Monday, 18 November 2013

Family Trip to Saigon Part 3


Good morning, Vietnam!! 
Hari ke tiga masih lagi kami di Ho Chi Minh city dan hari ni hari terakhir utk berjalan-jalan sebab esok dah balik so esok aktivitas bebas.(maksudnya tu kemas-kemas beg nak balik)

So seperti biasa bangun awal pagi dan brekfes kat hotel je (hotel ni including brekfes). So dalam kul 8.00 pagi kami dah tercongok kat depan hotel tunggu abg tour kita. Nasib baik brader nih jenis on time punya org. So kul 8 pagi semua dah dok dalam van dan kami pon gerak ke destinasi lawatan sambil belajar hari ni, kg chu chi. Tujuan kami ke Chu Chi ni utk pegi tengok peninggalan perang dan terowong2 Vietnam yang femes ni.

Pengunjung2 yg datang. Kat belakang tuh kaunter tiket

Perjalanan ke Chu Chi ni pun mengambil masa mcm semalam jugak lebih kurang 2 jam jugak la. Cuma Chu Chi ni terletak dalam ladang getah lebih kurang. Sampai je kat sana kami terus jalan2 ke dalam tempat tuh. Mula-mula tengok video dulu macamana dan apa cer sebenarnya yang sampai ada terowong2 nih. Lokasi tengok video ni adalah dalam salah satu bunker yang ada ditinggalkan kat sini.

 Galeri senjata yang digunakan semasa perang.

 
 Terowong yang menghubungkan kaunter tiket dengan kawasan pameran aka kg.

 
 Tayangan gambar hitam putih dalam salah sebuah bekas bunker.

ok.segmen sejarah sekejap : Terowong Chu Chi nih dibina masa perang diantara Vietnam dengan US pada tahun 1968. (Tengs wiki) Jadi terowong ni digunakan oleh Viet Cong utk buat serang hendap pada tentera US selain dari tu utk elakkan diorang kena bom yang dijatuhkan oleh kapal terbang US. Selain dari terowong utk menyembunyikan diri ia juga digunakan untuk memasang perangkap bagi tentera US. Hanya tentera Viet Cong je yang familiar dengan selok belok mana jalan masuk, mana perangkap. Tersilap abis kaki tinggal satu.

 Salah sorang pelancong cuba salah satu terowong.

 Salah satu perangkap samar yg ada. (lokasi sebenar)

 
Kat Vietnam diorang panggil lubang terowong (kalo kat kg diorang panggil manhole)

 
 Peninggalan keter kebal US (yg baju merah tu bukannya makhluk keras vietnam ye)

 Ini bukan green kat padang golf tp antara lubang2 perangkap.

 Haaa...ni la yg ada dalam lubang perangkap td tu

 Ni adalah koleksi senjata yg digunakan dulu. (masih boleh digunakan dan kalo nak try boleh tapi diorang cas korang ikut senjata apa la...yg paling besar senapang helikopter yg ada dalam citer ramboo 2 dulu tuh.)

 Ubi kayu makanan ruji org vietnam zaman2 perang dulu. (mcm sama je ngan Malaysia)

 Antara peluru2 meriam dan bom2 dari kapal terbang yg berjaya dijumpai lepas perang.

Di sini apa yg diajar adalah semangat org2 vietcong untuk survive dalam perang dengan US. Macam2 jenis perangkap dan x lupa jugak senjata2 yang digunakan masa perang dulu. Selain dari tu makanan semasa zaman perang pun diorang bagi rasa yakni ubi kayu rebus cecah kacang. (kat kg aku x perang pun tp makan tiap2 petang gak) Terowong2 pun boleh dicuba tp cuma sebahagian kecil je la yg boleh diguna lagi. Sesapa yang ada phobia dengan gelap dan lorong yang sempit digalakkan tidak mencuba ye. Selain tu bangkai2 kereta kebal pun ada dipamerkan kat sini.Selain dari tgk tempat2 dan peninggalan perang korang juga dibenarkan untuk mencuba senjata2 yang masih boleh digunakan. Dari pistol,AK 47 sampai la ke mesin gun helikopter Nam Tour Of Duty. (Tp kena bayar la dan agak mahal gak bayaran dia.) Oleh kerana bajet terhad aku cuma mampu mencuba aiskrim konetto je.(made in thailand ada logo halal)

Lepas abis lawatan kami kembali ke Ho Chi Minh dan acara shopping bermula. Abis shopping abg tour guide mempelawa utk join tour rahsia. Dia cakap dapat booking untuk aktivitas malam tuh. So aktiviti malam tu adalah Vietnamese Water Puppet yang sangat terkenal di seantero dunia.(kat malaysia je yg x terkenal)Bagi aku puppet show nih memang superb cuma malangnya aku je x paham cerita nya. Kalau paham mitos2 dan lagenda2 Vietnam nih memang superb ah. Ada puppet dalam air menari2 sambil dialuni dendangan tradisional Vietnam. Yang ni a must!!

