tak?

Dari macam-macam urusan di airport akhirnya aku berjaya sampai di hotel dalam jam 1 pagi dengan bantuan driver teksi yang tak jumpa hotel dimana kedudukan hotel yang dah aku book. Jadi aku suruh driver teksi tuh berhentikan kat tepi jalan supaya aku dapat cari sendiri di mana hotel aku tu. Lagi pun driver teksi tuh dah mula mengomel-ngomel nak mintak extra tambang sebab susah nak cari lokasi nak turunkan aku. Hotel yang aku book melalui agoda tu memang tak nampak dari jalan besar, sebab pintu masuknya berada di lorong-lorong belakang. Macamana aku leh jumpa hotel aku ni? Aku tanya kat orang-orang yang tengah mabuk kat tepi jalan. Memang bahaya; silap-silap kat situ gak kena pau tapi aku tawakkal je lah.. Badan dah penat sangat sampai kepala tak boleh nak fikir dah.



Keadaan bilik yang aku book..yang paling best adalah dia ada balcony.

Aku check in secepat mungkin dan berniat nak tidur supaya esok bangun awal dan carik bas ke Agra. Delhi akan aku ronda last day nanti (tengoklah berapa hari dapat nanti) dan first thing kena cabut dari ibu kota yang hethic ini dengan segera. Syukurlah kat hotel ada kabel utk booking bas (sebenarnya ini perkara biasa la kut). Aku cepat2 confirm kan tiket ke Agra tapi staff hotel (aku rasa anak tauke) Firoz dok ajak aku bersembang sambil dok promote aku gi Manali selepas Agra nanti. Dia ada pakej baik katanya. Memang menarik Manali tu dan kalau ikutkan hati memang nak pergi. So aku check suhu di Manali guna WiFi hotel. 6° celcius dan aku check jacket yang aku bawak memang tak dapat tampung kesejukkan itu dan aku malas benda jadi macam kat Myanmar hari tu. 




Ni lak tempat pelaburan...jangan tengok lama-lama, nanti tak lalu makan nasik.

Aku tolak baik2 dengan macam2 alasan tapi makin lama mamat tu makin pushy..so baik aku back off dan rest di bilik. Biliknya nak cakap macamana ya...boleh la nak buat tidur, ada tv ngan tilam yang agak keras dan lantai memang berhabuk. Kalau keluar toilet memang hitam lah tapak kaki. Toiletnya pulak memang berdaki habis tapi aku tak leh nak komplen sangat sebab ini adalah hotel yang antara paling murah dengan review yang agak OK yang boleh aku dapati di area Paharganj (central Delhi) dari Agoda. Last2 nak dijadikan cerita, aku tak tau la jet lag ke apa tapi kul 3 pagi aku masih xleh tidur...esok ada bas awal pagi nak ditempuh ni...

Bersambung



Sunday 16 September 2018

Brunei - Bandar Seri Begawan

Aku dahulukan post Brunei nih disebabkan post yang sepatutnya (India) terlampau panjang dan akan mengambil masa yang agak lama untuk dihabiskan.

Brunei bukanlah satu negara yang terkenal dengan perlancongan. Jesteru itu, tidak banyak post pasal tempat ini berbanding negara-negara lain di asia tenggara. Sebagai jiran yang dekat, seorang rakyat Malaysia tidak akan dikenakan visa untuk memasuki negara ini.




Pengangkutan

Di Brunei terdapat 3 jenis pengangkutan yang paling femes iaitu teksi, bas dan juga bot(bot nih aku tak berapa pasti sangat). Jumlah teksi di negara Brunei boleh dibilang; dengar cerita dalam lebih kurang 50 buah di seluruh negara. Desebabkan kebanyakan penduduk tempatan mempunyai kenderaan sendiri dan kurangnya pelancongan di Brunei menyebabkan bilangan teksi tidak begitu meluas.

OK. Yang ni sila ambil perhatian. Apabila korang tiba di airport Brunei, biasanya pengunjung akan ambil teksi dari airport ke bandar. Kalau korang naik teksi korang akan di cas sebanyak Bnd 20-25 untuk perjalanan sehala ke Bandar Seri Begawan dan lebih lagi kalau lagi jauh perjalanan korang. Kalau korang rasa keberatan untuk menaiki teksi (atas faktor kewangan atau nak save budget.) korang boleh naik balik kat area arrival, kat luar tu boleh tunggu bas menghala ke bandar. Selain dari itu, kat area paring kereta juga ada tempat menunggu bas untuk ke bandar. Bayarannya adalah Bnd 1 sehala per pax. Kalau nak save budget lagi boleh ikut cara aku iaitu jalan kaki dari airport ke town sejauh 10km. Bukan kedekut tapi aku sampai di Brunei jam 9 pagi dan hotel hanya boleh check in jam 2 petang. Memandangkan aku tak tau nak buat apa sepanjang masa terluang tuh so aku pun amik keputusan untuk jalan kaki.

