Tuesday 24 December 2019

Hong Kong Part 3

Macam biasa, awal pagi aku dah bersiap sedia nak keluar, cuma hari ini aku sempat breakfast samosa yang aku beli semalam supaya dapat mengisi perut sementara menunggu masa makan sebenar. (biasanya malam karang) Sebaik sahaja aku keluar, dalam jam 7-7.30 pagi macam tuh..aku terus amik MTR di Tsim Sha Shui menuju ke stesen terakhir yang terdapat pada Tung Chung line. Memandangkan ini stesen yang last, maka perjalanannya mengambil masa yang agak panjang walaupun takde sebarang pertukaran line.



Shopping mall kat stesen Tung Chung

Hari ini tujuannya adalah berpeleseran di another part of Hong Kong, sebuah pulau yang terletak di bahagian barat iaitu Lantau island..Tak pernah dengar? Hong Kong disneyland dan Ngong Ping village terletak di pulau ini lah. So last MTR station adalah Tung Chung dan seterusnya kena naik pengangkutan lain.



Ini adalah hentian sebenar bagi sesiapa yang nak ke Ngong Ping

Biasanya orang akan pergi ke Ngong Ping nih dengan menaiki cable car..Aku ada juga bukak apps Klook untuk tengok-tengok package ke Ngong Ping dengan menaiki kereta kabel..setelah berfikir panjang, akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke sana dengan menggunakan cara local iaitu dengan menaiki bas.



Keadaan dalam bas semasa nak ke Ngong Ping

Terkemut-kemut aku menunggu bas no 23 kat bas stop yang tersedia di tepi jalan tuh..dah le cuaca sejuk sampaikan dalam 2 kali aku terpaksa ke toilet yang terdapat dalam bangunan terminal bas tadi tuh. Lepas dalam sejam aku menunggu, dalam hati aku cakap tak boleh jadi nih..So aku patah balik dan berlegar-legar mencari tempat menunggu yang sebenar. Setelah mencari akhirnya barulah aku tau yang sebenarnya aku salah tempat menunggu walaupun ada tercatat nombor bas yang nak aku naiki. Rupanya terdapat satu bas station sementara yang terdapat tak berapa jauh dari main station bas yang terdapat bas yang aku tunggu-tunggu.



Menuju ke Big Buddha dan Poi Lin monastery

Perjalanan bas agak lama jugak dari Tung Chung station ke stesen bas Ngong Ping, mengambil masa dalam 1 jam 20 minit dengan kebanyakkan jalannya bersimpang siur berbukit bukau. Boleh tahan ramai jugak orang dalam bas nih..sampai bas jalan penumpang dah mula berdiri tapi tak lama lepas satu-satu orang turun ke destinasi mereka. 

Nampaknya bukan semua dalam bas ini nak ke Ngong Ping tapi terdapat juga penumpang yang tinggal di kampung-kampung di sepanjang jalan ke Ngong Ping. Sepanjang jalan takde sebarang bangunan-bangunan pencakar langit, bahkan apa bangunan pun takde sehingga tiba ke destinasi yang dituju. Maknanya kampung-kampung atau perumahan memang tak terletak di jalan besar atau jalan utama laluan pengangkutan awam. (tak tau lah kalau aku tertidur dalam bas)



Satu taman yang terdapat dalam perjalanan ke Big Buddha dan Poi Lin monastery...


Ada beberapa benda yang menarik sebenarnya yang boleh dilawati di Ngong Ping village ini.. Salah satunya adalah cable car, no 2 adalah big buddha dan yang no 3 adalah Po Lin monastery. Oh..tak lupa jugak kalau korang turun dari cable car tuh, ada banyak kedai-kedai menarik yang patut korang lawati kat sana. Secara jujurnya aku rasa korang semua kena naik cable car nih..rata-rata komen dari orang cakap yang ianya memang marbeles. Ngong Ping itu sendiri adalah satu kampung yang terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai benda termasuk lah makanan, cenderahati dan banyak aktiviti lain seperti tayangan 3d, 4d dan lain-lain lagi. Kiranya macam apa yang terdapat di cable car Langkawi.



Big Buddha a.k.a. Tian tian diliputi awan nano...




Pemandangan dari Big Buddha ke kawasan persekitaran..bangunan beratap kuning tuh Poi Lin monastery...




Ini tangga yang perlu korang lalui untuk naik dan turun dari atas bukit nih..