Pamplet nya.

Ni je gambo terbaik boleh amik sebab dalam tu gelap dan tempat duduk memang full. So kalau nak pegi kena book awal lah.

So lepas abis show kami dibawa makan dan terus balik hotel. Tidur dan esoknya dah xde aktiviti menarik dah. Amik flight pagi dan balik ke KL.

Sekian.

Friday, 8 November 2013

Family Trip to Saigon Part 2

Hari kedua bangun awal pagi bersiap-siap untuk aktiviti.Apa yg x syoknya bila amik pakej tour ni kita akan jadi malas utk buat research. Tanpa research pengetahuan tentang tempat2 yg nak dikunjungi pon kurang.

Pukul 8 pagi depan hotel ramai penjual barang2 dah menunggu.Macam2 ada tapi langsung x menarik perhatian aku. Naik van terus ke destinasi yang dituju iaitu Tour Delta mekong.

 
Ha...beli jgn x beli

Perjalanan ke tempat yg dituju iaitu My Tho mengambil masa lebih kurang sejam setengah hingga 2 jam ikut kelajuan driver drift. Lanskap di tepi highway yang kami lalui itu kebanyakannya sawah padi. Memang pekerjaan ruji orang2 Ho Chi Minh ni petani (kalau dari sudut pemandangan aku lah).

Sebenarnya kawasan yang kami lawati nih sebenarnya adalah pulau2 yang ada di tengah2 sungai Mekong tuh. Kalau x silap aku ada 4 semuanya (dah gugel dah) iaitu unicorn island (con thoi son), phoenix island (con phung), turtle island (con qui) dan dragon island (con tan long).
 Ni la lebih kurang bot yg dinaiki tu cuma lain company je

Sampai di sana (jeti) kami naik bot yg ada atap lebih kurang 20 minit sampai destinasi no. 1 iaitu ladang lebah. Sebenarnya tempat ni bukan nak tunjuk sangat mcmana proses amik madu ke tapi lebih pada bisnes jual produk seperti madu dan lain2 lagi.

 Kerepek pisang paling sedap di dunia (sebab free)

 Teh cina + Madu + limau nipis cecah ngan kerepek pisang...

Abis je minum teh bermadu kami naik balik bot dan perjalanan lebih kurang 5 minit kami sampai ke tempat membuat kuih tradisional Vietnam. Kuih ke cam biskut kelapa kat Malaysia jugak sebab aku pernah makan time kecik2 tp time tu xtau lak nak belek2 biskut tu made in My Tho ke Kuala Ketil.

 Camni la proses nak buat cekelat kelapa.jgn la ada org yg ptui dalam tuh

 Dengar le labun brader tuh makcik. 

Proses membalut cekelat
 Kalau aku x sampai separuh yg masuk dalam kotak tuh.

 
 Tgh jalan kaki pon boleh gak shopping.(Asik shopping je keje korang ye...haih)

Lepas shopping biskut kelapa kemudian dalam 10 minit berjalan kaki kami lepak makan buah-buahan tempatan pulak (asik makan je) sambil menyaksikan persembahan pancaragam/kugiran tempatan. Percaya ke tak lagu can mali can versi vietnam pun menjadi alunan dendangan diorang.(x dapat dipastikan sapa yg tiru sapa)

Tempat makan buah sambil menonton persembahan
 
 Can mali can ohoi

 
 buah buahan tempatan di asia tenggara

Lepas abis lepak makan buah-buahan kami meneruskan perjalanan dengan kaki ke lokasi seterusnya. Di lokasi kali ni kami dibawak menyusuri canal-canal kecik di sungai mekong dengan menaiki sampan. Sambil2 mendayung hampir semua pendayung sampan lain cuba mengepau kami. Mintak tips2 yg xtau sebab apa. 

