Monday 1 May 2023

Family Trip Medan : Part 2

Kami mulakan hari ke 2 kami dengan breakfast. Yang menariknya sepanjang kami di Indonesia, breakfast kami memang di hotel je. Percuma dan buffet style..ambil sebanyak mana korang suka dan lanyak je apa yang ada asalkan jangan membazir. Makan pagi kat hotel nih yang peningnya adalah bila semua penghuni hotel kena check out awal sebab nak gerak ke destinasi masing-masing seawal pagi..maka memang penuh dengan manusia lah restoran hotel tuh. 

Kebanyakan penghuni kat hotel nih pulak rata-ratanya sebahagian besarnya orang Malaysia..so maka suasana rasa macam tak makan kat Berastagi tapi rasa cam makan kat Chow Kit je. Makanan breakfast kat hotel ni tak banyak sangat pilihan (dalam 4-5 main dish) dan bila orang ramai, beraturnya tuh panjang yang tak boleh tahan tuh. Jadi kami menempel je kat mana-mana meja yang available..so tak berapa friendly la sebab ruang makan kat tepi swimming pool diorang tak bukak. Aku tahu sebabnya diorang malas nak kemas dan cuci..tapi orang ramai kut. Agak-agak la..Korang imejin budak umur 5 tahun makan sorang-sorang kat meja yang penuh dengan orang yang tak dikenali..macam tu la keadaannya sebab kawasan makan memang penuh.


Lebih kurang kul 8 lebih kami memulakan perjalanan semula setelah bergambar beramai-ramai di depan hotel. Tujuan kami hari ini adalah ke Parapat, satu pekan kecik tepi Lake Toba..tempat naik feri ke Pulau Samosir esok. Dalam kesejukan kami beramai-ramai menaiki bas dan  dalam tak sampai sejam perjalanan kami singgah dulu di satu lokasi parawisata (pelancongan) berhampiran dan dalam laluan iaitu Bukit Gundaling. Tempat nih aku baru first time sampai..trip aku dulu memang tak cover tempat nih..sama ada tempat nih dah ada tapi kami skip ataupun ini lokasi parawisata baru..aku pun tak pasti.


Bukit Gundaling ni merupakan viewpoint gunung berapi Sinabung. Gunung Sinabung nih agak femes kat Indonesia tapi bagi korang-korang yang jarang mengambil tahu hal dunia, gunung Sinabung nih adalah salah satu gunung berapi yang paling aktif di Indonesia secara am nya dan Sumatera secara khususnya. Ntah berapa kali setahun dia meletus tak dapat la aku nak bagitau tapi mengikut pak Leman (kami punya tour guide)..kampung bawah gunung Sinabung tuh dah mati sebab takde sapa yang nak tinggal kat sana dah, ye lah.. setiap kali meletus ada saje yang menjadi korban termasuk pawang-pawangnya sekali..ni cam citer mbah Maridjan kat Merapi la nih..cuma kalo tour guide tuh bohong, aku pun ikut bohong la yer..



Bukit Gundaling nih dah nama pun bukit..mesti ada aktiviti panjat memanjat punya. Aku tak pasti berapa ketinggian bukit nih tapi pendakiannya agak mudah sebab dilengkapi tangga yang mana tangganya tu agak berjarak dan tak tinggi dia punya step. Tapi still untuk warga emas agak sukar jugak la..macam ayah aku tak naik bukit Gundaling nih..so dia lepak-lepak je kat bawah tuh dengan pak supir. Macam yang korang tahu bukit Gundaling nih adalah viewpoint bagi menyaksikan view gunung Sinabung tapi selain dari itu agak menarik gak aktiviti di atas nih..Misalnya korang boleh sewa pakaian (cosplay) untuk amik gambar dengan background Sinabung. Ya..ada orang suka..ada orang tak..Kat atas bukit Gundaling nih memang ramai orang lebih-lebih lagi yang meniaga kat atas tuh..kat sana ada yang mengambil gambar, jual makanan dan lain-lain lagi.