Big buddha (Tian Tian buddha) pula terletak di atas bukit dalam kawasan Po Lin monastery nih, ekceli duduk di sebelah sahaja. Bukitnya tidak tinggi sangat dalam 35 meter tapi anak tangga yang korang kena daki, bagi sapa yang stamina tak berapa fit memang beberapa kali la kena berenti sama macam aku. Jumlah anak tangga yang perlu didaki adalah sebanyak 268 buah yang mana aku kira sendiri masa naik tapi lost count kat tengah-tengah dan last skali aku google balik berapa anak tangga yang aku naik. Apa yang ada kat atas nih? Dah nama big buddha, mestilah ada patung buddha yang besar, selain itu? Ada beberapa patung lain (yang bukan buddha) disekeliling main patung tuh..



Pintu masuk Poi Lin monastery




Bangunan utama monastery ini..

Manakala Po Lin monastery pula adalah sebuah temple yang terletak berhampiran dengan bid buddha ini. Monastery ini bagi aku agak besar dan senibinanya menarik dengan banyak jenis pokok bunga di tanam di bahagian luarnya membuatkan ianya lebih colorful. Sebenarnya Big Buddha tu adalah salah satu dari extension dari kompleks Poi Lin yang digunakan oleh sami-sami untuk bertapa sejak awal kurun lagi dan masih lagi digunakan sehingga sekarang.. 




Inilah rupa Ngong Ping village yang sebenar...




Selamat datang ke Tai O

Dari Ngong Ping aku ke bas stand yang berada di tepi bangunan-bangunan kedai yang terdapat di sana. Dari beberapa destinasi yang ada, aku pilih untuk ke Tai O, memandangkan basnya dah sampai terlebih dahulu. Kalau nak ke Tung Chung kena tunggu lagi sebab bas ke sana baru saja gerak sebelum aku sampai. Acah je..sebenarnya memang aku nak Tai O pun, itu salah satu sebab aku naik bas ke Ngong Ping dan bukannya cable car. Aku tak pasti ada ke tak cable car ke Ngong Ping untuk one way sahaja..



Pemandangan jambatan masuk ke perkampungan nelayan Tai O...




Dah kampung nelayan mestilah ada jual ikan masin..jangan tanya aku ikan masin nih halal ke tak sebab aku tak beli pun..

Tai O nih nampaknya merupakan satu lagi sisi yang lain Hong Kong. Kalau Hong Kong (pulau dan Kowloon) penuh dengan bangunan pencakar langit, Tai O lebih kepada kampung nelayan; kampung nelayan yang bagi aku agak ortodox, iaitu kampung nelayan tradisional yang mana kebanyakkan rumah-rumah yang terdapat di sini diperbuat dari kayu; lebih kurang dengan kampung nelayan cina di Malaysia. Kat sini korang boleh lihat kehidupan harian masyarakat di sini ditambah pulak dengan sedikit aktiviti tourism seperti naik bot keliling kampung atau melihat sunset. Bagi aku menarik lah Tai O nih...walaupun ia dah diangkat sebagai satu tempat tourism tapi diorang still lagi ke laut dan menjadikan kehidupan peribadi masyarakat di sini sebagai salah satu tarikan. Maksudnya diorang tak buat-buat la macam setengah tempat tuh diorang berlakon je tapi kat sini memang kerja hakiki diorang macam kampung nelayan yang biasa kita nampak.


Pemandangan sebenar kampung ini..

Boleh dikatakan hampir keseluruhan Tai O aku berjaya jelajah sampailah ke hujung kampung dan kemudiannya aku patah balik ke stesen bas. Kalau korang jenis yang duduk bandar-bandar besar seumur hidup, perjalanan dalam Tai O memang menarik, siap ada muzium tempatan lagi. (tak nak overrated, muzium nya tuh biasa-biasa je) Aku yang biasa lepak kampung nelayan cina kat Malaysia pun rasa Tai O nih menarik. Tapi untuk tak mau bagi opinion yang overrated, menarik atau tak adalah bergantung pada individu tapi pada aku menarik jugak lah.



Dari Central menuju ke Hard Rock

Seterusnya perjalanan pulang ke Kowloon. Aku dah takde sebarang planning untuk hari ini jadi aku bercadang nak ke Disney Land sekejap. Bukannya nak masuk sebab aku takde bajet tapi just nak tengok-tengok apa yang ada di sekitar kawasan tuh dan mungkin amik sekeping dua selfie di pintu masuk Disneyland. Ala..biasanya orang x peduli pun apa yang ada kat dalam tuh, yang penting ada gambar kat pintu masuk kan?


Menunggu Star Ferry menyeberang laut...tu ferry yg aku tunggu..

Baru je berangan nak tukar profil picture fesbuk aku dengan gambar di depan Hong Kong Disneyland, aku dapat watsep dari kawan lama yang pesan 2 helai baju Hard Rock cafe Hong Kong. Ntah sapa lak pecah rahsia aku kat sini, aku pun tak pasti. So aku terpaksa cancel program aku dan menuju semula ke pulau. Macam biasa, berhenti di Central stesen aku berjalan kaki ke HRC. Lepas settle urusan beli belah (dalam sejam jugak sebab nak kena post gambar sehelai-sehelai design baju tuh kat member aku) aku pun kembali semula ke Central.


