Monday 18 November 2013

Family Trip to Saigon Part 3


Good morning, Vietnam!! 
Hari ke tiga masih lagi kami di Ho Chi Minh city dan hari ni hari terakhir utk berjalan-jalan sebab esok dah balik so esok aktivitas bebas.(maksudnya tu kemas-kemas beg nak balik)

So seperti biasa bangun awal pagi dan brekfes kat hotel je (hotel ni including brekfes). So dalam kul 8.00 pagi kami dah tercongok kat depan hotel tunggu abg tour kita. Nasib baik brader nih jenis on time punya org. So kul 8 pagi semua dah dok dalam van dan kami pon gerak ke destinasi lawatan sambil belajar hari ni, kg chu chi. Tujuan kami ke Chu Chi ni utk pegi tengok peninggalan perang dan terowong2 Vietnam yang femes ni.

Pengunjung2 yg datang. Kat belakang tuh kaunter tiket

Perjalanan ke Chu Chi ni pun mengambil masa mcm semalam jugak lebih kurang 2 jam jugak la. Cuma Chu Chi ni terletak dalam ladang getah lebih kurang. Sampai je kat sana kami terus jalan2 ke dalam tempat tuh. Mula-mula tengok video dulu macamana dan apa cer sebenarnya yang sampai ada terowong2 nih. Lokasi tengok video ni adalah dalam salah satu bunker yang ada ditinggalkan kat sini.

 Galeri senjata yang digunakan semasa perang.

 
 Terowong yang menghubungkan kaunter tiket dengan kawasan pameran aka kg.

 
 Tayangan gambar hitam putih dalam salah sebuah bekas bunker.

ok.segmen sejarah sekejap : Terowong Chu Chi nih dibina masa perang diantara Vietnam dengan US pada tahun 1968. (Tengs wiki) Jadi terowong ni digunakan oleh Viet Cong utk buat serang hendap pada tentera US selain dari tu utk elakkan diorang kena bom yang dijatuhkan oleh kapal terbang US. Selain dari terowong utk menyembunyikan diri ia juga digunakan untuk memasang perangkap bagi tentera US. Hanya tentera Viet Cong je yang familiar dengan selok belok mana jalan masuk, mana perangkap. Tersilap abis kaki tinggal satu.

 Salah sorang pelancong cuba salah satu terowong.

 Salah satu perangkap samar yg ada. (lokasi sebenar)

 
Kat Vietnam diorang panggil lubang terowong (kalo kat kg diorang panggil manhole)

 
 Peninggalan keter kebal US (yg baju merah tu bukannya makhluk keras vietnam ye)

 Ini bukan green kat padang golf tp antara lubang2 perangkap.

 Haaa...ni la yg ada dalam lubang perangkap td tu

 Ni adalah koleksi senjata yg digunakan dulu. (masih boleh digunakan dan kalo nak try boleh tapi diorang cas korang ikut senjata apa la...yg paling besar senapang helikopter yg ada dalam citer ramboo 2 dulu tuh.)

 Ubi kayu makanan ruji org vietnam zaman2 perang dulu. (mcm sama je ngan Malaysia)

 Antara peluru2 meriam dan bom2 dari kapal terbang yg berjaya dijumpai lepas perang.

Di sini apa yg diajar adalah semangat org2 vietcong untuk survive dalam perang dengan US. Macam2 jenis perangkap dan x lupa jugak senjata2 yang digunakan masa perang dulu. Selain dari tu makanan semasa zaman perang pun diorang bagi rasa yakni ubi kayu rebus cecah kacang. (kat kg aku x perang pun tp makan tiap2 petang gak) Terowong2 pun boleh dicuba tp cuma sebahagian kecil je la yg boleh diguna lagi. Sesapa yang ada phobia dengan gelap dan lorong yang sempit digalakkan tidak mencuba ye. Selain tu bangkai2 kereta kebal pun ada dipamerkan kat sini.Selain dari tgk tempat2 dan peninggalan perang korang juga dibenarkan untuk mencuba senjata2 yang masih boleh digunakan. Dari pistol,AK 47 sampai la ke mesin gun helikopter Nam Tour Of Duty. (Tp kena bayar la dan agak mahal gak bayaran dia.) Oleh kerana bajet terhad aku cuma mampu mencuba aiskrim konetto je.(made in thailand ada logo halal)

Lepas abis lawatan kami kembali ke Ho Chi Minh dan acara shopping bermula. Abis shopping abg tour guide mempelawa utk join tour rahsia. Dia cakap dapat booking untuk aktivitas malam tuh. So aktiviti malam tu adalah Vietnamese Water Puppet yang sangat terkenal di seantero dunia.(kat malaysia je yg x terkenal)Bagi aku puppet show nih memang superb cuma malangnya aku je x paham cerita nya. Kalau paham mitos2 dan lagenda2 Vietnam nih memang superb ah. Ada puppet dalam air menari2 sambil dialuni dendangan tradisional Vietnam. Yang ni a must!!

Pamplet nya.

Ni je gambo terbaik boleh amik sebab dalam tu gelap dan tempat duduk memang full. So kalau nak pegi kena book awal lah.

So lepas abis show kami dibawa makan dan terus balik hotel. Tidur dan esoknya dah xde aktiviti menarik dah. Amik flight pagi dan balik ke KL.

Sekian.

No comments:

Post a Comment