Setel amik gambar dalam 20-30 keping kami turun semula ke bawah untuk naik bas dan teruskan perjalanan. Kalo korang nak gambar Sinabung yang lagi clear, korang boleh je panjat ada beberapa macam menara yang tak berapa nak tinggi yang ada di sepanjang jalan turun / naik.(Jalan naik dengan jalan turun sama je walaupun ada 2 jalan). Perjalanan seterusnya ke Sipiso-piso yang akan ambil masa dalam sejam ke 2 jam perjalanan. Dalam perjalanan kami singgah jap kat tepi jalan yang ada jual limau. Kat tepi jalan nih ada beberapa kebun limau yang mana diorang petik dan jual kat depan kebun tuh jugak. Antara pakej-pakej lain adalah korang boleh petik sendiri limau dalam kebun tuh dan kemudian timbang dan bayar kat kaunter (pondok depan kebun tuh) Dalam ramai-ramai tuh kami hanya beli sekilo dua je sebabnya masa kami dinner malam tadi ada amik limau kat kedai makan tuh tapi semua limaunya masam..so maybe sebab tuh kami tak berminat nak beli kut..kut la..sebab kalo aku memang tak beli punya..







Lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari kebun limau kami tiba di destinasi iaitu air terjun Sipiso-piso. Nampak cam lain betul tempat nih dari trip aku yang dulu. Sekarang macam ada ada viewpoint tersendiri untuk mengambil gambar air terjun nih. Tambahan pula dah ada banyak kedai-kedai yang dibina sebelah kiri jalan menuju ke viewpoint. Sipiso-piso nih adalah air terjun yang pelik..cam Lembah Anai gak, air terjun Sipiso-piso ni straight je dari mukabumi terus 120 meter ke bawah...takde sungai atau nampak punca air..yang tambah menariknya dia sebijik tu je air terjun dan takde cabang-cabang lain. Tapi Sipiso-piso nih jauh lebih tinggi dan cantik cuma kalau nak ke air terjun kena menapak jauh ke bawah..nak turun Ok, jap lagi nak naik balik baru la korang tau hajap nya camana. So dalam grup kami takde sapa yang turun..semua ada kat viewpoint je mengambik gambar n selfie. Orang kat sini ramai jugak maklumlah destinasi travel tersohor di Sumatera so tak sempat aku nak amik sekeping pun gambar diri sendiri sebab masing-masing posing kat sana tak bagi can kat orang lain, macam xmau balik dah. Takpe lah..aku takde la fancy sgt gambo-gambo selfie tempat2 viral nih..(sedih...kikiki)..





Usai melawat Sipiso-piso kami teruskan perjalanan menuju ke Parapat. Tapi masa kami nak gerak nih waktu dah menjelang tengahari so kami singgah makan dulu di sebuah warung di tepi jalan yang namanya rumah makan Suroboyo di Tongging (nama tempat). Ianya satu restoran biasa-biasa je..another restoran di tepi jalan..maknanya lain dari restoran-restoran yang agak mewah dari yang kami kunjungi sebelum ini. Tapi by the way kami sampai, meja semua dah siap2 booking..


Disebabkan kelaparan jadi makanannya tengahari ni memang jadi extra sedap belaka..lagi pun menu hari nih ada lain sikit dimana kami dihidangkan makanan ala-ala bakar dan yang spesialnya ada lobster untuk sorang dapat sekor..walaupun lobsternya tuh kecik-kecik tapi kira ok la jugak sebab lama dah x pekena sejak balik dari Sabah aritu..Makanan bagi aku kira sedap la jugak..menu lain sikit dari biasa..xde ikan gurami goreng..tapi kangkung belacan still ada disamping view celah-celah gunung yang menarik..kikiki..



Seperti yang aku duga..perjalanan seterusnya kami singgah dulu di Simarjarunjung..sebab dulu pun kami ada singgah kat sini gak. Tempat nih merupakan view point ke Lake Toba yang ada rupa yang menarik sket la..Maknanya kalo amik gambar kat sini kemungkinan gambar korang tu lebih cantik dari amik di tempat lain. Kalo dulu kami lepak kat tempat yang agak high end sikit tapi kali ni kami diberhentikan kat betul-betul kedai-kedai tang kona betul-betul tepi jalan. Maybe nampak cam berlagak tapi kalo tempat high end crowdnya tak begitu ramai dan juga view nya lebih marbeles lagi. Opkos makanan dan minumannya harga lebih kayangan lagi tapi aku suka je kat kedai tepi jalan nih..banyak pilihan..ada 2-3 kedai la jugak korang untuk lepak disamping ada beberapa lokasi (macam pelantar berhias) amik gambar yang boleh dicuba secara percuma.