Keadaan dalam Star Ferry...mcm ferry pulau pinang

Aku tak balik ke Tsim Tsa Tsui naik train seperti kebiasaannya. Kali nih aku nak naik Star Ferry..satu pengangkutan legend yang dah beroperasi lebih dari 100 tahun di Hong Kong..Kalau tengok citer Hong Kong zaman-zaman Jackie Chan dulu memang background Star Ferry nih memang wajib ada. Best juga sekali sekala naik Star Ferry sebab masa aku naik nih tak ramai orang pun yang berada dalam ferry tuh, mungkin pelancong je kut naik ferry nih. Antara yang bestnya naik Star Ferry nih menyeberang dari pulau menuju ke Kowloon adalah disamping tambangnya murah, (sebenarnya aku pakai octopus card, so aku xcheck pun harganya) dapat jugak menghirup udara segar sepanjang perjalanan. Apa yang tak bestnya yer..perjalanan agak slow..dan masanya menunggu ferry tiba agak lama la jugak...Sebab tu aku cakap pelancong je yang naik kut..atau orang yang tak kejar masa.


Star Cruises..tak silap Genting punya..

So lepas sampai di Kowloon, aku terus naik ke hotel. Lapar tapi masalahnya lepas beli baju Hard Rock, (pesan guna air liur) duit nak makan pun dah xde. So aku terpaksa naik ke bilik dulu, amik duit simpanan rahsia aku (duit USD balance trip-trip terdahulu) dan tukar kepada HKD.




Sebahagian dari makan malam aku hari ini...lebih kurang RM 5 sekeping..xmasuk kuah yer...

Naik atas, amik duit dan turun semula ke bawah untuk tukar duit. Di Chung Kin Mansion nih ada banyak je money changer.(ada la 3-4 buah) Setelah semak-semak, aku tukar kat money changer yang tukarannya berbaloi bagi aku. Kemudian aku pun beli makanan kat kedai biasa aku beli dan naik semula ke bilik. Selesai makan dan solat, aku kemudiannya berpeleseran di sekitar jalan-jalan berdekatan. Temple street dan lain-lain lagi aku jelajahi untuk check out suasana Hong Kong waktu malam. Takde beli apa pun sebab aku rasa esok baru aku nak cari apa yang patut dibeli di Hong Kong ini. Settle jalan-jalan, aku pun balik semula ke hotel untuk berehat. ZZzzz




Keadaan malam di restoran di Hong Kong..Kedai viral kut..ramai je kat sini


Bersambung....

Sunday 1 December 2019

Hong Kong Part 2

Hari ini aku bangun cam biasa..selesaikan mana yang patut dan keluar dari hotel awal pagi la jugak; lebih kurang sebelum jam 7 pagi. Sebenarnya aku pun takde idea nak ke mana pepagi buta nih tapi aku teruskan juga keluar sebab tak mau tersangkut waktu puncak orang Hong Kong nak pergi kerja. Lagipun better aku berpeleseran tanpa tujuan dari terbaring tengok tv kat "coffin room" aku tuh...dah le sejuk.. 

Keluar dari hotel jalan raya masih sunyi, kedai-kedai masih belum buka dan orang ramai baru sahaja nak mula ke tempat kerja. Memang menarik Hong Kong nih..walaupun pembangunannya jauh dan sangat pesat berbanding dengan Kuala Lumpur, tapi jalan rayanya memang lengang (takde la lengang sangat) tanpa sebarang kesesakan jalan raya. Mungkin inilah bezanya betapa efisyennya sistem jaringan pengangkutan awam di negara maju.(sori..Hong Kong sekarang dah dipulangkan kepada China.) Dengan Kuala Lumpur memang jauh benar bezanya. 



Waktu pagi di Hong Kong (pulau) ketika orang semua nak pergi kerja

Hari ni banyak betul lokasi tujuan aku..kalau aku nak ceritakan secara detail memang akan jadi boring lak korang baca nanti..so aku cuba ringkaskan dan sedaya upaya untuk highlight kan point-point penting bagi semua aktiviti hari ini.



