Thursday 14 January 2021

Kesimpulan trip Aceh dan Sabang

Salam takziah kepada mangsa dan ahli keluarga nahas pesawat Sriwijaya Air. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kalau berpeluang ke Aceh memang tak sah kalau tak ke Sabang, atau sekurang-kurangnya boleh la pergi atau singgah alang-alang dah sampai. Kecualilah ada hal-hal yang perlu diuruskan di Banda Aceh atau kawasan persekitarannya. Kedua-dua tempat nih agak berbeza antara satu sama lain dari segi tourist attraction nya. Pada pandangan aku kedua-dua tempat nih saling lengkap melengkapi. Pada pandangan aku la..


Banda Aceh

Banda Aceh pada pandangan aku adalah satu destinasi yang mostly banyak attraction yang mengenengahkan dark tourism. Ini bukan satu benda yang tak elok bahkan ia dapat membuat kita sentiasa bersyukur atas apa yang kita ada dan juga sentiasa memberikan bantuan atas kesusahan orang lain kerana bila kita susah biasanya insyaAllah ada saja orang lain yang akan bantu kita. Well..thats for me..lain orang lain dia punya conception.

Aceh penuh dengan kisah duka lara. Bayangkan dalam masa 1 malam 200 ribu manusia hilang nyawa dan hilang begitu sahaja, tak dijumpai lagi. Banyak monumen-monumen dan juga terdapat kesan-kesan dari tsunami dahulu masih ada di banda Aceh meskipun dah 15 tahun kejadian tuh berlaku.


Sabang

Sabang ni satu pulau (nama sebenar pulau ini adalah Pulau Weh tapi ramai yang panggil Sabang mengambil nama pusat ekonomi dan pekan utama di pulau ini) yang berada tak jauh dari banda Aceh. Ianya antara tempat yang bagi aku mempunyai diversity yang tinggi dan juga kurang pengunjung. Setidak-tidaknya masa aku pergi tak ramai pelancong yang ada kat sana..tak jumpa orang putih pun.

Sabang nih memang complete dengan nature nya. Pantainya memang hebat dan dahsyat, begitu juga dengan lautnya yang jernih bak cermin di setengah tempat. Kat tengah pulau Weh ini ada volcano walaupun tak macam yang ada kat Hawaii atau kat Cyberjaya iaitu Volcano Shabu Shabu..

Pengangkutan

Di Banda Aceh, pengangkutan utama yang aku gunakan adalah kaki aku sendiri. Yup...aku banyak menghabiskan masa perjalanan aku dengan berjalan. Kebanyakkan attraction berada tak begitu jauh...mostly dalam 5-6 km radius (semoga tabah bagi sesiapa yang tak biasa). Selain dari itu dari airport aku kongsi naik grab dengan beberapa orang, namun begitu sebenarnya ada je bas dari airport ke bandar dan tambangnya percuma (masa aku pergi sana).

So selain berjalan, ada perkhidmatan bas yang aku guna untuk ke jeti dan juga berjalan-jalan di town bila aku dah tak larat atau malas nak berjalan. Macam dalam post-post aku sebelum ini, aku ada nyatakan yang tambang bas adalah percuma cuma kalo korang naik bas, sekurang-kurangnya korang kena tahu ke mana korang nak pergi. Kalau nak jalan-jalan tanpa tujuan pun sebenarnya ok..Bukan kena bayar pun kan?

Selain dari jalan kaki, naik bas dan juga grab...korang boleh jugak naik labi-labi..Labi-labi nih lebih kurang macam angkutan kota. Dia macam kalo kat Malaysia..food truck yang truck nya tuh diletak seat. Lain dari tu korang juga boleh naik becak. Becak nih pulak macam beca kat Malaysia tapi dia punya pembawa tuh bukan basikal tapi motor. Bayaran semasa menaiki becak aku tak pasti tapi korang boleh tawar-tawar ngan tukang becak tuh kalo tak setuju ngan harga yang dia tawarkan. Kalo korang kacak atau cantik dan pandai ayat, maybe boleh dapat naik free. Ikut korang punya skill lah.


Kalau nak ke Pulau Weh @ Sabang..pengangkutan air adalah diperlukan. Korang ada dua pilihan sama ada nak naik kapal lambat atau feri cepat. Kedua-duanya membolehkan korang sampai di Sabang tapi pilihannya sama ada nak cepat atau nak jimat. Tentulah yang lebih cepat itu harganya lebih mahal.

