Thursday 20 March 2014

Tersungkur di Padas

White water rafting di Padas ni adalah menjadi salah satu benda yg mesti dicuba kalau ke Sabah selain dari kundasang dan Tuanku Abd Rahman Park. Kalau x silap aku sungai Padas ni mempunyai salah satu rapid yg paling mencabar kat Malaysia dan di Asia Tenggara. Untuk join trip Padas ni kena book melalui travel. Harga trip lebih kurang Rm 190++ termasuk pengangkutan dari Kk (naik tour bus or van) ,tambang tren dari Beaufort ke Padas, rafting equipments, lunch dan perjalanan balik ke Kota Kinabalu. Antara travel operator yg paling femes adalah Riverbug. (bukan promosi sbb aku xdpt apa2 pon bila share. Cuma org cakap sharing is caring) Ada jugak try lain2 operator tp servisnya agak kureng. (Tapi lebih murah...so pilih lah)




Coach yang merah tuh ada tempat duduk manakala yang hijau tuh xde.


Kepala keretapi


Perjalanan dari KK biasanya awal pagi dalam jam 5 lebih menaiki bas utk kejar tren pagi dari Beaufort. Kalau x silap aku tren tu jalan dalam kul 8 pagi. Perjalanan dari KK ke Beaufort amik masa dalam sejam setengah. Sampai je Beaufort biasanya tren dah sedia menanti. So naik je tren tuh kalau dpt tempat duduk kira nasib lah. Kalau x dapat berdiri or duduk je kat lantai. Ada 2 coach yg ada kerusi manakala 2 or 3 coach lagi xde kerusi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah or 2 jam termasuk tukar tren bila tiba di Pangi dan meneruskan perjalanan ke stesen Rayoh. Sampai je di opis operator satu talk ringkas pasal ciri2 keselamatan dan panduan semasa rafting akan diberikan dan barulah selepas itu boleh mengharungi ombak2 besar dalam rapid yang ada. Kalau x silap aku kesemua rapid ni dalam jarak 10km dan ambil masa sejam atau lebih bergantung kepada kelajuan air dan kesungguhan korang mendayung. (xpayah la dayung laju sangat)


Masa untuk tukar tren


Ya..lari sbb sapa lambat berdiri la jawapnya







Ini la lebih kurang kederasan sungai Padas nih...ini belum masuk rapid lagi

Konsep rafting kat Padas ni adalah Paddle or Die sbb rapid dia agak ganas bergantung pada musim hujan ke musim kemarau. Kalau musim hujan rapid dia agak ganas, kalau musim tengkujuh memang carik maut la kalau datang rafting gak. (Kalau air terlampau deras diorang x bagi rafting)
Ada 7 rapid yang harus diharungi sepanjang perjalanan rafting dengan jarak lebih kurang 10-20 km. (10km kut...20km tuh rasa cam jauh sgt pulak) Antara rapid2 nya adalah seperti Merry-Go-Round Rapid, Break Point Rapid, Scooby Doo Rapid, Cobra Rapid, Curve Rapid, Lambada Rapid and Head Hunter Rapid .

 
 Jangan risau...gambar nih nampak je ganas tapi lebih sudu dari kuah

 Edisi kelemasan sedang bermula
 
 Baru la aku tau apa perasaan ikan kaloi bila letak diorang kat darat

 Brader nih memang cool je siap senyum2 posing
 
 Bersambung balik setelah menguatkan semangat

  Memandangkan kami malas mendayung (masih mamai x cukup tido) raft kami capsise kat Headhunter(1st rapid). (Ada video tp segan lak nak upload sbb malu weh lemas dalam 20 saat) Jadi lesson learnt setiap rapid seterusnya kami paddle bermati2an sampaila tamat rapid2 durjana tuh. Lengan dah lenguh jgn citer la. Rasa dah macam Malek Noor dah.

Selain dari rafting kalau nak buat body raft pon boleh. Caranya korang terjun dari raft tuh dan gunakan badan sebagai raft. Itu pun kalau berani. Tapi body raft nih cuma dibenarkan bukan dalam rapid. Itu pun dah rasa laju giler walau bukan dalam rapid. Hati2 ngan batu2 yang adakalanya membonjol keluar dari sungai tuh.

hurrah...kena try sendiri baru tau adrenalin nya

Lepas abis kami gi ke opis utk tukar baju, solat dan makan tengahari. Time ni la makan nasik antara yg paling sedap dalam dunia. Ya...sebab lapar giler dan makan free. Lepas makan tu tunggu la tren balik dari Tenom dan sambung la pulak perjalanan balik lagi 4 jam. (2 jam tren...2 jam bas) Biasanya tren balik nih full so baring je la kat lantai tren tuh...zZ


Item yang perlu dibawa
1. pakaian yang sesuai dan pakaian spare
2. tuala (utk mandi lepas rafting)
3. Kasut / selipar yg bersesuaian
4. lotion / sun block
5. duit spare utk beli air or makan (sekiranya lunch yg diberi x menyelerakan)



No comments:

Post a Comment