Showing posts with label berastagi. Show all posts
Showing posts with label berastagi. Show all posts

Thursday, 5 October 2023

Kesimpulan Trip Medan

Mcm yang korang sedia maklum, trip aku kali nih nih adalah join family trip yang guna tourist ejen sebabnya kami nih ramai, ada warga emas dan ramai kanak-kanak, so bagi aku, join tour adalah keputusan yang paling baik. Kurang pening nak fikirkan macam-macam. Dengan join tour segala macam travel expenses korang dah di cover termasuklah makan minum, tempat tinggal, bayaran masuk tempat-tempat yang korang nak pergi dan juga opkos la transportation sepanjang trip.

Untuk trip ni satu kepala kena dalam RM400 untuk ground. Maknanya cover semua perbelanjaan di Indonesia tak termasuk shopping, kudapan dan tips. Aku tengok macam murah tp bila di fikirkan family aku nih agak ramai, dalam 18 org..so harganya tuh bagi aku biasa2 je..sebab baby pun diorang cas harga sama..baby nak makan buffet apa ke benda nya kan? Ground pakej ni adik aku yg uruskan yang mana memang pakar bab ni..aku tukang bayar je..(portion aku la tapi)..

So bab lain..flight kami beli asing..tambang tiket Airasia pergi balik Medan dapat bawah RM300..yup..sebelum Covid..bawah 2 rat pun dapat tapi tu citer zaman pre dinasaur la..Jadi perbelanjaan minimum untuk trip nih dalam RM700 per kepala serba hangus..

Dari segi cuaca, kalo korang datang untuk tour Medan-Berastagi-Sanosir..Sebaiknya lah korang bawak sekali sweater sebabnya Berastagi ngan Samosir nih macam Cameron Highland dia punya sejuk. Tambahan waktu malam, dengan angin yang kuat nya tapi aku tak pasti sama ada, ada musim-musim tertentu atau sepanjang tahun. Lagi satu bila korang duduk dalam bas 3-4 jam tuh pun satu hal lagi dengan aircond nya..so advise aku yang utama adalah bawak baju sejuk.


Kalau ko travel melalui tour nih, macam yang aku ulanggg..hampir semua benda ko tak payah pikir..yang ko perlu pikir nak shopping apa je nanti. Perjalanan jauh dan panjang, so ko takyah nak drive , just tidur je or menghayati pemandangan atau view sepanjang perjalanan. Tak payah bimbang kut-kut microsleep masa drive. Tapi kalo supir yang micro sleep, satu bas terkorban. kikiki.. Minyak takyah isi dan yang paling penting time korang berlibur-libur tak yah nak mencari-cari kat mana nak park transport ko. Jalan kat area Sumatera yang kami pergi nih bersimpang siur dan berbukit bukau..so agak sukar kalo nak drive tapi kalo ride motor, aku rasa cam menarik.





Yang tak berapa menariknya kalo ikut tour nih (berdasarkan pengalaman trip Medan nih) adalah..

1)   Tempat yang korang pergi sama je ngan orang lain..sama je ngan 10-15 tahun lepas..Tempat-tempat yang dilawati tu adalah berubah sket-sket tapi still tempat yang sama. Kalo Berastagi, Pasar Buah..Samosir je Kampung Tomok..Medan..Istana Maimun..Jadi sebab tuh aku x berapa berkenan nak ikut tour g tempat sama. Kalo sendiri-sendiri boleh skip tempat biasa dan carik yang rare.

