Showing posts with label udaipur. Show all posts
Showing posts with label udaipur. Show all posts

Saturday, 9 February 2019

Kesimpulan Trip India (New Delhi, Agra, Jaipur, Udaipur, Jodhpur)

Kat sini aku nak share sedikit sebanyak tips berdasarkan pengalaman aku travel solo di beberapa tempat sepanjang di India. (8 hari je pun, takdelah grand sangat)..Antara benda-benda yang perlu diberi perhatian adalah seperti yang dibawah ini:


Pengangkutan

India memang sebuah negara yang besar. Rakyatnya pun ramai ya amat. Jesteru itu, memang banyak jenis pengangkutan yang boleh dicuba untuk membawa kita ke destinasi yang kita inginkan. Kalau destinasi yang nak dituju itu agak jauh, flight adalah salah satu option yang terbaik sekiranya mengejar masa dan juga mempunyai budget yang mencukupi. Selain dari itu, bas dan juga publik transport yang paling terkenal iaitu kereta api juga menjadi satu pilihan lain.


Auto rickshaw

Auto rickshaw ni juga dikenali dengan nama tuktuk kalau di negara-negara asean tapi sebenarnya ianya berfungsi sama je ngan tuktuk kat tempat lain cuma kalau ikutkan sebenarnya diorang nih ada  meter. Tapi jangan haraplah pemandu-pemandu ni nak guna meter sebabnya diorang boleh pau korang semua dengan lebih efisyen. Lebih kurang sama dengan sebahagian dari teksi kat Malaysia lah. Tak dinafikan, ianya adalah antara yang menawarkan servis pengangkutan paling murah di India. (Kalau tak kena scam la) Biasanya auto rickshaw ni korang kena tawar untuk dapatkan harga yang paling competitive. Antara tektiknya adalah, korang kena tahu berapa jarak perjalanan yang korang akan lalui dan nego. Pengangkutan ini yang paling banyak akan scam korang kalau di India, so sila berhati-hati.

Pengalaman aku, setiap hari aku akan kena scam ngan mamat-mamat nih. (sebab tuh aku suka jalan kaki..tak kan aku nak scam diri aku sendiri kut?) Kalau korang bayangkan, perjalanan dalam sekitar 2-3km diorang cuba charge dalam 200 rupee (RM 12). Nego-nego pun tak mahu gak turunkan harga walaupun satu rupee.  Boleh je nak jalan kaki, tapi cuba korang try jalan kaki time tengahari dengan suhu dalam 40 degree. Nak tak nak memang naik jugaklah. Tak kira lagi yang buat-buat sesat jalan dan double charge korang. Ini semua mainan diorang, kalau korang tak rushing dan juga tak puas hati dengan harga diorang, korang carik je tuktuk lain dan try nego. Ada je yang baik dan jujur di luar sana tuh.




Kereta api

Kalau di India, pengangkutan paling terkenal adalah train seperti yang banyak dipaparkan dalam filem Hindi. Bak kata orang, kalau ke India tapi tak naik keretapi sama je cam korang gi Brickfields je. (Yang nih aku reka-reka..takde kena mengena dengan yang hidup atau telah mati) Sepanjang perjalanan aku menaiki train di India, terdapat beberapa kelas yang dibezakan dari segi harga. Makin tinggi harga korang bayar, makin selesa perjalanan korang dan kebarangkali terjadinya drama adalah agak berkurang. (Tak juga sebenarnya) Secara jujur, aku tak pernah beli tiket secara online atau beratur di stesen keretapi, so aku no komen berkenaan perkara ini. Cuma kat sini aku boleh listkan beberapa website bagi sesiapa yang nak try booking online. Aku rasa jauh lebih murah dari korang booking melalui ejen macam aku.

Ini adalah antara list-list website yang boleh korang cuba.

https://www.irctc.co.in/nget/train-search
https://www.yatra.com/trains
https://www.goibibo.com/trains/
https://www.makemytrip.com/railways/
https://www.railyatri.in/train-ticket

Kalau korang ada baca trip aku di Jaipur dulu, brader Ariff (ejen yang aku beli tiket keretapi) ada tunjukkan kat aku kat laptop dia berapa harga satu keping tiket dan dia jugak tunjuk yang berapa dia amik sebagai komisyen sebagai tukang booking kan tiket untuk aku. Tak sampai RM 5 pun..Cuma apa yang aku nak suggest kat korang adalah..kalau nak naik train, better amik la yang ada aircond. Memang best feeling-feeling macam Shah Rukh Khan naik train cam local tapi percayalah..kejap je feeling tuh..dah 10-11 jam dalam train nanti tau lah apa yang korang hadap..




Teksi

Sepanjang perjalanan di India, aku cuma naik teksi 2 kali sahaja iaitu dari airport ke bandar dan dari bandar ke airport. Teksi sebenarnya Ok bagi aku sebab walaupun harganya lebih mahal dari auto atau tuktuk, tapi korang dah firm kan harga awal-awal. Kat sini kalau macam tuktuk, diorang biasanya akan try untuk pau korang selagi boleh, dan akan turunkan harga ikut korang punya kehebatan dalam negotiation. Lain pulak ngan teksi, diorang dah ada harga dasar cuma ditambah dengan komisyen pada kaunter atau hotel tempat korang booking tuh. (tak tambahla dengan tips yang diorang cuba mintak dari korang..kalau ada)



Bas

Bas adalah salah satu pengangkutan yang bagi aku murah jugak kalau nak digunakan dan agak efisyen, cuma keselesaan bergantung kepada keadaan fizikal bas. Biasanya perkhidmatan bas nih aku gunakan untuk perjalanan antara bandar. Tak pasti dia ada trip di dalam bandar atau tak..Tak pernah nampak pulak. Jalan di India (sepanjang perjalanan aku) adalah bercampur-campur. Hampir keseluruhan keadaan jalan adalah baik, mungkin sebab hampir keseluruhan perjalanan aku merangkumi perjalanan dari satu bandar besar ke bandar besar yang lain. Khabarnya keadaan jalan di kawasan remote atau pedalaman adalah agak menakutkan sekali. So far aku OK je naik bas di India cuma yang non air condition je agak tak berapa selesa dan aku dah banned. (kecuali kalau dah takde duit sangat)



Metro

Kalau di Delhi, pengangkutan ini merupakan tunjang utama bagi menghubungkan pergerakkan di sekitar bandar. (dalam bandar) Secara jujurnya aku tak merasa nak naik metro di Delhi..entah kenapa bila balik ke Delhi, aku terlupa akan pengangkutan ini dan teruskan berjalan kaki.(padahal stesennya dekat je kat luar Paharganj tuh) .Metro ini macam LRT or MRT la kalau di KL. Metro di Delhi ini bermula dari jam 5.30 pagi dan last train tamat pada 11.30 malam. Aku tak naik transport nih so aku tak mau komen lebih2.


