Friday 24 March 2023

Family Trip Medan : Part 1

Pertama sekali aku nak ucap ribuan maaf sebab lama tak aktif menulis..almaklum la sebab covid tapi 2-3 tahun kebelakangan ni aku memang terkena sakit kemalasan yang melampaui batas tatasusila. Mungkin sebab vaksin kut mempengaruhi saraf tunjang otak. Mesti korang ingat aku dah meninggal kan? Ikutkan ada je trip2 dalam malaysia yang aku buat..taip separuh jalan tapi last sekali aku tak publish pun..


Finally semua border dah bukak n aku dah 2 kali g siam pun tapi trip tu aku x buat sebarang penulisan sbb aku g tempat yang sama dan takde sebarang manafaat yg dapat aku kongsikan dengan semua...semuanya aku dah pernah kongsi kat dalam blog nih. Nanti share 2-3 kali kang korang boring lak..

Sebenarnya aku dipaksa oleh family untuk join trip diorang ke Medan. Asalnya diorang nak buat trip, pilihannya ke Indonesia or Thailand..tapi semua tempat yang diorang nak pergi tuh aku dah pernah jejak..Memandangkan kos untuk ke Medan paling murah so diorang pun pilih Medan untuk destinasi family trip kali nih. Nak tak nak aku terpaksalah join jugak walaupun aku dah ke sana tahun 2008 dulu. Ekceli Medan adalah first trip aku ke obersi dan pertama kali aku naik kapal terbang so ianya agak nostalgik jugak sebab trip tu aku pergi dengan arwah mak aku so nak tak nak aku terpaksa join lah trip kali ini.

Kami dah book trip ni dari last year lagi jadi dipendekkan cerita tiba lah waktu yang dinantikan. Dia punya plan..amik ground package (adik aku amik) dan masing-masing beli tiket flight sendiri ikut waktu dan tarikh yang telah ditetapkan. 

Perjalanan ke Medan menaiki pesawat Airasia mengambil masa dalam 1 jam..Ada delay sket dalam 10-20 minit tapi kami sampai di Medan dalam 10 minit lewat dari jadual asal. Bagi korang-korang yang pernah pergi Medan lama cam aku..sekarang nih diorang dah pindah ke airport baru (takde la baru sangat) iaitu KualaNamu..jauh sikit dari bandar (dalam 20-30km) tapi airportnya agak besar la jugak kalau banding dengan bandara Polonia dulu. Diorang cakap sebab apa pindah adalah Polonia x sesuai dah sebab ada je kes mendarat kat rumah orang aritu. Diorang cakap la..kalo diorang tipu..kira aku pun tipu la.


Sampai kat airport mimpi ngeri awal kami semua bermula. Disebabkan jumlah kami dalam 19 orang so ada macam2 karenah.Budak-budak lagi la..menjerit-jerit siap bergaduh-gaduh lagi kat tengah-tengah airport tuh..yang berlari-lari berguling-guling dan macam-macam lagi lah. Sebagai post covid..pelancong disarankan utk install apps pedulilindungi (macam mysejahtera). Ada beberapa ahli rombongan yang amik enteng pasal apps ni menggelupur la nak dapatkan approval dari kesihatan indonesia jam-jam tu gak. Kalo ikutkan memang perlu untuk isi semua jumlah vaksin yang ada kat dalam tu tapi rahsianya cukup untuk korang tunjuk je senarai vaksin yang korang ada. Apa yang perlu korang buat adalah print screen je senarai vaksin yang ada dalam apps mysejahtera dan tunjuk pada petugas yang tunggu kat airport tu.


Satu lagi, sekarang diorang dah xde white slip kastam tu (yang nih kat Medan..kat airport lain aku tak pasti)...sekarang diorang guna online kat https://ecd.beacukai.go.id/. Lepas isi dalam web tu akan bagi korang qr code untuk korang scan kat kastam. Lepas scan baru la korang akan lepas kastam check up. Semua x bersedia dan menggelupur masing2. Dalam lebih sejam sangkut kat dalam airport tu je. Memang nak pitam aku disebabkan ahli jemaah yang ramai ni.

Dari tiba dalam 11 pagi..lebih kurang 12.30 baru dapat keluar dari airport. Kami dijemput oleh pak supir n the gang kat airport naik bas dan teruskan perjalanan. Tempat pertama kami singgah adalah kedai henpon tepi jalan untuk para penumpang yang mana nak beli simcard. Aku macam biasa la..x beli pun simcard..cukup la sekadar menumpang je wifi kat hotel nanti. Aku xde nak update fesbuk atau instagram sepanjang perjalanan..Matlamat utama aku..enjoy the journey..kalau nak update apa2 tunggu sampai kat hotel..dan yang paling penting sebelum trip aku dah settle kerja-kerja aku mana yang terbengkalai so takde la bos nak watsep time perjalanan nanti.