Man Mo Temple

Temple nih adalah destinasi pertama aku setelah tiba di Hong Kong (pulau). Dari Stesen Central aku berjalan kaki ke Sheung Wan (sebenarnya stesen Central tuh pun dalam daerah Sheung Wan jugak..so rasanya dalam daerah yang sama) yang perjalanan nya dalam 1.2 km. Tak berapa jauh tapi perjalanannya agak menaiki bukit dan banyak sekali tangga-tangga yang agak melelahkan.  Man Mo temple nih adalah salah satu temple yang paling femes di Hong Kong. Temple nya bukanlah besar sangat tapi ianya femes sebab suasana dalam temple nih agak fotogenik untuk bergambar. Bahagian dalam temple ini banyak terdapat colok yang berbentuk macam ubat nyamuk tuh dan aroma dalam temple nih penuh dengan asap colok disamping pencahayaan yang menarik. Aku jarang masuk mana-mana temple so aku x sure mana satu temple yang biasa-biasa dan mana satu yg spesel so bagi aku Man Mo nih boleh dikatakan biasa-biasa je bagi aku dengan view dalaman yang menarik.




Suasana dalam Man Mo temple.


Graffiti street art.

Antara sebab aku jalan kaki dari stesen central ke Man Mo temple antara sebabnya adalah perjalanan tu akan melalui street art yang ini, iaitu Shing Wong dan Hollywood street. Ini merupakan antara jalan-jalan yang akan menyajikan korang dengan artwork-artwork berbentuk mural di dinding-dinding jalanan. 



Aku tak berapa ingat nama jalan nih..tapi otw ke Man Mo temple...

Kalau kaki Instagram memang digalakkan untuk ke sini sebab banyak mural yang menarik di Hong Kong ada di sini tapi takde la jatuh hukumnya kepada wajib, sebab Hong Kong itu sendiri banyak mural-mural di mana-mana. Nasib baik jumpa, nasib tak baik biasanya jumpa jugak satu dua yang menarik. Street art ni boleh dikata lebih kurang je macam yang ada kat Ipoh or Penang dan kalau nak bergambar dengan tenang, datang pagi sebab tak ramai orang. Antara street art yang femes kat sini adalah yang dijadikan background untuk salah satu filem tomb raider lakonan Angelina Jolie dulu.





Waktu pagi yang lengang di Shing Wong street...


Victoria Peak

Dari Mon Mo temple aku kemudiannya berjalan semula ke tempat menunggu untuk menaiki the Peak tram. Setelah mencongak-congak waktu perjalanan, memang cukup masa untuk aku berjalan kaki ke Central station - exit K untuk menunggu representative dari Klook.



Ramai-ramai beratur (asalnya beratur) berjalan menuju ke Peak Tram

Lebih kurang 15-20 minit lewat dari call up dan pembahagian tiket oleh staff Klook, kami pun bertolak ke pintu masuk Peak Tram dalam barisan. Agak ramai jugak yang join trip aku kali nih dan ianya terdiri dari pelbagai kumpulan, namun begitu hanya aku sorang je yang dalam group itu yang amik 1 way package sahaja Peak tram dengan sky pass. Maknanya jap lagi aku tak naik tram bila turun. Untuk round trip harganya tak beza banyak pun, dalam RM7 je tapi aku mengambil keputusan untuk turun sendiri. Sebabnya? Ntah..aku rasa cam nak berpeleseran sambil melihat pemandangan Hong Kong kut.



Dah sampai ke Victoria Peak. Kena jalan dan naik escalator untuk ke Observation deck.



Macam pernah nampak lak view nih dalam citer Transformer : Age of Extinction...kalau tak silap lah


Perjalanan dari bawah untuk ke puncak mengambil masa dalam 15 ke 20 minit. Yang ambil masa agak lama adalah untuk menunggu nak naik tram. Kalau orang ramai, maknanya 2-3 trip jugak lah korang terpaksa tunggu baru lah dapat naik. Naik tram ke Victoria Peak nih boleh diumpamakan macam naik tram kat Bukit Bendera lah..ramainya pun lebih kurang sama.



Madam Tussauds kat Victoria Peak...tak masuk pun (tiket mahal)..cuma amik gambar kat luar je...


Masa aku sampai tuh, visibility boleh dikatakan tidak begitu memuaskan dan boleh juga ditakrifkan sebagai tak nampak apa sebab dek kabus yang terdapat di puncak Victoria tersebut. Tak lama aku di Victoria Peak disebabkan tak nampak sebarang view kat atas nih, (btw..bila nak turun je dari tempat tuh barulah awan perlahan-lahan pergi...bila aku naik balik..awan datang balik...fed up lah...)so aku turun ke bawah dan singgah di Rock Shop di tingkat 3 (kalau tak silap aku) untuk beli barangan pesanan kawan. (pin magnet HRC..duit tak bagi lak tuh)



Keadaan di observation deck (atas sekali) di Victoria Peak..



Takde la love sangat...

Settle beli barangan yang dipesan, aku pun turunlah dari Victoria peak ni. Walaupun cuaca agak sejuk tapi berpeluh jugaklah nak turun. Jaraknya dalam 2-3 km saja tapi disebabkan jalan yang agak licin dan curam, masa yang diambil agak lama jugak. Tambahan pula lutut dah mulai kembali sakit-sakit dek aktiviti memanjat gunung zaman muda-mudi dulu.