Makanan

Yang nih agak susah nak di describe. Bagi sesiapa yang tidak memerlukan makanan halal, ada beribu-ribu tempat makan yang boleh dicuba, no problem. Bagi yang mencari makanan halal tanpa syubahah ada sedikit sukar. Di India, populasi orang Muslim adalah hanya 14-15% dari keseluruhan penduduk yang berjumlah lebih kurang 1 billion dan kebanyakkan populasi ini berada di Kashmir dan daerah lain di selatan. Antara cara yang agak mudah untuk mencari makanan halal adalah melalui google maps. Tapi agak selalu jugak aku kena tipu ngan apps nih. Misalnya dalam google maps dia cakap restoran halal, bila korang dah sampai time nak order makan, sekali dalam menu ada babi lak pulak. (Yang nih kat negara lain)

Cara alternatif adalah dengan pemerhatian atau bertanya kepada local. Yang nih paling efektif...korang carik masjid yang berdekatan, dan selalunya ada kedai makan yang dekat ngan masjid. Kalau ada jemaah atau orang yang berkopiah kat kedai / restoran tuh...memang itulah tempat yang dicari-cari. Harga makanan pula bagi aku, tak begitu mahal namun tak murah jugak. Boleh katakan lebih kurang harga di Malaysia jugak. Macam dalam post aku sebelum ini, tolonglah jangan tengok dapur diorang masa diorang sediakan makanan untuk korang. Mostly makanan kat India sedap-sedap, macam kat kedai-kedai mamak kat Malaysia cuma aku takde lah keberanian untuk cuba-cuba street food, takut-takut sakit perut.

Favorite food aku di India (Rajastan) setakat ini adalah roti dengan chicken changezi. Chicken thali pun baek jugak..ehh..briyani kat India pun power gak..Kalau korang datang ke India, cuba lah cari tempat yang menyajikan makanan ini (chicken changezi) dan try sendiri.




Hotel

Di India ada banyak atau pelbagai jenis hotel yang boleh korang pilih. Cuma bagi aku masalah yang ada adalah memilih hotel yang berbaloi untuk di diami. Banyak range hotel kat India dan all the time aku pilih hotel yang paling murah kat agoda or booking dot com. Asal boleh tidur cukuplah, tapi condition bilik kebanyakkan nya di bawah par tahap kebersihan. (sesuai lah dengan harganya) Aku tak sure tahap hotel-hotel lain yang berada di range yang lebih tinggi tapi recommendation aku adalah book lah hotel yang mid range ke atas kecuali kalau korang tak kisah tapak kaki berdaki sebab berjalan di lantai hotel ataupun aircond bau hapak atau bilik tuh takde aircond langsung. Ikut budget dan keselesaan korang lah.

Kebiasaan nya aku book hotel secara online sebab murah dan di Jaipur arituh kena aniaya ngan staff hotel so aku ada juga experience book hotel secara walk in dan terbukti yang booking online lebih murah, yakni aku kena bayar lebih 2 kali ganda masa walk in. Biasanya kalau aku pre book hotel masa di Malaysia, aku akan guna agoda supaya tak kacau budget aku masa travel nanti, tapi kalau on the go di negara orang, biasanya aku guna booking je.

Actually kat India ada beberapa website atau apps untuk booking hotel yang kadarnya agak jauh lebih murah dari agoda dan booking atau trivago. Kat bawah nih aku listkan website yang boleh dijadikan reference untuk korang. Tapi jujurnya, aku tak gunakan website nih sebab ada beberapa review kurang menyenangkan yang aku baca di internet. Lagipun aku ada cash back agoda, tapi tak salah kalau aku nak share, manalah tahu berguna untuk korang dalam perjalanan nanti.

https://www.yatra.com/
https://www.goibibo.com/
https://www.makemytrip.com/





Scam
India: Land Of Scam?

Sebenarnya tak juga. Scam kat mana-mana pun ada, tak kira di mana-mana tempat yang pernah aku sampai (Tak banyak mana pun sebenarnya) even negara-negara yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia cam France dan eropah tak terkecuali. Sekurang-kurangnya aku tak pernah kena copet kat India macam yang berlaku kat Paris beberapa tahun dulu.

Mostly melalui pengalaman aku, scam-scam di India ini adalah perkara-perkara biasa macam scam pengangkutan dan lain-lain lagi. Kalau korang nampak macam tourist memang lebih la risiko untuk terkena nya. Sebagai contoh..sebelum korang nak ke India lagi biasa dah ada scam terutamanya bila nak apply visa. Baik korang check website yang betul kalau korang nak apply untuk e-visa. Kalau tak end-up korang kena bayar lebih beberapa ribu rupee. Sebab tak mau kena scam ni yang aku gi buat visa secara manual. Website yang original tuh aku bagi korang carik sendiri lah.

Selain dari itu macam-macam jenis scam lain (tapi aku tak hadapinya tapi aku still nak share) yang agak femes macam :

1) Mintak sedekah oleh budak-budak mintak susu 
    dan pensel untuk belajar.

2) Sami mintak duit untuk doakan korang.

3) Hotel terbakar atau jalan tutup sebab perayaan 
  pastu diorang bawak korang gi hotel kawan diorang.

4) Sim card scam. Register hari ni tapi sampai sudah 
    tak activate.

5) Amik gambar binatang kat tengah jalan..pastu 
    kena pau duit.

6) Pashmina dan cashmere murah tapi bila nak  
    bayar harga lain.

7) Tiket bas @ train palsu.

8) Hadiah free bracelet..tapi duit kutip kemudian.

9)Orang tetiba datang nak tolong or tunjuk jalan..     
 last skali mintak duit.

10) Polis tahan di tengah jalan dan mintak tax jalan 
    raya.

Dan banyak lagi..



Sosio Ekonomi dan Keselamatan

Kebelakangan ini ada banyak cerita pasal tourist dibunuh di India, ada yang dirogol dan banyak kes lain seperti rompakan dan lain-lain lagi. Mula-mula aku nak pahamkan korang tentang apakah sebenarnya tempat yang korang pergi ini. India adalah satu negara yang bagi aku over crowded dan kebanyakkan dari penduduk India nih adalah dari jenis sederhana ataupun daif. Bayangkanlah di Delhi sahaja populasi manusia lebih kurang 30 juta dan ianya adalah populasi no 2 di India dan meskipun India adalah negara yang besar, keseluruhan rakyatnya adalah lebih kurang 1.3 billion orang. Mengikut apa yang aku baca, 50% punca kenapa tourist terlibat dalam kejadian yang tidak dikehendaki ini adalah disebabkan oleh diri mangsa sendiri. OK. Nih antara tips yang boleh aku bagi kalau ke India walaupun aku takde lah seorang yang adventure traveler sangat cam orang lain.

1) Jangan sombong @ berlagak sangat kat tempat orang.

Kadang-kadang tabiat nih boleh sebabkan orang simpan dendam or cuba balas apa yang korang  buat. Just be humble dan berbuat baik pada semua orang.

2) Jangan @ berhati-hati bila berjalan / travel pada waktu malam.

Adakalanya di tepi-tepi jalan pada waktu malam terdapat orang mabuk atau khayal. Takut-takut diorang tak sedar apa yang diorang buat dan boleh mengganggu emosi dan jiwa korang.

3) Elakkan berjalan di lorong-lorong kecil dan gelap.

Yang ini aku selalu buat sebab tersesat jalan tapi aku still nak advise korang supaya berhati-hati.

4) Jangan terlampau percaya sangat dengan orang.

Orang India memang ramai yang kacak-kacak macam Amitabhacan atau cantik-cantik macam Karena Kapoor. (tak nampak lagi yang macam Kareena) Cuba bayangkan rupa cam Shah Rukh Khan ajak korang lepak-lepak sampai ke bilik (untuk aweks2) Ataupun orang yang baru korang kenal sejam dua ajak di tempat-tempat yang korang tak tahu. Bukan suruh tak percaya langsung...tapi kena hati-hati lah..Ada yang baik..tapi kalau kena ngan yang tak berapa baik..nasib lah.