2) Makanan dah disiapkan..Kedai yang dibawak agak mewah2..Makanan nya ok..sedap dan adakalanya portion yang besar tapi biasalah..kita nih manusia..kalo 2-3 hari makanan yang sama je nanti jadi bosan..yup..nanti orang cakap tak tau bersyukur lak tapi itulah kenyataannya. Sebab tu kalo aku travel solo memang aku tukar-tukar menu. Lagi pun aku ok je makan kat warung tepi2 jalan..boleh membantu peniaga2 kecil tambahan pulak korang boleh pilih makanan ikut selera korang. Ulang semula..ikut suka korang..pagi nak makan sate..tghari nak makan bakso..petang makan pecal..malam ayam penyet..(hanya sekarang menaip)

3)   Tour guide kali nih aku boleh cakap OK-Ok je la. Friendly la jugak tapi kurang dari segi info pasal tempat-tempat yang kami pergi..bagi aku, brader tour guide nih punya pengetahuan pasal tourism tuh kurang. Kenapa aku cakap benda nih sebabnya trip-trip aku yang mana guna tour guide atau supir, biasanya diorang akan bagi info or cerita2 pasal tempat yang korang lawati nih. Yang nih tidak. Satu lagi sepatutnya sambil2 bapak ni jadi tourist guide, dia jugak merangkap kamera man untuk trip kali nih. Ini adalah gambar tak sampai 20 keping dan 30-40% gambo yang dia amik shaky or tak clear. Nasib baik la aku ada sebagai official photographer untuk trip kali ini (dan trip2 lain nya). Kalo tak murung je la semua orang xde gambo.


Bagi aku setiap perjalanan ada pengajarannya, walaupun ni satu trip family and guna fully supir. Aku ingat ada 2 benda..Salah satunya pemerhatian aku orang2 di tanah Sumatera ni bawak kenderaan secara berhemah dari orang Malaysia. Bawak tak laju sangat dan yang paling penting x bawak dengan penuh emosi. Jarang sangat aku tengok driver bawak bas sambil main henpon mcm sebahagian orang Malaysia. Mat rempit lagi la tak nampak. Maksudnya..perjalanan lebih baik dan selamat meskipun keadaan jalan yang tak berapa nak elok.Yang ni kita kena ikut diorang lah..

Lagi satu bila kat kedai makan or kedai serbaneka sekali pun, korang boleh tengok macamana staf kedai layan korang. Baik dan berbudi bahasa je walaupun kadang2 ada gak ahli rombongan aku yg agak annoying tp layan diorang mostly agak tiptop. lain dari kat Malaysia..tukang kira buat muka ketat je mcm aku dah 5 taun makan tak bayar. Bukan tu je..kalo ko gi speedmart 10 kali..sekali dua je casher tu cakap time kasih ngan korang..tu gaji minimum seribu setengah tu..kat sana mesti ada cakap terima kasih..datang lagi ya pak..apa yg aku nak sampaikan adalah beza akhlak antara malaysia dgn sana..akhlak bwk kereta ngan berjualan..jadi ini yg aku belajar masa ada kat Medan ni. Bukan belajar tp ulangkaji..dah lama duduk bwh tempurung..

Oklah..sekian saja untuk kali ini..Jumpa lagi di trip yang akan datang.

Tamat.

Monday, 19 June 2023

Family Trip Medan : Part 3

Hari ke tiga di Sumatera kami bangun awal jugak sebab nak breakfast dan gerak dari hotel dalam kul 8.00-8.30 pagi. So dalam kul 7 pagi kami dah menapak ke restoran hotel dalam 200-300 meter dari bilik kami..okla tu..eksesais pagi. Restorannya ok..ada view Toba yang agak cantik gak..makanan kira ok-ok la...cuma yang tak bestnya drama swasta pagi2 tu..disebabkan kami datang awal maka kami dapat view meja yang paling cantik depan Lake Toba so kami sekeluarga semua port la kat situ..sekali dipendekkan cerita kami kena clearkan 1 meja (kami amik 2 meja yang ada kat situ) sebab ada vip nak duduk meskipun diorang tak reserve untuk vip2 ni..so bukan sahaja di Malaysia je budaya menyembah vip ni tapi Indonesia pun sama ya..Malam semalam aku komplen pasal water heater broke down kat bilik aku..reception janji nak hantar technician untuk repair water heater tuh malam tadi gak..kesudahannya sampai kesudah takde sorang pun yang datang. So personally aku nak sugest kat korang kalo boleh avoid hotel nih kalo korang datang ke sini. 