Welkam to Hong Kong zoo...

Hong Kong Zoo

Dalam perjalanan turun dari Victoria Peak, aku terserempak dengan signboard Zoo Hong Kong. Memandangkan ianya dalam laluan aku menuju ke destinasi aku seterusnya, aku pun amik sedikit masa jugak untuk masuk ke dalam zoo ini. Tambahan pula ia nya percuma. Kedudukan zoo nih bersekali dengan botanical garden dan sebenarnya tak banyak pun binatang yang dipamerkan di sini tapi Ok lah dari takde langsung kan?



Aku rasa zoo nih lebih kepada botanical garden dari zoo...binatang-binatang tuh lebih kepada penyeri sebenarnya...





Pernah tengok kan view nih dalam cerita Transformer yang paling latest kan?


Quarry Bay

Lokasi seterusnya adalah Quarry bay. Lokasi ini memang famous di Hong Kong untuk instagramers di dalam ataupun di luar negara. Bangunan yang berada di Quarry bay ini juga kalau korang pernah tengok, adalah lokasi bagi salah satu filem transformers : Age of Extinction dan jugak filem lakonan Scarlet Johanson iaitu Ghost in the shell. Nama sebenar bangunan ini adalah Yik Cheong Building and Montane Mansion; satu bangunan flat besar yang terletak di tepi jalan besar. Masa aku tiba memang ramai orang terutama nya budak-budak muda sedang beratur nak mengambil gambar. Korang boleh check la dalam instagram gambar-gambar bangunan nih. Bagi aku bangunan nih memang ikonik cuma bagi aku ianya adalah satu simbol kesusahan rakyat Hong Kong dalam menjalani kehidupan mereka seharian. Lebih kurang je ngan flat PPR di Kuala Lumpur, cuma jauh berkali ganda lagi bersih dari di negara kita.




Haa..tengok..yang beratur nih adalah orang-orang yang nak amik gambar berlatarbelakangkan flat tuh..nanti korang berdiri kat atas tong sampah tuh utk dapatkan view yang paling best..aku tak buat la


Hari ini memang banyak betul aku berjalan (hari-hari pun aku banyak berjalan time travel)...mostly tak naik tram dan MTR kecuali lokasi perjalanan tu jauh-jauh...kalau setakat 2-3 station tu aku jalan je. So boleh dikatakan banyak masa aku dihabiskan dengan berjalan je.




Pemandangan menghadap ke Kowloon dari Central and West Promanade...

Menjelang petang aku lepak-lepak je kat tepi laut di pulau, menghadap ke Kowloon. Kat sini pemandangan nya sama superb macam kat waterfront cuma tak banyak pengunjung. So kalau nak bergambar lebih bebas memandangkan ramai yang datang sini lebih kepada warga tempatan yang jogging dan bawa anak bersantai-santai.





Harga makanan yang boleh didapati di Hong Kong..(ini antara yang paling murah makanan halal yang berjaya aku temui)

Aku kembali ke hotel semula setelah settle perjalanan hari ini dengan kepenatan. Sebelum naik aku mencari-cari makanan untuk malam ini. Malam ini aku bertekad dah tak mahu keluar dan nak tidur awal..Lagi pun masih ada esok dan lusa untuk aku berpeleseran waktu malam di Hong Kong. Sebelum naik aku cari dulu makanan untuk malam ini (dan juga breakfast plus lunch tadi) dan dalam mencari-cari akhirnya aku terjumpa kedai yang harganya boleh la..takde murah tapi lagi murah dari kedai-kedai lain. (aku tak tanya semua kedai..cuma beberapa sahaja) So settle makan, aku pun berehat sambil melihat tv kecik yang ada dalam bilik aku..dengan harapan boleh tidur awal..esok masih ada perjalanan yang memenatkan untuk aku tempuhi lagi...



Dua ketul samosa nih aku simpan untuk breakfast esok pagi...


Bersambung...

Friday 8 November 2019

Hong Kong Part 1

Hong Kong...Sapa yang tak mahu ke Hong Kong..Satu permata yang terletak di tengah asia yang dari kecik lagi aku teringat pertarungan Harimau Kumbang dengan Waja Timur di atas salah satu bangunan kebanggaan warga Hong Kong. Risik merisik dapatlah aku sekeping tiket pergi balik ke Hong Kong tapi harganya taklah murah sangat, cuma murah dari apa yang biasa aku riki-riki. Boleh lah. Kali nih memang aku pilih flight dalam penghujung winter so sebab tuh mahal sket tambang dia. Aku pilih waktu nih sebab untuk memudahkan perjalanan, yelah..tak panas dan tak sejuk sangat; so boleh berjalan kaki lebih sikit tanpa peluh melekit di celah ketiak. Perjalanan dari KLIA 2 ke Hong Kong International airport mengambil masa dalam 4 jam dengan direct flight dan flight dijangka tiba waktu petang.



