Sunday 1 December 2019

Hong Kong Part 2

Hari ini aku bangun cam biasa..selesaikan mana yang patut dan keluar dari hotel awal pagi la jugak; lebih kurang sebelum jam 7 pagi. Sebenarnya aku pun takde idea nak ke mana pepagi buta nih tapi aku teruskan juga keluar sebab tak mau tersangkut waktu puncak orang Hong Kong nak pergi kerja. Lagipun better aku berpeleseran tanpa tujuan dari terbaring tengok tv kat "coffin room" aku tuh...dah le sejuk.. 

Keluar dari hotel jalan raya masih sunyi, kedai-kedai masih belum buka dan orang ramai baru sahaja nak mula ke tempat kerja. Memang menarik Hong Kong nih..walaupun pembangunannya jauh dan sangat pesat berbanding dengan Kuala Lumpur, tapi jalan rayanya memang lengang (takde la lengang sangat) tanpa sebarang kesesakan jalan raya. Mungkin inilah bezanya betapa efisyennya sistem jaringan pengangkutan awam di negara maju.(sori..Hong Kong sekarang dah dipulangkan kepada China.) Dengan Kuala Lumpur memang jauh benar bezanya. 



Waktu pagi di Hong Kong (pulau) ketika orang semua nak pergi kerja

Hari ni banyak betul lokasi tujuan aku..kalau aku nak ceritakan secara detail memang akan jadi boring lak korang baca nanti..so aku cuba ringkaskan dan sedaya upaya untuk highlight kan point-point penting bagi semua aktiviti hari ini.



Man Mo Temple

Temple nih adalah destinasi pertama aku setelah tiba di Hong Kong (pulau). Dari Stesen Central aku berjalan kaki ke Sheung Wan (sebenarnya stesen Central tuh pun dalam daerah Sheung Wan jugak..so rasanya dalam daerah yang sama) yang perjalanan nya dalam 1.2 km. Tak berapa jauh tapi perjalanannya agak menaiki bukit dan banyak sekali tangga-tangga yang agak melelahkan.  Man Mo temple nih adalah salah satu temple yang paling femes di Hong Kong. Temple nya bukanlah besar sangat tapi ianya femes sebab suasana dalam temple nih agak fotogenik untuk bergambar. Bahagian dalam temple ini banyak terdapat colok yang berbentuk macam ubat nyamuk tuh dan aroma dalam temple nih penuh dengan asap colok disamping pencahayaan yang menarik. Aku jarang masuk mana-mana temple so aku x sure mana satu temple yang biasa-biasa dan mana satu yg spesel so bagi aku Man Mo nih boleh dikatakan biasa-biasa je bagi aku dengan view dalaman yang menarik.




Suasana dalam Man Mo temple.


Graffiti street art.

Antara sebab aku jalan kaki dari stesen central ke Man Mo temple antara sebabnya adalah perjalanan tu akan melalui street art yang ini, iaitu Shing Wong dan Hollywood street. Ini merupakan antara jalan-jalan yang akan menyajikan korang dengan artwork-artwork berbentuk mural di dinding-dinding jalanan. 



Aku tak berapa ingat nama jalan nih..tapi otw ke Man Mo temple...

Kalau kaki Instagram memang digalakkan untuk ke sini sebab banyak mural yang menarik di Hong Kong ada di sini tapi takde la jatuh hukumnya kepada wajib, sebab Hong Kong itu sendiri banyak mural-mural di mana-mana. Nasib baik jumpa, nasib tak baik biasanya jumpa jugak satu dua yang menarik. Street art ni boleh dikata lebih kurang je macam yang ada kat Ipoh or Penang dan kalau nak bergambar dengan tenang, datang pagi sebab tak ramai orang. Antara street art yang femes kat sini adalah yang dijadikan background untuk salah satu filem tomb raider lakonan Angelina Jolie dulu.





Waktu pagi yang lengang di Shing Wong street...


Victoria Peak

Dari Mon Mo temple aku kemudiannya berjalan semula ke tempat menunggu untuk menaiki the Peak tram. Setelah mencongak-congak waktu perjalanan, memang cukup masa untuk aku berjalan kaki ke Central station - exit K untuk menunggu representative dari Klook.



Ramai-ramai beratur (asalnya beratur) berjalan menuju ke Peak Tram

Lebih kurang 15-20 minit lewat dari call up dan pembahagian tiket oleh staff Klook, kami pun bertolak ke pintu masuk Peak Tram dalam barisan. Agak ramai jugak yang join trip aku kali nih dan ianya terdiri dari pelbagai kumpulan, namun begitu hanya aku sorang je yang dalam group itu yang amik 1 way package sahaja Peak tram dengan sky pass. Maknanya jap lagi aku tak naik tram bila turun. Untuk round trip harganya tak beza banyak pun, dalam RM7 je tapi aku mengambil keputusan untuk turun sendiri. Sebabnya? Ntah..aku rasa cam nak berpeleseran sambil melihat pemandangan Hong Kong kut.



Dah sampai ke Victoria Peak. Kena jalan dan naik escalator untuk ke Observation deck.



Macam pernah nampak lak view nih dalam citer Transformer : Age of Extinction...kalau tak silap lah


Perjalanan dari bawah untuk ke puncak mengambil masa dalam 15 ke 20 minit. Yang ambil masa agak lama adalah untuk menunggu nak naik tram. Kalau orang ramai, maknanya 2-3 trip jugak lah korang terpaksa tunggu baru lah dapat naik. Naik tram ke Victoria Peak nih boleh diumpamakan macam naik tram kat Bukit Bendera lah..ramainya pun lebih kurang sama.