Lepas breakfast kami masing-masing punggah beg dari bilik penginapan ke dalam bas dan check out dari hotel. Hari ni destinasi tujuan kami adalah ke Bandar metropulus Medan tapi sebelum tu kami ke Pulau Samosir terlebih dahulu bagi menikmati pemandangan tanah Batak..Aku pernah pergi dulu so aku dah tahu tempat ni dan sedikit sebanyak tuh masih ingat lagi apa yang ada kat sana..so takde la excited sangat..chill chill je..


Untuk ke pulau Samosir kami kena naik feri terlebih dahulu dari jeti pelepasan yang telah digazetkan iaitu Pelabuhan Ajibata. Aku ingat naik kat pelabuhan tuh..rupanya amik feri kat area belakang-belakang rumah-rumah / kedai makan tepi tasik. Aku tak pasti tambang feri berapa sebab semuanya diuruskan oleh tour guide kami dan sebelum naik ke feri kami dikehendaki untuk isi dulu nama kat buku yang ada kat pondok area pesisir tasik tuh.

Feri yang kami naik nih feri lebih kurang macam nak gi pulau pangkor. Tak begitu besar tapi takde la kecik sangat.. boleh muat dalam 100 orang plus-plus jugak dalam 1 masa. Time kami nak ke Pulau Samosir nih penumpang tidaklah begitu ramai. Ada tapi tak sesak. Kira OKla dan selesa. Perjalanan dari jeti ke Pelabuhan Pulau Samosir akan mengambil masa sekitar sejam setengah ke dua jam bergantung pada kelajuan joki feri korang. Kelajuan feri nih pun tak laju..so boleh agak la kenapa masa yang diambil tuh agak lama jugak lah. Untuk makluman korang feri adalah open air dan takde aircond..tapi jangan risau..cuaca pagi hari memang agak sejuk dan nyaman. Dalam feri nih jugak ada 2 jenis seat, 1 dalam feri..no 2 korang boleh je duduk kat luar feri (open roof) sambil menghirup udara segar (kalau takde orang isap rokok la) dan mengambil foto pemandangan sekitar Lake Toba nih.


Dari jeti Pulau Samosir nih kami berjalan kaki je ke Desa Wisata Tomok. Perjalanannya tak jauh, ada la dalam 100-200 meter jugak...tapi ada tangga yang perlu didaki so ayah aku memang off la dengan tangga-tangga nih..jadi dia lepak je kat kedai kopi di siring jalan depan pintu masuk ke bazar-bazar. Tangga yang nak ke Tomok nih ekceli adalah jalan yang mendaki je..n diorang buat step-step takde la tinggi dan curam yang mana kat kiri dan kanan jalan tangga berbatu tuh ada bazar atau kedai-kedai yang 90 persen menjual barang-barang cenderahati or kain-kain. 


Kampung Tomok nih macam agak lain dari trip aku sebelum ini. Trip yang dulu nampaknya lebih ilmiah. Dulu kami diberi penerangan mengenai kisah-kisah kaum Batak nih..kisah makan daging manusia, cerita pasal aktiviti kaum batak, kubur raja-raja dan juga tempat persidangan raja-raja Batak. Tapi trip kali nih lebih santai..di kampung Tomok nih aktiviti kami adalah menari tarian kaum Batak..Aku tak pasti tarian nih tarian kaum Batak ke atau tarian saja-saja je sebabnya untuk join korang kena bayar 100k rupiah. Tapi Ok sebab kami ada dalam berbelas penari so kalo tontong takde la banyak sangat jumlah tuh. Tapi apa yang aku x gemar adalah setiap peserta tarian kena donate setiap sorang dan masukkan duit dalam kepala patung yang diguna untuk tarian tuh. Walaupun aku tak donate sebab tak join tarian tapi nampak macam korang bagi persembahan pada patung yang menari tuh di akhir tarian ke 3 kalau tak silap aku. Nampak cam upacara syirik je. Itu pada pandangan aku je la..Apa tujuan lain aku tak pasti tapi rasanya nampak nak collect duit tips dari pengunjung..

