Friday 8 November 2019

Hong Kong Part 1

Hong Kong...Sapa yang tak mahu ke Hong Kong..Satu permata yang terletak di tengah asia yang dari kecik lagi aku teringat pertarungan Harimau Kumbang dengan Waja Timur di atas salah satu bangunan kebanggaan warga Hong Kong. Risik merisik dapatlah aku sekeping tiket pergi balik ke Hong Kong tapi harganya taklah murah sangat, cuma murah dari apa yang biasa aku riki-riki. Boleh lah. Kali nih memang aku pilih flight dalam penghujung winter so sebab tuh mahal sket tambang dia. Aku pilih waktu nih sebab untuk memudahkan perjalanan, yelah..tak panas dan tak sejuk sangat; so boleh berjalan kaki lebih sikit tanpa peluh melekit di celah ketiak. Perjalanan dari KLIA 2 ke Hong Kong International airport mengambil masa dalam 4 jam dengan direct flight dan flight dijangka tiba waktu petang.



Memang jarang-jarang giler aku dapat seat tingkap. Selalu memang duduk seat tengah. Ntah nape baik sangat Airasia kat aku kali nih..

Flight AirAsia tiba agak lewat dan urusan immigration yang sangat berat (ramai orang) menyebabkan aku keluar dah hampir senja dari airport. Lama jugak masa diambil kat imigresen sebab beratur panjang dan juga terdapat beberapa pompuan omputeh bangang yang potong barisan. Menyirap betul aku, nasib baik sebelum flight tak minum sirap kalau tak bertambah panas hati. Sebelum keluar dari airport ada beberapa benda yang perlu aku dapatkan di sini. No 1 adalah octopus card dan no 2 adalah sim card yang telah aku book dari Klook. Sebelum berangkat ke Hong Kong, aku dah riki beberapa cara bagi dapatkan perjalanan dan deal-deal yang paling berpatutan semasa di Hong Kong dan aku dapati Klook menawarkan harga yang terbaik tanpa sebarang fuss (free advert tanpa sebarang sponsor dari Klook).



Sudah tiba di Hong Kong...Welcome to the land of Jackie Chan n Bruce Lee

Untuk dapatkan sim card aku pergi ke kaunter A13 (bergantung pada telco provider korang yer) yang memang terdapat di terminal 1 (international). Cara untuk redeem mudah je iaitu tunjukkan QR code dan lepas di scan oleh staff sana, korang boleh terus amik sim card korang. Yang lack service diorang nih adalah diorang tak tolong tukarkan sim pada henpon korang. (yang ini mendatangkan masalah pada aku nanti)

Settle amik sim card aku kena pergi amik aku punya octopus card yang pun aku beli melalui Klook di sebuah kaunter on the way menuju ke bas stand di luar airport. Octopus card nih macam touch n go kalau kat Malaysia cuma penggunaan dia lebih meluas selain dari bayar tol (kat Malaysia).




Dalam bas menuju ke Tsim Sha Tsui

Aku terus dapatkan bas ke bandar memandangkan ianya adalah salah satu cara paling mudah dan murah berbanding naik teksi dan train tapi perjalanannya agak mengambil masa sikit dari kedua-dua public transport tersebut. Grab atau Uber aku tak berapa pasti sebab aku dah target nak naik bas so aku abaikan option-option lain tersebut. Perjalanan dari airport ke Tsim Sha Tsui (lokasi hotel aku) mengambil masa dalam 45minit ke 1 jam..(aku tak amik pot sangat masa tuh) Kalau korang nak ke Tsim Sha Tsui, apa yang perlu korang buat adalah carik bas nombor A21, naik bas - swap octopus card korang - nikmati perjalanan dan berhenti di stop no 14 - Middle Road - Nathan Road. 



Gantungan tanglung di The Peninsula Hotel.

Aku menginap di salah satu hotel di Chungkin Mansion. Haaa..tempat nih agak femes la bagi sesiapa yang pernah datang ke Hong Kong secara backpack. Aku memang memilih hotel yang basic sahaja sebab ianya hanya digunakan untuk tidur dan mandi sahaja. So seperti biasa aku book hotel secara online sahaja. Setelah buat perbandingan rate, aku pilih Booking.com (sekali sekala tukar angin..sebenarnya booking lagi murah) untuk hotel aku di Hong Kong. Di sini berlakunya drama yang takde la se heavy drama Hong Kong tapi lebih sikit dari drama tv3 waktu maghrib.