5) Elakkan terima ajakkan orang untuk buat kerja-kerja yang melanggar peraturan. 

Ada beberapa kali jugak la aku diajak gi isap dadah, lepak minum beer lah dan macam-macam lagi tapi aku takde la nak try sebab zaman-zaman aku macam tuh dah lama berakhir. Kadang-kadang yang mengajak ko isap dadah tuh budak-budak sekolah lagi tuh. Rosak akhlak tul. So kalau korang jenis kaki enjoy / fit boleh la cuba-cuba tapi kalau masuk ke "dalam" tolonglah jangan mintak derma / sumbangan kat dalam fesbuk untuk jamin korang nanti. 

6) Jangan berpakaian terlampau seksi
  
Aku memang tak berapa paham naluri seorang wanita. Macam ada di beberapa tempat yang aku pergi especially di tepi pantai. Ramai wanita nih yang berbikini dan tak kurang juga ber g-string tapi satu badan lumur dengan sun block sebab takut kena sun burn sambil mulut pot pet pot pet. Kalau takut kena  sunburn, pakai je la seluar panjang.Apakah sebenarnya yang korang nak nih? Perbuatan yang macam ni kira cam sengaja nak belanja ataupun cubaan mengundang nahas. Pendapat aku je lah.

7) Sentiasa aware dengan keadaan sekeliling dan jaga harta benda personal dengan rapi.

Di India, kena selalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Adakalanya ada binatang-binatang cam anjing dan juga babi berkeliaran. Disamping itu kat sesetengah jalan juga terdapat banyak boobi trap. (tahi lembu, kambing dan sebagainya.) Barang peribadi sebolehnya jangan tinggalkan merata-rata. Kalau ke tempat-tempat yang tak berapa tentu, jam rolex atau gelang emas sebaiknya jangan tunjukkan or jangan pakai langsung. Bukan apa..untuk elakkan dari terjadinya kes-kes kecurian atau rompakan.

8) Hati-hati bila makan terutamanya street food.

Ini bergantung kepada kekuatan perut korang. Kenapa aku tak galakkan makan di tepi jalan sebab sebahagian besar keadaan jalan di India adalah berhabuk @ berdebu, jadi kemungkinan makanan dah bercampur dengan habuk or debu dan kadar untuk korang sakit perut atau cirit birit itu adalah lebih tinggi kalau tak biasa. Ada beberapa orang kawan aku sebelum nih yang datang ke India dah pernah mengadu kena cirit birit beberapa hari sampailah diorang naik flight balik ke Malaysia dan diorang kata terpaksa habiskan masa di hotel dan tak dapat berjalan-jalan meneroka tempat-tempat yang sepatutnya korang pergi. Sayang betul.

Satu lagi kalau minum air make sure air botol mineral dan botol tuh make sure seal dia tak dibuka lagi sebelum minum. Air paip? Please jangan cuba ye..

9) Hati-hati di jalan raya.

Kalau berjalan kaki sila berhati-hati sebab trafik di India agak havoc. Kenderaan tak kira mengikut arus atau melawan arus. Walaupun tak sehavoc trafik di Saigon tapi kadar bahaya nya tuh sama je. Lagi satu yang paling annoying adalah bunyi hon kenderaan. Kadang-kadang dari jauh kira-kira beratus meter lagi diorang dah start hon-hon. Memang sangat menyakitkan telinga.





Kesimpulan Trip India

Apa yang nak dikatakan ye? Trip India sangat membuka mata dan minda aku pada negara ini. Ianya umpama menyaksikan kehidupan sebenar dalam cerita Slumdog Millionaire; cuma part of it lah...Kehidupan di India boleh dikatakan sangat-sangat competitive. Jurang perbezaan diantara golongan kaya dan miskin sangat jauh seperti dalam cerita-cerita India yang aku lihat (contoh: 3 idiots) menyebabkan tekanan pada masyarakat untuk memastikan anak mereka berjaya. Golongan kaya dengan kot dan kereta nya, adakalanya ada aku temui dalam train dengan gaya lorat dan sombongnya (tak semua) manakala golongan miskin cuba sedaya upaya untuk meneruskan hidup, berkerja memerah keringat siang dan malam (korang boleh tengok keadaan ini di Old Delhi pada waktu malam) dan adakalanya mengambil cara mudah dengan menipu dan scam terutamanya kepada pelancong.

Setiap hari dalam perjalanan, darah aku asik menyirap je mostly sebab aku dah tau aku nak kena scam, nak kena harass (orang berjual-jual) di jalanan tapi aku tak boleh buat apa pasal tuh. Tapi India nih ada sesuatu yang lain. Bak kata orang love and hate feeling at the same time.  Meskipun negara nih banyak kekurangannya, tapi ianya memang satu tempat yang marvelous kalau nak di kira dari segi sejarah dan juga tempat-tempat menariknya. Memang banyak dalam post aku, aku ceritakan keadaan macamana perjalanan di India; yakni penuh dengan macam-macam yang negatif tapi kalau korang berjalan di kawasan rumah-rumah penduduk tempatan yang takde sebarang kepentingan atau keperluan untuk diorang terhadap korang, korang akan dapati yang sebenarnya rakyat India nih peramah dan warm hearted. Dimana-mana korang berjalan ada saja yang akan tegur dan cakap hi atau hello kat korang. Kat mana-mana terutama sekali bila aku sesat, dimana saja aku bertanya mesti ada orang yang akan tolong guide ko walaupun kadang-kadang diorang tak paham sepatah apa yang korang cakap. Budak-budak yang friendly sentiasa merasa curious bila nampak orang yang lain dari yang biasa diorang lihat dan macam-macam lain.

Itu lah sebenarnya kehidupan kita di dunia ini. Jangan judge sesuatu bangsa atau negara sebabkan beberapa golongan minoriti membuat angkara. Aku tak sokong pepatah melayu " Kalau jumpa india ngan ular, ketuk india dulu" sebab korang takkan tahu bila kesusahan nanti silap-silap india yang akan tolong korang. Nak harapkan ular nak tolong? hmm..

So apa yang aku nak advise korang adalah..silalah datang ke India dan alami sendiri pengalaman yang mencabar di sini.

Sekian.

