Monday 19 June 2023

Family Trip Medan : Part 3

Hari ke tiga di Sumatera kami bangun awal jugak sebab nak breakfast dan gerak dari hotel dalam kul 8.00-8.30 pagi. So dalam kul 7 pagi kami dah menapak ke restoran hotel dalam 200-300 meter dari bilik kami..okla tu..eksesais pagi. Restorannya ok..ada view Toba yang agak cantik gak..makanan kira ok-ok la...cuma yang tak bestnya drama swasta pagi2 tu..disebabkan kami datang awal maka kami dapat view meja yang paling cantik depan Lake Toba so kami sekeluarga semua port la kat situ..sekali dipendekkan cerita kami kena clearkan 1 meja (kami amik 2 meja yang ada kat situ) sebab ada vip nak duduk meskipun diorang tak reserve untuk vip2 ni..so bukan sahaja di Malaysia je budaya menyembah vip ni tapi Indonesia pun sama ya..Malam semalam aku komplen pasal water heater broke down kat bilik aku..reception janji nak hantar technician untuk repair water heater tuh malam tadi gak..kesudahannya sampai kesudah takde sorang pun yang datang. So personally aku nak sugest kat korang kalo boleh avoid hotel nih kalo korang datang ke sini. 







Lepas breakfast kami masing-masing punggah beg dari bilik penginapan ke dalam bas dan check out dari hotel. Hari ni destinasi tujuan kami adalah ke Bandar metropulus Medan tapi sebelum tu kami ke Pulau Samosir terlebih dahulu bagi menikmati pemandangan tanah Batak..Aku pernah pergi dulu so aku dah tahu tempat ni dan sedikit sebanyak tuh masih ingat lagi apa yang ada kat sana..so takde la excited sangat..chill chill je..


Untuk ke pulau Samosir kami kena naik feri terlebih dahulu dari jeti pelepasan yang telah digazetkan iaitu Pelabuhan Ajibata. Aku ingat naik kat pelabuhan tuh..rupanya amik feri kat area belakang-belakang rumah-rumah / kedai makan tepi tasik. Aku tak pasti tambang feri berapa sebab semuanya diuruskan oleh tour guide kami dan sebelum naik ke feri kami dikehendaki untuk isi dulu nama kat buku yang ada kat pondok area pesisir tasik tuh.

Feri yang kami naik nih feri lebih kurang macam nak gi pulau pangkor. Tak begitu besar tapi takde la kecik sangat.. boleh muat dalam 100 orang plus-plus jugak dalam 1 masa. Time kami nak ke Pulau Samosir nih penumpang tidaklah begitu ramai. Ada tapi tak sesak. Kira OKla dan selesa. Perjalanan dari jeti ke Pelabuhan Pulau Samosir akan mengambil masa sekitar sejam setengah ke dua jam bergantung pada kelajuan joki feri korang. Kelajuan feri nih pun tak laju..so boleh agak la kenapa masa yang diambil tuh agak lama jugak lah. Untuk makluman korang feri adalah open air dan takde aircond..tapi jangan risau..cuaca pagi hari memang agak sejuk dan nyaman. Dalam feri nih jugak ada 2 jenis seat, 1 dalam feri..no 2 korang boleh je duduk kat luar feri (open roof) sambil menghirup udara segar (kalau takde orang isap rokok la) dan mengambil foto pemandangan sekitar Lake Toba nih.


Dari jeti Pulau Samosir nih kami berjalan kaki je ke Desa Wisata Tomok. Perjalanannya tak jauh, ada la dalam 100-200 meter jugak...tapi ada tangga yang perlu didaki so ayah aku memang off la dengan tangga-tangga nih..jadi dia lepak je kat kedai kopi di siring jalan depan pintu masuk ke bazar-bazar. Tangga yang nak ke Tomok nih ekceli adalah jalan yang mendaki je..n diorang buat step-step takde la tinggi dan curam yang mana kat kiri dan kanan jalan tangga berbatu tuh ada bazar atau kedai-kedai yang 90 persen menjual barang-barang cenderahati or kain-kain. 