Di Sabang (Pulau Weh) pulak nampaknya macam takde sebarang public transport kat sana..setahu aku lah. So nak tak nak kena amik kereta atau motor sewa. Kalau travel lebih dari 2 orang better amik kereta (aku sebenarnya tak pasti ada kereta sewa atau tak) dan kalau datang ramai lebih kos efficient kalau hire travel agent atau supir. Aku amik motor dan kalau tak silap aku bayaran sewa untuk satu hari adalah lebih kurang 100k rupiah dan aku takde choice untuk pilih atau request motor apa yang aku nak sebab time sampai dah malam. Tapi mostly motor yang diorang sewakan kebanyakkannya dari jenis scooter yang mana lebih mudah nak bawak walaupun tak berapa laju..Ye la..laju-laju nak kemanapun kat Sabang nih..relek2 udah le..

Sepanjang perjalanan aku kat Sabang, keadaan trafik memang tak sibuk kecuali ada seseketika kat pekan Sabang itu sendiri. Itu pun aku rasa kalo korang drive kat Jerantut, trafik kat Jerantut tuh lagi sibuk kot. Mostly kat area kampung-kampung memang sangatlah sunyi dan kenderaan ada beberapa kerat je. Pulau Weh nih takde la besar sangat tapi stesen minyak yang proper aku nampak cam ada 2 bijik je...namun begitu jangan risau sangat sebab banyak je kedai-kedai runcit kat tepi jalan yang menjual minyak botol..so perihal minyak jangan risau..kalau pancit barulah korang pikir camana nak settlekan..


Makanan

Aku nih jenis yang tak particular sangat pasal makanan so aku takde la food hunting sangat ke mana saja aku pergi. Bagi aku asalkan halal dan bonus kalau sedap adalah priority aku. Aku lebih menekankan 'eat like local' dimana destinasi yang aku pergi tapi terpulang kepada masing-masing lah..Lagipun itu trip korang sendiri...buat la apa yang korang suka dan hendak.


Aceh dikabarkan mempunyai pelbagai makanan atau bahasa lokalnya kulineer khas Aceh seperti kopi sanger, mi Aceh, sie reboh, murtabak Aceh, ayam tangkap dan lain-lain lagi. Antara makanan-makanan yang pernah aku try dalam list yang aku nyatakan tuh adalah mi Aceh (mi Razali) dan murtabak Aceh (masa kat airport). So far mi Aceh nih bagi aku adalah sesuatu yang baru lah..selainnya macam yang aku cakap..aku makan je kat warung-warung tepi jalan yang aku mudah untuk dapatkan dan x ramai orang.

Bagi yang mencari makanan halal, rasanya Aceh dan Sabang nih takde sebarang masalah untuk mendapatkan makanan halal kecuali lah kalo korang pergi restoran cina, memanglah boleh diragui statusnya.


Keselamatan

Untuk makluman korang atau sama ada korang sedia maklum bahawa sebahagian besar dari trip nih aku naik motor sewa dan sebahagiannya aku lakukan dengan berjalan kaki, naik bas dan juga jalan air iaitu feri untuk ke Sabang.

OK...tolak cerita naik bas ke feri ke atau publik transport lain sebab kalau apa-apa terjadi (maksudnya tu eksiden lah) adalah diluar bidang kuasa kita..kalau nak jadi-jadi la..Berjalan kaki di banda Aceh, pada personal oppinion aku kira OK la..agak selamat kecuali kena berhati-hati dengan keadaan lalu lintas. Kesibukan kenderaan lalu lalang takde la banyak cam Jakarta, Surabaya mahupun Pontianak tapi kenkadang ada jugak malaon bawak motor ke kereta laju-laju..so berhati-hati terutama sekali bila melintas jalan. Setakat aku berjalan dari pagi sampai ke malam, belum lagi kena pau cam aku kena kat KL. Cuma apa yang aku boleh bagi tips kat korang kalau kat negara orang kalau boleh pakai pakaian macam local dan tidak terlampau pelik dan menarik perhatian orang lain. Sebagai contohnya kalau di Aceh yang eloknya, tutuplah aurat..OK..done dakwah.

Kalau di Sabang, antara benda yang korang semua kena amik perhatian dan hati-hati adalah keadaan trafik di sana. Bukan motor atau kereta lain tapi haiwan ternakan. Itu kalau korang sewa kenderaan kat sana...kalau naik supir..naik van..tido sudah..jalan di Sabang (Pulau Weh) agak kecik, berbukit-bukit dan bersimpang siur. Waktu malam lagilah..mostly banyak tempat takde lampu jalan..itu aku ride kat pekan Sabang..belum lagi kat kampung-kampung...so sila lah berhati-hati.