 
Sampan2 menyusuri canal2 sungai mekong

 
 Alalala...ciannya budak kepanasan nih.

Lepas naik sampan kami pon makan makanan yang disediakan oleh restoran kat area situ jugak.
Lepas kenyang kami pun bertolak balik ke Ho Chi Minh city. Sebelum sampai town kami dibawak pegi shopping tudung dan brooch. Part ni kalo bawak kakak2 dan makcik2 memang paling best. Boleh melompat sambil sumensout berpusing diorang.

 
Datang beribu kilometer semata-mata nak makan teloq dadar je...puih
(Bersyukurlah dgn nikmat yg diberikan-mode insaf)
 
Abis shopping balik ke hotel utk rehat sebelum dinner sambil mengira baki utk shopping esok pulak.
Sekali lagi kami dioffer trip rahsia lagi dgn bayaran tambahan. Abg tour guide menelefon2 tp malangnya xde seat kosong. Malam pegi dinner pastu tido.

Bersambung lagi...

Thursday, 7 November 2013

Family Trip To Saigon


Aku merupakan seorang traveller yang malas...malas nak update blog, blog ni dah setahun x update sebab busy bagai nak rak...walhal dah 2-3 trip berjalan x tentu hala.

Pada bulan April 2013 yang lalu aku dan family buat satu trip ke Saigon atau nama terkininya iaitu Ho Chi Minh City. Trip yang diikut oleh 10 orang ni ambil pakej dari travel agency di KL. Bayaran untuk ground pakej termasuk jalan2,makan minum dan penginapan adalah lebih kurang RM900++ sekepala. Manakala tiket kapal terbang pulak macam biasa "Everyone Can Fly" harga dalam RM 400++ pergi balik.

Day 01 : Prolog

Flight dari LCCT KL ke Tan Son Nhat Airport , Ho Chi Minh City mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiba di airport disambut girang oleh pegawai imigresyen berwajah tanpa perasaan. Lepas cop sini sana disambut oleh tour guide kami, mr ah ai forgot his name.

Selamat Datang ke Ho Chi Minh City

Begini la keadaan imigresen Tan Son Nhat airport. Macam opis gomen Malaysia kan?

Selepas tu kami pun naik van menuju ke pusat bandar Ho Chi Minh. Sebelum sampai di hotel tourist guide tu singgah ke satu kedai kopi betul2 di tengah bandar Ho Chi Minh ni. Untuk pengetahuan semua kopi vietnam ni adalah salah satu must try kalau melancong di sini.(aku minum jus tembikai) Org cakap lah must try. Abis tea break (yg nih x masuk dalam pakej ya) terus tour guide bawak ke hotel kami. Hotel yang kami duduk ni lebih kurang macam budget hotel kat Malaysia tp xpe lah asalkan ada tempat utk berteduh dari panas dan hujan pun dah bersyukur.Amin.


Ini pandangan depan hotel penginapan yang terletak berhampiran Ben Thanh market. (belakang hotel)



Dah tertengok gambar ni kena jawap waalaikumsalam

Pandangan Ben Thanh Market pada waktu malam (Pasar Malam)

Sebelum sampai ke hotel abg tour guide kita bertanyakan samada nak join satu tour rahsia (maksudnya xde dalam pakej la tuh) atau tak. So memandangkan malam masih muda dan semangat kesatriaan pejuang2 Vietnam membara dalam diri, maka kami pon join la trip yg dicadangkan tu iaitu Saigon River Cruise.

Pemandangan masuk ke kapal

 Ini la lebih kurang pemandangan kapal yang kami naiki.

Persembahan tradisional masyarakat Vietnam


Ini bukanlah tiger show tapi fire show.Awek ni main rings of fire (bunyi cam ganas) kat atas kapal ni. 

Bagi aku la (personal opinion), memang aku rejek abis-abisan aktiviti nih. Xde pekdahnya pon. Just naik kapal pastu dok tgk persembahan sambil minum (bayar sendiri ye), makanan pon dijamin x halal...eh, tidak dijamin halal dan gadis menari fire dancing.  Tgk awek vietnam menari dengan gelung api sambil berpakaian seksi, buat abis pahala puasa je. Ah..maksiat semua nih!!!(mode insaf) Abis je aktiviti tu kami pon balik ke hotel dan berehat sambil melelapkan mata.