Kampung Tomok nih macam agak lain dari trip aku sebelum ini. Trip yang dulu nampaknya lebih ilmiah. Dulu kami diberi penerangan mengenai kisah-kisah kaum Batak nih..kisah makan daging manusia, cerita pasal aktiviti kaum batak, kubur raja-raja dan juga tempat persidangan raja-raja Batak. Tapi trip kali nih lebih santai..di kampung Tomok nih aktiviti kami adalah menari tarian kaum Batak..Aku tak pasti tarian nih tarian kaum Batak ke atau tarian saja-saja je sebabnya untuk join korang kena bayar 100k rupiah. Tapi Ok sebab kami ada dalam berbelas penari so kalo tontong takde la banyak sangat jumlah tuh. Tapi apa yang aku x gemar adalah setiap peserta tarian kena donate setiap sorang dan masukkan duit dalam kepala patung yang diguna untuk tarian tuh. Walaupun aku tak donate sebab tak join tarian tapi nampak macam korang bagi persembahan pada patung yang menari tuh di akhir tarian ke 3 kalau tak silap aku. Nampak cam upacara syirik je. Itu pada pandangan aku je la..Apa tujuan lain aku tak pasti tapi rasanya nampak nak collect duit tips dari pengunjung..

Selesai menari dan sessi mengambil gambar, maka seterusnya adalah aktiviti bebas. Dikala hampir semua bershopping di bazar, aku berjalan-jalan seorang ke kawasan sekitar. Nak shopping gak tapi aku rasa elok la kiranya aku shopping kat Medan je. Biasanya tempat-tempat tourist attraction nih harganya biasanya agak mahal dari biasa. Maklumlah tempat pelancong so better aku tunggu esok je untuk ke tempat membeli belah rakyat tempatan. So sambil berpeleseran tuh terjumpa lah aku dengan makam raja-raja Batak..kat hujung Bazar tuh je..tu pun jumpa sebab tanya peniaga bazar / kedai lokasi tempat tuh. Tempat ni aku dah pergi dulu dan memang ini la tempatnya. Masa aku naik tuh ada group tengah tour kat sana so aku join je la dengar apa yang tour guide dia cerita sampai la masing-masing dok usha pelik kat aku sebab join group diorang for freee..so aku pun terpaksa la mengundurkan diri. Aku teruskan perjalanan ke cafe tempat bapak aku lepak sambil menunggu masing-masing yang masih lagi sakan membeli-belah.


Lama kami menunggu orang lain habis shopping. Tak tau apa yang di shoppingnya tuh. Dah sejam lebih tapi tak nampak bayang masing-masing. Anak-anak ditinggalkan jalan sendiri, nasib baik last-last jumpa gak budak-budak ni kat cafe tempat kami lepak ni. Nasib baik kat Indonesia..kalau kat Malaysia ada kemungkinan jumpa mayat kat dalam beg. Ini adalah antara kenapa aku prefer untuk travel secara solo...Less hustle kata orang jawa. Yang bestnya bila tiba kat cafe tu masing-masing dalam kelaparan. Amik aiskrim mahal, order makan-makan..pastu duit takde..memang kena game la atok bayar..skali ngan aku pun terbabit.

Usai tarian, membeli belah dan juga ngopi, kami kembali semula ke pelabuhan untuk naik bot kembali ke tanah besar Parapat. Masa trip lebih kurang masa kedatangan kami ke Samosir, dalam sejam setengah. Tak ada apa yang spesial sepanjang trip balik nih sebab kepenatan, mana yang nak tidur..tidur la dan yang mana nak relek-relek macam aku dok je kat open space kat belakang sebab ada matahari..dapat bahang panas sikit bagi yang nak merasa sikit kepanasan dek cuaca yang masih sikit sejuk. Tapi penuh gak dengan asap rokok..walaupun aku isap rokok tapi agak rimas gak la.

Kami sampai ke pelabuhan menjelang tengahari so kami naik bas dan singgah sekejap untuk lunch kat satu kedai restoran Minang yang terletak kat penghujung pekan Parapat nih. Makanannya lebih kurang je dengan hari-hari biasa..Boleh dikatakan sepanjang kami di Indonesia nih memang makanan hari-hari lebih kurang sama je..lunch dan dinner lebih kurang je. Nasik, ayam goreng, pucuk ubi, ngan masak lemak memang kena ada plus beberapa lauk tambahan macam ikan..cuma ikan gurami je takde kali nih.hihihi..