Oh..kat bawah nih aku sertakan budget sepanjang trip..(ground sahaja)



Budget India

Day 1 Delhi
Stuck kat mesen air 100 rp
Beli air 50 rp (harga 35 tapi amik 50)
Teksi ke hotel 500rp (patut 1 teksi tapi amik 2 org)
Hotel 780rp
Air mineral 40rp
Tiket ke Agra 600rp
Overall 2070rp

Day 2 AGRA
Auto rickshaw 220rp
Hotel 650rp
Makan 150rp Vege briyani n coke
Air 35rp
Makan mlm 245rp
Overall 1300rp

Day 3 Agra
Tuk tuk morning 400rp
Hotel 675rp
Bayar entrance fee amik gambar 200rp
Tiket ke Jaipur 500rp
Derma masjid 50rp
Makan 220rp
Overall 2045rp

Day 4 Agra Jaipur
Tuk tuk ke bas stand 130rp
Beli air 2 botol and lighter 105rp
Beli chips 30rp
Hotel jaipur 900rp (beli booking tapi cancelled by hotel)
Beli air 40rp
Tiket train 840rp
Makan malam 190rp
Overall 2235rp

Day 5 Udaipur
Tuk tuk to railway 100rp
Mineral water 30rp
Hotel Udaipur 400rp
Tuk tuk dari train station ke hotel 100rp
Lunch 190rp
Entrance fee city palace 300rp
Bus tiket ke jodhpur 250rp
Dinner 430rp
Overall 2290rp

Day 6 jodhpur
Auto rickshaw to bas station 80rp
Air mango ngan chips 150rp
Tuk tuk ke hotel 200rp
Hotel 680rp
Tiket train ke Delhi 1200rp
Dinner 430rp
Overall 2740rp

Day 7 jodhpur Delhi
Tuk tuk ke railway 100rp
Beli air and chips 100rp
Hotel 742.50rp
Tuktuk 180rp
Tips kat staff hotel 50rp
Extend check out 500rp
Dinner 250rp
Overall 1922.50rp

Day 8 Delhi
Beli air 70rp
Tuktuk Dari India gate 80rp
Souvenir 500rp
Teksi dari hotel 400rp
Dinner 200rp
Tip driver teksi 50rp
Starbucks 305rp 
Overall 1605rp

Total 16 207.50 rp
Bersamaan = RM 926.56

Sunday, 30 December 2018

Jodhpur...the blue city

Udaipur memang cun view dia tapi nak claim sebagai Venice of the east memang bukan lah bagi aku. Tasiknya dah ok, fort nya dah cun tapi township nya agak kotor la kalau nak dipanggil sebagai Venice of the East. Yaa..Venice bukannya bersih sangat pun tapi Udaiur memang lain. Masa untuk bergerak ke tempat lain. Alang2 dah bayar visa mahal2 aku teruskan jua perjalanan ke tempat yang lain bagi memperolehi pengalaman dan pemandangan yang lain.

 Dalam jam 7 pagi lebih sket aku dah check out dari hotel. Owner hotel sempat ucapkan sorry pada aku sebab duduk kat hotel dia tuh dalam keadaan yang tak sempurna sebab takde internet.(wifi) Aku dah berada di travel agent berhampiran bus station jam 730 pagi lagi. Baiya auto rickshaw cakap 80 rp memang aku dah tak mintak kurang dah...let's go..



Antara pemandangan dalam perjalanan dari tingkap sleeper seat aku.


Bas sampai awal. Patut jalan jam 8 pagi...730 pagi dah jalan dah. Good. Ada can sampai awal. Rupanya bas yg aku naiki tu double decker. Ada sleeper bed dan ada seating chair. Aku semak2 rupanya aku dapat sleeper bed. Apahal baik benar tour agent tu bagi sleeper bed sbb biasanya sleeper tu lg mahal dari seating biasa. Cun..boleh la tidur sepanjang perjalanan dan bangun-bangun je dah sampai.  Aku lena kat sleeper bed tu tapi untuk sejam pertama je... kemudian bila matahari dah start berbahang baru la tau kenapa takde orang amik seat tu. Umpama baring kat pantai cuma ada angin sepoi2 bahasa kira ok lagi. Jalan ke Jodhpur memang X berapa bagus tambahan pulak suspension bas yang aku naik tuh, aku rasa dari beli sampai la nih tak pernah servis. Bila kena tang bendul 3 serangkai (yg ni aku bagi nama) memang serious melambung..tak tipu, memang melambung. Sapa yang pernah lalu jalan ni memang diorang tahu lah bendul 3 serangkai ni. 

Akhirnya tak sanggup lagi aku nak baring kat sleeper bed aku tuh. Dalam jam 12 tghari bahangnya tak dapat aku bendung lagi. Bayangkan dok baring kat sleeper seat tuh tapi peluh berjejes kat tilam kulit. Nak pejam mata pun tak boleh, jadi aku ambik keputusan untuk duduk je kat seat yang takde orang. Ini kira last time la aku amik bas xde air cond kat India. Serik dan masak; berpeluh gak duduk dalam bas tuh. Nasib baik tak banyak drama (tadi ada orang bertumbuk kat tepi jalan) dalam bas tuh.


Inila bas yang aku naik dari Udaipur ke Jodhpur..Dari luar nampak cam mewah...tapi...


 Ini keadaan dalam bas yang aku naik..time nih dah tengahari..tak sanggup lagi aku nak baring kat sleeper seat (sebelah kiri aku) sbb cuaca panas giler


Akhirnya dalam jam 2 petang tiba lah aku di Kota Jodhpur..sangkaan sampai awal rupanya lebih 30 minit lewat dari jadual. Takpe lah..bukan boleh jalan mana pun time panas2 ni. Cuma aku rasa kalau sampai awal sket boleh la berehat di hotel dulu, settlekan apa yang sepatutnya sebelum sambung perjalanan apabila matahari reda nanti. Aku tak turun di stesen bas, hanya turun ditepi jalan sebabnya aku check offline GPS, bas semakin menuju ke dalam Bandar, manakala hotel aku terletak diarah yang berlainan. Turun2 bas mcm biasa baiya tuktuk sudah menanti. 250 rp dia hendak. Aku cuba tawar2 jadi 150 tapi dia keras jugak, sampai last2 dia cakap 200 paling last. Oklah. Malas nak bertekak aku naik juga tuktuk tu tapi sebelum naik beberapa kali jugak aku tanya dia samada dia tau atau tak tempat yang aku nak tuju. Bukan apa..aku dah terkena kat Agra Hari Tu (boleh rujuk post Agra). Dia kata dia tahu so jalan je la..Kang kalau mcm2 kang aku malas bayar.

Keadaan bilik kat hotel baru..ada air cond dan tv cerita hindustani...cun

20 minit kemudiannya baiya tuktuk memang hantar aku betul2 depan hotel aku. Dengan segala eksyennya dia cakap ngan aku yang maps tempat ni ada dalam kepala hotak dia. Memang aku puji mamat ni. Tak pernah lagi sepanjang perjalanan baiya tuktuk tak tanya orang sekitar nak carik kedudukan hotel yang aku book.

Setelah sampai, aku membayar baiya tuktuk dan mula naik ke hotel. Hotelnya kena naik tangga yang agak tinggi dalam 2 tingkat jugak lah sebelum sampai ke lobi. Sambil duduk di lobi, dalam kepala aku terfikir "Ini hotel apa nih..1st time aku jumpa hotel macam nih". Suasana di lobi hotel yang aku book melalui Booking.com nih tampak macam kat interrogation room dalam cerita tamil. Ngan kipas yang berputar perlahan-lahan, bau asap dari colok memenuhi ruangan udara dengan staff hotel pakai single ngan sluar jeans je lepak kat receiption.


Ni bilik aku gak..tandas kat luar tapi still dalam satu bilik..kiranya macam studio room la konon-kononnya...

Setelah menyemak buku daftar hotel, staff kat reception tuh bagitau kat aku yang bilik semua dah fully booked. Ahhh sudah..sebelum sempat aku cakap apa-apa, dia cakap kat aku yang dia akan pindahkan aku kat cawangan hotel dia yang terletak berdekatan. Cun..jadi aku pun galas la beg aku sambil mengekori bell boy a.k.a. staff hotel tu. Perjalanan kejap je Dalam 10 minit kami dah sampai kat hotel baru aku tuh. Hotel yang baru aku dipindahkan ni jauh lagi baik dan cantik dari booking asal aku tuh. Setelah staff tu siap nego ngan pemilik hotel, harga yang patut aku bayar adalah sama cam harga yang aku book online. Syukur...


Keadaan roof top hotel aku...boleh nampak Mehrangarh fort dan Umaid Bhawan palace dari sini...

Apa yang lucu sekali, sebelum sempat aku check in bilik di hotel yang aku baru sampai nih, aku dah book siap-siap tiket balik ke New Delhi. Ini disebabkan aku hanya ada 2 hari lagi je kat India so nak tak nak kena cari tiket secepat mungkin. Lambat-lambat nanti macam-macam lak drama yang terjadi. Dalam 30 minit jugak la aku menunggu bilik aku siap sepenuhnya, sempat aku belek meja receptionist dan dapati yang dia juga buat agent untuk trasportation. So aku tanya lah receptionist tuh apa pilihan yang aku ada untuk ke New Delhi. Mamat Nepal tuh cakap kalau ke Delhi, bas bukanlah satu option yang sesuai memandangkan perjalanan sangat jauh dan jalan raya tidaklah begitu baik. So takde choice lain aku amik option untuk naik train ke Delhi. Sempat jugak aku recce tambang flight tapi harganya di luar kemampuan aku. Kali ni aku amik train seat yang paling mahal iaitu sleeper bed memandangkan tak banyak beza sangat pun dari air-conditioned seating. Pengalaman naik bas takde air cond tadi sikit sebanyak membisik kat aku supaya jangan amik seat yang second class meskipun harganya murah banyak.




Pemandangan Mehrangarh fort; dari rooftop hotel aku...nampak tak bukit tuh..jap lagi aku kena panjat tuh...


Jadi sementara menunggu cuaca reda sedikit, aku lepak-lepak di bilik sambil en Nepal membaiki air cond di bilik aku. Memandangkan lama sangat nak tunggu en Nepal siap repair air cond yang bocor, aku naik dulu ke rooftop sambil menyaksikan pemandangan sekitar. Lepas asar aku pun keluar mengikut arah yang dinyatakan oleh en Nepal kepada aku. Short cut katanya menuju ke puncak Mehrangarh fort. Rupanya perjalanan tak semudah yang dijangka.(Sebenarnya kalau lihat dari bawah bukit yang aku akan panjat, perjalanan memang tak mudah langsung)



               Perjalanan mendaki ke Mehrangarh fort; melalui rumah orang


Pada permulaannya aku berjalan di celah-celah rumah orang, guest house-guest house dan hotel-hotel. Dalam 10-15 minit kemudian aku dah sampai di permulaan mendaki. Sepanjang perjalanan mendaki, apa yang aku dapat lihat adalah rumah-rumah tinggal (macam rumah tinggal) dan juga temple-temple yang tidak berpenghuni. Laluan tidak teratur dan berbatu sehinggalah sampai di tempat yang mana aku terpaksa memanjat batu-batu besar dilereng bukit sebelum sampai ke atas. Kat sini macam terkenang perjalanan di Kinabalu, cuma cuaca je yang berbeza dengan bahang masih menggigit kulit dan ketiak sudah basah kuyup.



Dah half-way..kat sini dah start memanjat batu-batu besar untuk naik ke atas (tapi takde la teknikal climb..biasa-biasa je)

Sampai je di puncak Mehrangarh fort, aku terus ke entrance untuk melihat berapa bayaran masuk yang dikenakan untuk tourist macam aku nih. Melihat je kat papan tanda yang menunjukkan bayaran masuk, terus aku perlahan-lahan turun dari Mehrangarh fort menuju ke bandar. Yup..harganya agak mahal (bagi aku) dan tuh tak termasuk dengan bayaran tambahan kalau bawak kamera. Betul..dah datang jauh-jauh tapi tak masuk ke fort ni memang rugi banyak la..Tapi masa aku sampai dalam jam 4 petang tuh hanya tinggal tak sampai sejam lagi je Mehrangarh fort ni nak tutup. Yaa..bangunan fort yang dahsyat nih tutupnya jam 5 petang dan aku rasa tak berbaloi kalau bayar 400 rs untuk masa sesingkat itu.



Yaaa..dah sampai entrance Mehrangarh fort

Tapi kalau korang dah menjejakkan kaki ke Jodhpur nih, Mehrangarh fort adalah tempat yang paling wajib korang kena pergi (aku tak wajib) sebab ianya adalah salah satu dari fort yang terbesar di India. Ianya dah berusia lebih kurang dalam 700 tahun dan senibinanya sangat-sangatlah marvelous. (balik Malaysia aku google gambar dalam fort nih)



Nak masuk bayar dulu..tinggal sejam nak tutup..aku amik keputusan untuk turun (penat je daki bukit bagai tadi)




Bangunan fort yang sangat hebat...yang nih sebahagian kecil je..kalau nak tengok sepenuhnya, datang sini dan masuk lah...

Kebetulan masa aku turun tuh ada 2 orang awek mat saleh tengah turun dari bukit tu jugak. Cantik awek 2 orang ni, nampak cam gaya-gaya Spanish, dengan singlet nya dan berseluar pendek seksi. Melihat aku mengekori diorang, nampak macam diorang agak takut-takut ngan kehadiran aku. Kemon lah beb, jalan turun bukit ada satu tu je kut..sampai satu persimpangan aku ikut jalan yang lain supaya diorang tak rasa takut-takut lagi. Aku masuk ke jalan-jalan yang penuh dengan rumah-rumah orang dan di tepi-tepi jalan, ramai orang tengah melakukan pekerjaan mereka sendiri. Kat sini barulah aku rasa kemesraan dan keramahan masyarakat India tu sendiri. Sepanjang jalan ramai yang menegur aku, (yang ni rasanya takde sebarang scam atau produk yang nak dijual) paling tidak pun just say hi atau hello. Tak kurang juga budak- budak menemani aku berjalan sepanjang lorong sambil practice English diorang ngan aku. Rasa macam pelakon filem James bond lak.



Bila turun dari bukit baru nampak the blue city sebenarnya...kat depan tuh awek spanish belok ke kiri manakala aku belok kanan untuk mengelakkan fitnah...




Sardar market...Lengang..ntah kenapa aku tak pasti


 Sedar-sedar  aku berada di Sardar Market. Tempat nih sepatutnya market yang paling havoc kat Jodhpur nih, tapi masa aku kat sini keadaan agak lengang dari sepatutnya. Tak banyak kedai bukak atau orang berniaga di jalanan. Kenapa? Aku pun tak pasti. Aku teruskan berjalan tapi aku avoid jalan kat bandar sebab jalannya agak havoc. Perjalanan aku berkisar di jalan-jalan menuju ke hotel. Ada beberapa tempat yang menarik dapat dilihat tapi tak berapa viral so aku tak kongsikan kat sini. Menjelang maghrib akhirnya aku sampai di hotel. Mamat Nepal tauke / staff hotel menghulurkan itinerary tiket untuk aku esok. Dia jugak bagitau aku yang dia dah dapatkan tuktuk driver ke train station esok dan aku ingatkan dia yang aku akan check out awal pagi esok.




Ghanta Ghar..clock tower yang terdapat kat tengah-tengah Sardar Market...




Posto-posto




Welcome to India..panorama macam nih biasa ditemui



Antara sebab aku berjalan kaki supaya dapat menyaksikan keadaan sebenar di India..kalau naik tourist bus atau ikut tour memang akan disajikan dengan pandangan yang indah-indah belaka...