Madam Tussauds kat Victoria Peak...tak masuk pun (tiket mahal)..cuma amik gambar kat luar je...


Masa aku sampai tuh, visibility boleh dikatakan tidak begitu memuaskan dan boleh juga ditakrifkan sebagai tak nampak apa sebab dek kabus yang terdapat di puncak Victoria tersebut. Tak lama aku di Victoria Peak disebabkan tak nampak sebarang view kat atas nih, (btw..bila nak turun je dari tempat tuh barulah awan perlahan-lahan pergi...bila aku naik balik..awan datang balik...fed up lah...)so aku turun ke bawah dan singgah di Rock Shop di tingkat 3 (kalau tak silap aku) untuk beli barangan pesanan kawan. (pin magnet HRC..duit tak bagi lak tuh)



Keadaan di observation deck (atas sekali) di Victoria Peak..



Takde la love sangat...

Settle beli barangan yang dipesan, aku pun turunlah dari Victoria peak ni. Walaupun cuaca agak sejuk tapi berpeluh jugaklah nak turun. Jaraknya dalam 2-3 km saja tapi disebabkan jalan yang agak licin dan curam, masa yang diambil agak lama jugak. Tambahan pula lutut dah mulai kembali sakit-sakit dek aktiviti memanjat gunung zaman muda-mudi dulu.






Welkam to Hong Kong zoo...

Hong Kong Zoo

Dalam perjalanan turun dari Victoria Peak, aku terserempak dengan signboard Zoo Hong Kong. Memandangkan ianya dalam laluan aku menuju ke destinasi aku seterusnya, aku pun amik sedikit masa jugak untuk masuk ke dalam zoo ini. Tambahan pula ia nya percuma. Kedudukan zoo nih bersekali dengan botanical garden dan sebenarnya tak banyak pun binatang yang dipamerkan di sini tapi Ok lah dari takde langsung kan?



Aku rasa zoo nih lebih kepada botanical garden dari zoo...binatang-binatang tuh lebih kepada penyeri sebenarnya...





Pernah tengok kan view nih dalam cerita Transformer yang paling latest kan?


Quarry Bay

Lokasi seterusnya adalah Quarry bay. Lokasi ini memang famous di Hong Kong untuk instagramers di dalam ataupun di luar negara. Bangunan yang berada di Quarry bay ini juga kalau korang pernah tengok, adalah lokasi bagi salah satu filem transformers : Age of Extinction dan jugak filem lakonan Scarlet Johanson iaitu Ghost in the shell. Nama sebenar bangunan ini adalah Yik Cheong Building and Montane Mansion; satu bangunan flat besar yang terletak di tepi jalan besar. Masa aku tiba memang ramai orang terutama nya budak-budak muda sedang beratur nak mengambil gambar. Korang boleh check la dalam instagram gambar-gambar bangunan nih. Bagi aku bangunan nih memang ikonik cuma bagi aku ianya adalah satu simbol kesusahan rakyat Hong Kong dalam menjalani kehidupan mereka seharian. Lebih kurang je ngan flat PPR di Kuala Lumpur, cuma jauh berkali ganda lagi bersih dari di negara kita.




Haa..tengok..yang beratur nih adalah orang-orang yang nak amik gambar berlatarbelakangkan flat tuh..nanti korang berdiri kat atas tong sampah tuh utk dapatkan view yang paling best..aku tak buat la


Hari ini memang banyak betul aku berjalan (hari-hari pun aku banyak berjalan time travel)...mostly tak naik tram dan MTR kecuali lokasi perjalanan tu jauh-jauh...kalau setakat 2-3 station tu aku jalan je. So boleh dikatakan banyak masa aku dihabiskan dengan berjalan je.




Pemandangan menghadap ke Kowloon dari Central and West Promanade...

Menjelang petang aku lepak-lepak je kat tepi laut di pulau, menghadap ke Kowloon. Kat sini pemandangan nya sama superb macam kat waterfront cuma tak banyak pengunjung. So kalau nak bergambar lebih bebas memandangkan ramai yang datang sini lebih kepada warga tempatan yang jogging dan bawa anak bersantai-santai.





Harga makanan yang boleh didapati di Hong Kong..(ini antara yang paling murah makanan halal yang berjaya aku temui)

Aku kembali ke hotel semula setelah settle perjalanan hari ini dengan kepenatan. Sebelum naik aku mencari-cari makanan untuk malam ini. Malam ini aku bertekad dah tak mahu keluar dan nak tidur awal..Lagi pun masih ada esok dan lusa untuk aku berpeleseran waktu malam di Hong Kong. Sebelum naik aku cari dulu makanan untuk malam ini (dan juga breakfast plus lunch tadi) dan dalam mencari-cari akhirnya aku terjumpa kedai yang harganya boleh la..takde murah tapi lagi murah dari kedai-kedai lain. (aku tak tanya semua kedai..cuma beberapa sahaja) So settle makan, aku pun berehat sambil melihat tv kecik yang ada dalam bilik aku..dengan harapan boleh tidur awal..esok masih ada perjalanan yang memenatkan untuk aku tempuhi lagi...



Dua ketul samosa nih aku simpan untuk breakfast esok pagi...


Bersambung...

No comments:

Post a Comment