Kami stay tempat nih memang agak lama la jugak..Masalah utama kat sini adalah cuaca dia yang sejuk giler babas..tambahan pulak angin yang berhembus tu bukan kaleng-kaleng tapi kuat gila. Apa yang menyebabkan kami lepak lama kat sini adalah mula-mula takat nak amik gambar je..pastu dah amik gambar tetiba masing-masing rasa lapar and order makanan. So lama tunggu hidangan dan makan tu yang buatkan masa berjalan begitu pantas. Aku order gak makan sebab bapak aku payung tapi order punya order sekali habis..air yang aku order pun habis gak..takleh tahan sejuk aku duduk je bawah kolong (kat surau) sementara tunggu diorang habis melantak.



Akhirnya setelah melalui seharian perjalanan, kami sampai juga di Parapat. Dari start lepas Bukit Gundaling lagi tadi perjalanan memanglah bersimpang siur melalui segala jenis lap dan bukit. Sapa yang tak kental memang agak sukar nak survive..hehe..acah je..korang buat-buat tido dah kira settle dah bab perjalanan tuh. 

Kami check in di hotel namanya Patra Parapat hotel. Masa kami tiba tuh hotel ni merupakan salah satu venue penginapan f1 powerboat kat Indonesia nih. Jadi aku rasa hotel nih fully booked so kami ditempatkan kat bilik yang aku x pasti sama ada rumah workers ke apatah tapi keadaan bilik kami nih memang tak semegah nama hotel nya. Boleh dikatakan agak barai jugak lah. Barai dari segi apa? Bilik nya x bersih, gerobok dah nak runtuh, toilet berdaki dan pintu toilet bilik aku dah tercabut dari rail yang mana bila nak tutup pintu je pintu nak tertanggal..so takleh tutup rapat lah. Kalau nak bandingkan dengan hotel-hotel cap ayam yang biasa aku duduk time travel secara solo tak ada lah sebarai hotel nih. Tambahan pula kawasan sekeliling memang kotor dengan puntung rokok dan sampah-sampah kecik.


Komplen kuat-kuat pun x guna gak..Ada masa sebelum matahari terbenam, masing-masing menuju ke swimming pool yang terletak dekat-dekat setengah kilometer dari bilik kami tadi. Swimming pool nya elok..menghadap lake Toba tapi time mandi manda takde sapa peduli dah view yang ada. Tak kira sejuk mana, bebudak berkubang x ingat dunia. Kat swimming pool nih ada beberapa fasiliti yang menarik gak lak macam papan gelongsor yang tinggi 3-4 tingkat tuh tapi mentenen nya tak berapa elok.. takut-takut ada paku karat ke..besi terjojol ke naya la pulak.


Selepas berkubang dan menguruskan perkara-perkara yang biasa seperti solat dan lain-lain, kami keluar semula menaiki bas untuk dinner. Dinner pun kat kedai dekat-dekat tebing gunung tuh je..tak sampai ke pekan Parapat pun. Dinner malam nih memang OK..kalau ikut aku, dinner paling sedap sepanjang trip ini. Lauk nya simple-simple je..portion tak begitu besar tapi banyak..ayam ada 2-3 jenis..ikan, begedil dan macam-macam lagi..rasa macam makan kat umah tambahan pulak restoran nih bukak youtube lagu2 melayu..ko ingat kami hadap sangat ke rasa nak makan cam kat Malaysia tuh..kikiki..

Settle makan kami patah balik ke hotel unutk tidur. Esok perjalanan jauh lagi nih. Tambahan pulak water heater bilik aku buat hal so malam-malam tuh aku menapak ke reception untuk komplen..macamana nak mandi kalo xde water heater..dah le cuaca sejuk yakmat...

bersambung...

No comments:

Post a Comment