Salah satu mandir iaitu hindu temple dekat dengan Gulab Sagar



Disebalik bandar yang kotor, pandangan mata juga dijamu dengan keindahan senibina beratus tahun...



Gulab Sagar lake...sebuah tasik yang berada di bandar Jodhpur..belakang tuh bangunan sekolah



Pemandangan di Blue City, Jodhpur...


Aku naik ke bilik dan berehat sebentar sambil menyetelkan urusan yang sepatutnya. Selepas isya (jama') aku keluar semula untuk mencari makanan. Berjalan-jalan mencari makanan, dari beberapa list restoran yang aku dah sort out akhirnya aku stop kat satu tempat; restoran yang agak chic dan rasanya macam fine dining gak. Hari nih tak makan lagi so sebat je mana-mana kedai yang halal. Rupa-rupanya baru lah aku tau yang kat sebelah restoran tuh terletaknya Toorji Ka Jhalra iaitu step well yang macam kat Jaipur. Serius tempat nih cantik tapi malangnya aku sampai kat sini dah malam. Sebenarnya aku tak tahu pun ada tempat cam nih kat Jodhpur nih. So aku naik ke restoran fine dining nih..dan kalau ikutkan restoran nih lebih mewah interiornya dibanding dengan restoran yang aku makan semalam di Udaipur. Tapi apa yang lebih istimewa lagi adalah view restoran nih menghadap Mehrangarh fort yang disinari oleh lampu...dan juga bintang-bintang sambil book hotel untuk malam esoknya.




Sunset dari rooftop hotel aku..pandangan menghadap ke Mehrangarh fort




Toorji Ka Jhalra...step well yang cantik tapi malangnya camera aku cikai...low light photo yang x cun




Makan nasi briyani bertemankan kilauan bintang dan pemandangan fort yang mengujakan..cuma nyamuk gigit kaki je yang tak boleh tahan...




Antara bangunan yang menarik minat aku on the way balik ke hotel..x pasti bangunan apa..rasanya macam hotel...

Settle urusan aku kembali ke hotel semula. Sempat juga aku berjumpa ngan mamat Nepal dan ingatkan dia semula yang aku nak check out awal pagi esoknya. Bengang dia ngan aku sebab asik dok ingatkan dia...takpe..kita tengok esok pagi camner...

Bersambung lagi...

Sunday, 16 December 2018

Udaipur : Venice Of The East

Lebih dua hari aku kat Agra buatkan aku rasa pace perjalanan aku bertambah perlahan. Macam omputeh takpe..diorang ada banyak masa dan juga kewangan yang mantap. Lagi pun viral baru-baru nih yang diorang buat "beg packers" untuk teruskan perjalanan diorang. Kalo ko travel 3 bulan kat India..Dan ada 10k USD apa ada hal. Aku pula ada 8 hari dan aku bukan jenis suka dok hotel so sebab tu hotel aku kebanyakkan nya xlebih RM 50 pun. Plan asalnya bagi trip ni aku nak cover Delhi , Agra dan Jaipur (Jaipur pun sebenarnya xde dalam senarai...senarai asal Kashmir) tapi rasa cam tak berapa adventure so masa kat Jaipur ni la aku book tiket ke Udaipur. Mula2 pening gak nak pilih Udaipur ke Jodhpur tapi akhirnya Udaipur juga menjadi pilihan. Venice of the east diorang claim. Banyak tempat dalam Asia claim sebagai Venice of the east so aku tak mau lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat nih.



Awal pagi keadaan di train station dah sibuk.



Udaipur (sebut Udey-Pur ) sebenarnya adalah satu tempat yang tak pernah aku dengar namanya. Aku hanya dengar nama tempat nih masa di Jaipur; apabila nak tentukan tiket ke perjalanan seterusnya. (Masa kat office brader Ariff) Ianya merupakan salah satu kota yang terletak di negeri Rajasthan; (Rajasthan pun aku tak berapa tahu sebenarnya..ya..aku mengaku yang perjalanan kebelangan nih, aku dah jadi jenis yang malas nak buat homework dan buat perancangan ) yakni sebuah negeri yang terletak di bahagian utara India. Rajasthan merupakan sebuah negeri yang tersangat besar ; terbesar di India dan mempunyai jumpah penduduk yang ke-7 paling ramai di India iaitu lebih dari 68 juta orang (dari wiki). 




Selalunya kita tengok dalam tv keretapi kat India yang kaler biru, buruk dan orang siap menari sampai kat bumbung..padahal diorang ada je keretapi yang moden..siap 2 tingkat lagi...


Dalam tiket yang aku dapati , train aku akan bertolak dari platform stesen keretapi Jaipur dalam jam 645 pagi tapi brader ariff (brader yang aku beli tiket train) bagitau yang aku kena gerak dalam 515 dari hotel supaya ada ample time kat stesen keretapi nanti. Jadi selepas subuh aku dah siap-siapkan beg dan ready untuk bergerak. Aku duduk kat jendela memerhati keadaan jalan di sekitar hotel dan Pink City. Memang lengang so aku saja je lambat2 kan untuk check out dari hotel sebab 515 pagi tu aku tengok takde sebarang tuktuk pun kelihatan dan berkeliaran. Aku check google rasanya kalau jalan kaki pun sempat lagi nih tapi nanti sampai kat stesen keretapi memang menitik lah peluh dari ketiak so aku cepat-cepat lupakan hasrat tuh.



Pagi-pagi dah menggelupur mencari gerabak. Gerabak disusun ikut random dan bukannya nombor berturutan...



So dalam 530 pagi aku keluar dari hotel setelah mengejutkan staff yang masih lagi lena diulit intan (sebab pintu hotel diorang kunci kalau tak cam biasa lah..letak kunci dalam box dan cabut). Memang xde tuktuk..kalau ada pun dah ada orang kat dalam Tu..tapi saja je aku cuba nasib tahan apa yang ada. Kebetulan ada satu tuktuk yang berhenti tapi dah ada penumpang didalamnya. Kebetulan penumpang tu nak pergi ke bas station yang kebetulan berada di berdepan dengan train station so dia amik jugak aku. Tapi aku kena duduk depan, sekerusi dengan driver. Sempit tempatnya dan tiap kali nak belok je siku driver kena kat rusuk aku. Sekali lipat je siku kena perut aku dan nasib baik perjalanan ke stesen keretapi hanya mengambil masa dalam 15 minit je so tak banyak la kecederaan aku dek terkena siku driver tu. Dah sampai lepas habiskan sebatang rokok aku pun masuk ke train station. Punya la payah nak carik platform train aku sebab Jaipur punya station agak besar. Rupanya platform 2A aku kat hujung sekali. 2-3 minit lepas naik, train pun jalan. Nasib baik aku sempat sampai platform ngan dapat kenalpasti coach aku, kalau tak melepas le jawapnya. 





Gerabak tren aku..fully air coordinated dan duduk ikut seat number.. 

Perjalanan ke Udaipur memang agak panjang. 7 ke 8 jam keseluruhannya disebabkan jarak yang bagi aku agak jauh jugak kira-kira 480km. Lagi satu masa panjang disebabkan train banyak divert ke pekan2 yang jalan raya tak lalu atau tidak berhubung. Keseluruhannya trip naik train agak selesa sebab aku amik seat duduk di dalam coach yang Ada aircond. Kira perjalanan sepanjang 7 jam tu kira ok la. Di tambah pula takde sebarang drama berlaku dalam train. Dalam train aku cuba untuk lelapkan mata. Satu; untuk rest dan dapatkan tenaga untuk berjalan nanti dan kedua; tahan lapar...dari pagi tak makan pastu 7,8 jam dalam train..sabar yo lah...