Selesai menari dan sessi mengambil gambar, maka seterusnya adalah aktiviti bebas. Dikala hampir semua bershopping di bazar, aku berjalan-jalan seorang ke kawasan sekitar. Nak shopping gak tapi aku rasa elok la kiranya aku shopping kat Medan je. Biasanya tempat-tempat tourist attraction nih harganya biasanya agak mahal dari biasa. Maklumlah tempat pelancong so better aku tunggu esok je untuk ke tempat membeli belah rakyat tempatan. So sambil berpeleseran tuh terjumpa lah aku dengan makam raja-raja Batak..kat hujung Bazar tuh je..tu pun jumpa sebab tanya peniaga bazar / kedai lokasi tempat tuh. Tempat ni aku dah pergi dulu dan memang ini la tempatnya. Masa aku naik tuh ada group tengah tour kat sana so aku join je la dengar apa yang tour guide dia cerita sampai la masing-masing dok usha pelik kat aku sebab join group diorang for freee..so aku pun terpaksa la mengundurkan diri. Aku teruskan perjalanan ke cafe tempat bapak aku lepak sambil menunggu masing-masing yang masih lagi sakan membeli-belah.


Lama kami menunggu orang lain habis shopping. Tak tau apa yang di shoppingnya tuh. Dah sejam lebih tapi tak nampak bayang masing-masing. Anak-anak ditinggalkan jalan sendiri, nasib baik last-last jumpa gak budak-budak ni kat cafe tempat kami lepak ni. Nasib baik kat Indonesia..kalau kat Malaysia ada kemungkinan jumpa mayat kat dalam beg. Ini adalah antara kenapa aku prefer untuk travel secara solo...Less hustle kata orang jawa. Yang bestnya bila tiba kat cafe tu masing-masing dalam kelaparan. Amik aiskrim mahal, order makan-makan..pastu duit takde..memang kena game la atok bayar..skali ngan aku pun terbabit.

Usai tarian, membeli belah dan juga ngopi, kami kembali semula ke pelabuhan untuk naik bot kembali ke tanah besar Parapat. Masa trip lebih kurang masa kedatangan kami ke Samosir, dalam sejam setengah. Tak ada apa yang spesial sepanjang trip balik nih sebab kepenatan, mana yang nak tidur..tidur la dan yang mana nak relek-relek macam aku dok je kat open space kat belakang sebab ada matahari..dapat bahang panas sikit bagi yang nak merasa sikit kepanasan dek cuaca yang masih sikit sejuk. Tapi penuh gak dengan asap rokok..walaupun aku isap rokok tapi agak rimas gak la.

Kami sampai ke pelabuhan menjelang tengahari so kami naik bas dan singgah sekejap untuk lunch kat satu kedai restoran Minang yang terletak kat penghujung pekan Parapat nih. Makanannya lebih kurang je dengan hari-hari biasa..Boleh dikatakan sepanjang kami di Indonesia nih memang makanan hari-hari lebih kurang sama je..lunch dan dinner lebih kurang je. Nasik, ayam goreng, pucuk ubi, ngan masak lemak memang kena ada plus beberapa lauk tambahan macam ikan..cuma ikan gurami je takde kali nih.hihihi..

Makanannya kira OK la..sedap la jugak walaupun sama. Settle makan, perut pun dah kenyang, kena rokok sebatang so dah boleh la tido dalam bas sampai ke Medan. Rasanya tak banyak persinggahan sepanjang perjalanan nih. Maka kami tak tertunda lagi naik ke bas dan sambung meneruskan perjalanan ke Medan. Perjalanan nampaknya panjang lagi nak sampai so dalam bas hampir semua terbongkang disebabkan kepenatan dan kekenyangan. Entah berapa lama perjalanan aku pun x tahu sebabnya masing tido. 

