Saturday 26 January 2019

Last day in India - New Delhi

Kalau ikutkan hari ini last day aku kat Delhi. Plan asalnya selepas check out dari hotel, aku akan park beg aku kat reception dan keluar berjalan sampai petang, amik balik beg dan gerak ke airport. Bila fikirkan balik, aku turun ke lobi dan tanya kat staff situ sama ada aku boleh extend bilik aku ikut jam. Setelah staff tu semak buku daftar dia pun cakap boleh tapi kena bayar lebih dan kena pindah kat bilik yang lagi cikai la. Setelah buat congakkan, aku pun setuju dengan payment yang patut aku tambah. So aku naik semula, kemas- kemas barang dan pindah ke bilik yang baru.

 

Bilik baru...amacam.? Cun tak?

Aku terfikir lagi mudah kalau aku dah habis keluar nanti, kalau ada bilik sempat juga aku bersihkan diri atau membuang apa yang patut sebelum gerak ke airport. Malas aku nak ke airport dengan keadaan melekit sana sini, nanti jadi tak selesa. Hari ni punya program macam biasa, free and easy dan berjalan kemana yang mampu dan balik semula sebelum cuaca panas membahang. Kalau ikut hati, kat Delhi ni ada berpuluh tempat menarik boleh dilawati, tapi memandangkan masa tak mengizinkan, bergantung saja pada kaki melangkah sama ada larat atau tidak.



Keadaan jalan di hujung Pahar Ganj menuju ke Connaught Place.

So lepas aku pindah bilik, aku pun memulakan perjalanan hari ini. Hari nih macam biasa, aku cuba untuk berjalan kaki selagi kaki melangkah cuma perjalanan hari ini dimulakan awal pagi disebabkan flight aku adalah pada waktu malam di hari yang sama. Cuma aku bercadang untuk berpeleseran hingga ke tengahari sahaja sebab aku bercadang nak carik sedikit souvenir untuk diri sendiri dan orang di kampung.



Lorong masuk ke salah satu pintu di Connaught Place

Lokasi pertama aku adalah Connaught Place, yang terletak kira-kira 3km dari hotel penginapan aku. Tempat nih merupakan salah satu business hub mewah yang terdapat di New Delhi. Kat sini ada kedai-kedai, butik-butik dan restoran-restoran yang nampak macam mahal. Boleh cakap area nih macam Bukit Bintang or Pavilion la kalau di Malaysia. Tempat dibina takde la baru, bangunan yang senibina bercirikan Georgian architecture ini telah siap dibina pada tahun 1933 dan namanya diambil dari anak ketiga ratu Victoria yang melawat India beberapa tahun sebelum tempat nih dibina. Sempat juga aku masuk ke H&M di Connaught Place ni bagi membandingkan harga dengan KL. Untung2 dapat sehelai dua dibawa balik kalau harganya berpatutan. Rata-rata harganya sama macam kat KL so better aku beli kat tanahair; malas nak beratkan lagi beg.




Dekat area H&M

Destinasi seterusnya adalah Delhi's central park yang terletak tak jauh; yakni bersebelahan dengan Connaught Place. Central park ni adalah salah satu lokasi macam-macam event yang terdapat di New Delhi. Ianya lebih kurang dataran merdeka di tempat kita, dengan bendera India yang besar di tengah-tengah taman nih. Central Park nih bagi aku biasa-biasa sahaja, takde apa yang menarik sangat untuk dilihat kecuali banyak pasangan yang merendek kat sini. Ada yang open bercengkerama di bawah pokok dan ada juga yang sembunyi-sembunyi di balik pasu-pasu bunga..tapi memang meriah lah dengan aktiviti merendek nih.



Bendera India gergasi yang terdapat di tengah-tengah Central Park.



Central Park, New Delhi

Aku teruskan perjalanan dan ianya membawa aku lalu di Janpath market. Sebenarnya aku memang nak ke sini sebab kata orang kalau nak beli cenderahati kat sini lah tempatnya. Lagipun jalannya agak sehala untuk ke Indian gate. Aku pun tak pasti apa yang menarik sangat ngan Janpath market ni (maybe awal lagi kut) sebab aku nampak ada 2 row kedai yang menjual macam-macam souvenir yang nampak mewah la bagi aku. Aku tengok2 fridge magnet dan tanya harga pada staff kedai serta cuba tawar harga serendah yang mungkin untuk test market namun still mahal juga. (Mahal bagi aku la) Semasa berjalan selang 3-4 kedai nampak beberapa orang sedang tawar menawar dengan staff kedai. Sambil2 sembang ngan kawan dia cakap melayu. Nak tegur rasa serba salah. Ye lah...org India pun ingat aku Indian nationality, dengan peluh bagai. Lagipun nampak cam golongan elitis tanah air je. So aku beransur.



Diantara kedai-kedai yang terdapat di Janpath market.




Barang-barang cenderahati yang terdapat di salah satu kedai di Janpath market. Harganya agak mahal tapi kualitinya boleh tahan la..


Hari beransur panas, nak tak nak aku kena teruskan perjalanan. Kemungkinan last location hari ini , iaitu Indian Gate sebab tak dapat dibendung lagi kepanasan dan peluh yang berjurai dari baju. Entah berapa lama aku berjalan sampai jugak aku kat India Gate. Masa aku datang tu, India gate dalam construction, tapi tak mematahkan semangat rakyat tempatan untuk berkunjung kat situ. Rata-ratanya ramai yang bawak family dan tak kurang jugak yang piknik di bawah matahari terik tu.