Memang jarang-jarang giler aku dapat seat tingkap. Selalu memang duduk seat tengah. Ntah nape baik sangat Airasia kat aku kali nih..

Flight AirAsia tiba agak lewat dan urusan immigration yang sangat berat (ramai orang) menyebabkan aku keluar dah hampir senja dari airport. Lama jugak masa diambil kat imigresen sebab beratur panjang dan juga terdapat beberapa pompuan omputeh bangang yang potong barisan. Menyirap betul aku, nasib baik sebelum flight tak minum sirap kalau tak bertambah panas hati. Sebelum keluar dari airport ada beberapa benda yang perlu aku dapatkan di sini. No 1 adalah octopus card dan no 2 adalah sim card yang telah aku book dari Klook. Sebelum berangkat ke Hong Kong, aku dah riki beberapa cara bagi dapatkan perjalanan dan deal-deal yang paling berpatutan semasa di Hong Kong dan aku dapati Klook menawarkan harga yang terbaik tanpa sebarang fuss (free advert tanpa sebarang sponsor dari Klook).



Sudah tiba di Hong Kong...Welcome to the land of Jackie Chan n Bruce Lee

Untuk dapatkan sim card aku pergi ke kaunter A13 (bergantung pada telco provider korang yer) yang memang terdapat di terminal 1 (international). Cara untuk redeem mudah je iaitu tunjukkan QR code dan lepas di scan oleh staff sana, korang boleh terus amik sim card korang. Yang lack service diorang nih adalah diorang tak tolong tukarkan sim pada henpon korang. (yang ini mendatangkan masalah pada aku nanti)

Settle amik sim card aku kena pergi amik aku punya octopus card yang pun aku beli melalui Klook di sebuah kaunter on the way menuju ke bas stand di luar airport. Octopus card nih macam touch n go kalau kat Malaysia cuma penggunaan dia lebih meluas selain dari bayar tol (kat Malaysia).




Dalam bas menuju ke Tsim Sha Tsui

Aku terus dapatkan bas ke bandar memandangkan ianya adalah salah satu cara paling mudah dan murah berbanding naik teksi dan train tapi perjalanannya agak mengambil masa sikit dari kedua-dua public transport tersebut. Grab atau Uber aku tak berapa pasti sebab aku dah target nak naik bas so aku abaikan option-option lain tersebut. Perjalanan dari airport ke Tsim Sha Tsui (lokasi hotel aku) mengambil masa dalam 45minit ke 1 jam..(aku tak amik pot sangat masa tuh) Kalau korang nak ke Tsim Sha Tsui, apa yang perlu korang buat adalah carik bas nombor A21, naik bas - swap octopus card korang - nikmati perjalanan dan berhenti di stop no 14 - Middle Road - Nathan Road. 



Gantungan tanglung di The Peninsula Hotel.

Aku menginap di salah satu hotel di Chungkin Mansion. Haaa..tempat nih agak femes la bagi sesiapa yang pernah datang ke Hong Kong secara backpack. Aku memang memilih hotel yang basic sahaja sebab ianya hanya digunakan untuk tidur dan mandi sahaja. So seperti biasa aku book hotel secara online sahaja. Setelah buat perbandingan rate, aku pilih Booking.com (sekali sekala tukar angin..sebenarnya booking lagi murah) untuk hotel aku di Hong Kong. Di sini berlakunya drama yang takde la se heavy drama Hong Kong tapi lebih sikit dari drama tv3 waktu maghrib.



Keadaan trafik dan pejalan kaki waktu malam hari di Kowloon.

Aku tiba di hotel yang aku book, bangla yang jaga hotel tuh (kena ketuk rumah sebelah dulu) cakap yang bilik aku not available. Rupanya diorang dah let go bilik aku ke orang lain. Mamat tuh kemudiannya telefon kawan dia, lepas tu mintak bayaran dari aku dan suruh aku turun ke ground floor dan berjumpa kawan dia (yang dia call tadi) yang sedang menunggu di bawah. Melilau mata aku mencari kawan bangla tadi dan akhirnya ada sorang awek (baca :makcik) filipino menegur aku dan arahkan aku ikut dia. Pinay tu kemudiannya menunjukkan bilik aku yang baru (nasib la ada bilik..ceritanya panjang lagi tapi aku malas tulis kat sini...nanti panjang sangat pulak) meskipun lain dari apa yang aku book. Dalam internet aku book untuk double room @ queen bed tapi yang aku dapat adalah single bed dengan bilik yang ngam-ngam katil dan nasib baik ada attached toilet. Yang tambah menarik lagi apabila pinay tuh mintak payment kat aku walaupun aku dah bagi kat abangla tadi. Nasiblah kawan-kawan. Apa yang positif yang boleh aku amik kat sini adalah dapat la aku merasa coffin room / cubicle macam yang viral dalam FB cuma nantilah aku pikirkan camner nak solat dalam bilik sekecik nih nanti.