Dalam perjalanan ke Medan, satu-satunya destinasi yang kami singgah adalah Toko Paten yang terletak di Permatang Siantar. Ini memang kedai wajib singgah kalau join trip Medan. Dulu pun dah pergi, kali nih pun singgah gak. Kedai nih letaknya tepi jalan besar, takde banyak berbeza melainkan jalan masuk tuh agak berubah sebab jalan besar tengah dalam construction. Apa yang menarik dijual kat sini? Sebenarnya kedai nih jual biskut-biskut, kuih-muih, kacang-kacang dan makanan-makanan yang seangkatan dengan nya. Antara produk yang paling femes atau di rekomen oleh tauke kedai adalah Pang-pang, Teng-teng, Tang-tang, Ting-tong dan lain-lain lagi. Nama lain-lain tapi sebenarnya macam kacang tumbuk, 3 layer cake, kacang bijan dan banyak lagi yang aku tak tahu namanya tapi ada je jual kat Malaysia kat pasar atau kedai-kedai kampung biasanya tapi kat sini banyak pilihan la. Cuma harganya aku tak rasa cam murah (bagi aku la) sebab aku beli dodol dalam kotak; 4 pack kena dalam 200k rupiah..so sekotak jatuh dalam RM 15..kira ok la tuh kot. Aku pun x sure sebab jarang beli. Boleh kata banyak jugak la kami se family beli..berkotak-kotak gak la..Aku je yang sikit..beli buat raso-raso je la.

Ok. Rasanya dah settle semua destinasi sepanjang perjalanan kami, so next stop adalah bandar metropolitano Medan. Setelah menjalani perjalanan panjang yang ratanya kami tido je sepanjang perjalanan, akhirnya malam baru kami sampai kat Medan. Sampai di Medan kami terus check in hotel. Proses check in agak lama jugak la sebab setiap bilik kena check in sendiri tak macam biasa yang mana pak supir dah siap-siap amik kunci dan bagi pada kami. Ni hotel yang agak mewah so maybe dia punya SOP lebih sikit dari hotel kami yang selalu kami duduk di Berastagi dan Parapat. So siap check in ,kami uruskan apa yang patut..mandi-mandi, solat dan lain-lain.

Selepas selesai urusan masing-masing, kami turun semula untuk dinner. Dinner kali nih kami dibawa ke satu restoran yang bagi aku nampak cam mewah. Masuk ke ke restoran kami disambut oleh kalau tak owner mesti chief kat situ. Rasa cam dihargai. Cuma apa yang tak bestnya adalah..sepanjang kami berada dalam trip ni, ini adalah dinner kami yang paling tak best sekali. Portionnya tak mencukupi, makanannya tak kena dengan selera kami dan maybe sebab kami makan dalam aircond so lauknya tuh dah sejuk dan ayam dan ikannya tuh dah macam keras sikit. 

Nak ditambah lagi, meja sebelah kami dipenuhi dengan geng-geng tionghua yang sangat-sangat bising. Cakap dengan orang sebelah pun dah menjerit-jerit. Maybe diorang nak tunjukkan yang diorang nih dari golongan kaya raya kut. Rilek-rilek sudah la..orang lain pun makan bayar gak..hormatlah tetamu lain gak. Kan..So cepat-cepat kami semua makan dan menuju ke bas untuk ke hotel. Kami dinanti oleh penjual-penjual jalanan so aktiviti shopping pagi tadi diteruskan lagi ni tepi jalan tuh. Kain pasang la, baju kaos dan lain-lain lagi jadi barang dagangan nya. Kuat shopping orang Malaysia nih. Usai shopping kami kembali ke hotel dan melabuhkan tirai hari ini..


Bersambung...


Monday, 1 May 2023

Family Trip Medan : Part 2

Kami mulakan hari ke 2 kami dengan breakfast. Yang menariknya sepanjang kami di Indonesia, breakfast kami memang di hotel je. Percuma dan buffet style..ambil sebanyak mana korang suka dan lanyak je apa yang ada asalkan jangan membazir. Makan pagi kat hotel nih yang peningnya adalah bila semua penghuni hotel kena check out awal sebab nak gerak ke destinasi masing-masing seawal pagi..maka memang penuh dengan manusia lah restoran hotel tuh. 