Pandangan India gate dari jalan raya.




Macam-macam pemandangan yang terdapat di India gate nih...

Dalam 20 minit di Indian Gate, aku mengundurkan diri menuju ke hotel. Cuaca yang semakin membahang tu membuatkan aku menahan tuktuk untuk ke hotel yang Kebetulan baru sahaja menurunkan penumpang berhampiran aku. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku amik keputusan untuk travel ke tempat lain pada waktu siang. Cuaca yang terlampau panas menyebabkan nak keluar dari hotel pun malas. Setelah bersetuju dengan rate yang dikenakan, kami pun bertolak ke hotel yang mengambil masa dalam 15-20 minit.



Kat New Delhi pun terdapat Jantar Mantar...tak masuk sebab cuaca panas dan bayaran masuk boleh tahan mahal gak...



Nasik beratoq cawangan New Delhi...

Sampai di hotel, aku berehat sebentar sambil menunggu waktu zohor sebelum keluar semula..cadangannya ada lah untuk mendapatkan beberapa utas cenderahati untuk kawan-kawan di kampung halaman. Barang-barang di Janpath market tidak mengujakan aku so pilihan ke dua adalah di Paharganj saja. Dekat. Setelah puas mencari, nyata di Paharganj ni merupakan tempat yang sesuai untuk mencari souvenir dengan kadar yang bagi aku agak berpatutan. (Murah ye..kualiti so so je) Settle mencari souvenir, petang tu aku mencari makanan pulak. 



Di jalan raya depan India gate..kat hujung tuh kalau tak silap aku adalah rumah presiden India...dan juga bangunan parlimen di tepinya..

Seharian x makan aku keluar semula. Rata-rata tak nampak satu kedai yang meyakinkan untuk mendapatkan makanan halal. Cuma bergantung pada Google maps sahaja, terdapat satu kedai menjual nasi beriyani halal kira-kira 1.2 km dari hotel aku. Lama juga aku berjalan mencari lokasi kedai sebab peta offline Google ni tak accurate, sekejap ikut jalan ni, sekejap detour jalan sana pulak. Sesampai di depan kedai, aku ragu-ragu nak teruskan membeli makanan atau tak. Didepan kedai aku berdoa agar dijauhi dari segala bencana seperti sakit perut dan lain-lain lagi dan terus mengorder makanan. Bila ditanya sama ada nak makan di sana atau take away, cepat-cepat aku cakap take away. Ini sebab keadaan kedai yang sangat tak hygienic, dengan lantai hitam, keadaan berdebu dengan asap serta sampah merata-rata di sepanjang jalan di hadapan kedai, membuatkan aku rasa tak lalu kalau makan di sana.






Keadaan sebenar di jalan-jalan di sekitar Pahar Ganj...walaupun begitu..aku agak suka gak ngan tempat nih..dapat rasa suasana India sebenar...

Walaupun kedai tu tak bersih tapi makanannya memang sangat sedap lebih-lebih lagi buat aku yang berada dalam kelaparan. Jam 7 malam aku berangkat ke airport dengan teksi yang aku book melalui hotel. Yup..Ada bahagian yang diambil oleh staff hotel, tapi harganya lebih murah dari masa aku ambil dari airport ke hotel dahulu...Kira ok lah Tu..sepanjang perjalanan aku ngan brader teksi tuh bersembang berkenaan macam-macam hal sampai tak berapa rasa sangat perjalanan ke airport Yang lebih dari 1 jam tuh. Walaupun brader tu seorang driver teksi, tapi banyak juga hal-hal mengenai India yang aku dapat melalui dia. Apa yang potong pasal brader ni bila dia mintak tips ngan aku bila turunkan aku kat departure hall tu.



Bukan satu jalan je keadaan macam nih tapi hampir semua jalan...diorang cakap tukang sapu mogok..iye lah tuh...

Departure hall penuh dengan manusia dan ramai juga rakyat Malaysia. Sambil beratur sempat juga aku bersembang-sembang bertukar-tukar pengalaman dengan seorang brader tabligh. Pernah dengar cerita dari orang tapi rupanya pengalaman sebenar geng-geng tabligh ni memang hebat. Melompat dari satu negara ke satu negara dan akhirnya kembali ke tanahair disebabkan visa yang dah nak tamat tempoh mengujakan aku. Hebat...Di airport juga nampak macam-macam drama oleh warga India. Dari di kaunter sampaila geng-geng awek India yang aku rasa datang dari kumpulan elitis memotong barisan. Macam-macam perangai boleh ditemui di sini.





Makanan breakfast + Lunch + Tea + Dinner...Briyani kambing...power baq hang

Dalam flight aku duduk di sebelah seorang akak dari Malaysia dengan kawan-kawannya yang baru balik dari trip ke Kashmir. Dia agak terkejut gak dengan aku yang tour India berseorangan. Biasa-biasa je tu kak. Sepanjang perjalanan diorang dok mengumpat team yang join trip Kashmir diorang yang duduk di bahagian lain di hadapan kapal terbang. Alahai..makcik bawang orang Malaysia...Memang netizen sejati...tak berdaya lagi aku nak dengar...Zzz..

1 comment:

  1. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete