Lunyai semalam tak abis lagi so lepas subuh aku bermalas-malasan dulu. Rasa banyak tempat persinggahan aku nak cancel arini. Kita test gi satu tempat dulu kemudian baru tgk nak teruskan ke tak lokasi-lokasi yang lain yg sempat kita cover. Plan asal dari Malaysia lagi nak naik bluebird (teksi) sebabnya ayah aku yang cakap, naik teksi je senang..(dia, arwah mak ngan adik aku dah pernah gi Pekanbaru ni.).habis lekeh pun tahan je ojek..tapi setelah aku ke sini, mcm susah je nak dapat teksi .Bro ojek pun sama..time ko nak memang dia takde. So dalam kepala aku ..apa kata cuba naik bas tambang pulak..mcm aku buat dekat Aceh and Brunei dulu. Semalam nampak mcm ok dia punya kekerapan. Xpe..kita test ride dulu kalo rasi...kita teruskan.
Sebelum berpeleseran, kita nikmati dulu brekfast yang dihidangkan bersekali dengan bayaran sewa hotel aku ini. Ni adalah salah satu sebab kenapa aku amik keputusan untuk menginap kat hotel nih selain dari lokasinya yang strategik. Time makan baru lah nampak yang rupanya ramai penghuni kat hotel nih. Semalam masa aku sampai dan check in nampak macam hotel kena tinggal ngan garuda je. Meja ngan tempat duduk nya hampir penuh. Mungkin semua penghuni turun bersekali kut. Makanannya..agak banyak gak pilihan, x macam trip aku kat Batam dulu.
Dan yang paling penting ianya buffet..maknanya korang boleh tibai semahunya..tapi ada time frame la..Maknanya, pagi nih aku lanyak sekenyang-kenyangnya breakfast supaya dapat bertahan sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Usai breakfast aku naik semula ke bilik untuk tukar pakaian yang lebih sesuai untuk berpeleseran.
Agak-agak dah bersedia dengan semua pinned lokasi google map, aku berjalan kaki ke bus stop yang berdekatan. Ada banyak jugak bus stop area hotel tapi semuanya terletak kat jalan besar. Bas tak masuk ye jalan-jalan picisan nih..Lama jugak aku menunggu bas nak tiba..ada bas yang tiba tapi bukan lah ke destinasi yang aku perlukan. Sedar tak sedar dekat 30 minit jugak aku tercongok menunggu.
Destinasi pertama aku hari nih adalah muzium Pekan Baru atau nama khasnya adalah Muzium Sang Nila Utama yang terletak tak jauh pon kira-kira 5-6 km dari bus stop yang aku tunggu bas tuh. Keadaan dalam bas nih kira ok..ada aircond, orang tak begitu ramai dan yang penting tambangnya murah je iaitu 4k rupiah sehala. So perjalanan aku ke muzium mengambil masa sekitar 20 minit perjalanan termasuk berenti-berenti amik org. Ya betul..tunggu bas lagi lama dari perjalanan sebenar.
Bayaran masuk ke muzium nih kalo tak silap aku free bagi warga Indonesia tapi bayaran untuk aku adalah sekitar 15k dalam rm 4.50. Kira ok lah tuh kut. Apa yang ada kat dalam nih adalah..mostly sama je macam muzium-muzium yang ada kat Malaysia..dia banyak memaparkan sejarah tempatan dan juga masyarakat melayu punya item-item yang berasal dari koleksi tempatan. Yang banyak aku nampak adalah item macam rumah-rumah melayu, pakaian, perhiasan, senjata dan item-item yang menunjukkan peradaban melayu di Pekan Baru. Antara koleksi yang paling aku rasa berharga adalah destar atau tengkolok yang kononnya kepunyaan Laksamana Hang Tuah.
Masa aku datang tuh, agak ramai jugak pengunjung terutama sekali budak-budak sekolah walaupun aku datang tuh hari Sabtu. Kemungkinan hari tuh ada sekolah yang buat lawatan sambil belajar kut. Aku pon tak pasti.