Kebanyakan penghuni kat hotel nih pulak rata-ratanya sebahagian besarnya orang Malaysia..so maka suasana rasa macam tak makan kat Berastagi tapi rasa cam makan kat Chow Kit je. Makanan breakfast kat hotel ni tak banyak sangat pilihan (dalam 4-5 main dish) dan bila orang ramai, beraturnya tuh panjang yang tak boleh tahan tuh. Jadi kami menempel je kat mana-mana meja yang available..so tak berapa friendly la sebab ruang makan kat tepi swimming pool diorang tak bukak. Aku tahu sebabnya diorang malas nak kemas dan cuci..tapi orang ramai kut. Agak-agak la..Korang imejin budak umur 5 tahun makan sorang-sorang kat meja yang penuh dengan orang yang tak dikenali..macam tu la keadaannya sebab kawasan makan memang penuh.


Lebih kurang kul 8 lebih kami memulakan perjalanan semula setelah bergambar beramai-ramai di depan hotel. Tujuan kami hari ini adalah ke Parapat, satu pekan kecik tepi Lake Toba..tempat naik feri ke Pulau Samosir esok. Dalam kesejukan kami beramai-ramai menaiki bas dan  dalam tak sampai sejam perjalanan kami singgah dulu di satu lokasi parawisata (pelancongan) berhampiran dan dalam laluan iaitu Bukit Gundaling. Tempat nih aku baru first time sampai..trip aku dulu memang tak cover tempat nih..sama ada tempat nih dah ada tapi kami skip ataupun ini lokasi parawisata baru..aku pun tak pasti.


Bukit Gundaling ni merupakan viewpoint gunung berapi Sinabung. Gunung Sinabung nih agak femes kat Indonesia tapi bagi korang-korang yang jarang mengambil tahu hal dunia, gunung Sinabung nih adalah salah satu gunung berapi yang paling aktif di Indonesia secara am nya dan Sumatera secara khususnya. Ntah berapa kali setahun dia meletus tak dapat la aku nak bagitau tapi mengikut pak Leman (kami punya tour guide)..kampung bawah gunung Sinabung tuh dah mati sebab takde sapa yang nak tinggal kat sana dah, ye lah.. setiap kali meletus ada saje yang menjadi korban termasuk pawang-pawangnya sekali..ni cam citer mbah Maridjan kat Merapi la nih..cuma kalo tour guide tuh bohong, aku pun ikut bohong la yer..



Bukit Gundaling nih dah nama pun bukit..mesti ada aktiviti panjat memanjat punya. Aku tak pasti berapa ketinggian bukit nih tapi pendakiannya agak mudah sebab dilengkapi tangga yang mana tangganya tu agak berjarak dan tak tinggi dia punya step. Tapi still untuk warga emas agak sukar jugak la..macam ayah aku tak naik bukit Gundaling nih..so dia lepak-lepak je kat bawah tuh dengan pak supir. Macam yang korang tahu bukit Gundaling nih adalah viewpoint bagi menyaksikan view gunung Sinabung tapi selain dari itu agak menarik gak aktiviti di atas nih..Misalnya korang boleh sewa pakaian (cosplay) untuk amik gambar dengan background Sinabung. Ya..ada orang suka..ada orang tak..Kat atas bukit Gundaling nih memang ramai orang lebih-lebih lagi yang meniaga kat atas tuh..kat sana ada yang mengambil gambar, jual makanan dan lain-lain lagi.