Udaipur tren station..


Tren tiba di stesen keretapi Udaipur dalam jam 2 ke 2.30 ptg macam tuh. Lewat dari biasa maknanya aku takde masa yang panjang untuk berehat di hotel sementara menunggu cuaca kurang panas. Suhu pada masa ketibaan aku di Udaipur tu lebih kurang 40 degree dan ke atas dan tidak sesuai untuk sebarang aktiviti berjalan kaki. Keluar je dari Udaipur train  station aku terus carik tuktuk..Kali ni aku yang mencari sebab dah agak lewat aku tiba dan aku nak ke hotel dengan kadar segera. Tambahan pulak hari ni aku belum makan apa pun dari Chicken Changezi malam semalam. Kalau sampai awal aku berniat nak lunch dulu sebelum keluar semula.





Suasana di tepi jalan sepanjang perjalanan dari Udaipur tren station menuju ke hotel. Lepak tepi jalan sambil dress up..cool giler..

 Perjalanan dari stesen keretapi tak jauh mana dalam 10-20 minit sahaja tapi sepanjang jalan menuju ke hotel memang penuh dengan trafik dan sesak walaupun x sesesak Jaipur mahupun Agra. Tuk tuknya OK dan tak banyak drama meskipun aku mintak-mintak gak diskaun tapi driver tuktuk tuh buat bodo je. Dah lewat aku teruskan juga perjalanan ngan tuktuk. Tak susah mencari hotel yang aku book sebab walaupun hotel aku kena masuk simpang kecik tapi ada signage dari jalan besar (Tapi driver tuktuk tuh kena tanya orang tempatan situ jugak sebab hotel agak tersorok). Setelah check in aku mandi dan settlekan apa yang perlu sebelum keluar lunch sebab kat hotel WiFi nya macam broke down je.



Bilik aku malam nih...simple je..tv pun xde..maklumlah rumah diconvert jadi hotel...


 Baru je keluar dari hotel, aku hidupkan rokok tetiba ada 2 orang baiya dari jalan besar datang menegur aku. Rupanya nak ngepau rokok meskipun aku nampak je tangan dia ada rokok yang belum dihidupkan. Sambil2 tu dia tanya macam2 la jugak. Ala..budak2 lagi, dalam belas2 tahun takpun awal 20an. Macam2 lah...nak ajak isap ganja la dan lain2 lagi yang malas aku nak tulis sini. Aku cakap nak gi makan dekat satu kedai yang dekat dengan hotel. (Aku dah search Google makanan halal) pastu baiya tu offer aku makan kat kedai member dia. Katanya member dia masak thali paling sedap kat Udaipur. Siap dia call lagi member dia tu suh get ready. Aku cakap aku nak makan jugak kat kedai yang aku bagitau dia tu. Tetiba dia sentap cakap kenapa aku nak tolak makanan paling sedap kat Udaipur la, kenapa nak tolak kenangan manis yang terindah kat situ la. (Yang ni aku tak tipu) Aku malas nak cakap banyak..aku cakap sorry dan aku blah macam tu je. Baiya tu kejar aku naik scooter dia. Dia tanya kenapa aku takmau makan gak kat kedai member dia. Aku malas nak argue panjang aku cakap aku nak makan gak kat kedai yang aku nak gi tu. Mamat ni bukannya paham mencari yang halal tu penting. Dia tambah sentap dan terus pecut je scooter dia. Orang cenggini pun ada. Rasa nak ku sepak je kalau kat kg aku ni... Kahkahkah. Aku rasa ada le benda yang nak pau tu. (Bersangka baik) Kalau boleh elakkan sebarang benda-benda yang was was untuk tujuan keselamatan.



View City Palace dari roof top hotel aku


Aku carik WiFi sebab nak tagging kemana hala tujuan dan lokasi aku nak singgah nanti sementara masih dalam keadaan online. Kang xde la sesat tak jumpa jalan pulang. So lunch aku agak simple. Simple thali vege style cukup la nak isi perut...tak terlalu kenyang tak pulak tak kenyang langsung. Makanannya, Masya Allah sedap sungguh sebab aku lapar yang amat sangat tapi ownernya agak kerek dengan aku. Maybe dia ingat aku takde duit atau orang tempatan. (Sebelum tuh ada orang putih makan kat meja sebelah dia layan baik) Dah makan, tagging location pun dah buat aku pun balik ke hotel nak amik passport aku yang dari tadi (masa check in) anak tuan punya hotel pegang untuk scan masuk rekod daftar hotel. Sebab apa aku nak sangat amik balik pasport aku adalah sebab aku nak beli tiket bas or train, dan urusan jadi lagi senang kalau ada passport bersama-sama ngan korang. Rupanya mamat tu tunggu bapak dia balik baru scan passport aku Tu. Takpe..aku keluar dulu la kang tunggu punya tunggu tah kemana arah tujuan aku nanti. 


Makan tengahari; vegetarian thali..potion kecik tapi masih mengenyangkan



Mural yang terdapat di dinding di salah sebuah rumah menunjukkan identiti Rajastan...



Salah satu hotel yang terdapat di tepi jalan (depan Lotus Cafe)..cun jugak..rasanya harganya pun masyuk...

Destinasi pertama petang nih adalah City Palace yang terletak di tepi tasik Pichola. Tempat ni memang nampak sangat hebat dari jauh dan dari dekat juga. Palace ini terletak belakang hotel aku tadi dan boleh nampak dari rooftop tempat aku isap rokok. Dari hotel dalam 500 meter menuju ke pintu masuk.  Entrance fee tak begitu menekan dalam 300 rp so aku masuk je la. Tapi aku tak leh lama kat sini sebab banyak lagi view menarik kat Udaipur utk dilihat. Tapi palace ni memang dahsyat lebih kurang Topkapi Palace kat Istanbul tu pun ada tapi dari segi arkitektur yang ni personally lagi dahsyat. Persoalannya...berapa kos buat palace ni dan raja ni bayar ke ntah tidak kuli / buruh yang buat kerja2  construction ni...or buruh paksa je..persoalan tu biarkan je tak berjawap. Seterusnya aku ke tasik pichola. Melalui peta aku dah dapat imejin sisi tasik ni tapi nampaknya ianya lebih menarik dari apa yang aku jangka. 


Kat pintu gerbang masuk ..(tempat beli tiket)..kat dalam tuh baru Tripoliya Gate..yakni gate masuk ke City Palace..




Tiket sudah dibeli..apa lagi..300 inr bersamaan RM18..okla kut




1 st impression mengenai City Palace..marvelous..aku rasa kat India nih ada banyak istana-istana lama camnih..





View dari tingkat 1 memandang ke bandar Udaipur...




Antara ruang yang terdapat di dalam City Palace..banyak lagi pemandangan dalam City Palace yang menarik, tapi aku tak nak post kat sini..nanti korang muntah lak..