Makanannya kira OK la..sedap la jugak walaupun sama. Settle makan, perut pun dah kenyang, kena rokok sebatang so dah boleh la tido dalam bas sampai ke Medan. Rasanya tak banyak persinggahan sepanjang perjalanan nih. Maka kami tak tertunda lagi naik ke bas dan sambung meneruskan perjalanan ke Medan. Perjalanan nampaknya panjang lagi nak sampai so dalam bas hampir semua terbongkang disebabkan kepenatan dan kekenyangan. Entah berapa lama perjalanan aku pun x tahu sebabnya masing tido. 

Dalam perjalanan ke Medan, satu-satunya destinasi yang kami singgah adalah Toko Paten yang terletak di Permatang Siantar. Ini memang kedai wajib singgah kalau join trip Medan. Dulu pun dah pergi, kali nih pun singgah gak. Kedai nih letaknya tepi jalan besar, takde banyak berbeza melainkan jalan masuk tuh agak berubah sebab jalan besar tengah dalam construction. Apa yang menarik dijual kat sini? Sebenarnya kedai nih jual biskut-biskut, kuih-muih, kacang-kacang dan makanan-makanan yang seangkatan dengan nya. Antara produk yang paling femes atau di rekomen oleh tauke kedai adalah Pang-pang, Teng-teng, Tang-tang, Ting-tong dan lain-lain lagi. Nama lain-lain tapi sebenarnya macam kacang tumbuk, 3 layer cake, kacang bijan dan banyak lagi yang aku tak tahu namanya tapi ada je jual kat Malaysia kat pasar atau kedai-kedai kampung biasanya tapi kat sini banyak pilihan la. Cuma harganya aku tak rasa cam murah (bagi aku la) sebab aku beli dodol dalam kotak; 4 pack kena dalam 200k rupiah..so sekotak jatuh dalam RM 15..kira ok la tuh kot. Aku pun x sure sebab jarang beli. Boleh kata banyak jugak la kami se family beli..berkotak-kotak gak la..Aku je yang sikit..beli buat raso-raso je la.

Ok. Rasanya dah settle semua destinasi sepanjang perjalanan kami, so next stop adalah bandar metropolitano Medan. Setelah menjalani perjalanan panjang yang ratanya kami tido je sepanjang perjalanan, akhirnya malam baru kami sampai kat Medan. Sampai di Medan kami terus check in hotel. Proses check in agak lama jugak la sebab setiap bilik kena check in sendiri tak macam biasa yang mana pak supir dah siap-siap amik kunci dan bagi pada kami. Ni hotel yang agak mewah so maybe dia punya SOP lebih sikit dari hotel kami yang selalu kami duduk di Berastagi dan Parapat. So siap check in ,kami uruskan apa yang patut..mandi-mandi, solat dan lain-lain.

Selepas selesai urusan masing-masing, kami turun semula untuk dinner. Dinner kali nih kami dibawa ke satu restoran yang bagi aku nampak cam mewah. Masuk ke ke restoran kami disambut oleh kalau tak owner mesti chief kat situ. Rasa cam dihargai. Cuma apa yang tak bestnya adalah..sepanjang kami berada dalam trip ni, ini adalah dinner kami yang paling tak best sekali. Portionnya tak mencukupi, makanannya tak kena dengan selera kami dan maybe sebab kami makan dalam aircond so lauknya tuh dah sejuk dan ayam dan ikannya tuh dah macam keras sikit. 

Nak ditambah lagi, meja sebelah kami dipenuhi dengan geng-geng tionghua yang sangat-sangat bising. Cakap dengan orang sebelah pun dah menjerit-jerit. Maybe diorang nak tunjukkan yang diorang nih dari golongan kaya raya kut. Rilek-rilek sudah la..orang lain pun makan bayar gak..hormatlah tetamu lain gak. Kan..So cepat-cepat kami semua makan dan menuju ke bas untuk ke hotel. Kami dinanti oleh penjual-penjual jalanan so aktiviti shopping pagi tadi diteruskan lagi ni tepi jalan tuh. Kain pasang la, baju kaos dan lain-lain lagi jadi barang dagangan nya. Kuat shopping orang Malaysia nih. Usai shopping kami kembali ke hotel dan melabuhkan tirai hari ini..


Bersambung...