Pemandangan Hong Kong pada waktu malam.

Malam ni takde sebarang perancangan bagi aku, just free and easy sahaja. Jadi bagi menghabiskan masa waktu malam yang masih muda, aku keluar lepak menuju ke waterfront bagi menyaksikan pertunjukan lampu di seberang laut sana. Light show secara percuma boleh dinikmati dari jam 8 malam (waktu Hong Kong) dan akan berlangsung selama 10 minit. Kebetulan aku tiba di waterfront (ramai yang panggil tempat nih Arena of Stars tapi sebenarnya tempat nih namanya Kowloon Publick Pier) tuh lewat sikit dan light show tuh dah pun habis. Aku lepak kejap kat waterfront tuh, kebetulan ada show entah apa tah tapi tak dapat nak participate sebab manusia terlampau ramai.



Suasana di waterfront full dengan manusia kebetulan ada acara kebudayaan.


Memandangkan aku belum lagi tukar sim card aku sebabkan mamat kedai henpon kat airport tuh tak mau tukarkan sim card aku tadi, maka dari nak free and easy bertukar kepada misi (takde la misi sangat pun). So nak tak nak terpaksa aku ke kedai henpon kat depan hotel aku untuk mencari pin sebab nak tukar simcard. Akhirnya dapat jugak aku pin tersebut dengan harga lebih kurang RM 16 (bagi 1 unit pin sim card eject). Ya..cara yang baik untuk kena pau, pin yang diambil dari dalam plastik dan cabut dari getah ikat rambut dan jual RM16. Kalau di kedai Eco kat Malaysia, siap dapat kotak lagi dengan sim converter dengan harga RM2.10.





Pemandangan di Nathan Road pada waktu malam.


Setelah settle urusan pin sim card, aku bercadang untuk balik ke hotel sebab nak carik makanan untuk malam ini. Tak boleh lewat sangat sebab takut kedai-kedai menjual makan di ground floor Chungkin Mansion tu tutup. Jenuh aku mencari-cari kedai makan, bukannya makanan halal (banyak makanan halal kat sini) tapi yang mana harga yang agak berpatutan. So dalam pening-pening nak pilih menu mana yang berkenan di hati akhirnya aku beli jugaklah satu nasik briyani ayam untuk makan malam aku hari ini. Makan malam aku walaupun mahal tapi agak mengecewakan sebab yang kedai tu bagi adalah nasi briyani dengan satu sosej yang dipotong 3 bahagian dengan kobis, carrot dan timun yang banyak menghiasi bahagian atas nasi tersebut. Takpe lah...esok aku ronda lagi carik menu yang lain pulak. Usai makan, tanpa banyak bicara aku terus melabuhkan diri untuk tidur. Esok banyak tempat lagi nak jelajah...



1st dinner di Hong Kong..Nasik Briyani ayam tapi lauk sayur..dan mayonis sikit...

Bersambung...

Thursday 24 October 2019

Kesimpulan dan Budget Trip Pontianak


Kesimpulan trip Pontianak

Kota Pontianak nih tidaklah mempunyai daya tarikan international so bagi sesiapa yang mencari-cari tempat yang viral, ianya adalah satu tempat yang agak kurang menarik untuk dilawati. Pada pandangan aku ia adalah sebuah bandar yang ada sedikit tarikan sejarah dan juga budaya yang lebih sesuai bagi tarikan pelancongan lebih kepada rakyat local.

Dalam tempoh perjalanan aku selama 4 hari 3 malam di Kota Pontianak, ada beberapa tempat-tempat yang patut korang lawati yang aku terpaksa skip disebabkan beberapa faktor personal. (kalau korang baca post terdahulu boleh tahu apa sebabnya)

Tempat-tempat yang patut korang lawati tapi aku tak pergi  adalah :

1. Khatulistiwa Park
2. Keraton Kadriyah
3. Masjid Jame' Pontianak




Meskipun kat atas nih aku listkan tempat-tempat yang tak sempat untuk aku lawati, tapi secara keseluruhannya aku agak berpuas hati dengan trip aku kali ini. Ianya adalah disebabkan aku berjaya cover sebahagian besar dari tempat-tempat menarik dalam tempoh yang ada dengan berjalan kaki sahaja. Cuma yang agak terkilannya sebab tak dapat full utilized masa dengan optimum tapi masih lagi ok.