Muzium ni kalo korang xde benda nak buat boleh la melawat. Aku suka gak tengok dan study benda2 bersejarah ni. Boleh la sedikit dapat paham budaya dan sejarah Riau cuma komplen aku tempat ni panas beb..Nak baca story sambil peluh menitik kat ketiak seriusly not cool..haha..Kontennya banyak berkisar pasal kebudayaan bangsa melayu Riau..iaitu mcm pergi umah arwah nenek aku masa aku kecik-kecik.
Rumah melayu mcm umah nenek aku, tv aquarium, keris dan mcm-mcm lagi. Dah nama pun kebudayaan melayu, kebudayaan kita lah dekat kampung2...pakaian, majlis keraian, kawen dan lain-lain lg...sejarah Riau dari segi konteks penduduk mcm x berapa nak ada..sebagai contoh aktiviti masyarakat riau..berdagang ke bertani ke..kat daerah mana..dari segi lingualistik nya..apa beza melayu riau ngan jambi ke..yg aku perasan mcm takde la..heheh..komplen memang terer..tapi sejujurnya aku takleh fokus dgn barang xzibit sbb panas..maybe sbb cuaca tp aku naik bas..ah..persetankan je..
Settle melawat, aku pun tunggu bas nak balik ke hotel atau nak kemana-mana lagi aku pun tak pasti. So aku naik je la bas mana yang ada, sebabnya aku ingat mana-mana bas pun akan menuju ke stesen bas. Aku rasa la..Rupanya tidak. Bas yang aku naik tuh rupanya pergi ke laluan lain, so aku kena turun tukar bas kat tengah pekan..nak lebih detail kat Halte Pasar Dipa.
Memandangkan aku kena tukar bas, yang bagi aku agak lama la jugak menunggu..maka aku pon jalan-jalan dulu la kat kedai souvenir yang ada kat belakang perhentian tuh. Kedai souvenir yang aku pergi nih banyak nya jual jajan khas PekanBaru..produk cliche kalo kat mana2 tempat. Yang lain x banyak..fridge magnet ada la 2-3 jenis yang tak berkenan kat aku dan baju kaos aka tshirt pon x menarik. Yang menarik kat aku adalah baju melayu ngan tanjak..tapi harganya melantun la pulak disamping..mcmana aku nak letak tanjak yang besar tuh dalam beg aku tuh. tanjak ni kalo aku beli bawak masuk beg, bila bukak nanti dah jd tali pinggang..last2 aku beli 1 pax kudapan ngan sebijik fridge magnet buat lekat kat peti ais aku..bukan x mau beli banyak tapi ada 2-3 bijik je yang tinggal. So cancel lah..hasilnya aku beli satu fridge magnet ngan sekotak dodol untuk budak2 opis..kira ok lah aku igt kat korang lg.
Naik bas aku berhenti kat Pekanbaru mall..( nama perhentian..sebenarnya 2-3 blok dari mall tu) bukan apa..itu hentian yang paling dekat ngan hotel aku...Turun je bas betul2 kat depan Sukaramai Trade centre ke apa benda tah..ahh aku naik jap la tgk apa yang ada..Awalnya takde apa yang best..bak kata orang typical shopping centre..sekali tingkat atas sekali ada Ramayana lah..memang cam beruk la aku..time shopping aku sudah tiba..memang salah satu tujuan aku datang Pekanbaru ni nak cari selai dua baju batik..Last aku beli pun kat Pontianak dulu..Cut the story short..last2 aku angkut 3 pasang..damage? 250k.. dalam 25 ringgit sehelai..kualitas? Agak-agak la..25 ringgit x dapek la yg macam Nikolas Saputra punya..
Dari asalnya turun bas tadi..nak panjat jejantas amik bas ke Alam Mayang..terus tangguhkan dulu perjalanan..balik hotel dulu lah...walaupun aku tahu, kalo balik hotel kompom lah hanyut..Ahh..tak kira..aku malas nak usung plastik ramayana tu kehulu ke hilir..walhal bukannya berat pun..sebenarnya langit time nampak mcm dah gelap..dari aku bawak balik air batik baik aku simpan dulu...
No comments:
Post a Comment