Setel amik gambar dalam 20-30 keping kami turun semula ke bawah untuk naik bas dan teruskan perjalanan. Kalo korang nak gambar Sinabung yang lagi clear, korang boleh je panjat ada beberapa macam menara yang tak berapa nak tinggi yang ada di sepanjang jalan turun / naik.(Jalan naik dengan jalan turun sama je walaupun ada 2 jalan). Perjalanan seterusnya ke Sipiso-piso yang akan ambil masa dalam sejam ke 2 jam perjalanan. Dalam perjalanan kami singgah jap kat tepi jalan yang ada jual limau. Kat tepi jalan nih ada beberapa kebun limau yang mana diorang petik dan jual kat depan kebun tuh jugak. Antara pakej-pakej lain adalah korang boleh petik sendiri limau dalam kebun tuh dan kemudian timbang dan bayar kat kaunter (pondok depan kebun tuh) Dalam ramai-ramai tuh kami hanya beli sekilo dua je sebabnya masa kami dinner malam tadi ada amik limau kat kedai makan tuh tapi semua limaunya masam..so maybe sebab tuh kami tak berminat nak beli kut..kut la..sebab kalo aku memang tak beli punya..







Lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari kebun limau kami tiba di destinasi iaitu air terjun Sipiso-piso. Nampak cam lain betul tempat nih dari trip aku yang dulu. Sekarang macam ada ada viewpoint tersendiri untuk mengambil gambar air terjun nih. Tambahan pula dah ada banyak kedai-kedai yang dibina sebelah kiri jalan menuju ke viewpoint. Sipiso-piso nih adalah air terjun yang pelik..cam Lembah Anai gak, air terjun Sipiso-piso ni straight je dari mukabumi terus 120 meter ke bawah...takde sungai atau nampak punca air..yang tambah menariknya dia sebijik tu je air terjun dan takde cabang-cabang lain. Tapi Sipiso-piso nih jauh lebih tinggi dan cantik cuma kalau nak ke air terjun kena menapak jauh ke bawah..nak turun Ok, jap lagi nak naik balik baru la korang tau hajap nya camana. So dalam grup kami takde sapa yang turun..semua ada kat viewpoint je mengambik gambar n selfie. Orang kat sini ramai jugak maklumlah destinasi travel tersohor di Sumatera so tak sempat aku nak amik sekeping pun gambar diri sendiri sebab masing-masing posing kat sana tak bagi can kat orang lain, macam xmau balik dah. Takpe lah..aku takde la fancy sgt gambo-gambo selfie tempat2 viral nih..(sedih...kikiki)..





Usai melawat Sipiso-piso kami teruskan perjalanan menuju ke Parapat. Tapi masa kami nak gerak nih waktu dah menjelang tengahari so kami singgah makan dulu di sebuah warung di tepi jalan yang namanya rumah makan Suroboyo di Tongging (nama tempat). Ianya satu restoran biasa-biasa je..another restoran di tepi jalan..maknanya lain dari restoran-restoran yang agak mewah dari yang kami kunjungi sebelum ini. Tapi by the way kami sampai, meja semua dah siap2 booking..


Disebabkan kelaparan jadi makanannya tengahari ni memang jadi extra sedap belaka..lagi pun menu hari nih ada lain sikit dimana kami dihidangkan makanan ala-ala bakar dan yang spesialnya ada lobster untuk sorang dapat sekor..walaupun lobsternya tuh kecik-kecik tapi kira ok la jugak sebab lama dah x pekena sejak balik dari Sabah aritu..Makanan bagi aku kira sedap la jugak..menu lain sikit dari biasa..xde ikan gurami goreng..tapi kangkung belacan still ada disamping view celah-celah gunung yang menarik..kikiki..



Seperti yang aku duga..perjalanan seterusnya kami singgah dulu di Simarjarunjung..sebab dulu pun kami ada singgah kat sini gak. Tempat nih merupakan view point ke Lake Toba yang ada rupa yang menarik sket la..Maknanya kalo amik gambar kat sini kemungkinan gambar korang tu lebih cantik dari amik di tempat lain. Kalo dulu kami lepak kat tempat yang agak high end sikit tapi kali ni kami diberhentikan kat betul-betul kedai-kedai tang kona betul-betul tepi jalan. Maybe nampak cam berlagak tapi kalo tempat high end crowdnya tak begitu ramai dan juga view nya lebih marbeles lagi. Opkos makanan dan minumannya harga lebih kayangan lagi tapi aku suka je kat kedai tepi jalan nih..banyak pilihan..ada 2-3 kedai la jugak korang untuk lepak disamping ada beberapa lokasi (macam pelantar berhias) amik gambar yang boleh dicuba secara percuma.