Sepanjang perjalanan aku menaiki bas, apa yang aku tahu korang kena bayar Bnd 1 untuk kemana-mana destinasi sekitar Bandar Seri Begawan (lebih dikenali oleh lokal dengan panggilan BSB). Perkhidmatan bas bermula selepas subuh dan tamat sebelum waktu Maghrib. Malam memang takde bas dan perkhidmatan grab atau uber , aku pun tak pasti.


Tempat-tempat menarik di Brunei

Tujuan utama aku ke Brunei bukanlah untuk melancong jadi tourist attraction yang jauh dan susah nak dilawati memang aku tak pergi. Antara tempat-tempat yang sempat aku lawati adalah seperti di bawah ini.


1) Masjid

Terdapat banyak masjid di area Bandar Seri Begawan dan hanya 2 sahaja yang aku sempat lawati. Ia merupakan masjid-masjid yang terkenal di Bandar Seri Begawan dan kawasan persekitarannya iaitu Jame' Asr Hassanil Bolkiah Mosque dan Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque.



Jame' Asr Hassanil Bolkiah Mosque ini terletak di area Gadong, kira-kira 4 ke 5 km dari BSB. Aku singgah di masjid ini dalam perjalanan dari airport untuk berehat sebentar melepaskan lelah. Masjidnya bagi aku kira ok la tapi bersih. Masa aku tiba ramai pelancong yang aku rasa dari China sedang berkerumun berselfie kat depan masjid nih. Di dalam masjid nih tak boleh mengambil gambar. Aku siap kena sound lagi dengan staff masjid nih. Aku dapati pintu masjid ditutup dan melalui pembacaan aku terdapat waktu-waktu masjid ini dibuka untuk tujuan lawatan pelancongan.




Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque merupakan ikon bagi negara Brunei. Dia ni macam KLCC kat Malaysia. Terletak berdepan dengan kampung air ada orang menyifatkannya sebagai antara 2 darjat. Kemewahan diseberang sini manakala sisi yang lain pula diseberang sana. Persetankan apa orang kata yang penting rakyat Brunei bahagia dengan kehidupan mereka. Harap2 lah. Masjid ini memang cantik, ditambah pula kedudukannya dan juga terdapat taman di hadapan masjid nih bagi tujuan rekreasi rakyat tempatan.


2) Kampung Air

Kampung air adalah salah perkampungan tradisi rakyat Brunei. Ianya terletak di seberang laut betul-betul berhadapan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Kampung air di Brunei ini saling tak tumpah dengan kampung air yang terdapat di Sabah, kecuali kurang sampah sarap yang dibuang di laut. Disini boleh dilihat penduduk marhaen tinggal, rumah ada yang sederhana manakala rata-ratanya boleh juga dikatakan daif. Namun begitu kemudahan yang tersedia boleh dikatakan agak lengkap juga dengan adanya sekolah, masjid dan lain-lain lagi.




3) Bandar Seri Begawan

Bandar Seri Begawan ini merupakan ibu negara bagi Brunei. Bangunan-bangunan yang ada di sini terdiri dari bangunan-bangunan yang agak lama, senibina era 80an ke awal 90an kebanyakkannya dan ianya tidaklah sesibuk bandar atau ibu negara lain di asia tenggara. Aku pun tak tahu apa yang spesel dengan BSB nih. Takde shopping mall gempak-gempak, takde bangunan-bangunan attraction yang hebat-hebat (kecuali masjid dan muzium) dan keadaannya biasa-biasa saja.







4) Tamu

Tamu ni macam pasar pagi atau pasar malam kat Semenanjung Malaysia dan juga agak femes di Sabah dan Sarawak. Kalau tamu pagi di BSB yang paling femes adalah Tamu Kianggeh yang terletak di tengah bandar. Tamu Kianggeh ini merupakan tempat membeli barangan harian seperti sayuran dan buah-buahan serta terdapat juga makanan tempatan seperti nasik katok ada dijual disini dengan harga yang agak berpatutan bagi penduduk tempatan. Boleh beli dan makan di meja yang disediakan. Bagi aku tamu ni adalah biasa-biasa je, tempat beli sayur dan buah-buahan bagi penduduk tempatan.



Antara tempat-tempat menarik lain Yang boleh korang lawati adalah seperti Jerudong Park yang terletak di daerah Tutong Dan juga Taman negara ulu temburong Yang terletak di daerah temburong di mana korang kena lintas Limbang Sarawak terlebih dahulu. Kedua-dua tempat ni aku tak pergi so aku takleh nak Komen apa-apa. Ada juga beberapa muzium di BSB yang boleh korang lawati dan ianya hanyalah walking distant sahaja dan bayaran masuk adalah percuma. Antara muzium-muzium yang aku rekemen adalah Royal Regalia museum dan Muzium Brunei. Lain-lain tempat seperti Kg Air cultural & tourism gallery. Nak makan malam aku suggest korang ke pasar malam Gadong. Kat sini memang beratus-ratus atau beribu jenis hidangan yang boleh korang pilih dari ayam/ikan bakar sampailah ke kuih tradisi rakyat Brunei.