Selesai bab simcard, kami seterusnya dibawa makan tengahari di satu restoran namanya Iga-iga Bakso Tamora. Makan sedap, agak mewah restoran dia..takde makanan pelik2 cuma nasik putih ngan lauk2 kampung tapi agak pelbagai la jugak macam ikan gurami, kangkung, telur dadar dan macam-macam lagi. Banyak lauk tapi portion tak cukup untuk family aku yang makan kuat nih. Takpe lah..asal boleh alas perut tunggu dinner malam kang cukup lah. Cut the story short, abis makan kami teruskan perjalanan. Destinasi tujuan adalah Berastagi, berbeza dari trip first aku dulu..kami ke Toba dulu tapi takpe la kan..asalkan sampai ke destinasi.




Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam..Dalam 2 jam dalam bas kami berhenti sebentar kat kedai jual durian. Dia bukan macam kedai sangat pun tapi lebih kepada pangkin menjual durian dengan toilet. Yang pentingnya ada toilet sebab dah 2 jam dalam bas tak berenti. Banyak jugak yang diorder oleh bapak aku..tapi nasibnya aku tak makan durian so aku lepak-lepak je kat tepi toilet sambil isap rokok. Sebabnya..tempat nih jual durian je..takde lak jual kopi ke teh botol ke atau air avokat ke so tak banyak benda yang aku boleh buat. Nak tak nak lepak-lepak je la. Tak begitu lama kami kat sini..ada la dalam setengah jam kami teruskan semula perjalanan. 

Kami sampai ke Berastagi terus kami dibawa ke pasar Buah..Pasar buah Berastagi ni memang tempat wajib lawati sebab takde apa lagi tempat yang nak dilawati. Kami turun je dari bas terus kami dikerumuni oleh geng-geng kuda yang menawarkan perkhidmatan menaiki kuda pusing-pusing kawasan persekitaran dengan bayaran ikut route dan jenis kuda yang nak dinaiki. Budak-budak masing-masing kena cekup ngan geng-geng kuda tadi sambil kami tunggu diorang settlekan route diorang. Yang ni kalo kena culik memang saja-saja je. Budak-budak 3-8 taun kena lepas camtu je ngan geng kuda ni. Pasar buah ni bukan je menjual buah-buah tapi banyaknya cam tempat-tempat lepak sambil pekena air tebu ngan kudapan macam takoyaki dan pisang goreng. 

Dalam sejam lebih kami lepak sana tapi yang pastinya sebijik buah pun kami tak beli. Tempat ni lebih kepada kanak-kanak nak berhibur dan makan-makan ringan. Kalo aku travel solo memang ianya aku tak pergi pun. Lama gak kami lepak kat Berastagi ni..dari kul 5 petang sampai dekat nak maghrib baru kami check in kat hotel. Yang menariknya masing-masing amik sorang 2 bijik lato-lato..So memang berdentingla dalam bas. 

Berastagi ni memang terkenal dengan cuacanya yang sejuk..Boleh kata cam Cameron Highland kalo kat Malaysia tapi lagi sejuk. Suhunya waktu malam dalam 15 degree tapi anginnya kuat tambahan pulak tak ramai sgt orang kalo banding kat Malaysia (kalau di .

Kami stay di Green View hotel, Berastagi. Hotel yang medium range tapi okla..kira selesa la jugak walaupun xde aircond. Ada swimming pool yang kami semua tak sempat nak mandi pun. Sejuk gile kat sini dan yang paling penting seberang jalan hotel nih ada Indomaret (ini yang paling penting..korang tau la budak2 malam2 memekak menjerit2 nak makan popmi) Memandangkan kami sampai dah nak malam, kami dibagi dalam 1 jam untuk check in dan berehat sebelum keluar semula untuk dinner. Sempat lah nak mandi, solat dan uruskan apa yang perlu diuruskan. Dalam kul 8 malam kami gerak pergi makan malam..menunya tuh lebih kurang gak ngan makan tengahari tadi..Nasik dengan lauk pauk, ikan gurami dan lain-lain lagi. Biasa-biasa je sebab menu lebih kurang sama macam siang tadi dan portion agak ngam-ngam je. Balik makan kami topup dulu kudap-kudapan dalam bilik dan seterusnya apa lagi..tidur la..ponek wo hari nih..



bersambung..

No comments:

Post a Comment