Aku tak menunggu utk sunset sebab matahari berada bertentangan dengan Istana. Lagipun aku kena balik amik passport dan cari tiket ke destinasi seterusnya...yang aku belum decide sama ada ke Jodhpur atau pulang ke Delhi. Namun begitu sempat juga aku roaming sekitar tasik Pichola untuk melihat keadaan persekitaran dan juga tempat-tempat menarik selain dari City Palace. Selain dari City Palace, berpeseran sekitar Pichola lake memang satu pengalaman yang agak menarik. Aku dah paham kenapa diorang claim Udaipur sebagai Venice of The Easy. Ianya disebabkan pemandangan sekitar tasik agak mengkagumkan ditambah pula dengan senibina bangunan sekitar yang boleh la aku katakan sebagai satu kota purba yang terletak di pinggir tasik. (kalau kurang sampah sarap ianya akan jauh lebih menarik lagi) 





Gangaur Ghat - View point menghadap ke lake Pichola..tempat nih cantik dengan arkitektur yang menarik dan ramai minah saleh yang cantik-cantik lepak kat sini...




Bagore-ki-Haveli dari luar (pandangan menghadap lake Pichola)


Masa lunch tadi sempat aku Google apa yang menarik mengenai Jodhpur dan setelah berkira2 perjalanan balik ke Delhi maka sempat utk aku habiskan 1 malam di sana. So aku buat keputusan ke Jodhpur esok harinya. Masalahnya nak carik tiket dulu pastu baru book hotel kat sana. Maka aku ambil keputusan untuk balik semula ke hotel untuk membersihkan diri dan ambil pasport aku dari tuan punya hotel. Sesampai aku di hotel, barulah aku bersua dengan tuan punya hotel yang aku tunggu-tunggu. Dia kembalikan semula pasport aku dan meminta maap pada aku sebabnya wifi di hotel itu rosak. (dia cakap ada masalah dengan connection dari provider) Memandangkan itu bukan masalah dari hotel, aku cakap OK sahaja lah. Nampaknya terpaksa aku keluar semula disamping untuk mengisi perut, mencari tiket bas atau keretapi, malahan mencari connection internet untuk aku book hotel di Jodhpur. Pengalaman di Jaipur dah mengajar aku untuk tidak mencari hotel secara walk in disebabkan harganya yang akan naik berganda.




Jagdish Temple..nih pun tempat menarik untuk dikunjungi tapi aku tak masuk la..lokasi dekat ngan junction ke City Palace




Pemandangan City Palace dari seberang lake Pichola




Antara monumen yang boleh dilihat dari seberang Lake Pichola menghadap ke City Palace


Lepas maghrib aku keluar semula dengan harapan dapat tiket bas or train dan carik tempat dinner yang WiFi nya senonoh sket sambil boleh aku book hotel pulak. Banyak kedai dah tutup and nak tutup time tu, nasib baik ada satu kedai tour ni masih bukak. So aku masuk dan tanya dia option apa yang aku ada. Kalau boleh aku nak bas yang Aircon dan sampai dalam tengahari dan tak awal sangat geraknya. Bukan apa...malas nak berkejar tuktuk dia awal pagi. So dia bagi 2 options kat aku...satu bas Aircon tapi kul 6 pagi dah gerak dengan harga 550 rp dan 1 lagi kul 8 pagi baru jalan. Harga 250 rp tapi tadak Aircon. Dia dok sajes aku yg 250 rp tu..dia cakap..ala..pagi2 bukan panas pun. So aku amik la tiket yang murah Tu..sebab utama kerana harga dia murah dan sebab kedua...aku malas la nak kejutkan owner awal2 subuh tu...aku tak kisah sangat sebab aku agak morning person orangnya..(puji diri).. 



Kat tengah tasik tuh bukan macam Jal Mahal di Jaipur, tapi ia adalah sebuah hotel; Taj Lake Palace..satu malam kat sini dalam RM4000 ++..kalau demo banyak pitih boleh la duk sini..




Orang ramai yang lepak-lepak kat Ambrai Ghat, satu view point untuk melihat sunset dan pemandangan sekitar lake Pichola





Keadaan bandar Udaipur..boleh dikata jauh lebih bersih dari Jaipur..


Settle hal tiket aku mencari makanan, pada asalnya aku nak pergi ke Lotus cafe; tempat aku makan tengahari tadi sebab internetnya laju dan terletak tak jauh dari hotel. Mengingat balik sikap berlagak sombong owner tadi aku batalkan niat aku nak makan kat kedai makan dia tuh. Salah satu pilihan yang ada adalah sebuah restoran local yang terletak agak jauh; dalam 2.5 km dan terpaksa mengharungi bandar Udaipur. Aku mula berjalan menjauhi lake Pichola menuju ke sisi lain bandar Udaipur. Keadaan malam yang tidak begitu berbahang dan trafik yang semakin berkurang membuatkan perjalanan aku bertambah lancar. Namun begitu setelah 1 km berjalan, keadaan jalan menjadi tidak begitu elok untuk aktiviti berjalan kaki. Lampu jalan semakin berkurangan dan terdapat banyak construction di tepi jalan membuatkan aku berjalan semakin ke tengah jalan raya. Memandangkan ada lagi 1.5 km menuju ke lokasi yang aku ingin kunjungi, aku tekad untuk berpatah balik ke town.


 Courtyard Bagore-ki-Haveli

 Aku sampai dalam 8 lebih..so terlepas la folk dance show..kalau sampai awal pun jangan harap aku nak masuk...


 Pintu gerbang Bagore-ki-Haveli...siang tadi haram aku tak perasan tempat nih..

So aku stick kat town tepi tasik saja untuk mencari restoran bagi makan malam aku. Sampai di tepi tasik Pichola, tiba2 aku nampak ramai orang berpusu keluar dari satu bangunan dan kebanyakkan nya omputeh. So aku pergila dan masuk ke kawasan bangunan tu..rupanya malam tu ada dancing performance kat Bagore-ki-Haveli. Bagore-ki-Haveli ini merupakan boleh dikatakan sebagai mansion lama yang penuh dengan sejarahnya tersendiri dan di Udaipur ini ia dijadikan museum atau tempat persembahan tarian atau pementasan. Semasa aku sampai diperkarangan entrance, performance yang diadakan di sini dah pun abis. Xpela...aku pun bukan minat sangat lansing lansing ni. Tapi ini la peluang nak masuk museum secara percuma. Aku masuk perkarangan museum dan amik beberapa gambar dan chalo. 


Yeah..makan malam aku hari nih..mutton briyani..rabak poket tapi portion kecik la..terpaksa top up air mineral sebotol supaya perut di isi kenyang...


Salah satu restaurant yang ada dalam list Google sebagai kategori halal ni adalah on the way nak balik ke hotel. Restoran tu tingkat 3 so aku naik la tengok. Sekali sampai atas sekali macam restoran fine dining lah..nak patah balik tauke restoran dah greet tadi. Jadi segan lak nak turun balik. So aku pun duduklah sambil mencongak berapa belen yang ada dalam wallet. Nasib baik beli tiket bas yang murah tadi, kalau tak, malam nih terpaksa basuh pinggan lah. (Biasa kalau jalan-jalan aku tak bawak duit banyak2..takut kena copet) Bila bukak menu rupanya takde la mahal sangat. Rata2 makanan dalam RM 20-30 je sepinggan. (Boleh 2 kali makan kat kedai biasa) takpe la sekali sekala...janji aku nak rembat WiFi dia sepuas hati... Settle makan...settle booking hotel..esok kita kemana? Kita ke Jodhpur...the blue city 


Bersambung