Kami stay tempat nih memang agak lama la jugak..Masalah utama kat sini adalah cuaca dia yang sejuk giler babas..tambahan pulak angin yang berhembus tu bukan kaleng-kaleng tapi kuat gila. Apa yang menyebabkan kami lepak lama kat sini adalah mula-mula takat nak amik gambar je..pastu dah amik gambar tetiba masing-masing rasa lapar and order makanan. So lama tunggu hidangan dan makan tu yang buatkan masa berjalan begitu pantas. Aku order gak makan sebab bapak aku payung tapi order punya order sekali habis..air yang aku order pun habis gak..takleh tahan sejuk aku duduk je bawah kolong (kat surau) sementara tunggu diorang habis melantak.



Akhirnya setelah melalui seharian perjalanan, kami sampai juga di Parapat. Dari start lepas Bukit Gundaling lagi tadi perjalanan memanglah bersimpang siur melalui segala jenis lap dan bukit. Sapa yang tak kental memang agak sukar nak survive..hehe..acah je..korang buat-buat tido dah kira settle dah bab perjalanan tuh. 

Kami check in di hotel namanya Patra Parapat hotel. Masa kami tiba tuh hotel ni merupakan salah satu venue penginapan f1 powerboat kat Indonesia nih. Jadi aku rasa hotel nih fully booked so kami ditempatkan kat bilik yang aku x pasti sama ada rumah workers ke apatah tapi keadaan bilik kami nih memang tak semegah nama hotel nya. Boleh dikatakan agak barai jugak lah. Barai dari segi apa? Bilik nya x bersih, gerobok dah nak runtuh, toilet berdaki dan pintu toilet bilik aku dah tercabut dari rail yang mana bila nak tutup pintu je pintu nak tertanggal..so takleh tutup rapat lah. Kalau nak bandingkan dengan hotel-hotel cap ayam yang biasa aku duduk time travel secara solo tak ada lah sebarai hotel nih. Tambahan pula kawasan sekeliling memang kotor dengan puntung rokok dan sampah-sampah kecik.


Komplen kuat-kuat pun x guna gak..Ada masa sebelum matahari terbenam, masing-masing menuju ke swimming pool yang terletak dekat-dekat setengah kilometer dari bilik kami tadi. Swimming pool nya elok..menghadap lake Toba tapi time mandi manda takde sapa peduli dah view yang ada. Tak kira sejuk mana, bebudak berkubang x ingat dunia. Kat swimming pool nih ada beberapa fasiliti yang menarik gak lak macam papan gelongsor yang tinggi 3-4 tingkat tuh tapi mentenen nya tak berapa elok.. takut-takut ada paku karat ke..besi terjojol ke naya la pulak.


Selepas berkubang dan menguruskan perkara-perkara yang biasa seperti solat dan lain-lain, kami keluar semula menaiki bas untuk dinner. Dinner pun kat kedai dekat-dekat tebing gunung tuh je..tak sampai ke pekan Parapat pun. Dinner malam nih memang OK..kalau ikut aku, dinner paling sedap sepanjang trip ini. Lauk nya simple-simple je..portion tak begitu besar tapi banyak..ayam ada 2-3 jenis..ikan, begedil dan macam-macam lagi..rasa macam makan kat umah tambahan pulak restoran nih bukak youtube lagu2 melayu..ko ingat kami hadap sangat ke rasa nak makan cam kat Malaysia tuh..kikiki..

Settle makan kami patah balik ke hotel unutk tidur. Esok perjalanan jauh lagi nih. Tambahan pulak water heater bilik aku buat hal so malam-malam tuh aku menapak ke reception untuk komplen..macamana nak mandi kalo xde water heater..dah le cuaca sejuk yakmat...

bersambung...