Konklusi
Untuk hari pertama ni memang x banyak aktiviti yang dapat dibuat di Ho Chi Minh city ni memandangkan kami tiba tengahari dan juga tempat2 menarik seperti yang dinyatakan dalam pakej tuh semuanya berjauhan dari tempat penginapan. Jadi banyak rehat dan makan saja.

Sambung esok lah. (maksudnya next post la tp xpasti bila aku rajin balik)

Wednesday, 6 November 2013

Item dan peralatan penting utk trip gunung kinabalu

Hah...bersama2 ini disertakan peralatan or item2 penting yg difikirkan seswai utk dibawa dalam trip mendaki gunung kinabalu.

1. Pakaian yang sesuai.
Pakaian kalau boleh hendaklah ringan,tahan lasak(takut terburai lak kat tgh jalan time2 melompat,panjat tangga dan lain2 lg). Tak perlulah nak pakai sweater bagai time start hiking sbb lepas tu mesti bukak sbb badan jd panas dan berpeluh2.

2. Sweater / jaket
Yg ni perlu time dari laban rata ke puncak. Masa dok kat laban rata pon diperlukan sbb sejuk giler boleh mencapai 5 degree celcius. Jgn lupa lak kena water proof ye.

3. Kasut yg sesuai
Ini penting. Utk keselesaan kaki masa mendaki, cengkaman masa panjat batu dan masa turun. Item ni kena ngam2 sbb ketat or longgar sgt nnti sebabkan kaki korang melecet. (Ekspirien aku memang sadis, 1st trip pakai but futsal, memang abis kaki.2nd time pakai trekking shoe yg tapak dah haus, sgt bahaya bila panjat batu pakai tali, nyaris2 slip..bahaya sungguh)

4. Beg
Beg ni utk bawak peralatan2 la. Kalo boleh jgn terlalu besar or berat. Paling sesuai beg trekking yg ada xtra support supaya x berapa berat blakang badan nak tanggung. Paling sempoi yg ada cover skali. Takut2 basah masa hujan kan ke naya.

5. Snow cap
Yg ni utk bg nampak gambar kat puncak lebih menarik tertarik kau memang dabom. Ah..gurau pon x boleh..yg ni utk tambahkan heat pada kepala.kalo nak kacak lg snowcap yg boleh tutup sampai telinga.

6. Baju hujan
Baju hujan ni penting bila of coz la time hujan. Kalo nak kacak dan nampak cun beli baju hujan yg mahal sket. Kalo x bawak jenis poncho je lg senang sbb dia pack dalam pack kecik. Senang dan ringan dibawa. Lupa nak kasitau pakaian yg dipakai masa nak naik laban rata paling cun mestila jenis cepat kering. 1st trip aku x bawak baju hujan, beg xde cover, pakai jeans naik laban rata, abis satu beg basah plus tdo dalam keadaan basah.

7. Head lamp
Item ni diperlukan masa nak mula mendaki ke puncak kul 2 pg tuh. Torch lite x brapa releven sbb tangan diperlukan masa nak panjat tali.

8. Sarung tangan
Agak penting sbb utk nak panjat tali dan elakkan kesejukkan. Kalo boleh bawakla yg kalis air or bawak spare sbb time panjat tali tu memang sejuk takut krem lak jari jemari yg mulus tuh. Keselamatan amatlah penting.

9. Tongkat
Tongkat ali boleh jugak nak bawak tp yg paling ok tongkat yg boleh ejas2 tu. 1st trip aku dulu x bawak tongkat so masa nak turun tuh dah merangkak bak golum dah. Ini utk kurangkan impak pada lutut dan kaki. Kalo boleh bawak 2.

10. Makanan tambahan / coklat / ubat
Coklat or makanan tambahan ok utk bawak tp masa nak panjat laban rata tu memang dah di bg lunch pack utk korang. Just takut x cukup je. Ubat pening, minyak kuda dan lain2 tu kira sgt2 diperlukan lah bagi sesiapa yg memerlukan.


11. Lain-lain
Lain-lain nih  macam lip balm (utk bagi bibir kering gambar pon nampak cun...eh..utk melembabkan bibir..kang merekah dah macam x cantik/hensem je...), stokin (bawak la dua pasang...kang abis bau kaki satu puncak lak), dan lain-lain.(dapur gas peti ais tinggal kat rumah ya.)