Penginapan

Macam biasa, penginapan ada pelbagai jenis dan ianya bergantung kepada budget dan juga jenis perkhidmatan apa yang korang perlukan. Ada yang mahal dan ada jugak yang murah...Kalau duduk di Banda Aceh..pada pandangan aku korang carik la hotel yang dekat-dekat dengan masjid Baitulrahman. Ini kepada sesiapa yang nak menyusur bandar dengan menaiki publik transport. Bagi yang suka berjalan kaki pun digalakkan duduk berhampiran dengan masjid kerana ianya pusat bandar, kedai-kedai pun banyak yang berada di sana serta tempat menarik pun dalam walking distance sahaja.(kalau larat nak jalan lah) Takde la wajib tapi digalakkan..tapi kalau guna travel agent atau supir...duduk la mana-mana pun takde masalah.


Kalau di pulau Weh, ada 2 lokasi yang biasanya menjadi pilihan penginapan oleh pelancong. Pertama sekali of course lah Sabang. Kebanyakkan hotel penginapan atau motel terletak di persisir Sabang kerana ia merupakan pusat bandar. Banyak benda yang korang perlukan ada kat sini..makan senang dan banyak pilihan, hotel dan cafe pun boleh pilih-pilih, dan  kemudahan lebih teratur di sini.

Selain dari itu, option ke dua yang boleh korang pilih adalah untuk menginap di pantai Iboih. Pantai Iboih nih terletak lebih kurang di tengah-tengah Pulau Weh dan jarak dari jeti agak jauh sedikit dari Sabang. Kelebihan menginap di sini adalah ianya lebih sunyi dan korang boleh dapati pantai dan laut yang jernih dan boleh dimandi berada di depan hotel korang. 


Secara personal aku prefer tinggal di Sabang sebab mudah dan dekat dengan pekan disamping melalui sembang-sembang dengan awek Malaysia yang menginap di Iboih, kat sana terlampau sunyi dan adakalanya scary. Kalau macam aku tiba lewat (malam) nak ride ke Iboih tuh macam menyeramkan la jugak...siang-siang pun seram..bukan apa..takut kalau ada yang menumpang..kikiki


Perbelanjaan Trip

Sebenarnya seperti biasa dalam post-post terdahulu, aku ada buat detail list perbelanjaan aku sepanjang di Aceh dan Sabang tapi malangnya henpon aku hari tuh aku terpaksa format atas sebab-sebab yang boleh dielakkan sebenarnya tapi aku tak sempat nak back up data-data dalam phone...so bersama-sama yang lain, hilang jugak lah budget perbelanjaan aku sekali. Tapi aku try guide jugak mana-mana yang aku masih ingat lagi.

Tiket flight - Aku dapat dalam RM140+- untuk return (sekarang zaman kobid nih jangan mimpi lah kut)

Hotel - Hotel ada macam jenis..aku duduk kat hotel bajet je..bayaran dalam RM75 (agoda) untuk 2 malam di Sabang dan RM67 (agoda jugak) bagi 1 malam di banda Aceh.

Makan - Makanan macam biasa-biasa..sedap la jugak dan harganya tak mahal..sedang-sedang la..boleh kata RM5-6 perhidangan (tak masuk air)

Bayaran masuk - Ada beberapa tempat kena bayaran tapi banyaknya tempat-tempat menarik tak payah bayar.

Transportation - Sewa motor dalam 100k rupiah sehari semalam dan bayaran tambang ferry laju dalam 80k rupiah (kalau tak silap) dan feri lambat dalam 25 -30k rupiah. (dah lupa lah)

Belanja lain - Cenderamata dan kudap-kudapan tak banyak pun tak sampai RM100. (Kadang-kadang kalau aku beli kudapan, aku akan skip 1x makan.)


Keseluruhan perbelanjaan aku kalau tak silap tak sampai RM500 untuk all in tak termasuk tiket flight yang aku dah beli awal-awal. Sori sebab tak dapat bagi detailed perbelanjaan macam biasa tapi aku harap post nih bermanafaat untuk kita semua. Semoga covid cepat-cepat berlalu dan kita semua boleh travel balik cam dulu-dulu.


Sekian.