Kehidupan di Brunei

Ini merupakan faktor utama aku ke Brunei. Rata-rata cerita yang aku dengar adalah orang Brunei ni kaya-kaya dan berlagak pulak tuh. Jadi aku mencari jawapannya dengan mengembara ke tempat ni.
Aku tak boleh nak komen banyak pasal nih sebab aku hanya tinggal selama 3 hari sahaja di Brunei dan menghabiskan masa kebanyakkannya di Bandar Seri Begawan. Namun begitu sepanjang pemerhatian aku dalam kembara singkat nih adalah kehidupan di Bandar Seri Begawan rata-ratanya sederhana, macam di Malaysia juga, tapi aku rasa orang Malaysia lebih mewah bila berbelanja kot. Di BSB tidak ada shopping mall yang setanding dengan Pavillion or KLCC dan ada je penduduk Brunei yang tak berapa berada terutama yang tinggal di Kampung Air.

Bandarnya tidak padat dengan kenderaan dan takde sebarang urgency di sana. Bandarnya lepas Maghrib dah mula sunyi dan dalam jam 10 malam kebanyakkan kedai dah menutup perniagaan termasuklah kedai-kedai makan. Suasana di BSB sangat tenang, terutama bagi sapa yang nak meronda malam-malam takde sebarang kebimbangan akan terjadinya jenayah. (kemungkinan besar)

Ramai pekerja yang melakukan pekerjaan berbentuk buruh terdiri dari rakyat Indonesia dan juga Bangladesh. Jangan terkejut kalau naik bas, mostly dalam bas tu penuh dengan rakyat asing (termasuk aku) termasuk juga pemandu dan tukang kutip tiket. Bahkan masa aku sedang bersiar-siar dalam bas, ada seorang mamat Brunei (berpakaian segak) naik dan Bangla yang sedang kutip tiket tuh terkejut dan tanya beberapa kali adakah mamat tuh orang Brunei atau tak.


Makanan

Terdapat macam-macam jenis makanan yang boleh dicuba di Brunei. Dari local dish seperti ambuyat dan nasik katok sampailah ke makanan cina dan juga Jepun. Harganya bergantung pada keadaan restoran dan juga makanan yang korang order. Rata-ratanya murah dari Malaysia (jangan convert ke Ringgit Malaysia). Bagi sesiapa yang nak makan makanan hipster boleh la search kat trip advisor. Antara yang rekomended dalam tu adalah Kaizen sushi yang terletak di Water Front dan Aminah Ariff restoran di Gadong untuk merasai ambuyat atau makanan Brunei yang lain. Manakala nasi katok (nasik putih dengan ayam goreng dan ada sambal sikit) ada dijual di mana-mana dan harganya sekitar 1 ringgit Brunei.








Kos sara hidup

Harga barangan di Brunei pada aku agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia. Ini mungkin disebabkan matawang Brunei yang 3 kali ganda lebih tinggi dari negara kita meskipun hampir kebanyakkan barangan di supermarket adalah diimport dari negara jiran tetangga berdekatan. Namun begitu kalau dibuat pertukaran kepada ringgit Malaysia, ia masih mahal.

Setiap hari aku akan ke supermarket untuk membeli beberapa barangan seperti air dan juga kudapan bagi mengisi perut sepanjang perjalanan. Disamping itu aku mengambil kesempatan untuk menyemak harga-harga barangan supaya boleh dibuat perbandingan dengan harga barangan di Malaysia.


Kesimpulan

Kalau aku boleh buat kesimpulan, Brunei nih lebih kurang macam Melaka. Bandar utamanya adalah Bandar Seri Begawan manakala outskirtnya adalah terdiri dari pekan-pekan kecil dan kebanyakkannya merupakan kampung dengan rumah-rumah sesebuah yang dibina di tanah persendirian. Rumah-rumahnya tak semua mewah dan ada juga rumah yang masih diperbuat dari papan. Terdapat banyak juga rumah-rumah strata yang dibina tetapi ditinggalkan begitu sahaja tanpa aku ketahui sebabnya.


Berikut adalah detail perbelanjaan aku di Brunei tak termasuk tiket flight (aku claim big point)

Perbelanjaan di Brunei
(dalam Ringgit Brunei)

Day One
Beli air 2.30
Kudap2 2.00
Makan malam 7.50
Overall 11.80


Day 2
Beli air dan kudapan 5.20
Tambang bas 2.00
Lunch 4.20
Makan malam 3.00
Overall 14.40


Day 3
Tambang bas 1.00
Fridge magnet n postcard 8.40
Overall 9.40

Grand total 35.60 bnd