Kelengkapan dah komplete so dah boleh dah tu. (Bosan kan pos xde gambo ni)

Kembara Di Negeri Atas Angin - Episod 2



Amacam? Sengsara x nak sampai ke laban rata? Padan muke korang, xde beban batu digalas. Takpe.Kalau semalam dah sengsara tunggu trip dari laban rata ke puncak pulak. 

Ekceli dari laban rata ke puncak treknya x lah jauh mana hanyalah 2.7km. 2.7km je? Eww... utk ke puncak korang kena bangun lebih kurang jam 1 pg sebab pukul 2 pg korang kena amik supper dan terus mendaki ke puncak. Trek kali ni agak berbeza sket dari semalam. Trek tangga kayu lebih kurang dalam 700 meter halangan pertama. Yang paling mencabar adalah kepenatan semalam, kesejukan dinihari dan kekurangan oksigen. Jadi bila korang sampai Laban Rata tu terus rest dan kalo boleh tido, tido lah sebab nak recover utk trip ke puncak.

  
Laluan ke puncak. Gambar ni diambil time nak turun.
 
 
 Lagi 500 meter ke Low's Peak (Gambar diambil masa nak turun)

Ok, sambung balik. Lepas dari itu cabaran utama sepanjang perjalanan bermula. Maka bermulalah pendakian batuan dengan menggunakan tali. Di sini kekuatan tangan dan kaki diperlukan. Ramai yg tewas dgn halangan ni sbb x didedahkan dengan situasi ni terlebih dahulu. Dengan gunung batu yg berkecuraman lebih kurang 45 ke 60 darjah ditambah cuaca yg boleh mencapai 2 hingga 5 darjah celcius ditambah pulak kena mendaki dalam kegelapan pagi, kekuatan fizikal ngan mental sgt2 ditagih. 


Sayat-sayat Hut 
 

Cuma perlu diingatkan once dah naik there is no turning back sebab que memang panjang utk naik ni. Dalam 1 km dari laban rata sampai la ke last checkpoint iaitu sayat sayat hut. Masa last time aku naik diorang dah start implement time utk sampai ke checkpoint ni. Kalau terlewat sampai sini maybe diorang x bagi korang naik lg ke puncak. Jarak dari sayat2 ke puncak lebih kurang 1.7km lg. Lepas sayat2 trek dah x berapa mencabar cuma perlu kekalkan pace utk sampai ke puncak ikut time yang dibagi. Kalau ikutkan xperlu terlampau laju utk ke puncak sbb kalo sampai awal sangat pun x brapa guna gak.
Sunrise @ gunung Kinabalu. Amacam? Priceless kan?


 Ni lah tali dan gunung yg aku dok mention tuh. Seram x?

Sunrise yg ditunggu2 muncul lebih kurang 5.30pg. Bila sampai ke puncak ni barulah korang rasa segala kesengsaran yg kau hadapi tuh berbaloi2. Priceless. Elok lepas sunrise dan berposing depan camera baik la mulakan perjalanan turun sbb puncak kinabalu akan jadi terik berbahang sbb matahari lebih dekat walaupun cuaca still sejuk. Masa turun nnti barulah korang tau trek2 yg dilalui masa nak naik td. Ha...xpercaya bukan?


Ni tersilap pos gambo...Carson Waterfall. Lebih kurang 200 meter dari Timpohon Gate. Kalo nampak waterfall ni kira dah dekat la tuh nak sampai Timpohon balik.


Turun dari puncak terus ke laban rata utk breakfast, kemas2 barang dan turun. Kalau rasa nak naik sengsara sebenarnya turun lg sengsara lg. Take your time sbb dah xde apa lagi yg nak dikejarkan kecuali lunch kat balsam cafe (kinabalu park). Harap abg2 dan kakak2 berhati2 jgn sampai injured kaki, lutut dan ankle bila turun nnti. Selamat mencuba dan good luck.
Hah...silap pos gambo...lagi...Ni la view pintu gerbang timpohon. Halang terawal dan terakhir utk trip ni. (Ekceli halangan terakhir korang adalah tangga cafe Balsam tp x dikira sebab korang dah komplete kan trip nih...chayok2)


Konklusi

Bagi sesapa yg berniat utk mendaki gunung kinabalu baiklah bersiap siaga dari segi mental dan fizikal. training adalah perlu kecuali korang dilahirkan sebagai sepupu sepapat superman atau pernah digigit labah2 spiderman. Jaga kelakuan di sepanjang perjalanan dan jgn bongkak dan takbur kerna hanya Dia Yang Maha Esa. (mode insaf)