Transportation

Kota Pontianak ni taklah besar sangat. Sepanjang 4 hari di sini kebanyakan masa perjalanan aku habiskan dengan berjalan kaki. Sepanjang pemerhatian aku, nampaknya macam tak banyak bas (macam tak ada) kat sini. Teksi pun macam tak nampak tapi grab memang kompom ada lah cuma untuk hantar ke hotel (dalam kompaun), grab memang diharamkan. Kalau korang nak ke tempat-tempat menarik sekitar Pontianak, aku rekomen korang amik supir. Sama ada pre-book dalam fesbuk atau secara online, korang jugak boleh amik dari hotel. Tak pasti semua hotel ada service camtu tapi kat hotel yang aku duduk ni memang ada dan bayarannya unexpectedly murah sangat.




Makanan

Yang ini korang kena berhati-hati sikit sebab tak semua tempat makan atau restoran di Pontianak ni sajikan makanan halal. Aku biasa gunakan Google untuk mencari kedai-kedai makan tapi salah satu experience aku di Kota Pontianak ni yang mana aku Google restoran halal dan dalam maps ada nyatakan list kedai makan yang halal. So aku pun pergi ke kedai makan yang dinyatakan tuh (menapak dalam 2km kut) pastu bila mintak menu dan nak order, tengok-tengok ada macam-macam menu sajian khinzir dalam tu. So apa yang aku nak nyatakan adalah, kalau dalam Google kata halal, baik korang check betul-betul terlebih dahulu. Kalau ikutkan banyak je kedai makan halal (bagi yg mencari makanan halal) tapi kena semak betul-betul terlebih dahulu.




Hotel

Biasanya hotel-hotel di Indonesia boleh dikatakan berpatutan dari segi bayarannya. Dan Pontianak juga tidak terkecuali. Hotel yang aku duduk tu boleh di kategorikan sebagai mid range hotel dan aku agak berpuas hati dengan keadaan hotel dan facilities yang ada di situ. Tapi apa yang aku cakap ni adalah berdasarkan pada aku yang biasa travel secara jimat dan tak kisah sangat kondisi hotel. Asal selesa dan boleh tidur dah cukup syukur sebab ada member aku jenis yang duduk hotel 5 Bintang pun berjela-jela complaint nya. Hotel di Pontianak terdiri dari pelbagai range untuk budget korang, bergantung pada lokasi dan juga facilities yang disediakan.


Keselamatan

Yang paling aku menyampah bila berada di Pontianak nih adalah keadaan trafiknya. Pagi tengahari petang dan malam. Jalan utama (maksudnya jalan yang ada 4 lane, 2 lane sebelah kanan, 2 lane sebelah kiri) sentiasa congested menyebabkan aku terpaksa mencari walkway brigde untuk melintas jalan ke hotel. Ada jugak orang yang melintas tapi memang tak berani la aku nak ikut sebab macam suicidal je. Dari segi lain-lain pulak, sepanjang 4 hari 3 malam aku di Pontianak, aku dapati bandar ini agak selamat (bagi pejalan kaki) meskipun aku berjalan pagi, petang siang dan malam. Aku tak boleh nak jamin la 100% selamat bagi korang tapi sepanjang aku berada di sini takde sebarang kejadian yang tak menyenangkan berlaku. Ini mungkin juga sebab rupa paras aku dengan orang tempatan saling tak tumpah kut.





So kat sini aku list kan perbelanjaan aku sepanjang berada di Pontianak bagi ground sahaja. Kos lain-lain adalah flight dalam RM90 dan hotel dalam RM 210.

Budget Pontianak (Ground sahaja)
Day 01
Breakfast (klia2) - rm 7.90
Ojek dari airport 50k
Beli air 5k x 2
Sunset cruise 15k
Makan Malam 32k Texas chicken
Overall 107k + rm 7.90

Location done
1. Taman Ayani
2. Museum Kalimantan barat
3. Taman alun-alun kapuas
4. St Joseph cathedral
5. Sunset cruise
6. Masjid raya mujahidin
7. Traditional house betang




Day 2
Lunch bebek boediang  40.3k
Beli air 6.7k + 10k
Souvenir 185k
Dinner
roti boi 36k
Nasik goreng 20k
Overall 298k

Location done
1. Alisha travel
2. Mr jek motor rental
3. Bebek boediang
4. Komplek psp



3rd day
Lunch 23.5k
Beli air 14.2k
Dinner hotel buffet 80k
Overall 117.7k
Location done
Solat jumaat masjid raya



4th day
Baju batik 200k
Lunch 19k
Teh botol 3.5k
Teksi airport 90k
Makan roti ngan teh tarik Di airport 26k
Overall 338.5k

Grand total 861.2k + RM 7.90
RM 260.05