Keadaan trafik dan pejalan kaki waktu malam hari di Kowloon.

Aku tiba di hotel yang aku book, bangla yang jaga hotel tuh (kena ketuk rumah sebelah dulu) cakap yang bilik aku not available. Rupanya diorang dah let go bilik aku ke orang lain. Mamat tuh kemudiannya telefon kawan dia, lepas tu mintak bayaran dari aku dan suruh aku turun ke ground floor dan berjumpa kawan dia (yang dia call tadi) yang sedang menunggu di bawah. Melilau mata aku mencari kawan bangla tadi dan akhirnya ada sorang awek (baca :makcik) filipino menegur aku dan arahkan aku ikut dia. Pinay tu kemudiannya menunjukkan bilik aku yang baru (nasib la ada bilik..ceritanya panjang lagi tapi aku malas tulis kat sini...nanti panjang sangat pulak) meskipun lain dari apa yang aku book. Dalam internet aku book untuk double room @ queen bed tapi yang aku dapat adalah single bed dengan bilik yang ngam-ngam katil dan nasib baik ada attached toilet. Yang tambah menarik lagi apabila pinay tuh mintak payment kat aku walaupun aku dah bagi kat abangla tadi. Nasiblah kawan-kawan. Apa yang positif yang boleh aku amik kat sini adalah dapat la aku merasa coffin room / cubicle macam yang viral dalam FB cuma nantilah aku pikirkan camner nak solat dalam bilik sekecik nih nanti.



Pemandangan Hong Kong pada waktu malam.

Malam ni takde sebarang perancangan bagi aku, just free and easy sahaja. Jadi bagi menghabiskan masa waktu malam yang masih muda, aku keluar lepak menuju ke waterfront bagi menyaksikan pertunjukan lampu di seberang laut sana. Light show secara percuma boleh dinikmati dari jam 8 malam (waktu Hong Kong) dan akan berlangsung selama 10 minit. Kebetulan aku tiba di waterfront (ramai yang panggil tempat nih Arena of Stars tapi sebenarnya tempat nih namanya Kowloon Publick Pier) tuh lewat sikit dan light show tuh dah pun habis. Aku lepak kejap kat waterfront tuh, kebetulan ada show entah apa tah tapi tak dapat nak participate sebab manusia terlampau ramai.



Suasana di waterfront full dengan manusia kebetulan ada acara kebudayaan.


Memandangkan aku belum lagi tukar sim card aku sebabkan mamat kedai henpon kat airport tuh tak mau tukarkan sim card aku tadi, maka dari nak free and easy bertukar kepada misi (takde la misi sangat pun). So nak tak nak terpaksa aku ke kedai henpon kat depan hotel aku untuk mencari pin sebab nak tukar simcard. Akhirnya dapat jugak aku pin tersebut dengan harga lebih kurang RM 16 (bagi 1 unit pin sim card eject). Ya..cara yang baik untuk kena pau, pin yang diambil dari dalam plastik dan cabut dari getah ikat rambut dan jual RM16. Kalau di kedai Eco kat Malaysia, siap dapat kotak lagi dengan sim converter dengan harga RM2.10.





Pemandangan di Nathan Road pada waktu malam.


Setelah settle urusan pin sim card, aku bercadang untuk balik ke hotel sebab nak carik makanan untuk malam ini. Tak boleh lewat sangat sebab takut kedai-kedai menjual makan di ground floor Chungkin Mansion tu tutup. Jenuh aku mencari-cari kedai makan, bukannya makanan halal (banyak makanan halal kat sini) tapi yang mana harga yang agak berpatutan. So dalam pening-pening nak pilih menu mana yang berkenan di hati akhirnya aku beli jugaklah satu nasik briyani ayam untuk makan malam aku hari ini. Makan malam aku walaupun mahal tapi agak mengecewakan sebab yang kedai tu bagi adalah nasi briyani dengan satu sosej yang dipotong 3 bahagian dengan kobis, carrot dan timun yang banyak menghiasi bahagian atas nasi tersebut. Takpe lah...esok aku ronda lagi carik menu yang lain pulak. Usai makan, tanpa banyak bicara aku terus melabuhkan diri untuk tidur. Esok banyak tempat lagi nak jelajah...



1st dinner di Hong Kong..Nasik Briyani ayam tapi lauk sayur..dan mayonis sikit...

Bersambung...