 Selain dari itu terdapat item2 atau peralatan yang perlu dibawa bersama bagi memudahkan pendakian. Namun begitu travel secara light adalah digalakkan bagi meringankan lg beban yg akan digalas nnti. Salah satu yg perlu diambil perhatian adalah simptom AMS atau mabuk gunung atau altitude sickness. Yang ini memang kita tak tau sehinggalah kita cuba sendiri mendaki ke sana. Apa yg penting adalah preparation yg super tight check semua peralatan yg perlu dibawa dan berada dlm keadaan yg baik. Selamat maju jaya dan majulah sukan utk negara.

Kembara Di Negeri Atas Angin - Episod 1



Trip Mendaki Gunung Kinabalu

Ekceli dah 2 kali aku naik Gunung Kinabalu ni.Kali pertama ialah pada tahun 2012 dan kali kedua taun ni lah. Kali first aku naik kami dalam 20 org lebih yg ramai aku x kenal dan hampir separuh x sampai puncak.(aku mesti la x sampai gak) Ini disebabkan hujan ala2 ribut tropika yg x berenti selama 3 hari 3 malam (alasan mesti nampak kukuh). Tahun ni pegi repeat balik dengan trek Timpohon.


Ni view dari Pine Resort
 
 View Kinabalu dari jalan besar

  Trek Timpohon ni jaraknya lebih kurang 6km utk sampai ke Laban Rata dan 8.7km utk sampai Low'S Peak (Puncak utk dapat sijil kaler2). First time panjat dulu aku langsung x training apa sbb ikut cerita org yg penah naik, kacang2 je nak sampai. Ternyata itu adalah penipuan antara yg paling hebat. Kalo ada org cerita camtuh ko lempang je dia se das.



Utk daki gunung kinabalu, trip yg biasa org buat adalah 3 hari 2 malam. 1 hari di kinabalu park, 1 hari mendaki ke Laban Rata dan 1 hari lagi utk mendaki puncak dan terus turun. Trek timpohon ni mostly terdiri dari tangga2 kayu dan tanah sejauh 4km dan batu2 start km 4 (layang2 hut) sampai la ke Laban Rata. Ekceli trek Timpohon ni kacang je (jgn lempang dulu, biar aku terangkan) sebab dah ada proper way x payah kita nak panjat apa2 dan treknya agak bersih. Cuma korang punya fitness je yg mencorak trip tu senang atau x.



   Lepas je check point Layang2 Hut.

Kenapa fitness? Pakej yg korang ambik ni dah include all in, makan minum penginapan semua dah di include dalam pakej cuma perlu panjat je. Tak payah nak bawak khemah or meggi berbondong2 naik ke atas dah. Makanan tambahan pisang vitamin C minyak lintah tu semua bawak sendiri lah. Jangan risau sangat kalo nak terkucil sebab setiap checkpoint pun ada toilet ngan bekalan air utk minum.(kalo korang sanggup la.first trip aku minum air tu cherry berry gak seminggu) 


Estimate time bagi org biasa2 amik masa dalam 4-8 jam bergantung pada berapa pace dan time korang rehat kat setiap checkpoint. Tp ada guide citer dia pernah bawak org sampai Laban Rata dekat2 kul 12 malam. Jadi pikir2kan lah pace yang sesuai utk korang tiba dengan selesa. Kalau dah x larat tuh kira push la sikit sebab sampai awal korang boleh rehat2kan badan dan minda.


Dua-dua gambar atas bawah ni keadaan  lepas dari km 5.5. Member aku gelarkan tempat ni tangga batu x habis-habis. Aku pulak gelarkan The pass of cirith ungol. Amacam, seram x nama tuh.
 


 Lebih kurang kul 430 ptg di Laban Rata start dinner sampai kul 6.30 ptg. Kalo lebih time tu jgn risau sebab diorang akan tapaukan utk korang. Yg penting every meal kena amik sebab takut xde tenaga nak mendaki. Jgn la nak bawak shampoo ke sabun mandi ke apa sbb aku rasa memang jarang2 org mandi. Sejuk bangat deh. Sampai je Laban Rata kita checkpoint first korang dah tercapai. (Dapatla sijil xde kaler)

 So selamat mendaki. Perjalanan ke puncak akan disambung di episod akan datang. Stay tune...