Wednesday 6 November 2013

Kembara Di Negeri Atas Angin - Episod 2



Amacam? Sengsara x nak sampai ke laban rata? Padan muke korang, xde beban batu digalas. Takpe.Kalau semalam dah sengsara tunggu trip dari laban rata ke puncak pulak. 

Ekceli dari laban rata ke puncak treknya x lah jauh mana hanyalah 2.7km. 2.7km je? Eww... utk ke puncak korang kena bangun lebih kurang jam 1 pg sebab pukul 2 pg korang kena amik supper dan terus mendaki ke puncak. Trek kali ni agak berbeza sket dari semalam. Trek tangga kayu lebih kurang dalam 700 meter halangan pertama. Yang paling mencabar adalah kepenatan semalam, kesejukan dinihari dan kekurangan oksigen. Jadi bila korang sampai Laban Rata tu terus rest dan kalo boleh tido, tido lah sebab nak recover utk trip ke puncak.

  
Laluan ke puncak. Gambar ni diambil time nak turun.
 
 
 Lagi 500 meter ke Low's Peak (Gambar diambil masa nak turun)

Ok, sambung balik. Lepas dari itu cabaran utama sepanjang perjalanan bermula. Maka bermulalah pendakian batuan dengan menggunakan tali. Di sini kekuatan tangan dan kaki diperlukan. Ramai yg tewas dgn halangan ni sbb x didedahkan dengan situasi ni terlebih dahulu. Dengan gunung batu yg berkecuraman lebih kurang 45 ke 60 darjah ditambah cuaca yg boleh mencapai 2 hingga 5 darjah celcius ditambah pulak kena mendaki dalam kegelapan pagi, kekuatan fizikal ngan mental sgt2 ditagih. 


Sayat-sayat Hut 
 

Cuma perlu diingatkan once dah naik there is no turning back sebab que memang panjang utk naik ni. Dalam 1 km dari laban rata sampai la ke last checkpoint iaitu sayat sayat hut. Masa last time aku naik diorang dah start implement time utk sampai ke checkpoint ni. Kalau terlewat sampai sini maybe diorang x bagi korang naik lg ke puncak. Jarak dari sayat2 ke puncak lebih kurang 1.7km lg. Lepas sayat2 trek dah x berapa mencabar cuma perlu kekalkan pace utk sampai ke puncak ikut time yang dibagi. Kalau ikutkan xperlu terlampau laju utk ke puncak sbb kalo sampai awal sangat pun x brapa guna gak.
Sunrise @ gunung Kinabalu. Amacam? Priceless kan?


 Ni lah tali dan gunung yg aku dok mention tuh. Seram x?

Sunrise yg ditunggu2 muncul lebih kurang 5.30pg. Bila sampai ke puncak ni barulah korang rasa segala kesengsaran yg kau hadapi tuh berbaloi2. Priceless. Elok lepas sunrise dan berposing depan camera baik la mulakan perjalanan turun sbb puncak kinabalu akan jadi terik berbahang sbb matahari lebih dekat walaupun cuaca still sejuk. Masa turun nnti barulah korang tau trek2 yg dilalui masa nak naik td. Ha...xpercaya bukan?


Ni tersilap pos gambo...Carson Waterfall. Lebih kurang 200 meter dari Timpohon Gate. Kalo nampak waterfall ni kira dah dekat la tuh nak sampai Timpohon balik.


Turun dari puncak terus ke laban rata utk breakfast, kemas2 barang dan turun. Kalau rasa nak naik sengsara sebenarnya turun lg sengsara lg. Take your time sbb dah xde apa lagi yg nak dikejarkan kecuali lunch kat balsam cafe (kinabalu park). Harap abg2 dan kakak2 berhati2 jgn sampai injured kaki, lutut dan ankle bila turun nnti. Selamat mencuba dan good luck.
Hah...silap pos gambo...lagi...Ni la view pintu gerbang timpohon. Halang terawal dan terakhir utk trip ni. (Ekceli halangan terakhir korang adalah tangga cafe Balsam tp x dikira sebab korang dah komplete kan trip nih...chayok2)


Konklusi

Bagi sesapa yg berniat utk mendaki gunung kinabalu baiklah bersiap siaga dari segi mental dan fizikal. training adalah perlu kecuali korang dilahirkan sebagai sepupu sepapat superman atau pernah digigit labah2 spiderman. Jaga kelakuan di sepanjang perjalanan dan jgn bongkak dan takbur kerna hanya Dia Yang Maha Esa. (mode insaf)

 Selain dari itu terdapat item2 atau peralatan yang perlu dibawa bersama bagi memudahkan pendakian. Namun begitu travel secara light adalah digalakkan bagi meringankan lg beban yg akan digalas nnti. Salah satu yg perlu diambil perhatian adalah simptom AMS atau mabuk gunung atau altitude sickness. Yang ini memang kita tak tau sehinggalah kita cuba sendiri mendaki ke sana. Apa yg penting adalah preparation yg super tight check semua peralatan yg perlu dibawa dan berada dlm keadaan yg baik. Selamat maju jaya dan majulah sukan utk negara.

No comments:

Post a Comment